Salam semua. Salam Hari Malaysia 16 September.
Petang tadi saya dan keluarga telah bertolak ke Seremban untuk membuat persiapan terakhir bagi menganjurkan acara ke-17 HIKMAH.
Terus ke lokasi yang beralamat seperti berikut :-
Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara,
No 2302, Tingkat 1,
Jalan SJ 10/1, Taman Seremban Jaya,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan
Rancangan awal saya adalah hendak meletakkan dahulu satu banner atau sepanduk HIKMAH pada khemah di kawasan letak kereta berhadapan bangunan rumah kedai yang menempatkan maktab. Tetapi saya dimaklumkan oleh pengasas maktab iaitu Ustaz Hasanuddin Yusof bahawa khemah-khemah cuma akan dipasang pada lewat malam. Oleh itu kami buat dahulu apa-apa persiapan yang patut dalam ruangan maktab. Alhamdulillah setelah beberapa lama dapatlah didirikan apa yang patut sehingga boleh ditunjukkan sebagai cukup bukti bahawa kami sudah sedia menerima peserta...
Didirikanlah sepanduk-sepanduk HIKMAH terutama sepanduk besar yang telah dibawa ke merata acara HIKMAH di Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh sejak hampir 4 tahun lalu.
Sistem audio-visual juga sudah diselaraskan untuk pembentangan ilmu.
Barangan milik maktab.
Buku-buku saya sudah diletakkan di satu bahagian untuk pameran dan jualan. Insyaallah waktu acara berlangsung siang Sabtu nanti akan ada banyak lagi barangan dipamerkan juga dijual termasuk keris dan tanjak.
Ustaz Hasan sedang membuat beberapa persiapan akhir menggunakan komputer. Saya dimaklumkan saudara mara beliau pula sedang bertungkus lumus di rumah untuk menyediakan hidangan pagi, tengah hari dan petang untuk peserta.
Seperti biasa, acara adalah terbuka dan percuma untuk semua yang sayangkan Melayu dan Islam. Lokasi majlis boleh kelihatan dalam peta iaitu di Taman Seremban Jaya. Digalakkan datang berbusana tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris...
Laluan paling mudah adalah ambil Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Seremban lalu keluar di tol Senawang. Teruskan sedikit berjalan lalu kelihatan lampu isyarat dengan bangunan Tesco Extra di kanan. Belok ke kanan dan jalan terus sehingga melepasi 3 lampu isyarat. Lokasi terletak sebelum lampu isyarat ke-4.
Pada Google Map boleh kelihatan nama Restoran Aisa Jasmin. Lokasi majlis terletak betul-betul di sebelah restoran. Koordinatnya adalah seperti berikut :-
2° 40' 13.13" N
101 ° 59' 01.99" E
Atau boleh juga cari Klinik 1Malaysia di Seremban Jaya. Maktab terletak satu baris dengan klinik, 8 pintu ke arah tenggara. Jumpa kita ketika majlis berlangsung hari Sabtu 17 September 2016 bersamaan 15 Zulhijjah 1437 Hijrah jam 9 pagi hingga 5 petang. Sebagai mukadimah malam ini sila baca artikel-artikel berikut :-
No comments:
Post a Comment