Assalamualaikum. Hari ini 31 Mac 2013 bersamaan 31.3.13 biarlah diberitahu. Esok 1 April saya dan isteri akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah, setelah lama berkira-kira mahu melakukannya. Kiranya selepas melaksanakan "HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah" 2 minggu lalu sesuailah kami mahu ke Mekah pula. Dengan itu kami meminta ampun dan maaf jika ada tersilap tutur kata dan bicara, jika ada perbuatan menyinggung dan sebagainya. Kami juga meminta dihalalkan makan minum dan apa-apa perkara yang sewaktu dengannya. Semoga tuan puan dapat mengiringi pemergian kami dengan doa kebaikan untuk semua.
Sukacita juga dimaklumkan saya dapat pergi dengan senang hati setelah membuat semua artikel yang patut untuk HIKMAH IV. Kiranya ini boleh dijadikan bacaan atau pengisi masa tuan-tuan dan puan-puan sementara saya tidak dapat membuat apa-apa cerita baru...
Kertas kerja HIKMAH IV - Tentang Puteri Saadong
Kertas kerja HIKMAH IV - Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni
Video sekitar HIKMAH IV di Kandis, Bachok

Dengan itu biar dimaklumkan juga secara rasmi di blogspot ini bahawa usaha sedang dilakukan untuk melaksanakan acara kelima HIKMAH atau HIKMAH V di Masjid Tokku Paloh, Kuala Terengganu. Majlis yang diberi nama "HIKMAH Israq dan Mikhraj : Jejak Sufi Dalam Tamadun Melayu" itu dijangka akan berjalan 3 hari 1 malam kerana mahu dimulakan pada malam Israq dan Mikhraj, Rabu malam Khamis 5 Jun 2013 membawa ke hari pembentangan utama siang Sabtu 8 Jun.
Di atas adalah gambar lama masjid. Bahagian hadapan yang kelihatan telah digantikan dengan bangunan batu yang saya lihat sesuai dan cukup besar untuk menanggung sebahagian dari majlis. Insyaallah sekembalinya saya dan isteri dari Tanah Suci event page untuk HIKMAH V akan dibuka di Facebook diikuti jemputan terbuka. Berjumpa kita semula untuk mengatur perkara selepas itu. Sekian... buat masa ini...