Merujuk pada bahagian akhir artikel Cadangan 3 acara HIKMAH sebelum tamat tahun 2016 di mana disebut bahawa acara ke-17 HIKMAH mahu diadakan di Seremban pada 17 September. Adapun perkara tersebut dimaklumkan di Facebook pada hari Selasa 9 Ogos 2016. Dua hari kemudian saya dan isteri ada urusan di Rembau, Negeri Sembilan. Alang-alang sudah ke sana kami pun pergi meninjau sekali lokasi HIKMAH ke-17 di Seremban...
Lokasi tersebut adalah di satu deretan rumah kedai di Taman Seremban Jaya, dalam kawasan Senawang, ke selatan bandar Seremban.
Lokasi tepat adalah rumah kedai yang kelihatan di kiri, di kanannya ada sebuah restoran.
Rumah kedai itu dijadikan pejabat sebuah NGO pengkaji sejarah dan tamadun yang dipanggil PENCINTA - Pertubuhan Pencinta Tamadun Islam Nusantara.
Walaupun ia sekadar bangunan pejabat satu tingkat di atas kedai saya dapati ia cukup sesuai untuk dijadikan satu lokasi HIKMAH.
Pengalaman mengadakan acara pertama HIKMAH dalam sebuah ruang yang sebenarnya lebih merupakan bilik seminar, bukan pun dewan di Kompleks Seni Islam atau Yayasan Restu di Shah Alam hampir 4 tahun lalu mengajar bahawa ruang di pejabat boleh digunakan untuk menampung sekurang-kurangnya 150 orang peserta. Kalau dimanfaatkan dengan bijak ia malah boleh memuatkan lebih 300 orang. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012.
Adapun pejabat juga mahu digunakan untuk sebuah maktab yang baru ditubuhkan...
Walaupun ruang yang ada tidak sebesar mana ia memiliki suasana keilmuan yang cukup sesuai bagi misi dan visi HIKMAH.
Kekurangan ruang dalam pejabat boleh diatas dengan mendirikan khemah-khemah untuk aktiviti-aktiviti sampingan seperti pameran dan gerai jualan bagi busana tradisional Melayu, tanjak, keris dan aksesori di kawasan letak kereta hadapan pejabat.
Ini telah dipersetujui oleh pengasas PENCINTA juga pengasas maktab, Ustaz Hasan Yusof. Beliau turut bersetuju acara diadakan Sabtu 17 September lalu berjanji akan mengusahakan segala yang patut termasuk makan minum percuma bagi peserta. Untuk pengetahuan mantan pegawai penyelidik mahkamah syariah Melaka yang juga merupakan pengkaji tegar ketamadunan Melayu ini, sudah mengembara merata turun lapangan membuat siasatan pernah membentang pada beberapa acara HIKMAH. Lihat artikel-artikel berikut :-
Esoknya pagi Jumaat 12 Ogos saya pun membuka event page bagi acara tersebut di Facebook. Alamat lokasi adalah seperti yang tertera dalam gambar. Sila klik sini untuk masuk ke laman. Mereka yang berminat untuk menghadiri sila nyatakan going...
No comments:
Post a Comment