Acara di Chenor, Pahang ini diadakan selepas acara sebelumnya di Seri Menanti kerana menurut ilham agar menyambung gerak kerja kedaulatan Melayu dan Islam melalui laluan orang dahulukala di Jalan Penarikan, Jempol, Negeri Sembilan membawa masuk ke Sungai Pahang. Lihat Acara ketiga belas HIKMAH di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015. Ilham itu menuntut agar acara seterusnya mesti diadakan di satu tempat berdekatan Sungai Pahang sedangkan sebelum itu ada pihak ingin membawa HIKMAH ke Rompin yang lebih menjurus ke arah pantai timur negeri Johor. Lihat Jalan Penarikan - Membuka Laluan Lama. Sebab itu ia diberi tajuk sampingan "Aliran Sungai Pahang". Acara ini sepatutnya menutup kalendar HIKMAH sekurang-kurangnya untuk tahun 2015. Tetapi keadaan berubah apabila penganjur tempatan HIKMAH Beruas meminta ia ditangguh daripada bulan Feb ke bulan Jun, Jadilah majlis di Chenor ini acara ke-14 HIKMAH. Dibantu oleh persatuan Warisan Chenor sebagai pihak penganjur tempatan acara pun selamat diadakan dengan jayanya Sabtu 9 Mei 2015.
Persediaan untuk acara...
1. Acara ke-15 HIKMAH di Chenor, Pahang 2 Mei, penutup kalendar 2015...
2. HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13
3. Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang"
4. Mesyuarat di Chenor : Sedikit hasil muzakarah...
5. Aliran Sungai Pahang - Jalan ke Chenor semakin terang
6. Chenor siap siaga untuk menerima HIKMAH Sabtu 9 Mei
Apa yang berlaku sepanjang acara...
1. HIKMAH Chenor : Menunggu kesesuaian pada pagi hari
2. HIKMAH Chenor : Lembah Bama, amalan pejuang Pahang, dinar dirham dan pertanian fitrah
3. HIKMAH Chenor : Semangat dan gerak dalam gendang Pahang serta Tasawuf dalam agama purba
4. HIKMAH Chenor : Bergendang di tepian Sungai Pahang
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
1. Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam - Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT (Information Communication Technology) yang minat mengkaji sejarah
2. Amalan Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf – Pendita Azlan Ghanie, Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9
3. Dinar, Dirham dan Pertanian Fitrah - Kapten (B) Haji Awaluddin, pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ahmad Afifi Sulaiman, aktivis dan pengamal dinar dan dirham
4. Gendang Pahang : Semangat dan Gerak - Rahmad b. Zainal Abidin, lebih dikenali sebagai Aki Uda daripada Kumpulan Kesenian Unggul Tori, Jerantut, Pahang
5. Mengenal Allah Melalui Agama Purba - Cikgu Kamaluddin Endol, juga dikenali sebagai Pelita di Dalam Kaca, bekas pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis yang telah menulis beberapa buah buku

Nota : Kali ini tidak ada kertas kerja yang dapat dikongsikan di blogspot dengan penuh butiran. Semua pembentangan telah dibuat tanpa bantuan slaid atau paparan audio-visual kecuali satu. Yang satu ini ada segala isinya pada saya tetapi ia tidak boleh disiarkan demi menghormati permintaan pembentang kerana isinya tidak sesuai dipaparkan kepada umum selain ia merupakan sebahagian daripada rangka kerja penulisan buku pembentang tersebut yang akan datang. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment