Sampai masa untuk menutup cerita tentang perjalanan acara ke-16 HIKMAH. Bersambung daripada HIKMAH Janda Baik - Raja-raja sebagai pelindung dan benteng Islam juga Melayu.
Pembentangan petang tamat sekitar jam 4.55. Kalau ikut jadual asal rehat waktu Asar dan minum petang dilangsungkan jam 4.30-5 kemudian diadakan sesi perbincangan berkumpulan.
Memandangkan pembentangan pun tamat lewat hampir setengah jam berbanding apa yang dirancang dan hadirin pun dah penat saya membuat keputusan bahawa sesi berkumpulan dibatalkan. Biar sahaja semua berehat santai, minum petang atau berbual-bual.
Dengan itu acara pun ditutup dan hadirin boleh bersurai. Ramai pun datang dari jauh dan esoknya Isnin hari bekerja. Mereka perlu rehat lalu tidak boleh kembali terlalu lewat.
Namun ramai memilih untuk berehat di sekitar. Ketika itulah ada yang mengingatkan agar gambar berkumpulan diambil beramai-ramai.
Satu sudut yang sesuai pun dipilih lalu kami mengatur kedudukan.
Selesai itu saya dan isteri mengambil peluang bergambar dua orang.
Sambil itu hadirin kembali bersantai di khemah dan sekitar...
Ada yang baru mendapat ruang dan masa untuk bersantai di sungai sebelah.
Ramai pula berborak-borak sambil minum petang...
No comments:
Post a Comment