Bahagian kedua penceritaan. Bersambung daripada artikel Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN.
Jam 2 petang, ketika tinggal sejam sahaja sebelum majlis perasmian dijadualkan bermula saya meninjau kembali persekitaran.
Gerai-gerai penjualan songket yang sebelum itu masih kelihatan belum siap kini sudah hidup berwarna-warni untuk menerima pengunjung. Lihat artikel Songket sales booth at the ASEAN Songket exhibition in Muzium Negara di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Mereka yang terlibat secara langsung dalam majlis pula semua sudah siap berpakaian penuh menurut peranan...
Permaidani merah telah disiapkan untuk menerima kunjungan tetamu diraja merangkap VVIP paling utama, Tengku Puan Pahang, isteri kepada Tengku Mahkota Pahang.
Sementara ada masa saya meninjau pameran songket yang juga baru sejam dua siap. Lihat Looking at the ASEAN songket exhibits at Muzium Negara.
Kembali pada urusan menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang. Kawan-kawan HIKMAH yang terlibat dalam persembahan sedang berbaris menunggu di pintu masuk utama laluan.
Isteri saya yang terlibat sama kelihatan manis berpakaian songket bersama kawan.
Di kanan kelihatan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, En. Kamarul Bahrin juga berbusana tradisional Melayu...
Sekitar jam 2.47 petang saya meninjau persiapan sambutan di hadapan bangunan utama pejabat...
Masuk balik ke dalam menuju kembali ke dataran tempat perasmian akan berlangsung...
Nasib baik saya tidak terlibat dalam persembahan, cuma diminta memeriahkan sahaja majlis sebagai antara orang yang akan memberikan sambutan. Bolehlah berlegar ke sana ke mari sesuka hati selagi Tengku Puan Pahang belum sampai. Untuk makluman ini adalah artikel ke-272 di blogspot ini.
No comments:
Post a Comment