Salam semua. Selamat tahun baru 2017. Hari ini, Selasa 3 Januari baru saya tergerak untuk kembali menulis dalam blogspot, setelah kepenatan amat akibat berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan satu gerak penulisan yang sangat intensif bermula Rabu lepas. Hal penulisan intensif yang berlaku kerana mahu melepaskan/meluahkan pelbagai perkara sebelum tahun baru muncul ada disebut dalam artikel terakhir saya untuk tahun 2016, Penegasan tentang keistimewaan dan prestij HIKMAH sebagai penutup kata-kata tahun 2016. Artikel itu menjadi semacam kemuncak dalam proses gerak kerja dan ilham yang menyaksikan saya bertungkus-lumus menyiapkan 13 buah artikel di blogspot ini berserta 12 di blogspots saya yang lain (CATATAN SI MERAH SILU, BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART))... dalam tempoh 4 hari, 28-31 Disember. Sekarang, setelah merasakan mendapat cukup rehat selain cukup tempoh 'senyap' supaya tidak terikut-ikut sangat dengan rentak kemunculan tahun baru menurut cara Barat biarlah dipersembahkan artikel pertama saya di mana-mana blogspot untuk tahun ini.
Kelihatan di atas adalah satu cadangan reka bentuk untuk cenderahati wang perak dirham yang mahu diterbitkan atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Reka bentuk ini juga reka bentuk untuk dirham berserta sampul khas dengan pandangan depan belakang telah disuakan kepada saya sekitar 2 minggu sebelum acara terakhir HIKMAH tahun 2016 untuk penilaian. Saya juga disarankan agar menunjukkannya kepada hadirin semasa acara tersebut untuk mendapatkan maklum balas. Rujuk Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016. Namun ini tidak sempat dilakukan ketika majlis. Pada malam hari selepas acara tamat baru ada kesempatan lalu sejumlah hadirin yang masih ada telah ditunjukkan reka bentuk yang ada.
Rekabentuk-rekabentuk ini muncul setelah sebulan dua seorang sahabat aktivis dinar dan dirham HIKMAH berbincang dengan saya tentang perkara, Langkah-langkah konkrit untuk menjayakanya pula terbit selepas melaksanakan acara HIKMAH sebelum Bukit Tinggi. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Sebetulnya sahabat tersebut pernah mencadangkan agar diterbikan dinar dan dirham atas nama HIKMAH sejak 2-3 tahun lalu lagi. Selepas acara di muzium baru timbul gerak rasa yang cukup kuat untuk melaksanakannya sehingga kami telah berbincang dengan seorang pemilik kilang cetak dinar dirham tentang apa yang diperlukan lalu menyatakan komitmen.
Cuma kena ambil sedikit masa lagi untuk menetapkan reka bentuk yang terbaik buat kami. Kena ambil masa untuk menilai kembali berdasarkan maklum balas orang ramai sambil pihak kami menunggu masa paling sesuai untuk membeli cukup bekalan logam perak bagi dijadikan bahan. Untuk makluman mencetak dirham adalah satu langkah usaha kami untuk merealisikan satu daripada 10 resolusi dalam Pernyataan HIKMAH Melaka (lihat Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?). Ia adalah satu bahagian penting daripada Perkara 6 pernyataan yang berbunyi :-
6. Memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi common law dan muamalat Islam berdasarkan penggunaan dinar dan dirham mengatasi sistem ekonomi konvensyional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.
Sebelum ini bukan tidak ada orang pernah buat. Ramai pihak sudah melaksanakannya termasuk kerajaan sebuah negeri di Malaysia. Usaha juga terus berjalan agar ia dapat dibiasakan menjadi alat mualamat berjual-beli di sesetengah tempat. Tetapi terdapat halangan-halangan tertentu daripada pihak yang tidak mahu dinar dirham dihidupkan kembali sebagai matawang. Difahamkan, malah wujud akta Bank Negara kita sendiri yang menghalang dinar dirham daripada dijadikan matawang. Dalam bahasa perundangan, dihalang daripada dijadikan Legal Tender - alat tukar jual beli yang sah.
Sebab apa inii boleh berlaku? Sebab ia boleh meruntuhkan sistem matawang kertas berserta perbankan sedia ada yang sebenarnya cuma menguntungkan beberapa sahaja pihak. Percaya atau tidak paling elit antara pihak yang mendapat untung itu adalah golongan jahat yang sejak beberapa abad telah mencatur pergerakan dunia dan peristiwa-peristiwa penting termasuk dua perang dunia. Mereka inilah yang membentuk golongan Yahudi Illuminati yang berpaksikan sistem dajal.
Orang yang celik lalu nampakbagaimana sistem kewangan sekarang sebenarnya menindas orang ramai malah menjadikan kita semua sentiasa dalam najis dosa bergelumang dengan riba' samada sedar ataupun tidak tentu faham kenapa sangat penting penggunaan matawang dinar dan dirham dihidupkan. Ia adalah tunjang ekonomi Islam sedunia sejak zaman Nabi Muhammad SAW hidup 1,400 tahun lalu tetapi berjaya diruntuhkan Barat melalui sistem kewangan kini yang diperkenalkan juga dipaksakan secara berperingkat sejak awal abad ke-20 Masihi. Pengunaan dinar dan dirham wajib dihidupkan kembali demi keadilan sejagat malah demi kebangkitan sebenar umat Islam termasuk bangsa kita Melayu. Lihat penerangan berkaitan melalui artikel-artikel berikut :-
Sebab itu hal menghidupkan kembali dinar dirham ini dimasukkan dalam resolusi kami yang dipanggil Pernyataan HIKMAH Melaka, Resolusi itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada perbincangan secara berkumpulan yang dilakukan pada penghujung dua acara terawal kami. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 dan Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Resolusi dan penerangan berkaitan kemudian membentuk pembentangan saya pada satu majlis HIKMAH hampir penghujung 2013. Lihat Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013. Ia seterusnya dipaparkan untuk tatapan umum melalui artikel Penerangan ringkas tentang Pernyataan HIKMAH Melaka.
Untuk menutup artikel ini biarlah dipaparkan kembali gambar yang menghiasi artikel lama Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan, Ditulis 4 tahun lalu ia adalah tentang rakaman televisyen menunjukkan saya dan sejumlah rakan bercakap tentang dinar dirham dan sistem ekonomi Islam. Sudah bertahun kami melaungkan ini sedangkan HIKMAH telah merangkumi 19 acara di merata Semenanjung Malaysia hingga luar negara ke Aceh. Insyaallah acaraakan dibuat lagi di Aceh tidak lama lagi tapi ini akan diceritakan dalam artikel lain. Jadi apa salahnya kami mula menerbitkan dirham sendiri?
Cuma disebabkan katanya wujud akta Bank Negara yang melarang ia dijadikan matawang, kami harus memperkenalkannya sebagai cenderahati. Maka ia jatuh sebagai barangan untuk kenang-kenangan, bukan untuk berjual beli. Namun tak salah untuk kita gunakan ia sebagai alat pertukaran barangan atas konsep barter trade sesama mereka yang sudi. Nilai sebenar yang wujud pada dirham itu sendiri disebabkan dibuat daripada perak menjadikan ia lebih utama daripada wang kertas. Malah itulah yang disarankan Nabi Muhammad SAW - bahawa matawang harus mempunyai nilai pada 'ain atau 'tubuh badannya'.
Harus dimaklumkan, untuk usaha awal kami tidak akan mengikut harga pasaran semasa untuk logam perak sebaliknya mengenakan premium berdasarkan ia adalah cenderahati yang bakal menjadi collectors item atau barangan minat pengumpul nanti. Ini kerana kami bercadang untuk memulakan dengan 1,000 keping dirham sahaja, setiap satu memiliki nombor siri. Harga boleh meningkat berdasarkan persaingan dalam merebut suatu nombor. Kalau tiada aral melintang insyaallah dirham cenderahati HIKMAH ini akan keluar di pasaran April 2017.
Untuk maklumat lanjut juga tempahan boleh hubungi sahabat yang mengatur perkara melalui Facebook sini juga e-mail QIBLAHCONSULTING@gmail.com. Sekian dipersembahkan artikel yang membuka langkah HIKMAH untuk tahun 2017. Sesungguhnya saya pernah dinasihatkan oleh seorang Sheikh muda pemimpin sekolah pondok bahawa buat masa ini langkah menghidupkan kembali penggunaan dinar dirham adalah usaha paling besar dan bermakna boleh dilakukan untuk betul-betul menaikkan kedaulatan Melayu dan Islam. Wassalam.
Kami menunggu dirham hikmah ini .. pelengkap kepada kerajaan islam berdaulat ..
ReplyDeletesistem bank sekarang adalah satu sistem yg memijak ummah dari generasi ke satu generasi ... ayuh bangkit semua ...
Teruskan. In sya Allah
ReplyDelete