Acara ke-12 ini membuka kalender HIKMAH tahun 2015 selepas 3 lokasi berlainan negeri telah dikenal pasti sebagai tempat 3 acara terawal untuk tahun baru ini. Lokasi-lokasi telah dikenal pasti dengan sokongan penganjur tempatan paling lewat minggu pertama Disember 2014. Usaha menjayakannya dimulakan sejak itu. Ilham untuk menerbitkan ketiga-tiga acara adalah susulan daripada kejayaan acara ke-11 HIKMAH di Masjid Sultan Alauddin Riayat Shah I, Kampung Raja yang mana di perkarangannya terdapat makam Sultan Alauddin yang memerintah Melaka lebih 500 tahun lalu. Majlis di mana hol atau ulang tahun Sultan Alauddin pertama kali diadakan dalam sejarah yang diketahui orang itu memberi inspirasi kepada banyak pihak untuk membantu HIKMAH terus bergerak lalu 3 acara terawal 2015 pun dibentuk, dibuka dengan acara ke-12 di Lembah Bujang.
Acara ini juga merupakan pertama kali HIKMAH diadakan di negeri Kedah. Sebelum ini yang terdekat adalah acara ke-9 di Pulau Pinang 22 Februari 2014 Jika HIKMAH XI di Pagoh diadakan di masjid dan makam Sultan Alauddin Melaka, HIKMAH XII di Lembah Bujang pula diadakan di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang 3.5 km daripada makam Sultan Muzaffar Shah I, raja Kedah yang dikatakan pertama memeluk Islam iaitu pada tahun 1136 Masihi. Lokasi rumah juga tidak jauh daripada tapak-tapak arkeologi purba yang menunjukkan ketamadunan tinggi orang Melayu seawal 500 Sebelum Masihi. Paling menarik adalah kewujudan tapak industri peleburan besi bertaraf dunia berumur 2,400 tahun di Sungai Batu. Maka acara utama di Taman Lembah Bujang 17 Januari 2015 disusuli dengan lawatan lapangan rasmi ke Sungai Batu 18 Januari. Kebetulan tarikh itu adalah hari keputeraan Sultan Kedah sekarang, Sultan Abdul Halim Shah yang juga adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Lawatan lapangan turut meliputi ziarah ke makam Sultan Muzaffar Shah I di mana tahlil ringkas diadakan.
1. Dari Lembah Bujang ke Beruas ke Seri Menanti - 3 acara terawal HIKMAH untuk tahun 2015
2. HIKMAH Lembah Bujang - Anak-anak Kedah sudah bersedia untuk menjayakannya
3. HIKMAH Lembah Bujang - Lokasi tepat dan pengisian
4. HIKMAH Lembah Bujang - Persediaan akhir sebelum acara menjelang pagi Sabtu
Apa yang berlaku sepanjang acara...
1. HIKMAH Lembah Bujang - Maulidur Rasul pembuka acara
2. HIKMAH Lembah Bujang - Tamadun purba Sungai Batu dan masjid abad ke-9
3. HIKMAH Lembah Bujang - Hindu-Buddha-Islam, Gunung Jerai dan Merong
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
2. Masjid Kuno Pengkalan Bujang Kurun ke-9 – Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus dalam penelitian mihrab dan mimbar masjid
3. Tarikan Mistik Gunung Jerai dan Sekitarnya - Tuan Che Ross/ Idrus, pemilik rumah tempat acara merangkap wakil Pusaka Gayong Lembah Bujang juga Gurun
4. Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam - Tuan Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"
5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"
Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...
1. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Sedikit ringkasan ceritera
2. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat
3. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Dari zaman Funan ke zaman Kedah Islam
Acara susulan atau ada kena-mengena...
1. Berkumandangnya azan Maghrib di Tapak 23 Pengkalan Bujang
2. Dari rumah ibadah 110SM ke kompleks pentadbiran 487SM
3. Tapak peleburan besi di Sungai Batu - Bukti Kedah sudah mengeksport besi sejak lebih 2000 tahun lalu!
4. Bergambar beramai-ramai dan tahlil di makam Sultan Muzaffar Syah I Kedah
PAKET TOUR BANDAACEH-SABANG-ACEH BESAR 4D3N & 3D2N.. INFORMASI LEBIH LANJUT HUBUNGI (+62) 821 6347 6464 / email: aso_wisata@yahoo.com
ReplyDelete