Bersambung daripada HIKMAH Seri Menanti - Dinar dirham, pedang Zulfiqar dan fitnah Dajjal.
Jam 2.45 sesi pembentangan petang dibuka dengan kertas kerja bertajuk "Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan”.
Pembentangnya, ustaz Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka telah membentang pada dua acara HIKMAH sebelum ini. Lihat HIKMAH Pagoh 8 Nov - Hol almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, wali Allah yang terpilih dan HIKMAH Lembah Bujang - Hindu-Buddha-Islam, Gunung Jerai dan Merong. Beliau boleh menangani pelbagai subjek dan teknologi Melayu adalah antara perkara yang paling diminatinya.
Hadirin mendengar dari pelbagai sudut ladang...
Ramai juga memilih untuk mengikuti dari balai belakang.
Seperti biasa saya suka merakamkan acara daripada pelbagai sudut pandang...
Pembentang seterusnya, tuan Aziz Hj Mohd Gorip, kurator Lembaga Muzium Negeri Sembilan membawa tajuk "Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti”
Hadirin pun mendapat sedikit pengetahuan bagaimana Negeri Sembilan yang terkenal dengan masyarakat Minang boleh terbentuk.
Sekitar jam 4 saya pula membentang tajuk “Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama”. Saya tiada gambar menunjukkan diri membentang tapi tak mengapa... isi pembentangan insyaallah akan dikongsikan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya saya memiliki semua slaid untuk dipaparkan. Kelihatan dalam gambar keadaan semasa rehat Asar...
No comments:
Post a Comment