Selepas kertas kerja "Motif Langkasuka" ada dua buah lagi kertas kerja sesi pagi diikuti dua untuk tengah hari. Saya cuma memiliki sedikit sahaja salinan ataupun slaid untuk dikongsi sekurang-kurangnya buat masa ini. Maka biar ditunjukkan slaid oleh pembentang terakhir sesi tengah hari.
Tuan Haji Ismail Sulaiman bercerita sedikit sebanyak tentang salasilah keluarga diraja yang dipanggil Dinasti Raja Jembal sebelum mengaitkannya dengan watak raja perempuan terkenal iaitu Puteri Sa'adong.
Puteri Sa'adong turut dikaitkan dengan raja perempuan terkenal sebelumnya, Che Siti Wan Kembang dan dinasti lebih awal yang pernah memerintah Kelantan.
Kemudian peribadi Puteri Sa'adong yang dikatakan bertaraf wali pun diterokai.
Haji Ismail yang pernah datang ke acara HIKMAH III di Lumut 27 Januari 2013 seterusnya mengambil peluang untuk menonjolkan beberapa perkara yang asalnya mahu diketengahkan pada acara itu.
Ia berbentuk usul penubuhan satu sekretariat yang dijenamakan kembali sebagai Deklarasi Kandis 2013.
No comments:
Post a Comment