Sekitar 25 jam lalu. Ketika meneliti artikel demi artikel kompilasi HIKMAH untuk memastikan sejak bilakah saya berhenti membuat sendiri video-video sekitar acara-acara HIKMAH lalu memuatnaikkannya ke Youtube dan sejak bila pula saya mula mengumpul pautan video-video yang dihasilkan orang lain terlihatlah beberapa gambar beramai-ramai selepas acara. Antaranya bersama sepanduk atau bunting HIKMAH menghiasi sejumlah artikel kompilasi tentang acara. Ini membuat saya tergerak untuk meneliti kembali setiap acara lalu mendapatkan gambar beramai-ramai yang ada.
Dengan itu tergerak pula saya untuk mengumpulkan gambar-gambar berikut berserta pautan kompilasi acara yang berkenaan. Walaupun seringkali juga gambar beramai-ramai ini diambil selepas berapa lama suatu acara tamat lalu ramai telah meninggalkan majlis ia tetap sedikit sebanyak dapat mewakili kehadiran ramai juga kemeriahan pelbagai ragam manusia pada setiap acara HIKMAH. Biar koleksi gambar-gambar bagi setiap acara dari yang pertama sampai ke-19 ini menjadi kenangan indah dalam menutup kalendar aktiviti untuk tahun 2016. Di samping itu ia dapat menjadi sumber rujukan mudah dan pantas, mudah dicapai oleh sesiapa sahaja yang berminat.

No comments:
Post a Comment