Meneruskan cerita tentang acara. Bersambung daripada artikel HIKMAH Muzium Negara - Keadaan awal pagi sebelum majlis pembukaan. Merujuk pada perenggan akhir artikel tersebut, gambar-gambar di bawah diambil daripada Whatsapp dan Facebook orang...
Sambil itu para pegawai tertinggi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) juga wakil HIKMAH bersedia untuk menyambut kedatangan VVIP.
Tidak lama kemudian muncullah VVIP yang dimaksudkan. Beliau adalah Datuk Hj Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Menyambut di barisan hadapan adalah Ketua Pengarah JMM, En. Kamarul Baharin bin A. Kasim (baju hijau). Turut kelihatan dalam gambar adalah Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Dasar) En. Mohamad Shawali bin Hj. Badi (baju unggu)...
Ghaffar dibawa dahulu ke bilik VIP di mana beliau diberikan sebuah setanjak untuk dipakai. Maaf saya tidak sebut Datuk Ghaffar. Ini kerana sebagai seorang bekas wartawan saya menurut kebiasaan atau format surat khabar di mana gelaran tidak lagi dipakai bagi sebutan kedua (second reference) dan seterusnya. Selepas diberikan taklimat ringkas tentang acara baru beliau dibawa kembali ke luar. Beliau pun diperkenalkan dengan barisan guru-guru silat dan para peneraju persatuan. ...
Masuk ke auditorium semua yang terlibat mengambil tempat. Para hadirin lain sudah menunggu untuk memulakan acara. Ini berlaku sambil MC mengumumkan ketibaan VVIP dan dif-dif kehormat.
Duduk paling hadapan di kerusi VIP adalah Kamarul (paling kiri) diikuti Kamarul, saya (sebagai presiden dan pengasas HIKMAH) dan Shawali.
Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mahyudin Hamid, seorang penyokong kuat HIKMAH.
Ini diikuti bacaan syair lama daripada istana Terengganu yang memperihalkan keindahan anak raja apabila memakai sepersalinan lengkap busana tradisional. Alunan asyik syair didendangkan oleh saudara Mohd. Zahamri Nizar, seorang lagi penyokong kuat HIKMAH. Beliau pernah beberapa kali membentang dalam majlis-majlis kami.
Zahamri naik ke pentas itu diiringi oleh anak-anak ahli persilatan Harimau Rimou Puteh. Selesai bacaan syair, guru mereka Cikgu Akmal naik ke pentas lalu membuka langkah persembahan silat.
Persembahan disambut oleh anak beliau, seorang guru muda sebelum lain-lain ahli menunjukkan langkah. Untuk majlis, MC memperkenalkan ini sebagai persembahan silat oleh HIKMAH.
Selesai itu saya dipanggil naik untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Ghaffar naik kemudian untuk memberikan ucapan perasmian.
Dif-dif kehormat dijemput naik ke pentas untuk bersama dalam perasmian. TKSU pun memukul gong sebanyak 3 kali...
Ini diikuti pemberian cenderamata dari pihak muzium kepada Ghaffar berupa buku-buku terbitan JMM.
Pihak saya mewakili seluruh warga HIKMAH juga memberikan cendermata kepada beliau berupa sebuah tanjak dan sebuah buku tentang busana...
Bergambar beramai-ramai sebelum majlis pembukaan tamat. Selepas ini akan dimulakan sesi pembentangan ilmu di dalam auditorium. Sambil itu persembahan-persembahan silat daripada pelbagai perguruan dari Kuala Lumpur, Selangor malah Perak dan Pahang akan berjalan daripada pagi hingga ke petang...
No comments:
Post a Comment