Merujuk pada mukadimah dalam artikel Rencana-rencana akhbar sekitar acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik yang dipersembahkan pagi semalam. Malam tadi saya berjaya menyiapkan bab ke-6 buku baru. Maka bolehlah dimulakan perkongsian gambar-gambar yang diambil oleh pihak tuan rumah atau pemilik lokasi acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik. Sekadar mengingatkan ia adalah rumah penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas (Syed Hussein al-Attas). Beliau juga memanggil rumah ini sebagai University of Life, singkatannya UOL.
Gambar-gambar diambil oleh anak beliau Syed Fuaad menggunakan kamera DSLR. Sejumlah telah dimuatnaik secara berperingkat ke Facebook beberapa hari selepas acara selamat dilangsungkan 30-31 Januari 2016. Saya pun mengumpulkan gambar-gambar untuk simpanan sendiri. Selain itu ia mahu dikongsikan di blogspot ini, selepas selesai berkongsi cerita-cerita sekitar perjalanan acara diikuti perincian beberapa pembentangan.
Sebanyak 66 gambar telah dikumpulkan lalu dihagikan kepada 3 kumpulan dengan 22 gambar setiap satu untuk perkongsian di blogspot. Sekarang biar dipaparkan kumpulan pertama tanpa apa-apa komen atau huraian ya. Saya letak di sini mengikut aturan bagaimana ia diterima melalui FB. Silakan lihat...
No comments:
Post a Comment