Pada artikel Mutiara HIKMAH sebagai jambatan ke Aceh dan penyatuan Alam Melayu? yang dibuat semalam, saya ada menyebut begini - "Selain banner-banner HIKMAH, 100 bendera tertera 2 kalimah syahadah katanya mahu diangkat di serata kawasan berkenaan." Tadi petang saya menjadi saksi bahawa hal itu sudah dilakukan pihak penganjur sana...
Bersama banner HIKMAH yang telah diletakkan di beberapa lokasi strategik ia adalah tanda kami sudah bersedia untuk menerima hadirin demi perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Acara akan diadakan di dewan utama kompleks 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Cukuplah gambar-gambar ini untuk menunjukkan persediaan. Jumpa kita pada waktu acara esok pagi hingga petang ya.
No comments:
Post a Comment