Salam semua. Merujuk pada artikel Rehearsal untuk majlis pembukaan HIKMAH Muzium Negara - Tempat sudah sedia untuk menerima peserta malam buta pagi Sabtu. Sukacita dimaklumkan majlis telah berjaya diadakan dengan gemilangnya siang itu. Pagi Selasa ini setelah cukup kurang rasa kepenatan akibat penganjuran acara juga persediaan untuknya yang menjadi begitu pesat seminggu dua kebelakangan ingin saya memulakan langkah perkongsian cerita. Mari...
Pagi Sabtu 18 Oktober 2016. Setelah mendapat tidur dalam 3-4 jam gitu saya dan keluarga bergegas meninggalkan rumah untuk ke Muzium Negara.
Rumah kami terletak hampir 50 km dari muzium. Setelah menyiapkan segala yang perlu kami bertolak jam 7.30.
Nasib baik keadaan trafik adalah lancar sepanjang perjalanan. Sampai sahaja ke muzium jam 8 kami terus membawa kereta masuk ke kawasan dataran untuk menurunkan sejumlah barangan ke tapak perniagaan. Selain itu saya juga perlu menyiapkan sedikit perhiasan pentas. Beginilah pemandangan dataran dari atas pentas...
Selesai menurunkan barangan saya mengalihkan kereta ke kawasan lapangan di hadapan pejabat Jabatan Muzium Negara.
Balik ke pentas. Kelihatan antara 'perhiasan' yang didirikan iaitu banner/bunting/sepanduk mengenai Pernytaan HIKMAH Melaka, satu set resolusi yang dibentuk pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012 diikuti acara kedua di Melaka 25 Nov 2012.
Ia kemudian diperkemaskan untuk diwar-warkan kepada umum pada majlis berkaitan di Muzium Kesultanan Melaka 2 Disember 2012. Lihat Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? untuk butiran lanjut. Hampir setahun kemudian baru saya tergerak untuk mencetak resolusi tersebut menjadi dua sepanduk yang boleh dipamerkan pada acara demi acara, satu dalam tulisan jawi satu dalam rumi. Majlis pertama menerimanya adalah Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013. Klik pada tajuk untuk cerita-cerita mengenai majlis.
Melihat lagi dataran dari atas pentas. Ketika gambar ini diambil jam 8,38 sudah ramai peniaga muncul mengambil tempat.
Sudah menjadi polisi kami di HIKMAH sedaya-upaya cuba menyediakan tapak percuma pada setiap acara. Cuma kali ini kami harus menghadkan jumlah dengan setiap peniaga harus menurut tema majlis iaitu "Busana Lambang Ketamadunan Melayu". Ini adalah menurut protokol muzium yang mahu menjaga piawaian tinggi mereka sebagai satu institusi nasional yang sangat berprestij. Meja pun tak boleh tukar duduk letak, setiap peniaga kena bawa sendiri kain batik merah sebagai alas.
Peniaga juga perlu mendaftar lebih awal untuk dimasukkan nama dan butiran kertas kerja bagi cadangan penggunaan dataran, Sedangkan kebiasaan kami sesiapa pun boleh datang berniaga tanpa mendaftar atau memberitahu lebih awal. Ini kerana kami menurut konsep pasar terbuka Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kalau ikut cadangan asal muzium cuma 10 orang peniaga sahaja boleh turut serta. Tapi alhamdulillah, setelah diperhalusi lagi perkara kami dibenarkan membawa masuk 10 orang lagi peniaga. Rujuk artikel Perkembangan-perkembangan terbaru berkenaan penganjuran HIKMAH Muzium Negara dalam tempoh 32 jam kebelakangan yang dipersembahkan pagi Jumaat.
Seawal jam 6 pagi itu saya ada menerima panggilan meminta penggunaan menurut aturan meja apabila ada satu peniaga sudah sampai dari Kuala Kangsar sehingga sanggup tidur di dalam kereta untuk memastikan tempat. Sebetulnya ketika itu saya belum memutuskan bagaimana aturannya. Saya harapkan seorang peniaga yang biasa mengikut HIKMAH akan mengaturnya sebelum saya sampai. Nak tak nak saya harus menetapkan aturan berdasarkan apa yang saya tahu tentang duduk letak meja di kiri dan kanan dataran. Apabila keputusan sudah dibuat lalu peniaga tersebut jelas meja mana patut dipakainya saya pun meninggalkan pesan agar dia memaklumkan aturan itu kepada semua peniaga yang sampai kemudian.
Melihat meja-meja dan barangan perniagaan yang sudah...
Sambil itu sedikit demi sedikit hadirin juga pembentang pun sampai...
Gambar ini diambil pada jam 9. Ketika itu sepanduk besar HIKMAH sudah selamat dipasangkan di tengah pentas.
Sepanduk ini lambat sedikit dipasang kerana perlu menunggu kehadiran seorang petugas muzium yang memiliki alatan untuk melekapkannya ke dinding belakang.
Lagi satu sepanduk saya sudah pasang seorang diri hampir waktu Maghrib petang Jumaat. Ini dilakukan selepas beberapa persiapan akhir untuk majlis. Rujuk balik artikel Rehearsal untuk majlis pembukaan HIKMAH Muzium Negara - Tempat sudah sedia untuk menerima peserta.
Menurut jadual atur cara jam 9 - 9.30 adalah untuk peserta datang lalu mendaftar.
Cuma kami diingatkan untuk bersedia di hadapan auditorium seawal jam 9.15 untuk menyambut kedatangan VVIP.
Di auditorium yang terletak bawah sedikit jauh dari dataranlah akan berlangsung majlis perasmian oleh VVIP.
Di auditorium juga akan berlangsung komponen utama HIKMAH iaitu pembentangan-pembentangan ilmu. Maaf, tiga gambar terakhir ini agak kabur, Ini kerana kamera saya ada terjatuh dari atas tembok ketika hendak mengemaskan pakaian. Selepas itu fokus automatiknya kelihatan tidak dapat berfungsi dengan elok. Nampaknya selepas ini penceritaan harus disambung menggunakan gambar-gambar yang telah dikongsikan pihak lain melalui Facebook...
No comments:
Post a Comment