Sabtu 4 April 2015, sampailah hari acara. Seawal selepas Subuh, para pelajar yang datang untuk program belia yang bertindan dengan acara HIKMAH telah bergotong-royong membersihkan tempat. Saya dan dua orang anak pemuda pula keluar untuk memasang satu sepanduk HIKMAH di hadapan jalan raya dengan simpang masuk ke tempat acara. Untuk pengetahuan majoriti pelajar yang terlibat adalah daripada UiTM (Universiti Teknologi MARA) Shah Alam. Ada beberapa daripada UniSel (Universiti Selangor)...
Selesai gotong-royong baru mereka mandi lalu berpakaian cantik. Oh, bagi pihak mereka, program diberi nama Konvensyen Anak Melayu.
HIKMAH hari Sabtu merupakan komponen utama dalam program mereka.
Ia diadakan di balairong Ladang Alam Warisan.
Buku "Berpetualang ke Aceh" tulisan saya (terbit 2006-2007) selepas dialihkan ke belakang. Sebelum itu saya meletakkannya di hadapan, selepas mengeluarkan daripada kereta malam sebelumnya.
Kembali ke bahagian utama balairong.
Selepas beberapa lama acara pun dibuka...
Seorang pelajar bernama Fakri kalau tak salah ingatan, ketua GPMS (Gabung Pelajar Melayu Semenanjung) UiTM memberikan sedikit kata-kata. Untuk pengetahuan GPMS UiTM bertindak sebagai penganjur program belia.
Seterusnya saudara Akmal Dahlan memberikan kata-kata. Turut dikenali sebagai Bendahara Alam Warisan, beliau adalah pemilik ladang juga bekas pelajar UiTM dan ketua GPMS sana.
Sampai giliran saya sebagai pengasas dan presiden HIKMAH untuk memberikan kata-kata...
Fikir saya mahu memberi pengenalan tentang HIKMAH, bagaiman ia bermula, untuk apa...
Namun saya lebih banyak bercakap tentang pemahaman ilmu Tasawuf dalam Alam Melayu.
Ini tercetus kerana terasa perlu menerangkan kenapa orang Melayu dahulukala suka membahasakan diri sebagai hamba apabila bertutur dengan orang lain, orang itu pula disebut sebagai tuan hamba...
No comments:
Post a Comment