Sunday, June 7, 2015

Tarikh baru HIKMAH Beruas ditetapkan 8 Ogos



Salam semua. Pada artikel HIKMAH Beruas ditunda - Pasir Salak jadi ganti sementara yang dibuat 2 minggu lalu ada disebut bahawa HIKMAH Beruas telah ditunda daripada 6 Jun ke selepas hari raya. Sebelum itu ia pernah ditunda daripada tarikh cadangan asal 21 Februari. Lihat HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13. Ini berlaku atas permintaan pihak penganjur tempatan yang mahu memastikan acara dapat diadakan sebaik mungkin setimpal dengan nama besar Beruas. Untuk itu mereka perlu melibatkan beberapa pihak berkedudukan lalu acara harus bergantung juga pada kelapangan pihak-pihak tersebut.

Saya pula telah mengemukakan beberapa tarikh cadangan baru selepas raya di mana dapat dicari kelapangan di sebalik segala macam tugasan akan datang. Petang Ahad baru saya mendapat maklum balas yang kukuh daripada pihak penganjur tempatan. Adapun saya semalam baru kembali daripada perjalanan 6 hari meliputi negeri-negeri Terengganu, Pahang dan Johor untuk satu projek dokumentari bernama "Daulah Melayu", selepas ini akan berlepas ke Kalimantan untuk kerja lain meliputi tapak-tapak kerajaan lama Pontianak, Mempawah dan Sambas. Oleh itu biar dikongsikan sedikit maklumat terbaru, saya buat point by point ya :-



1. Tarikh baru acara adalah Sabtu 8 Ogos atau 8/8/2015


2. Itu adalah tarikh utama acara iaitu untuk sesi pembentangan dan segala yang berkaitan dengannya seperti format biasa HIKMAH. Namun acara secara keseluruhan akan berlangsung Jumaat 7 Ogos sehingga Ahad 9 Ogos


3.  Perasmian akan dibuat pada Jumaat malam Sabtu 7 Ogos oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa. Adinda baginda, Raja Kobat yang merupakan seorang ahli sejarah dan budayawan Perak akan membentang hari Sabtu.


4. Acara mendapat penglibatan OBJ (Orang Besar Jajahan) Manjung. Ini memudahkan jalan untuk hadirin melawat tempat-tempat bersejarah di Beruas terutama lokasi yang dipercayai pernah dilihat sebuah batu bersurat misteri. Lokasi tersebut terletak dalam ladang satu syarikat lalu memerlukan kebenaran khas untuk orang ramai masuk.


5. Lawatan akan dibuat Ahad 9 Ogos, Mana tahu disebabkan ini batu bersurat yang sudah lama hilang itu dapat ditemui?



Lain-lain butiran akan dikongsikan pada masa yang sesuai. Sementara itu pembaca boleh mengikuti perkembangan lama acara melalui artikel-artikel berikut :-



1. Mencari Batu Bersurat Beruas - Misi untuk acara ke-13 HIKMAH nanti?


2. Dari Lembah Bujang ke Beruas ke Seri Menanti - 3 acara terawal HIKMAH untuk tahun 2015


3. Membuka x-file Beruas - Misteri batu bersurat piramid bertulisan ayat al-Quran


4. Membuka x-file Beruas - Menulis kembali sejarah kedatangan Islam?


5. Membuka x-file Beruas - Ekspedisi 1991


6. Mengembalikan kegemilangan Beruas, kerajaan Kuno di Perak


7. Bersedia untuk acara ke-13 HIKMAH di Beruas - Jejak Batu Bersurat Piramid


8. HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13


9. HIKMAH Beruas ditunda - Pasir Salak jadi ganti sementara



Oh. Penundaan tarikh majlis daripada 6 Jun (6/6) menjadi 8 Ogos (8/8) bermakna acara telah dikehadapankan 2 bulan 2 hari daripada tarikh lama. Ini membuat penulis terasa ingin menelaah kembali artikel ke-66, ke-88 dan ke-22 di blogspot ini. Mungkin ada petunjuk yang boleh membantu...



Artikel ke-66 : Video HIKMAH V - Keberkatan hari Jumaat, hari ketiga acara


Artikel ke-88 : Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul


Artikel ke-22 : Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka



Monday, June 1, 2015

Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015

Isnin minggu lepas saya telah membuat artikel bertajuk HIKMAH Beruas ditunda - Pasir Salak jadi ganti sementara lalu menyebut HIKMAH akan terlibat dengan satu acara yang dipanggil WB River Fest. Alhamdulillah acara itu sudah selamat dilangsungkan di Pasir Salak Resort 29-31 Mei baru ini. Biar dikongsikan cerita ringkas.



Acara bermula sejak pagi Jumaat 29 Mei tetapi dirasmikan oleh mantan ketua polis negara, Tun Hanif Omar pada malam hari.



Penglibatan HIKMAH pula mula kelihatan Sabtu 30 Mei.




Petang itu saya menjadi salah seorang ahli panel bercerita tentang sejarah Perak. Turut bersama adalah saudara Megat Terawis yang sudah beberapa kali menjadi moderator Keluarga dan Salasilah pada sesi berkumpulan acara HIKMAH. Kami membentang bersama Tun Hanif.




Hari ketiga dan terakhir, Ahad 30 Mei menjadi kenangan manis buat kami para aktivis kebudayaan dan kedaulatan Melayu apabila Raja Muda Perak, Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa yang menjadi tetamu VVIP sudi meluangkan masa di gerai tempat HIKMAH bertapak sepanjang acara...



Begitu juga Tun Hanif...



Turut bersama adalah mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Ngah Talib. Beliau malah sempat mengajak kami bertandang ke rumah warisan keluarganya yang terletak berdekatan resort. Untuk pengetahuan Ngah Talib adalah pemegang jawatan turun temurun Dato' Sri Agar Diraja. Inilah jawatan bangsawan istana yang dikenali dengan panggilan popular Tok Sagor...











Kami pun memenuhi undangan bertandang ke rumah beliau. Kelihatan Raja Muda turut ada apabila kami sampai...







Selepas baginda meninggalkan majlis baru kami masuk ke dalam rumah. Apa yang berlaku telah diperincikan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Lihat artikel-artikel berikut :-