Sebaik sahaja sesi berkumpulan tamat azan solat Maghrib pun berkumandang. Ramai masih berlegar-legar di balairong. Mereka tidak perlu berkejar kerana rata-rata yang hadir boleh menjamakkan solat kerana datang cukup jauh dari luar.
Sejurus selepas azan tiba-tiba turun hujan yang sangat lebat. Nasib baik tak lama. Gambar-gambar ini diambil selepas cuaca reda...
Makan malam sudah siap sedia dihidang. Ramai daripada kami sudah lapar dan mula bergerak ke belakang untuk mengambil makanan.
Ketika itulah Ustaz Mahyuddin (kiri) mengingatkan saya bahawa kami belum bergambar beramai-ramai.
Pengumuman pun dibuat untuk berkumpul di hadapan untuk bergambar.
Gambar yang diambil sejurus sebelum masuk saf. Saya belum lagi memiliki gambar yang ada diri sendiri sekali. Rasanya ada pada beberapa orang pelajar...
Selepas bergambar kami makan kemudian baru bersurai. Selepas siap mandi, bersolat dan sebagainya kami berkumpul kembali di balairong sekitar jam 9.20.
Secara rasminya acara HIKMAH Seri Menanti sudah pun tamat apabila selesai rumusan sesi berkumpulan iaitu sebelum azan Maghrib berkumandang. Yang tinggal adalah program bertindan Konvensyen Anak Melayu yang berlangsung sehingga tengah hari Ahad. Untuk Sabtu malam Ahad saya diminta membentangkan kertas kerja bertajuk "Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang". Kertas kerja ini pertama kali dibentangkan pada acara ke-11 HIKMAH (lihat
HIKMAH Pagoh 8 Nov - Menyentuh peribadi mulia sultan dan hilangnya dinar Melaka) kemudian di pejabat daerah Gombak (lihat artikel
Ceramah Alam Melayu Atlantis di Gombak di
blogspot CATATAN SI MERAH SILU ). Di sini saya diminta membentang khas untuk pelajar.
Oh. Dua gambar di atas bukan menunjukkan saya membentang sebaliknya Ustaz Mujiburrizal dari Aceh menyanyi nasyid. Untuk pengetahuan beliau adalah seorang personaliti televisyen di sana sementara dalam dunia nasyid pula beliau cukup dikenali sehingga kadangkala boleh kelihatan menyanyi bersama kumpulan Raihan juga Hijjaz di Malaysia. Ustaz Mujib telah sudi menyumbangkan 2 buah lagu sebelum saya memulakan pembentangan. Cuma saya tidak memiliki gambar diri sendiri membentang untuk disiarkan.
1.
Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua
2.
Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan
3.
Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Tempat keluar panji-panji hitam dari Timur?
Di atas adalah links untuk artikel perkongsian pembentangan yang telah saya buat beberapa hari selepas acara HIKMAH di Pagoh tamat. Apa yang sudah dikongsikan lebih kurang sama dengan apa yang dibentangkan pada malam selepas HIKMAH Seri Menanti tamat. Bezanya saya sesekali menambah hal lain menurut pengalaman untuk meyedapkan mahupun mengukuhkan penceritaan. Selepas itu berlaku sesi soal jawab meliputi pelbagai hal dan ini berlangsung sehingga tengah malam. Antara yang terkeluar ialah hal-hal melibatkan pengetahuan ilmu Tasawuf yang sangat jarang ingin saya perkatakan kecuali apabila timbul kalam.
No comments:
Post a Comment