Acara yang diadakan di Seri Menanti ini asalnya mahu diadakan selepas HIKMAH bertandang ke Beruas penghujung Februari 2015. Tetapi HIKMAH Beruas kemudian ditangguh ke bulan Jun lalu HIKMAH Seri Menanti mengambil tempatnya sebagai acara ke-13. Diadakan di Ladang Alam Warisan, satu tempat yang memiliki lapangan menunggang kuda juga memanah jarak jauh ia diadakan atas saranan GPMS (Gabung Pelajar Melayu Semenanjung) bagi UiTM (Universiti Teknologi Mara). Mereka mahu mengadakan satu acara belia dan HIKMAH diminta memberi pengisian ilmu. Maka itu diadakan Konvensyen Anak Melayu 3-5 April 2015 khusus untuk pelajar dengan HIKMAH Seri Menanti menjadi bahagian utama memenuhi aktiviti siang Sabtu 4 April. Walaupun peserta luar iaitu bukan pelajar turut mengambil bahagian sepertimana pada acara-acara HIKMAH sebelum ini, fokus lebih banyak diberikan terhadap pengisian ilmu untuk pelajar. Sesi berkumpulan pula menyaksikan peserta terutama pelajar bersama memberi maklum balas untuk projek dokumentari 13 episod sepanjang sejam setiap satu yang dipanggil "Daulah Melayu". Presiden dan pengasas HIKMAH, saudara Radzi Sapiee merupakan penyelidik dan hos untuk projek.
Persediaan untuk acara...
1. Dari Lembah Bujang ke Beruas ke Seri Menanti - 3 acara terawal HIKMAH untuk tahun 2015
2. HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13
3. Pembentangan untuk HIKMAH Seri Menanti
4. Mengangkat Daulah Melayu pada HIKMAH Seri Menanti 4 April ini
5. HIKMAH Seri Menanti - Bersedia untuk membuka laluan lama
6. Tentang rancangan "Daulah Melayu" dan atur cara terbaru HIKMAH Seri Menanti
7. HIKMAH Seri Menanti - Langkasuka dan persediaan malam hari
Apa yang berlaku sepanjang acara...
1. HIKMAH Seri Menanti - Antara hamba dan tuan hamba
2. HIKMAH Seri Menanti - Dinar dirham, pedang Zulfiqar dan fitnah Dajjal
3. HIKMAH Seri Menanti - Teknologi Melayu, sejarah orang Minang dan pembukaan laluan lama
4. HIKMAH Seri Menanti - Mengisi "Daulah Melayu" sambil mengalakkan anak muda berani bersuara
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham
2. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat
3. Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia - Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)
4. Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan - Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka
5. Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti - oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan
6. Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”
Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...
1. Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?
2. Jalan Penarikan - Membuka Laluan Lama
3. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua
4. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan
5. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Tempat keluar panji-panji hitam dari Timur?
Nota : Tajuk 1 adalah paparan lama daripada acara pertama dan kedua HIKMAH tetapi digunapakai kembali pada HIKMAH ke-13. Tajuk 3-5 adalah pembentangan daripada acara ke-11 HIKMAH yang dipersembahkan kembali pada malam selepas HIKMAH Seri Menanti secara rasminya tamat.
Acara susulan atau ada kena-mengena...
1. HIKMAH Seri Menanti - Malam yang istimewa untuk pelajar
No comments:
Post a Comment