Monday, November 24, 2014

Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Mencari kebenaran tersembunyi di sebalik cerita ajaib hikayat

Pembentangan seterusnya yang boleh dikongsikan di blogspot ini adalah kertas kerja saya yang membuka sesi pembentangan petang HIKMAH Pagoh. Ini dia...


Kertas kerja ini istimewa dibuat memikirkan bahawa acara ke-11 diadakan di Pagoh Muar selepas acara ke-10 diadakan di Aceh kurang 8 bulan lebih awal. Lihat artikel Acara kesepuluh HIKMAH di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014.


Untuk ini kitab Hikayat Malim Dewa dijadikan rujukan.


Ia pernah menjadi teks bacaan matapelajaran sastera di sekolah-sekolah kalau tak salah paling akhir penghujung 1970an atau awal 1980an.



Hikayat ini menarik perhatian saya kerana menyebut  tentang kewujudan kerajaan bernama Kuala Bandar Muar. Setakat  yang saya tahu inilah satu-satunya kitab sastera atau hikayat yang menyebut tentang kewujudan kerajaan lama yang memiliki pemerintahan sendiri di Muar...


Watak utama dalam hikayat adalah anak raja bernama Tuanku Gombang Malim Dewa. Walaupun hikayat ini dimasukkan ke dalam kategori cerita-cerita penglipur lara kerana kewujudan banyak rangkap yang kelihatan seperti hiburan lagi dongeng belaka, saya percaya ada sesuatu yang boleh dikupas untuk membentuk sejarah sebenar yang sudah lama hilang ditelan zaman.


Terdapat beberapa petunjuk boleh dikupas melalui penggunaan ayat-ayat yang menggambarkan perhubungan kerajaan dengan legasi Ahlul Bait iaitu anak cucu Nabi Muhammad SAW.


Kemudian ada disebut Pulau Perca yang setahu saya merujuk kepada Pulau Sumatera, ada pula disebut tanah Minangkabau sebagai satu perbandingan untuk menunjukkan luasnya wilayah yang pernah diliputi dalam pencarian jodoh yang sesuai untuk Tuanku Gombang Malim Dewa...


Walaupun cerita menyebut baginda pergi menakluki banyak kerajaan, Malim Dewa yang kemudian mewarisi takhta kerajaan Kuala Bandar Muar menghabiskan hari tuanya di situ. Adalah menarik untuk difikirkan, cerita berpusat di Muar tetapi orang yang menghafal hikayat lalu memberitahunya berasal dari Perak, begitu juga pencatat hikayat. Apakah ini menunjukkan kaitan antara Muar dan Perak?



Yang pasti ada common factor atau faktor bersama antara kedua wilayah itu. Antaranya, kedua-keduanya ada kaitan dengan Aceh, satu faktor yang akan dilanjutkan kemudian. Saya diberitahu Hikayat Malem Dewa juga terkenal di Aceh sehingga wujud versi belah sana. Cuma saya diberitahu nama lokasi-lokasi dalam hikayat situ adalah berbeza.


Kita lihat pula Hikayat Malim Deman, diceritakan oleh orang yang sama di Perak, dicatatkan juga oleh orang sana yan sama...

Kata pengantar menyebut hikayat inilah yang tersebar luas hingga ke Aceh. Tetapi apabila saya tanya orang sana mereka kata tidak pernah mendengar nama Malim Deman. Yang mereka tahu adalah Malim Dewa...


Apapun kedua-dua hikayat menarik perhatian sarjana-sarjana besar dari Barat. Apakah kerana cerita-ceritanya indah dijalin penglipur lara atau ada kebenaran yang boleh membuka satu rahsia tersirat di dalamnya?



Cerita membawa kita lagi ke Bandar Muar, cuma tidak disebut Kuala Bandar Muar seperti dalam Hikayat Malim Dewa...


Seperti cerita Malim Dewa, Malim Deman yang merupakan anakanda baginda turut mendapat mimpi berjumpa seorang saiyid (keturunan Nabi) wali Allah menyuruh mencari isteri.

Nama cucu-cucu Nabi, Hassan dan Hussein turut disebut membayangkan kaitan dengan Ahlul Bait.


Namun berbeza dengan Hikayat Malim Dewa di mana seekor burung bayan sakti digunakan untuk mencari jodoh, Malim Deman keluar sendiri mengembara ke tempat yang diberitahu, disebut sebagai hulu negeri Muar.

Selepas berkahwin dengan puteri bongsu dari kayangan, diijabkabulkan di rumah nenek kebayan, Malim Deman dan isterinya kembali ke Bandar Muar menaiki kapal (atau rakit?) yang dipanggil Balai Gambang. Nama ini memiliki signifikan dengan kerajaan negeri Perak. Ini akan diterangkan kemudian...


Balai Gambang itu dibawa menghilir Sungai Muar.


Dalam peristiwa lain di mana Malim Deman berkahwin dengan seorang lagi isteri, kali ini anak raja jin, di satu bahagian hulu Muar yang nampaknya lebih pendalaman berbanding rumah nenek kebayan, baginda kembali ke Muar bersama isteri menaiki mahligai yang diterbangkan bala tentera jin...



Demikianlah perkara diceritakan. Satu perbezaan utama Hikayat Malim Deman berbanding Hikayat Malim Dewa adalah semua peristiwa dalamnya berlaku di negeri Muar iaitu dari kawasan hilir hingga ke hulu. Cerita Malim Dewa pula nampaknya banyak berlaku di luar Muar. Mungkin sebab itu nama baginda dikenali sehingga ke Aceh, tidak Malim Deman walaupun mereka anak-beranak?


2 comments:

  1. Salamualaikum..kata guru saya,saya ni keturunan malim dewa..dan saya ada silsilah keturunan yg ditulis aki saya..memang benar ia berkait dgn acheh,pagaruyung dan sampai ker saidina abu bakar..sy teringin berjumpa tuan kalau tuan sudi utk berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum

      Kalau tuan keturunan Malim dewa boleh whatsapp sy 0192971947

      Delete