Monday, March 28, 2016

Acara keenam belas HIKMAH di Janda Baik 30-31 Jan 2016


Salam semua. Sukacita dimaklumkan lewat malam tadi saya telah siap menyemak keseluruhan isi sebuah buku baru yang mula diusahakan 3 minggu lalu. Dapatlah menghantarnya kepada penerbit untuk tindakan mereka, lepas dah satu kerja. Tetapi ia dijangka cuma dapat diterbitkan paling cepat pun selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang akan berlangsung penghujung April hingga awal Mei. Apa pun, saya sudah berjaya melepasi satu halangan besar yang telah mengganggu penulisan apa-apa buku baru sejak beberapa tahun lalu.

Dengan ini ingin saya menutup terus segala penulisan berkenaan acara ke-16 HIKMAH yang selamat dilangsungkan di rumah penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas di Janda Baik 30-31 Januari. Untuk makluman acara ke-16 ini unik kerana menjadi acara pertama HIKMAH untuk tahun 2016. Ia juga unik kerana selepas melaksanakan acara ke-15 di Beruas pada 8-9 Ogos 2015, saya sebenarnya tidak mahu mengadakan apa-apa acara HIKMAH buat berapa lama. Tetapi berlaku beberapa hal yang mengubah fikiran dan ini ada dinyatakan pada artikel HIKMAH reunion di Bukit Tinggi diikuti HIKMAH Janda Baik di rumah Pak Habib 30-31 Januari 2016.  Semua artikel berkenaan acara telah dikumpulkan pautan untuk menjadikan ini artikel ke-248 di blogspot HIKMAH...


Persediaan untuk acara...












Apa yang berlaku sepanjang acara...













Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Ahlul Bait keluarga Nabi sebagai Saranan Keselamatan Ummah – Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu

2.  Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof Madya Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

3. Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah - Amirul Haji Mohamad, aktivis dan konsultan kewangan Islam.

4. 'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu – Tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

5. Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus, penceramah bebas

6. Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien Alattas @ Pak Habib, penulis buku politik terkenal dan pemilik University of Life, Janda Baik.

7. Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB Pelita Di Dalam Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, penulis buku “Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”

8. Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM 

9. Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Fil'alam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...







Album kenangan dan surat khabar


1. Rencana-rencana akhbar sekitar acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik

2. HIKMAH Janda Baik - Album UOL I

3. HIKMAH Janda Baik - Album UOL II



Acara juga boleh diikuti melalui video klip...




Friday, March 25, 2016

Video-video sekitar HIKMAH Janda Baik

Allah! Saya baru sahaja selesai menyiapkan Bab 9 merangkap penutup bagi buku baru. Selepas ini bolehlah disemak keseluruhan buku sebelum diserahkan kepada penerbit. Atas kegembiraan ini biar dikongsikan video-video sekitar HIKMAH Janda Baik. Untuk pengetahuan ini adalah kali pertama video suatu majlis HIKMAH dapat dikongsikan dalam tempoh hampir 2 tahun. Selepas acara ke-10 HIKMAH berlangsung di Aceh 29 Mac 2014 saya tidak lagi meletakakn video di Youtube.

Ini disebabkan komputer riba yang digunakan selepas itu ada masalah untuk memproses video. Kalau dah begitu buat apa susah-susah lagi? Selama ini pun saya penat-penat sengkang mata berhari-hari proses video. Nak muat naik ke Youtube pun makan beberapa hari setiap kali selesai suatu majlis HIKMAH. Bukan ramai pun orang tahu menghargai. Buat rugi aje segala macam ilmu yang dikongsikan. Cuma kali ini alhamdulillah saya mendapat bantuan orang-orang yang sanggup mengambil sendiri video  kemudian memproses seterusnya muat naik ke dalam akaun mereka. Terima kasih diucapkan kepada saudara Syed Fuaad Al-Attas juga Johan Lela Perkasa atas bantuan ini...

















Thursday, March 24, 2016

HIKMAH Janda Baik - Album UOL III

Salam malam Jumaat. Subhanallahu Walhamdulillahi Walailahaillallahu Wallahuakbar. Walahawlawala Quwwataila Billa Hil Aliyil Azim. Sukacita dimaklumkan saya baru sahaja selesai menyiapkan bab ke-8 buku baru. Selepas ini bolehlah dibuat penutup. Selesai itu baru keseluruhan buku boleh disemak balik. 

Bila ini sudah dilakukan dengan jayanya baru buku boleh dihantar kepada penerbit untuk tindakan mereka. Dengan ini biar disambung lagi perkongsian album gambar sekitar HIKMAH Janda Baik ya, set yang ketiga dan terakhir. Bersambung daripada HIKMAH Janda Baik - Album UOL II. Semoga segalanya lancar buat kita semua ya... :]




































































Wednesday, March 23, 2016

HIKMAH Janda Baik - Album UOL II

Alhamdulillah, siap dah bab 7 buku baru. Dengan ini bolehlah diletakkan set kedua gambar. Bersambung daripada HIKMAH Janda Baik - Album UOL I...




































































Tuesday, March 22, 2016

HIKMAH Janda Baik - Album UOL I

Merujuk pada mukadimah dalam artikel Rencana-rencana akhbar sekitar acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik yang dipersembahkan pagi semalam. Malam tadi saya berjaya menyiapkan bab ke-6 buku baru. Maka bolehlah dimulakan perkongsian gambar-gambar yang diambil oleh pihak tuan rumah atau pemilik lokasi acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik. Sekadar mengingatkan ia adalah rumah penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas (Syed Hussein al-Attas). Beliau juga memanggil rumah ini sebagai University of Life, singkatannya UOL. 

Gambar-gambar diambil oleh anak beliau Syed Fuaad menggunakan kamera DSLR. Sejumlah telah dimuatnaik secara berperingkat ke Facebook beberapa hari selepas acara selamat dilangsungkan 30-31 Januari 2016. Saya pun mengumpulkan gambar-gambar untuk simpanan sendiri. Selain itu ia mahu dikongsikan di blogspot ini, selepas selesai berkongsi cerita-cerita sekitar perjalanan acara diikuti perincian beberapa pembentangan.

Sebanyak 66 gambar telah dikumpulkan lalu dihagikan kepada 3 kumpulan dengan 22 gambar setiap satu untuk perkongsian di blogspot. Sekarang biar dipaparkan kumpulan pertama tanpa apa-apa komen atau huraian ya. Saya letak di sini mengikut aturan bagaimana ia diterima melalui FB. Silakan lihat...