Thursday, September 15, 2016

Atur cara penuh HIKMAH Seremban 17 September 2016


Poster ringkas HIKMAH Seremban yang disiapkan oleh saudara Zahamri Nizar, seorang penyokong kuat HIKMAH semalam...


Merujuk pada artikel Perkembangan dan pengisian ilmu untuk HIKMAH Seremban 17 September yang dipersembahkan di blogspot ini 8 hari lalu, sejak itu ada berlaku sedikit perubahan. Susulan daripada perubahan ini saya telah mengambil peluang untuk menetapkan atur cara penuh majlis yang akan berlangsung hari Sabtu hujung minggu ini iaitu tinggal 2 hari sahaja daripada sekarang. Biar dicopy paste update berkenaan yang dibuat di Facebook dengan sedikit suntingan...




Gambar hiasan : Sesi tahlil hol almarhum Sultan Alauddin Riayat Syah (Melaka) semasa acara ke-11 HIKMAH di Kampung Raja, Pagoh, Muar 8 Nov 2014...


SAMBUTAN MUSIM RAYA HAJI PADA HIKMAH SEREMBAN 17 SEPT DAN ATUR CARA PENUH

Salam semua. Salam 12 Zulhijjah. Ketika ini tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum acara ke-17 HIKMAH dilangsungkan di Seremban Sabtu 17 Sept 2016 bersamaan 15 Zulhijjah 1437 Hijriah. Semalam saya baru diberitahu oleh En Nurman dari Perbadanan Muzium Melaka bahawa beliau tidak dapat datang ke acara kerana disuruh menangani komitmen lain pada tarikh tersebut. Dengan itu beliau tidak dapat membawa tajuk pembentangan "Menggali Kehebatan Sebenar Kota Melaka semasa Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka" seperti yang dirancang sejak 3-4 minggu lepas. 

Ini menyebabkan tinggal 5 daripada 6 sahaja tajuk yang dirancang dapat dibawa pada majlis. Tak mengapa. Kebetulan saya belum lagi menetapkan bagaimana mahu dimasukkan sedikit sesi sambutan musim Raya Haji pada majlis. Maka biar masa yang terluang digantikan dengan itu.

Untuk sambutan Raya Haji ada yang memberitahu bahawa sesi takbir tidak lagi sesuai kerana sudah melepasi hari-hari Tasyrik 11-13 Zulhijjah, hari jemaah haji di Tanah Suci melontar batu di Jamrah. Ketika HIKMAH Seremban berlangsung 15 Zulhijjah juga para jemaah haji harus sudah berjaya menyelesaikan ibadah mereka namun kemeriahan musim Haji juga sambutan Aidal Adha 10 Zulhijjah harus masih lagi terasa. Oleh itu sedikit sambutan harus dimasukkan ke dalam program. Berdasarkan perkembangan ini saya pun memutuskan untuk membuat atur cara penuh sebegini rupa...


----------------



ATUR CARA PENUH HIKMAH SEREMBAN SABTU 17 SEPT 2016


     8 - 9      : Kedatangan tetamu dan peserta

    9 - 10     : Sesi sambutan Aidil Adha dan musim Raya Haji

                   - Tahlil dan sajak oleh Ustaz Mahyudin daripada Anjung Hikmah

10 – 10.30 : Pembukaan

                   - Ucapan aluan oleh Ustaz Hasanuddin Yusof, 
                      pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara

                    - Ucapan aluan oleh Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

10.30 – 1.30 : Sesi pembentangan pagi dan tengah hari -

                 1. Dalil-dalil Bertanjak dalam Islam, Sanad Serban dan Imamah serta beberapa Hal tentang Melayu dan Islam dalam Kitab – Wan Ahmad Faris, aktivis busana Melayu daripada PERDAM, Persatuan Destar Alam Melayu

                      2. Ulamak dan Persilatan dalam Sejarah Alam Melayu - Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu”

                     3. Dinar dan Dirham : Perkembangan Terbaru dalam keadaan Malaysia Tersepit antara Pengaruh Blok Amerika dengan Pengaruh blok China - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham


    1.30-2.30 : Rehat makan tengah hari/Zohor

  2.30 - 4.30 : Sesi pembentangan petang -

                  1. Red Indian telah DiIslamkan lebih 1,000 Tahun Lalu : Jejak Lama Pendakwah Islam juga Orang Melayu di Amerika – Ustaz Hasanuddin Yusof, pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, penulis buku “Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara”

                  2. Nabi Adam AS dan Orang Melayu purba 60,000 Tahun yang Lampau : Menyelaraskan Tempoh Kewujudan Manusia Dalam Sains Berbanding Kitab - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


     4.30-5    : Rehat minum petang/Asar

           5      : Sesi perbincangan berkumpulan diikuti taklimat penutup


Harap semua maklum ya tentang ini. Sila nyatakan kedatangan pada event page acara melalui pautan di sini.


No comments:

Post a Comment