Wednesday, April 11, 2018

Majlis Kerissana 2018 di Patani - Satu pendedahan awal

Salam lagi. Adapun pada 19-25 Mac 2018 saya telah membawa isteri dan anak-anak bercuti ke Patani di selatan Thailand sambil melawat tempat-tempat bersejarah, masjid dan makam dengan memandu kereta sendiri. Dalam tempoh 2-3 minggu kebelakangan pula saya sibuk berkongsi cerita-cerita berkenaan di blogspots peribadi saya, CATATAN SI MERAH SILUBERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Kini penceritaan masuk kepada hari ke-6 perjalanan. Berlakulah satu majlis yang cerita tentangnya terasa lebih sesuai dikongsikan di blogspot ini yang dikhaskan untuk aktiviti-aktiviti yang boleh dikaitkan dengan misi HIKMAH.


Pagi Sabtu 24 Mac 2018 kami ke Hotel CS Patani di pinggir barat bandar Patani.


Ada majlis dipanggil Kerissana.


Ia adalah singkatan daripada perkataan Keris dan Busana...





Majlis ini bertujuan untuk memartabatkan pemakaian keris dan busana tradisional Melayu,











Kalau tak salah ini adalah edisi ke-3 Kerissana.








Saya mula melihatnya dalam Facebook tahun 2016 lalu mendapati ia dihadiri oleh ramai anak Melayu dari Malaysia selain orang Melayu tempatan iaitu orang Patani rakyat negara Thailand.





Ini adalah kali pertama saya dan keluarga menyertainya.





Ketika kami sampai jam 12.30 majlis baru hendak bermula, orang belum ramai.








Ketika itu rata-rata yang ada adalah mereka yang membuka gerai pameran dan jualan.








Sebahagian hadirin pula bertumpu ke dalam dewan...





No comments:

Post a Comment