Tuesday, August 16, 2016

Meninjau lokasi acara ke-17 HIKMAH di Seremban

Merujuk pada bahagian akhir artikel Cadangan 3 acara HIKMAH sebelum tamat tahun 2016 di mana disebut bahawa acara ke-17 HIKMAH mahu diadakan di Seremban pada 17 September. Adapun perkara tersebut dimaklumkan di Facebook pada hari Selasa 9 Ogos 2016. Dua hari kemudian saya dan isteri ada urusan di Rembau, Negeri Sembilan. Alang-alang sudah ke sana kami pun pergi meninjau sekali lokasi HIKMAH ke-17 di Seremban...


Lokasi tersebut adalah di satu deretan rumah kedai di Taman Seremban Jaya, dalam kawasan Senawang, ke selatan bandar Seremban.


Lokasi tepat adalah rumah kedai yang kelihatan di kiri, di kanannya ada sebuah restoran.


Rumah kedai itu dijadikan pejabat sebuah NGO pengkaji sejarah dan tamadun yang dipanggil PENCINTA - Pertubuhan Pencinta Tamadun Islam Nusantara.


Walaupun ia sekadar bangunan pejabat satu tingkat di atas kedai saya dapati ia cukup sesuai untuk dijadikan satu lokasi HIKMAH.





Pengalaman mengadakan acara pertama HIKMAH dalam sebuah ruang yang sebenarnya lebih merupakan bilik seminar, bukan pun dewan di Kompleks Seni Islam atau Yayasan Restu di Shah Alam hampir 4 tahun lalu mengajar bahawa ruang di pejabat boleh digunakan untuk menampung sekurang-kurangnya 150 orang peserta. Kalau dimanfaatkan dengan bijak ia malah boleh memuatkan lebih 300 orang. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012.



Adapun pejabat juga mahu digunakan untuk sebuah maktab yang baru ditubuhkan...





Walaupun ruang yang ada tidak sebesar mana ia memiliki suasana keilmuan yang cukup sesuai bagi misi dan visi HIKMAH.





Kekurangan ruang dalam pejabat boleh diatas dengan mendirikan khemah-khemah untuk aktiviti-aktiviti sampingan seperti pameran dan gerai jualan bagi busana tradisional Melayu, tanjak, keris dan aksesori di kawasan letak kereta hadapan pejabat.



Ini telah dipersetujui oleh pengasas PENCINTA juga pengasas maktab, Ustaz Hasan Yusof. Beliau turut bersetuju acara diadakan Sabtu 17 September lalu berjanji akan mengusahakan segala yang patut termasuk makan minum percuma bagi peserta. Untuk pengetahuan mantan pegawai penyelidik mahkamah syariah Melaka yang juga merupakan pengkaji tegar ketamadunan Melayu ini, sudah mengembara merata turun lapangan membuat siasatan pernah membentang pada beberapa acara HIKMAH. Lihat artikel-artikel berikut :- 










Esoknya pagi Jumaat 12 Ogos saya pun membuka event page bagi acara tersebut di Facebook. Alamat lokasi adalah seperti yang tertera dalam gambar. Sila klik sini untuk masuk ke laman. Mereka yang berminat untuk menghadiri sila nyatakan going...


Cadangan 3 acara HIKMAH sebelum tamat tahun 2016



Salam semua. Saya rasa harus melepaskan sejumlah cerita menurut turutan masa atau kronologi sebelum boleh membuat satu posting menunjukkan gambar-gambar satu lokasi di Seremban yang mahu dijadikan tempat terbaru acara HIKMAH...

Pada awal pagi Jumaat 5 Ogos jam 1.55 pagi saya telah membuat update berikut di Facebook...



HIKMAH DI SEREMBAN KEMUDIAN BUKIT TINGGI SEBELUM TAMAT TAHUN 2016?

Salam malam Jumaat. Ziarah pagi Khamis ke rumah keluarga seorang sahabat setia HIKMAH yang meninggal dunia beberapa jam sebelum itu telah mencetuskan rasa ini. Adapun selain arwah, adik beradiknya malah ibu beliau pernah menghadiri acara2 HIKMAH. Lalu kakak sulung beliau tadi mengulangi tawaran agar diadakan satu acara HIKMAH di rumah rehat dan peranginannya di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Kakak sulung tersebut juga arwah sendiri pernah menyebut tentang tawaran ini ketika acara ke-16 HIKMAH diadakan di rumah penulis buku politik terkenal S.H.Alattas 30-31 Januari 2016 di Janda Baik, juga dalam daerah Bentong, Pahang. Cuma ketika itu saya dan isteri terasa begitu penat mengadakan acara demi acara lalu mendiamkan sahaja. Tapi tadi, apabila hal ini diulang pada kala kami suami isteri masih terperanjat atas kehilangan mendadak seorang sahabat yang sangat setia menyokong HIKMAH sejak acara pertama diadakan di Shah Alam 4 November 2012 saya merasakan sudah sampai masanya menerima tawaran tersebut. Sekurang2nya biar ia dibuat sambil mengenangkan sahabat baik yang sudah meninggalkan kita semua.

Cuma polisi saya tidak akan mengadakan 2 acara HIKMAH secara berturut dalam satu negeri. Sedangkan Bukit Tinggi terletak dalam sama negeri dengan Janda Baik, lokasi HIKMAH sebelum ini. Terus saya teringat bahawa 2-3 hari sebelum itu seorang lagi sahabat baru membuka satu maktab di Seremban lalu menawarkan agar acara HIKMAH diadakan di situ juga. Baik di Seremban, mahupun di Bukit Tinggi sudah ada cukup kemudahan dan pihak yang terlibat sedia menanggung segala kos makan dan penganjuran. Saya cuma perlu membawa pengisian ilmu yang sesuai mengikut keadaan dan masa.

Oleh itu saya fikir mahu mengadakan acara HIKMAH di Seremban kemudian di Bukit Tinggi sebelum tahun 2016 tamat sekitar 5 bulan lagi. Soalnya bilakah tarikh yang sesuai? Yang pasti saya mahu ia jatuh pada hari Sabtu, kalau bersambung sehingga Ahad biar santai pada hari itu. Walaupun HIKMAH sudah terbukti mampu mengadakan acara dalam tempoh 2-3 minggu apabila mendapat gerak, kali ini janganlah terlalu cepat. Saya fikir kalau nak buat yang di Seremban itu paling cepat biarlah apabila sudah masuk bulan Zulhijjah iaitu sebulan lagi. Harap tuan2 dan puan2 boleh memberikan maklum balas.

Di bawah dipautkan artikel menunjukkan gambar2 di lokasi berkenaan di Bukit Tinggi ketika saya dan keluarga berehat di sana 3 tahun lalu. Ini adalah tanah persendirian milik orang berada yang sentiasa menyokong perjuangan HIKMAH. Tetapi beliau sedia membukanya malah menyediakan tempat penginapan percuma untuk orang2 HIKMAH...



Adapun artikel yang dipautkan adalah A private retreat at Bukit Tinggi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Setelah mendapat sedikit maklum balas daripada pembaca timbul rasa agar ditambah satu lagi acara HIKMAH dalam cadangan supaya jumlah keseluruhan acara HIKMAH yang diadakan mencapai 19 sebelum tamat tahun 2016. Tiga acara terbaru itu pula biar dipadankan satu dengan musim sambutan Hari Raya Haji, satu dengan Awal Muharram, satu dengan Maulidur Rasul. Lalu terbit posting berikut di FB pada jam 4.23 petang hari yang sama...




BUKIT JALIL SEBAGAI LOKASI HIKMAH DI KL SEBELUM TAMAT TAHUN 2016?


Subhanallah. Sudah disebut pada ruangan komen update saya sebelum ini tentang mengadakan acara HIKMAH di Seremban kemudian di Bukit Tinggi sebelum tamat tahun 2016 bahawa elok diadakan satu di KL untuk mencukupkan jumlah 19 acara HIKMAH sejak ia diasaskan hampir 4 tahun lalu. Sudah disebut bahawa lokasi KL yang difikirkan adalah Muzium Negara. Sebetulnya selain Muzium Negara saya pernah terfikir satu lagi lokasi yang sesuai kalau mahu mengadakan satu acara HIKMAH di Kuala Lumpur dalam masa yang cukup dekat. Lokasinya malah lebih menarik dan senang dicapai melalui LRT. Parking pun banyak dan tiada masalah trafik.

Cuma saya terlupa setelah ia terbit dalam fikiran sekitar 2-3 minggu lalu. Dengan kuasa Allah SWT, isteri mengingatkan baru tadi tentang lokasi tersebut. Padahal saya tidak pernah memberitahu kepada beliau ada terfikir tentangnya. ia terbit dalam hati isteri secara spontan tadi. Kedudukan tepat tak payahlah diumumkan dahulu kerana saya perlu berbincang dengan pemilik premis nanti. Cukuplah diberitahu lokasi ini letaknya sekitar Bukit Jalil. Menu istimewa yang terbit dalam fikiran, buat sekali satu sesi bacaan hizb, zikir dan sebagainya untuk membatalkan kesan sihir Freemason. Amacam?



Empat hari kemudian saya telah mendapat ilham bilakah tarikh yang sesuai untuk mengadakan acara terbaru HIKMAH, pertama daripada 3 yang dicadangkan mahu diadakan sebelum tahun 2016 menutup tirai. Update berikut pun terus dibuat di FB...




HIKMAH DI SEREMBAN MUSIM RAYA HAJI DAN HARI MALAYSIA


Salam semua. Setelah melihat kalendar betul2 lalu mengambil kira beberapa faktor saya bercadang untuk melaksanakan acara HIKMAH seterusnya, HIKMAH ke-17 di Seremban pada hari Sabtu 17 September 2016. Ini adalah 5 hari selepas Hari Raya Haji atau Aidil Adha jatuh pada Isnin 12 September dan sehari selepas Hari Malaysia jatuh pada Jumaat 16 September. HIKMAH kali ini akan dianjurkan bersama NGO atau persatuan PENCINTA yang diterajui oleh Ustaz Hasanuddin Yusof. Sila berikan maklum balas...



Ketika itu juga saya sudah memikirkan bahawa acara di Bukit Tinggi yang terasa elok dijadikan acara ke-19 HIKMAH diadakan pada Ahad 11 Disember. Peserta boleh masuk untuk bermalam bermula Sabtu  10 Disember. Pada Isnin 12 Disember yang menurut kalender adalah bersamaan 12 Rabiulawal bolehlah diadakan sambutan Mauludur Rasul di sana. Sekarang baru saya boleh membuat artikel berkenaan lokasi acara ke-17 di Seremban...