Menyambung gerak penulisan daripada artikel Malam Anjung Tradisi di Sarang Art Hub - Satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana.
Istana Bandar di Jugra, Banting, Selangor dibina oleh Sultan ke-5 Selangor, Sultan Alaeddin (memerintah 1898-1938). Gambar diambil daripada artikel Istana (palace of) Bandar yang ditulis di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART penghujung 2008...
Nota : Isi artikel ini asalnya mahu diletakkan terus ke Facebook sebagai update. Ia mula ditulis di sana secara spontan tetapi apabila mendapati ia menjadi panjang lebar saya rasa lebih elok dilengkapkan dalam blogspot. Sebahagian sahaja diletakkan dalam FB selepas penulisan siap.
PERKEMBANGAN 'CELAH' - TENTANG RANCANGAN MENGADAKAN HIKMAH DI ISTANA BANDAR, JUGRA
Adapun pada ketika ini saya harus bersedia untuk menjayakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac. Tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum acara berlangsung. Ada perkembangan yang mahu dikongsikan. Tetapi sebelum itu biar dikongsikan dahulu berita yang baru diterima tentang rancangan yang tersebut di atas.
Sejak penghujung tahun lepas saya ada 2-3 kali menyebut tentang rancangan untuk mengadakan satu acara HIKMAH di Istana Bandar. Jugra. Cadangan ini muncul atas permintaan satu pihak di sana yang menawarkan untuk menolong mengatur perkara.sambil menanggung segala kos. Pernah dicadangkan acara diadakan pada hujung tahun lepas. Ia kemudian dialih ke awal tahun seterusnya ke April atau Mei.
Dua hari lepas baru saya mendapat berita yang cukup konkrit untuk dikongsikan kepada umum. Supaya lebih jelas duduk letak perkara biar berita yang diterima diceritakan menurut turutan dalam bentuk point form seperti berlaku dalam perbualan dengan pihak tersebut. Beginilah perkembangannya :-
1) Pihak yang mencadangkan telah berbincang dengan Orang Besar Jajahan (OBJ) tentang hasrat untuk mengadakan acara HIKMAH di Istana Bandar sambil melibatkan istana dengan harapan Raja Muda Selangor sudi mencemar duli merasmikan kalau tak pun Sultan.
2) OBJ memberitahu kalau begitu biarlah dibuat berdekatan hari keputeraan Sultan Selangor iaitu 11 Disember.
3). Kalau mahu lebih awal boleh diteruskan tetapi tidak melibatkan istana. Sebaliknya cukuplah OBJ dan pejabatnya sedia memberikan kerjasama
4) Kalau awal tak dapat dibuat di Istana Bandar kerana ia belum cukup sedia untuk dijadikan tempat acara apalagi cadangan asal adalah untuk membenarkan hadirin bermalam di sana.
5) Oleh itu pihak sana mencadangkan agar majlis diadakan awal di sebuah resort atau tempat peranginan di Batu Laut, Banting, selatan sedikit dari Pantai Morib. Di situ ada dewan dan bilik-bilik penginapan untuk menampung peserta bermalam. Pihak sana mengulangi kesediaan untuk menanggung semua kos.
6) Turut dicadangkan tarikh 29-30 April untuk mengadakan acara HIKMAH, Sabtu-Ahad. Ini kerana mahu mengambil kesempatan atas satu festival rakyat di Batu Laut 29 April dan acara serupa di Morib 30 April.
7) Selain itu acara elok diawalkan ke tarikh tersebut supaya dapat menunjukkan kepada istana dan pihak lain apa itu HIKMAH.
8) Maka itu acara di Batu Laut boleh menjadi semacam pengenalan sebelum acara lebih besar melibatkan istana boleh diatur kalau mahu diadakan hujung tahun.
9) Pihak sana juga sedia untuk menyediakan bas. Tujuannya supaya hadirin HIKMAH dapat melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar terutama di Jugra.
10) Maka lawatan ke Istana Bandar juga Masjid Sultan Alaeddin dan makam Sultan Abdul Samad boleh diadakan sekali sebagai isi atur cara lawatan lapangan HIKMAH
11). Saya bersetuju dengan cadangan ini. Maka tarikh 29-30 April untuk acara HIKMAH di Batu Laut kira boleh confirm dan lock.
12) Seperti beberapa acara HIKMAH terdahulu pihak sana sebagai penganjur tempatan boleh menamakan acara seperti mana yang mereka suka. Pihak saya sendiri akan memanggilnya sebagai HIKMAH Kuala Langat
Cukup berita tentang acara ini ya. Selepas ini saya akan bercerita tentang perkembangan bagi penganjuran acara HIKMAH di Aceh...
No comments:
Post a Comment