Masuk pada bahagian cerita yang dinanti-nantikan. Bersambung daripada Menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang.
Sekitar jam 3.09 tetamu diraja iaitu Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah ibni almarhum Sultan Iskandar (Johor) pun muncul masuk ke dalam bangunan pejabat Jabatan Muzium Malaysia iaitu di sebelah bangunan utama Muzium Negara.
Baginda diiring berjalan mengikut laluan permaidani merah. Antara yang menyambut paling awal dengan sembah adalah kawan-kawan HIKMAH yang terlibat dalam persembahan pentas.
Selepas melalui bangunan pejabat menembusi galeri yang dikhaskan untuk Pameran Songket ASEAN baginda berhenti sejenak sebelum turun ke dataran.
Di sini Tunku Azizah disambut pula dengan persembahan silat, juga oleh kawan-kawan HIKMAH. Untuk pengetahuan kawan-kawan kami terdiri daripada ahli pelbagai persatuan, antaranya adalah Komuniti Keris Warisan dan persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM)...
Selesai persembahan silat masuk pasukan apa ini... zapin kalau tak salah dari JKKN (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara).
Baginda diiringi bergerak ke hadapan dataran.
Tetamu diraja mengambil tempat duduk paling hadapan dan tengah. Ke kiri baginda adalah Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati, ke kanan adalah Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, En. Kamarul Bahrin.
Seperti biasa saya terus mengambil gambar sekeliling.
Ramai juga kawan-kawan aktivis busana dan persilatan, kawan-kawan HIKMAH juga turut sama memeriahkan suasana...
Ada pula wakil-wakil kedutaan daripada beberapa negara kerana ini adalah satu majlis antarabangsa.
Persembahan zapin (oleh JKKN kalau tak salah) membuka pentas...
Sambil itu hadirin boleh melihat suasana sekeliling termasuk kehadiran Tunku Aminah dipancarkan ke skrin besar.
Ketua Pengarah muzium memberikan ucapan diikuti Timbalan Menteri.
Sampai giliran tetamu diraja untuk memberikan sedikit kata-kata.
Satu perkara menarik... baginda amat meminati songket malah bertanggungjawab besar menghidupkan industri tenunan cara tradisional di negeri Pahang...
Selepas beberapa lama pameran pun dirasmikan oleh Tengku Puan Pahang.
Ini diikuti peragaan fesyen pakaian songket, rasanya masih lagi oleh orang-orang JKKN.
Naik satu lagi kumpulan yang nampaknya terdiri daripada para peragawan dan peragawati profesyional menggayakan songket cara mereka pula...
Namun persembahan mereka-mereka ini rata-rata bersifat moden, mungkin kerana terlalu ghairah mahu menggapai persada dunia dan penerimaan orang zaman sekarang. Pada ramai kami para aktivis budaya ia cacat nilai yang harus diketengahkan sebagai milik diri kita. Iya, songket-songket cantik yang diperagakan memang layak diangkat ke pentas antarabangsa. Tetapi jiwa bangsa yang menjadi pencetus pembentukan keseniaan songket itu sendiri nampaknya hilang ditelan zaman.
Jiwa Melayu sejati yang diharapkan kelihatan cuma mula muncul apabila kawan-kawan HIKMAH yang diberikan tugas memperagakan pemakaian songket cara lama lagi tradisional masuk menaiki pentas. Pertama naik adalah isteri saya sendiri Puan Nor Afidah binti Yusof, pemilik jenama busana Bona Fida (sila klik sini). Saya sebagai suami tentu merasa amat gembira dan bangga melihat isteri kelihatan begitu cantik dan ayu. Penekanan diberikan terhadap mimik-mimik wajahnya yang buat beberapa detik menghiasi skrin besar untuk tatapan semua...
Saya pun mula mengambil video. Bukan semata-mata hendak memuji isteri dan kawan-kawan HIKMAH, anda lihatlah sendiri. Lihat persembahan kelihatan begitu tertib, beradab, beradat lagi menarik dan melambangkan jiwa keMelayuan. Lihat bagaimana tetamu diraja pun kelihatan teruja, timbalan menteri menggerak-gerakkan badan mengikut lenggok lagu latar.
Sesungguhnya ini adalah satu persembahan yang sangat berjaya. Walhal ia baru diilhamkan 9 hari sahaja sebelum itu (rujuk cerita dalam artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini). Sesungguhnya anda semua para aktivis budaya, persilatan, ketamadunan, peradaban dan kedaulatan Melayu Islam telah mengukir satu sejarah yang cukup besar. Anda telah mencuri perhatian ramai pada majlis anjuran sebuah institusi negara yang amat berprestij iaitu Muzium Negara.
Malah kami dimaklumkan Pameran Songket ASEAN yang mana kawan-kawan HIKMAH telah memberikan roh Melayu pada majlis perasmiannya ini adalah acara terbesar jabatan bagi kalendar tahun 2016. Anda semua telah melakukan ini dalam satu majlis antarabangsa yang dihadiri wakil-wakil kedutaan pelbagai negara. Dan anda juga berjaya mencuri perhatian tetamu diraja.
Sesungguhnya memang ini boleh dikira sebagai satu majlis diraja yang sangat-sangat berprestij. Anda semua telah berjaya memberikan nilai tambah yang tinggi. Ini disedari dan diakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia apabila diminta memberikan maklum balas. Insyaallah apa yang berlaku cuma mukadimah daripada satu siri kerjasama berpanjangan antara para aktivis budaya daripada atau melalui HIKMAH mahupun persatuan-persatuan lain. Sesungguhnya kita sudah berjaya mengangkat martabat kumpulan dan pergerakan ke satu tahap yang tidak terimpikan pun sebelum ini. Subhanaallah. Syabas semua kawan-kawan.. :]

No comments:
Post a Comment