Friday, December 23, 2016

HIKMAH Bukit Tinggi - Sambutan Maulidur Rasul yang haq




Jam 10.23 pagi. Kumpulan Haqqani Maulud Ensemble sudah mengambil tempat di hadapan dalam surau Dusun Nora.



Ini adalah terlambat hampir satu setengah jam berbanding jadual asal. Terlambat hampir sejam menurut perubahan rancangan malam sebelumnya apabila memberitahu kepada tuan rumah boleh sampai jam 9.30 pagi, Kalau ikutkan jam 10 harus sudah bermula acara pembukaan atau lebih tepat perasmian di mana saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH memberikan sedikit kata-kata aluan diikuti kata-kata daripada pemilik tempat kemudian ucapan dan perasmian oleh tetamu khas.



Ketika ini tidak ramai berada dalam surau. Masih terdapat sejumlah hadirin berlegar-legar di luar, ada yang sedang bersarapan...


Jam 10.27 setelah mendapati kelengkapan sudah siap dipasang saya pun memberikan isyarat agar kumpulan Haqqani Maulud Ensemble memulakan persembahan.



















Untuk makluman mereka pernah melakukan persembahan serupa pada acara ke-16 HIKMAH yang berlangsung di Janda Baik, Bentong, Pahang 30-31 Disember 2016. Lihat artikel HIKMAH Janda Baik - Gema Maulud yang tak disangka, pembukaan yang sangat memberangsangkan juga Video-video sekitar HIKMAH Janda Baik.



Kualiti persembahan mereka tidak dapat dinafikan. Kalau tak salah ingatan kumpulan ini sudah wujud lalu bermain di tempat-tempat berprestij tinggi seperti Istana Perak sejak tahun 2000 lagi Cara persembahan dan senarai lagu/qasidah mereka yang menerima panduan daripada seorang sheikh tariqat bertaraf dunia menjadi ikutan ramai pihak hingga sekarang. 



Saya duduk di sebelah kumpulan lalu mengambil beberapa gambar dari tempat duduk.







Sambil persembahan berjalan semakin ramai masuk untuk menikmati suasana yang memberangsangkan. Nyanyian dan bunyi-bunyian menggamit rasa rindu amat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW...







































No comments:

Post a Comment