Salam pagi Jumaat. Merujuk pada artikel Bersedia untuk acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi 17 Disember yang dipersembahkan tengah hari Jumaat lepas. Adapun acara yang disebut dalam artikel sudah pun selamat dilaksanakan keesokan harinya, Sabtu 17 Disember. Sampai masa untuk bercerita tentang acara tetapi terlebih dahulu biar dikongsikan kesinambungan daripada tengah hari Jumaat lepas.
Selepas mempersembahkan artikel Bersedia untuk acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi 17 Disember gerak hati saya menyuruh agar membuat satu artikel berkenaan lawatan ke satu pesta buku 2 hari sebelum itu. Ingatkan dapat siap sebelum keluar untuk bersolat Jumaat. Tengok-tengok jam 3.30 petang baru boleh selesai. Lihat artikel Faktor Hang Tuah dan keluarga laksamana yang memanggil untuk ke Ekspo Buku Malaysia 2016 di PWTC di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Selepas itu baru keluar rumah membawa anak-anak lalu mengambil isteri di pejabat. Terus bergerak ke lokasi acara ke-19 HIKMAH iaitu Dusun Nora di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Kami sampai sebelum jam 6. Ketika itu sudah ada beberapa orang peserta lebih awal sampai.
Kami berjalan bersama menikmat pemandangan indah persekitaran pergunungan Banjaran Titiwangsa sambil meninjau penggunaan ruang...
Ketika itulah saya dapati satu sepanduk HIKMAH elok diletakkan di tempat yang kelihatan.
Tempat itu sebenarnya adalah reban ayam. Kami dapati sepanduk mudah kelihatan dari arah masuk pintu pagar hadapan kawasan Dusun Nora.
Satu lagi diletakkan di bawah surau. Di surau inilah sambutan Maulidur Rasul, pembukaan dan sesi-sesi pembentangan ilmu diadakan pada hari Sabtu 17 Disember pagi hingga petang
Selepas solat Isyak kami makan malam.
Ketika itu sejumlah ahli keluarga pemilik tempat sudah sampai untuk bermalam juga menyertai acara HIKMAH dan komponen berkaitan.
Komponen berkaitan yang dimaksudkan adalah tahlil arwah untuk saudara Zaid, seorang penyokong kuat HIKMAH yang kembali ke rahmatullah sehari selepas tamat bulan Syawal tahun 1437 Hijriah hampir 4 bulan lalu. Sekitar jam 10.15 kami masuk ke surau untuk memulakan majlis Untuk makluman beliau ialah adinda kepada pemilik tempat iaitu Puan Nora, seorang lagi penyokong kuat HIKMAH.
Adinda kepada arwah Zaid, saudara Musaddiq, juga penyokong HIKMAH memimpin tahlil. Beliau memulakan dengan bacaan Yassin dan doa berkenaan.
Entah kenapa malam itu saya tidak dapat melelapkan mata lalu asyik berkeliaran melihat kawasan sebelum tergerak membuat perkara yang lebih berfaedah. Jam kamera saya menunjukkan gambar ini diambil pada 2.16 pagi. Ketika itu saya baru selesai mendirikan 2 buah sepanduk HIKMAH yang menunjukkan resolusi yang dibuat penghujung tahun 2012. Lihat artikel Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?.
Isteri saya dan seorang rakan turut membantu apa yang patut...
Ketika itulah juga saya mendapati lebih elok slaid-slaid untuk acara dipancarkan melalui projektor terus pada dinding berbanding pada skrin. Ini kerana dinding surau berwarna putih lalu dapat memberikan paparan yang cukup jelas selain ruang yang lebih luas. Kalau pakai skrin saiznya terhad mengikut kelebaran skrin. Pakai dinding boleh dipancarkan lebih besar dengan cara meletakkan projektor jauh sedikit ke belakang. Cuma tiang yang berada di tengah dinding sahaja menghadkan saiz. Tetapi tetap lebih besar berbanding memakai skrin...
Nota : Sedar tak sedar 19 buah gambar telah dipilih untuk memandu penulisan artikel ini. Sesuailah dengan hakikat bahawa ia melibatkan persediaan sejurus sebelum mengadakan acara ke-19 HIKMAH... :]
No comments:
Post a Comment