Meneruskan cerita tempoh hari. Bersambung dari HIKMAH VII di Melaka - Satu pembukaan.
Hampir tengah hari. Sejumlah hadirin sedang mengikuti pembentangan di dalam auditorium.
Sebenarnya sesi pembentangan telah dimulakan sekitar 11.15 lagi. Ia juga boleh diikuti di luar kerana audio ada disalurkan ke perkarangan auditorium juga ke khemah makan.
Lihat sebentar di perkarangan...
Kembali ke dalam. Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari NGO bernama KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam) sedang memberikan dalil-dalil menunjukkan betapa pentingnya para Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW dijadikan sandaran dalam menentukan hala tuju umat Islam sejagat.
Kalau ikut rancangan asal sesi harus dimulakan jam 10.15 dengan pembentangan bertajuk “Mengenali & Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu & Asal Usulnya” oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia. Namun baru malam sebelumnya saya mendapat tahu beliau terpaksa masuk ke hospital kerana pembedahan. Saya telah menyediakan slot sepanjang 3 jam untuk beliau bercerita panjang lebar tentang subjek tersebut, rujuk artikel Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul. Keuzuran beliau menyebabkan atur cara terpaksa diubah pada saat akhir. Ini dilakukan dengan memanjangkan sesi pembukaan (rujuk HIKMAH VII di Melaka - Satu pembukaan) diikuti waktu jamuan ringan sebelum pembentangan dimulakan 1 jam lebih lambat berbanding jadual asal.
Saya sendiri naik ke pentas menerangkan keadaan sebelum memberi sedikit rumusan tentang apa yang saya tahu mengenai isi pembentangan Zaharah, dalam tempoh sekitar 15 minit. Kemudian pembentangan bertajuk “Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah” oleh Tun Suzana Othman, penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dianjakkan agar bermula sebaik sahaja rumusan saya tamat. Pembentangan itu asalnya dijadualkan bermula 2.15 petang. Ustaz Iqbal sebenarnya membuka pembentangan tersebut lalu bercerita panjang lebar tentang Ahlul Bait sebelum Tun Suzana (gambar atas dan bawah) menyambung lebih mendalam.
Masuk waktu Zuhur sesi ditangguh untuk peserta rehat makan tengah hari dan bersolat.
Keadaan di sekitar...
Sesi disambung jam 3 petang dengan pembentangan bertajuk "Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu" oleh Farha Muhammad dan Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru. Nur Shazwani memulakan sebelum Farha yang sama-sama pensyarah meneruskan peranan...
Selepas itu pengerusi Koperasi Hulubalang Melayu, Pak Tam dari Banting naik ke pentas memberikan sedikit kata-kata penghargaan dan sokongan. Untuk pengetahuan Hulubalang Melayu turut menjayakan acara dengan badan warisan bernama Anjung Hikmah mengatur perkara sementara HIKMAH bertanggungjawab membuat pengisian ilmu.
No comments:
Post a Comment