Wednesday, May 13, 2015

HIKMAH Chenor : Bergendang di tepian Sungai Pahang




Keadaan di luar masjid selepas rehat Asar.






Peserta/hadirin diajak menyambung acara di sebuah jeti tepian Sungai Pahang, sekitar 200-300 meter dari masjid.




Bergambar dahulu di hadapan papan tanda ke bandar lama Chenor...



Dari situ kumpulan gendang tempatan mengiringi kami berarak ke jeti sambil bermain alatan.




Gambar yang diambil daripada belakang kumpulan gendang,



Gambar daripada hadapan. Sayangnya saya tidak dapat menayangkan video cantik yang dirakam sepanjang perarakan kerana ada masalah memproses video dengan laptop.




Cukuplah dengan apa yang dapat dikongsikan di sini ya. Bergambar beramai-ramai di hadapan jeti...



Beginilah keadaan di jeti di mana terdapat sebuah pondok wakaf.




Kumpulan gendang mengambil tempat duduk di pondok.



Sementara itu sepanduk HIKMAH digantung pada pagar menghadap Sungai Pahang.



Oh. Saya kemudian diberitahu bahawa lagu gendang Pahang yang dimainkan ketika perarakan tadi dipanggil Lagu Raja Berangkat. Nama kumpulan adalah Kumpulan Gendang Setanjung Jati, Chenor, Mereka memulakan satu set lagu-lagu diiringi nyanyian lagu rakyat oleh seorang aktivis budaya anak Pahang yang dikenali sebagai Man Kayan. Peserta/hadirin pula berlegar-legar di merata tempat...





















Selepas nyanyian, gendang mengiringi persembahan silat.


















Saya diberitahu ia adalah persembahan tari bunga atau lela sembah daripada Seni Silat Lenggang Janda, Seni Silat Sekarong Kain, Silat Gayong 7, Silat Cekap Pahang/Silat Kapan dan Seni Silat Sendeng Gunung Sakti.



Selepas itu peserta/hadirin duduk santai menikmati pemandangan Sungai Pahang. Kelihatan saudara Tengku Ahmad Ridhauddin membuka sesi penerangan keris...






Masing-masing mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan.






Saya rasa cukuplah cerita tentang acara ke-14 HIKMAH di Chenor, Pahang ini ya. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-200 di blogspot ini.



No comments:

Post a Comment