Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, October 10, 2013

Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul

Salam. Entah kenapa sungguh berat hendak menyambung penulisan. Hari ini setelah 9 hari acara berlalu baru dapat disambung cerita dari Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH


Hampir jam 10 baru acara dimulakan. Setelah tetamu-tetamu terhormat mengambil tempat lagu Negaraku dinyanyikan diikuti lagu negeri Melaka.


Tetamu terhormat memberi ucapan. Ikut rancangan asal sepatutnya Ketua Menteri Melaka yang baru Datuk Idris Haron yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu hadir merasmikan majlis apalagi ia diadakan di Seri Negeri yang merupakan pejabat Ketua Menteri.


Entah kenapa beliau tak tunjuk muka. Maka tetamu paling utama hari itu adalah Ketua Menteri sebelumnya Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Kebetulan beliau masih memegang jawatan sebagai presiden DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam). Badan ketamadunan antara Melayu yang berpusat di Melaka itu merupakan salah satu penganjur majlis.


Lama kemudian baru saya diberitahu Datuk Idris harus menghadiri mesyuarat ADUN. Sesi pembentangan dimulakan 10.30.


Ia dipengerusikan Profesor Emeritus Datuk Wira Dr Yusoff Hashim, naib canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), satu lagi penganjur. Beliau yang juga merupakan pengerusi biro pendidikan DMDI memberi ucapan pengenalan.


Dari ucapan beliau baru saya tahu pembentang utama, Puan Zaharah Sulaiman adalah seorang pakar IT. Seingat saya, biodata pembentang tiada menyebut kelulusan dalam bidang yang mahu dibentangkan iaitu asal-usul Melayu yang disokong kajian DNA dan arkeologi. Sedangkan sebulan sebelum itu beliau telah diperkenalkan kepada saya sebagai penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia. Untuk pengetahuan Zaharah pernah membentang pada HIKMAH VI di Shah Alam 7 Sept. Lihat artikel Acara keenam HIKMAH di Shah Alam 7 Sept 2013.


Namun orang yang bijak pandai seperti beliau harus mampu untuk menggapai apa-apa bidang walau tanpa kelulusan dan latihan formal. Melalui penglibatan kehadiran cendekiawan yang terlibat dalam majlis ini saya dapat melihat kajian Zaharah diakui atau sekurang-kurangnya diberi perhatian serius oleh mereka yang cukup arif dalam bidang sejarah dan arkeologi (saya tak sedar jika ada pakar DNA hadir sama). Difahamkan kepakaran beliau dalam bidang IT memberi peluang untuk beliau meneliti kajian DNA oleh saintis Barat yang membuka pengetahuan tentang asal-usul Melayu. Ini digunakan untuk menjawab tuduhan-tuduhan sumbang pihak tertentu yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang, tuduhan yang bertujuan mahu mengikis hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan.


Antara tuduhan jahat dibuat pihak berkepentingan adalah bangsa Melayu kononnya tidak pernah wujud kecuali sebagai satu entiti ciptaan politik yang dihasilkan pada zaman moden. Zaharah secara khusus menunjuk pada buku bertajuk "Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries" oleh Timothy P. Barnad terbitan NUS (National University of Singapore) tahun 2004 sebagai salah satu usaha serius untuk menjatuhkan kepentingan orang Melayu.


Melalui kajian DNA dan arkeologi (juga antropologi nampaknya) beliau pun menyorot sejarah pergerakan manusia. Kata Zaharah (saya sebut seingatnya tanpa membuat catatan ya, kalau salah sila beri teguran), kelompok manusia seperti yang kita kenali sekarang berdiri tegak berjalan atas dua kaki, manusia yang disebut dalam ilmu antropologi sebagai homo sapiens dikesan mula hidup di Afrika sekitar 150,000 tahun lalu. Untuk pengetahuan sebelum itu sudah wujud makhluk seperti manusia lebih awal tetapi kurang bertamadun. Ciri-ciri tubuh badan dan perawakan mereka menghampiri beruk, misalnya satu kelompok yang dipanggil Australopithecus (dipercayai wujud antara 2.9 hingga 3.9 juta tahun lalu!).

Dari Afrika ada kelompok besar yang bergerak ke timur tengah lalu menetap di Semenanjung Arab. Dari Arab ada yang bergerak beramai-ramai mengikut jalan pesisiran pantai masuk ke benua Hindi sebelum sampai ke Asia Tenggara atau Alam Melayu yang ketika itu merupakan satu daratan luas yang dipanggil Benua Sunda. Ini dipercayai berlaku sekitar 75,000 tahun lalu (atau lebih awal, saya lupa). Ketika itu Laut Cina Selatan dan perairan sekitar merupakan daratan membolehkan manusia berjalan kaki antara Semenanjung, Pulau Sumatera, Jawa dan Kalimantan, kalau dipisahkan pun cuma oleh sungai-sungai yang tak sebesar mana. Cuma kepulauan Filipina dan Sulawesi sahaja terpisah dari benua besar kerana perairan sekitarnya dalam. Pendek kata Benua Sunda memang sebuah tanah yang sangat besar. Dan ia dikatakan sangat subur sehingga kelompok manusia yang bergerak jauh tadi memilih untuk menetap lama lalu muncullah masyarakat yang meluas.

Kalau tak salah ingatan Zaharah menggunakan terma cradle of civilisation (secara harfiah bermaksud buaian atau tempat awal ketamadunan) juga incubator of civilisation (saya lihat terjemahan Melayunya adalah inkubator, seakan tempat menyemai) untuk menerangkan keadaan. Perkataan cradle mungkin boleh dicabar kerana seingat saya ada yang menganggap Afrika adalah tempat permulaan ketamadunan manusia. Tapi mungkin juga Zaharah bermaksud apabila sampai di Benua Sunda baru manusia dapat mencapai taraf ketamadunan yang boleh dibanggakan. Apapun perkataan incubator terasa lebih kena kerana memang tamadun kelihatan disemai di benua ini.

Menurut Zaharah sekitar 73,000 tahun lalu berlakulah letupan gunung berapi gergasi atau super volcano yang membentuk Danau Toba yang sangat terkenal di Sumatera, tasik besar pada ketinggian 3,000 kaki di atas paras laut meliputi pulau seluas Singapura (rujuk cerita lawatan saya dan keluarga ke sana penghujung 2011, pada artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba,  Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Cabaran pusing pulau dan  Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Keluar pulau untuk ke Medan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU). Kata beliau ini menyebabkan separuh atau lebih populasi penduduk di Benua Sunda terkorban. Saya sudah lupa apakah disebabkan itu atau sebelumnya lagi ada penduduk yang berhijrah pula ke utara untuk menghuni benua Cina dan lain-lain tempat.

Yang pasti Benua Sunda memiliki kedudukan yang sangat istimewa dalam menerbitkan ketamadunan sejagat. Kemudian berlaku 3 kali banjir besar yang bukan sahaja memecah-belahkan populasi manusia malah menyebabkan sebahagian besar Benua Sunda tenggelam sehingga menjadi bentuk muka bumi yang dikenali sekarang. Kata Zaharah banjir besar berlaku 15,000 tahun lalu, kemudian 12,000 tahun lalu seterusnya 8,000 tahun lalu. Beliau menyebut cerita tentang Nabi Nuh dan bahteranya di mana selepas banjir besar, 3 orang anak baginda, Sam, Ham dan Yafith membentuk 3 kelompok utama manusia selepas banjir.


Saya rasa cukuplah memperincikan cerita. Banyak lagi yang saya ingat dan boleh diceritakan tanpa catatan dan rujukan, antaranya adalah jawaban kepada 3 soalan yang saya lontarkan ketika pembentangan direhatkan setelah 1 jam. Antara sebab saya mengambil masa begitu lama, 9 hari setelah acara untuk bercerita tentang pengisian majlis adalah kerana timbul rasa wajib untuk menerangkan panjang lebar sedangkan proses ini agak memenatkan. Kalau terpaksa bercerita begitu setiap kali artikel keluar maka jawabnya makin berat dan malas le saya nak menulis. Sebab bila menulis je perlu mengambil begitu banyak masa dan harus begitu teliti. Mereka yang pernah menulis artikel yang cukup bererti tanpa memplagiat hasil kerja orang lain sahaja tahu susah payahnya.

Cukuplah dikatakan selepas itu pembentangan Zaharah masuk pada kerajaan Funan abad pertama Masihi membawa ke Srivijaya abad ketujuh dan seterusnya. Beliau kemudian menerangkan ada usaha jahat puak-puak tertentu dari selatan Cina seperti Dai Viet dan kaum Tai (atau Thai) untuk melenyapkan ketamadunan Melayu di tanah besar Asia Tenggara. Dan usaha ini diteruskan sesetengah kaum Cina hingga kini, dengan bantuan penjajah seperti Inggeris yang tidak mahu Melayu maju, antaranya akibat bencikan Islam.


Zaharah lalu sempat bercerita tentang keagungan sebenar tamadun Melayu yang telah digelapkan begitu lama. Antaranya adalah berkenaan teknologi perkapalan Melayu tradisional, sehingga dikatakan sebuah jong Melayu boleh dibuat begitu besar mengatasi 20 kapal Cina!


Secara rata beliau mengulangi apa yang telah diceritakan pada HIKMAH VI. Sila lihat penerangan pada artikel Video sekitar HIKMAH VI - Sambutan Merdeka Raya. Cuma kali ini Zaharah diberi lebih banyak masa untuk memanjangkan perkara. Secara asas dan umum beliau berpendapat orang Melayu berasal dari apa yang dipanggil Orang Asli, juga dipanggil Melayu Proto dari sudut antropologi. Pada beliau tidak pernah wujud apa yang dipanggil Melayu Deutro atau golongan yang dianggap datang kemudian dari luar, lebih pandai dan bertamadun. Menurut Zaharah orang Melayu memang berasal dari Benua Sunda. Yang membezakan tahap pencapaian tamadun lalu membentuk kelompok moden dan asli seperti dikenali kini lebih bergantung pada faktor geografi perbezaan pendudukan di persisiran pantai berbanding pendalaman yang mempengaruhi kekerapan perhubungan dengan dunia luar.


Pembentangan ditamatkan hampir jam 1 diikuti sesi soal jawab. Beberapa orang hadirin melontarkan soalan termasuk saya lagi.


Bergambar ketika rehat untuk makan tengah hari dan solat Zuhur.


Sebelum itu seorang tetamu terhormat, pegawai dari PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) kalau tak salah ada menegur kenapa gerai buku Zam (rujuk cerita pada Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH) terletak agak tersorok di satu sudut lalu meminta kami mengalihkan ke tempat yang lebih mudah dilihat. Saya pun mengambil peluang mengalihkan sekali banner HIKMAH ke kiri kanan pintu masuk dewan.


Banner HIKMAH diletakkan bersebelah banner simposium...


Gerai buku Zam. Ramai berminat dengan buku-buku yang ditawarkan, buku-buku yang susah hendak ditemukan di kedai-kedai biasa.


Sekitar jam 2.30 baru majlis disambung dengan apa yang dinyatakan sebagai sesi forum melibatkan beberapa orang tokoh. Namun saya sendiri baru masuk kembali ke dewan sekitar 3.20.






Ketika saya masuk Haji Yusuf Liu, seorang penulis dari Cina berbangsa Hui yang beragama Islam (duduk dua dari kanan, lihat koleksi buku beliau pada Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH) baru hendak menghabiskan ucapan. Bila saya duduk wakil dari Singapura (saya sudah lupa namanya, Tuan Haji Jamil Tukimin kalau tak salah) pula mengambil tempat. Beliau bercakap tentang semangat orang Melayu Singapura melestarikan budaya sambil mengaitkan dengan Pulau Jawa, tempat asal usul keturunannya sendiri.


Kemudian naik Prof. Emeritus Dato’ Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, orang lama dunia arkeologi di Malaysia. Saya dapati ucapan dan pembentangan beliau lebih kurang sama seperti pernah didengar di Universiti Malaya lebih setahun lalu. Lihat artikel Forum Identiti Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


OK. Menurut rancangan asal seorang budayawan terkenal dari Riau, Indonesia iaitu Pak Tenas Effendy akan turut memberi buah fikiran. Namun beliau tidak hadir. Seorang lagi ahli panel, cendekiawan tempatan terkenal iatu Prof Dato’ Dr Wan Hashim Wan Teh (kini dengan UPNM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia kalau tak salah) telah membentang sebelum saya masuk ke dewan petang. Ahli panel forum telah bersetuju untuk membuat sejumlah resolusi. Pengerusi forum Datuk Dr. Hj. Mohd Jamil bin Mukmin dari DMDI (naib presiden kalau tak salah) mengumumkan.

Antara yang saya ingat majlis bersetuju agar kajian tentang asal usul manusia dibuat untuk diselarikan dengan maklumat yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran. Majlis juga mengsyorkan agar replika kapal lama Melayu yang dikatakan bersaiz sangat besar didirikan. Kemudian sesi dibuka untuk hadirin memberikan pandangan juga resolusi tambahan. Saya pun mengambil peluang untuk mengemukakan syor...


Saya meminta agar satu minggu sambutan Umat Melayu diadakan diakhiri dengan cuti umum pada hari Jumaat yang dipanggil hari Melayu. Ia sebenarnya adalah Perkara 8 dalam Pernyataan HIKMAH Melaka (lihat Penerangan ringkas tentang Pernyataan HIKMAH Melaka). Tetapi saya tidak menyebut apa-apa tentang HIKMAH ketika itu. Entah kenapa itulah satu-satunya dari 10 perkara dalam Pernyataan yang timbul dalam fikiran untuk diangkat ketika diberi peluang memberikan resolusi tambahan.

Kelihatannya Datuk Jamil yang baru saya tahu turut memakai gelaran Profesor Adjung (pertama kali saya dengar gelaran itu, maksudnya seorang profesional bukan akademik yang diberi tempat mengajar sebagai profesor di universiti) tidak berapa bersetuju. Katanya cukuplah dengan hari raya Aidilfitri sebagai sambutan seumpama itu. Kata saya ia haruslah sambutan khas untuk orang Melayu. Saya tak ingat pada ayat apa menerangkannya, tiba-tiba sejumlah hadirin muda bersuara kuat memberikan sokongan lalu resolusi pun diterima

Beberapa hari setelah kembali ke rumah baru saya menyedari satu perkara. Adapun selama beberapa hari 2 minggu sebelum itu saya ada meletakkan satu demi satu perkara dari Pernyataan setiap hari ke Facebook. Fikir saya telah meletakkan semua 10 perkara. Tetapi apabila disemak kembali baru  saya sedar sampai pada  Perkara 8 sahaja. 

Biar diberitahu ini adalah artikel ke-88 di blogspot ini. Menariknya ia menyambung cerita Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH setelah 3 artikel berkenaan khilafat Uthmaniyah dibuat lalu membentuk formasi 1-3-1.  :]


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.