Friday, December 23, 2016

HIKMAH Bukit Tinggi - Menunggu pembukaan yang terlajak masa...




Sabtu 17 Disember 2017, jam 7.12 pagi saya melihat ke luar surau Dusun Nora.



Saya tidak dapat melelapkan mata langsung malam sebelum itu. Paling dekat cuma dapat berbaring rehat selepas solat Tahajud sekitar jam 4 kemudian bangun Subuh. Selepas Subuh baring lagi tetapi tetap tidak dapat melelapkan diri . Setakat tutup mata aje ada le. Minda terus sedar dan kepala pula memikirkan macam-macam.



Acara ke-19 HIKMAH dijadualkan bermula jam 9 pagi. Gambar ini diambil pada jam 9.17.



Menurut atur cara yang saya sediakan majlis harus dimulakan jam 9 pagi dengan persembahan hadrah Maulidur Rasul oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble.



Tetapi mereka pula muncul lambat. Maka mana-mana hadirin yang sudah sampai ke lokasi diajak bersarapan dahulu,



Antara yang sampai awal adalah penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H. Alattas. Beliau yang merupakan bapa angkat saya diminta merasmikan majlis iaitu pada sesi pembukaan selepas persembahan Maulud.



Kalau ikut rancangan asal kumpulan Haqqani Maulud Ensemble harus masuk bermalam di Dusun Nora sebelum membuat persembahan pagi Sabtu. Tetapi masuk hari Jumaat baru saya mendapat tahu mereka harus membuat persembahan lain pula terlebih dahulu di Janda Baik lalu cuma 4-5 orang akan masuk bermalam.



Bila sampai masanya tidak seorang pun masuk . Kemudian saya mendapat tahu mereka katanya cuma sempat sampai ke Dusun Nora sekitar jam 9.30 pagi Sabtu.



Masuk sebentar ke surau tempat acara mahu dilaksanakan.



Ketika ini sudah jam 9.33. Kumpulan Maulud masih belum sampai.



Tak mengapa. Saya sudah biasa dengan kelewatan acara. Apapun berlaku saya percaya ia cuma Qada' dan Qadar Allah belaka. Saya pun berjalan-jalan sambil menikmati suasana persekitaran.











Jam 9.55 pagi, Sudah terdapat banyak kereta diletakkan dalam kawasan.











Jam 10.22 pagi. Kumpulan Haqqani baru sahaja masuk ke dalam surau. Sebelum itu mereka mengambil sedikit masa untuk meletakkan kereta di kawasan yang sesuai. Maklumlah laluan/jalan di sini agak terhad ruang kerana terletak di lereng bukit yang curam.



Sambil itu muncul beberapa orang lagi hadirin. Di dalam surau kumpulan Haqqani sedang menyiapkan kelengkapan termasuk sound system sebelum memulakan acara. Permulaan acara nampaknya sudah terlewat hampir satu setengah jam. Tak mengapa, tahulah saya mengatur apa-apa perubahan dalam rancangan.



No comments:

Post a Comment