Saturday, November 15, 2014

Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan

Sampailah pada satu bahagian yang agak memeranjatkan juga menakjubkan. Bersambung dari Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua.


Ini adalah bangunan Kaabah di Mekah, kiblat atau tempat menghadap seluruh umat Islam ketika bersolat tak kira di manakah mereka berada di planet bumi.


Ini adalah Candi Borobudur di tengah Pulau Jawa, katanya bangunan tinggalan agama Buddha abad 8-9 Masihi.

Dari tengah Borobudur sebuah garisan ditarik ke barat laut.


Terus menyeberangi laut sehingga ke Mekah di Tanah Arab.





Ia ditarik sehingga ke titik tengah Kaabah. Menariknya garisan melalui sudut di mana terdapat batu dari syurga yang dipanggil Hajarul Aswad.

Saya mencuba pula menarik garisan dari Putrajaya. Setelah berfikir sejenak saya rasa biar dimulakan dari tengah bulatan yang menghadap Masjid Putraja dan Jabatan Perdana Menteri.




Sampai ke titik tengah Kaabah kelihatan garisan ini juga melalui sudut Hajarul Aswad. Ah, bagaimana ini boleh berlaku? Bukankah antara Putajaya dan Candi Borobudur ada jarak beratus kilometer? Bagaimana boleh menerbitkan garisan yang sama walhal antara keduanya harus ada perbezaan sudut?



Setelah memeras otak memikirkannya baru terbetik mungkin ini disebabkan kekaburan dalam menentukan titik tengah Kaabah dengan tepat. Setelah zoom in gambar saya tergerak untuk membuat 2 garisan silang menyambungkan sudut-sudut yang berlawanan, Dua garisan ini harus bertemu pada titik tengah Kaabah. Baru dapat dilihat garisan yang menyambung ke Putrajaya sebenarnya terkeluar dari sudut Hajarul Aswad.

Sebaliknya garisan yang menyambung ke Borobudur tetap melalui sudut. Nampaknya dakwaan seorang pengkaji dari Indonesia tentang ini adalah benar. Garisan dari tengah candi ke tengah Kaabah memang melalui sudut keramat. Lihat penelitian yang dibuat dalam artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Sejauh mana ia terkait dengan Hajar Aswad? di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Penelitian ini timbul apabila saya diminta untuk menyiasat dakwaan penulis Indonesia bahawa Candi Borobudur itu tinggalan Nabi Sulaiman. Setelah meneliti buku tulisan beliau diikuti kajian lapangan ke candi dan tempat-tempat berkaitan saya berpendapat bangunan ini bukan dibina oleh Nabi Sulaiman. Tetapi lokasi pernah dijejaki baginda dan mungkin pernah didirikan bangunan lebih lama. Lihat Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang melampau.



Yang pasti ada sesuatu yang unik tentang lokasi Candi Borobudur, Saya pun tergerak untuk menyiasat kaitan Kaabah dengan tempat-tempat lain di Alam Melayu. Untuk itu kita harus tahu ukuran atau dimensi tepat Kaabah. Maklumat ini ditemukan di Internet...


Saya mahu melihat, kalau ditarik garisan-garisan dari titik tengah Kaabah melalui tepi kiri pintu Kaabah, tengah pintu dan tepi kanan pintu sampai ke Alam Melayu apakah jangkauan kawasan.


Oleh kerana tak semua maklumat dipaparkan, misalnya berapa jauhkah pintu daripada sudut Hajarul Aswad sedikit kira-kira sendiri harus dibuat.




Dengan itu segitiga di atas dapat dibentuk. Sudut-sudut segitiga dapat dikira menggunakan ilmu matematik Trigonometri, misalnya arctangent 2.23/4.605 menerbitkan sudut berapa darjah dan sebagainya.




Beginilah gambaran mudah garisan-garisan dari titik tengah melalui pintu Kaabah tanpa gangguan garisan lain yang berselirat dengan ukuran dimensi panjang dan lebar.




Kita sedia tahu muka atau dinding Kaabah bukan betul-betul menghadap ke utara, barat dan sebagainya. Sebaliknya ia 'senget' berapa darjah. Soalnya berapa darjah? Ini boleh didapati melalui penyambungan garisan dari titik tengah ke Kaabah hingga ke Borobudur yang sudah ditunjukkan melalui sudut Hajarul Aswada tadi. Masukkan hasil daripada perkiraan sudut-sudut garisan melalui pintu Kaabah dapatlah bearing atau sudut arah tuju... 

Tarik garisan-garisan tersebut sehingga ke Asia Tenggara lalu kelihatan gambaran awal jangkauan Kaabah dari Hajarul Aswad sampai ke pintu termasuk pintu. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-151 di blogspot ini.


No comments:

Post a Comment