Salam semua. Sekadar menghidupkan kembali blogspot ini yang sudah lebih 2 bulan tidak dikemaskinikan. Dipersembahkan artikel ke-2 di sini pada tahun ini.
Merujuk kepada artikel Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita yang disajikan hampir setahun lalu. Ketika itu saya telah membuat keputusan tidak akan menganjurkan lagi apa-apa acara HIKMAH sampai bila-bila.
Kini saya telah mendapat alamat untuk menghidupkan kembali acara-acara HIKMAH, Tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya mahu menurut rentak satu ramalan yang katanya pernah dibuat ulamak besar Aceh bertaraf wali iaitu Sheikh Abdul Rauf Singkel hampir 400 tahun lalu. Beliau mengatakan pada tarikh Hijriah sekian sekian kerajaan Aceh akan bangkit sebenar-benarnya bangkit kembali.
Buat masa ini biar saya terus meraikan acara-acara berkenaan yang mana saya sering diundang atas kapasiti orang yang mengasaskan dan menjayakan HIKMAH. Antaranya adalah edisi kedua majlis hol almarhum Sheikh Abdullah al-Qumairi di persekitaran Gunung Jerai, Kedah. Ia adalah kesinambungan kepada acara pertama yang diceritakan dalam artikel Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita. Sekian buat masa ini.Wassalam.
No comments:
Post a Comment