Monday, April 6, 2015

HIKMAH Seri Menanti - Dinar dirham, pedang Zulfiqar dan fitnah Dajjal




Sekitar 10.40 sesi pembentangan pagi/tengah hari pun bermula.



Tajuk kertas kerja adalah “Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan”. Jururunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham, Puan Norbaini Hassan membentang menggantikan pembentang asal yang jatuh sakit diserang demam denggi,



Secara rata ia adalah serupa dengan apa yang pernah dikongsikan pembentang asal, saudara Amirul Mohamad seorang lagi jurunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham, Malah disebabkan kesuntukan masa kerana lambat diberitahu untuk mengganti (lihat Tentang rancangan "Daulah Melayu" dan atur cara terbaru HIKMAH Seri Menanti) Norbaini menggunakan slaid lama milik Amirul. Maka isi pembentangan boleh dirujuk pada artikel bertajuk Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan? yang dipersembahkan hampir dua setengah tahun lalu. Cuma beliau mengambil pendekatan tersendiri dalam menerangkan apa yang terpapar pada skrin selain mengambil kira keadaan terkini. 












Pembentang seterusnya, aktivis seni rupa dan khat, Mohd Zahamri Nizar juga menjadi semacam bidang terjun apabila slot kedua ditinggalkan oleh pembentang asal, pengamal media, saudara Shamsul Yunos. Cuma tajuk dahulu "Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu" digantikan terus dengan tajuk "Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam".



Ia adalah penambahbaikan terhadap kertas kerja  "Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara yang pernah dibentangkan dalam acara pertama HIKMAH juga acara kedua. Dengan itu, kecuali penekanan terhadap Turki yang pernah dibuatnya dahulu, kertas kerja adalah serupa. Sila rujuk artikel lama HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik!.






Acara dilihat daripada kanan luar belakang balairong...



Setelah beberapa lama sampai giliran saudara  Mohd Khalid Yahya, pengerusi NGO bernama AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara) bercakap tentang “Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia” . Memakai nama pena Muhammad Nurani Maarif, beliau adalah penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”...






Sambil pembentangan berjalan aktiviti memanah  diadakan di bahagian belakang ladang...



Memberikan penerangan adalah pemilik ladang, saudara Akmal.



Kembali ke balairong...






Melihat pula kawasan yang disediakan untuk perniagaan.












Jam 1 hadirin diajak makan  tengah hari. Majlis pun berehat dan hadirin boleh bersolat Zuhur.







No comments:

Post a Comment