Akhir sekali tentang HIKMAH untuk malam ini. Bersambung daripada HIKMAH ke-23 di Sarang Art Hub - Persembahan silat dan jualan.
Masuk waktu Maghrib diadakan solat berjemaah di ruang sama di mana diadakan pembentangan ilmu diikuti persembahan silat...
Selepas itu diadakan tahlil arwah khas untuk pengasas Sarang Art Hub, sutradara filem terkenal arwah Mamat Khalid yang meninggal dunia pada 23 Oktober 2021.
Diselitkan sekali nama beberapa orang lain yang telah meninggal dunia, mereka yang terlibat dengan Sarang juga penganjur-penganjur bersama iaitu Armada Malaiu Malaysia, DSSM (Persatuan Dunia Seni Silat Melayu) dan HIKMAH.
Solat dan tahlil dipimpin oleh Ustaz Mujiburizal dari Aceh. Beliau yang telah menghadiri kebanyakan acara HIKMAH di Semenanjung Malaysia selain bertanggungjawab menjayakan acara-acara HIKMAH di Aceh (lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014, Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017 dan Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019) turut berkongsi pengalaman sebagai salah seorang yang terselamat semasa berlaku peristiwa ombak besar Tsunami di Aceh 26 Disember 2006. Lihat video atas.
Selepas itu hadirin santai makan malam.
Tidak lama kemudian dimulakan persembahan lagu-lagu Melayu klasik sebagai komponen terakhir acara "Anjung Tradisi & HIKMAH", bagi menggantikan persembahan dikir Barat yang dirancang sebelum itu.
Saya, isteri dan sejumlah kawan terus bersantai sehingga lewat malam.
Kawan-kawan ini semuanya pernah mengikuti acara-acara HIKMAH. Walaupun HIKMAH sendiri bukan persatuan berdaftar malah tiada pun ahli keanggotaan, kami ada jaringan ramai pihak berkebolehan dan persatuan-persatuan sehingga boleh menjayakan banyak acara menggunakan belanja minimum. Disebabkan jaringan berkebolehan inilah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pernah meletakkan kami seperti setaraf ketika menjayakan satu acara HIKMAH hampir penghujung 2016. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Sebelum itu pihak kami juga bertanggungjawab membantu JMM menjayakan acara terbesar mereka bagi tahun tersebut. Lihat artikel-artikel berikut :-
No comments:
Post a Comment