Salam Jumaat. Dengan selesainya segala yang perlu ditulis tentang acara ke-12 HIKMAH yang sudah berlangsung dengan jayanya di Lembah Bujang 2 minggu lepas lalu dikompilasikan pada artikel Acara kedua belas HIKMAH di Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015 2 hari lalu penumpuan bolehlah dibuat pada acara-acara seterusnya. Acara ke-13 yang akan berlangsung di Beruas tinggal 3 minggu sahaja sebelum diadakan 21 Februari. Tetapi sebelum ini biarlah saya menurut gerak melepaskan sesuatu.
Adapun sejurus selepas saya membuka event page acara ke-14 HIKMAH yang mahu diadakan di Seri Menanti 28 Mac (page dibuka 4 Disember 2014, sila masuk sini) nanti timbul satu gerak untuk menentukan tempat acara seterusnya. Saya pun menulis begini di Facebook, biar dicopy and paste...
SELEPAS NEGERI SEMBILAN SAMPAI GILIRAN HIKMAH DI PAHANG?
Salam. Sesungguhnya saya mengatur program HIKMAH berdasarkan gerak yang dipadankan dengan tawaran yang mendatang. Dengan terbukanya page event acara ke-14 iaitu di Seri Menanti, Negeri Sembilan tadi selesailah gerak membuka event page untuk 3 acara terawal HIKMAH 2015 bermula di Lembah Bujang diikuti Beruas kemudian Seri Menanti. 3 program ini insyaallah akan diadakan berturut Januari, Februari dan Mac. Selepas itu saya fikir eloklah berehat sekurang2nya 2 bulan.
Tapi tu le, bila dah menurut gerak ini bukan kehendak sendiri yang menjadi pilihan tetapi petunjuk dan isyarat. Ketika membuka page untuk Seri Menanti tadi saya telah menulis begini untuk deskpriksi acara :-
--------------
Acara ke-14 HIKMAH di Seri Menanti yang menjadi pusat pemerintahan beradat kerajaan Negeri Sembilan. Negeri ini terkenal dengan Adat Perpatih yang kelihatan mengutamakan nasab belah ibu, dibawa oleh mereka yang berhijrah dari Tanah Minangkabau di Sumatera, paling nyata sejak abad ke-18 Masihi. Namun harus ada sesuatu yang lebih lama dan awal boleh dibincangkan sama. Ia berkenaan laluan purba Sungai Muar menyambung ke Sungai Pahang yang mana kawasan Seri Menanti ini ada kaitan penting.
---------------
Sampai pada ayat akhir yang tereluar secara spontan itu saya merasakan selepas itu mesti diadakan acara HIKMAH di Pahang, seeloknya di lokasi yang berdekatan Sungai Pahang. Mungkin awal bulan Mac ketika aura keramat bulan Islam Rejab masih berkumandang. Amacam? Harap beri maklum balas terutama orang Pahang...
------------------
Oh. Awal bulan Mac pada perenggan atas tu salah, Maksud saya adalah Mei. Mana boleh Mac untuk Pahang sedangkan penghujung Mac telah ditetapkan HIKMAH bertandang ke Seri Menanti?
Kebetulan ketika itu sudah ada permohonan daripada 2 pihak ingin membawa HIKMAH masuk ke 2 lokasi berlainan di Pahang. Kemudian timbul beberapa cadangan mengadakan di beberapa tempat lain di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia itu. Setelah beberapa lama memikirkan saya dapati cuma ada satu pihak ketika itu yang cukup berkebolehan dan bersedia mengadakan acara pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai tanpa terlalu mengharap pada peruntukan dana mana-mana agensi yang entah boleh entah tidak dapat. Dengan itu kami pun menetapkan tempat dan tarikh. Cuma saya fikir setelah selesai segala yang perlu tentang acara ke-12 HIKMAH iaitu di Lembah Bujang baru ia diumumkan.
Kebetulan ketika itu sudah ada permohonan daripada 2 pihak ingin membawa HIKMAH masuk ke 2 lokasi berlainan di Pahang. Kemudian timbul beberapa cadangan mengadakan di beberapa tempat lain di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia itu. Setelah beberapa lama memikirkan saya dapati cuma ada satu pihak ketika itu yang cukup berkebolehan dan bersedia mengadakan acara pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai tanpa terlalu mengharap pada peruntukan dana mana-mana agensi yang entah boleh entah tidak dapat. Dengan itu kami pun menetapkan tempat dan tarikh. Cuma saya fikir setelah selesai segala yang perlu tentang acara ke-12 HIKMAH iaitu di Lembah Bujang baru ia diumumkan.
Semalam malam Jumaat saya telah membuka event page baru untuk acara di Pahang, Ia akan menjadi acara ke-15 HIKMAH. Sila klik sini. Acara mahu diadakan di pekan kecil Chenor berdekatan bandar Temerloh, pada Sabtu 2 Mei mengambil kesempatan atas cuti Hari Buruh 1 Mei. Saya mendapati ini harus bersamaan 13 Rejab, bolehlah dikaitkan dengan hari Israk dan Mikhraj yang akan jatuh 27 Rejab.
Sebagai acara ke-15, kena pula pada tahun 2015 saya fikir mungkin selepas itu sudah sampai masanya untuk menutup tirai aktiviti HIKMAH lalu memberikan tumpuan kepada hal lain terutama penulisan buku yang sudah lama terbengkalai. Maka itu biar diumumkan acara di Pahang ini akan menutup kalendar 2015 HIKMAH. Selepas itu biarlah HIKMAH tinggal sebagai kenangan manis yang diharap telah dapat melakukan perkara yang membekas dalam hati setiap pihak yang pernah terlibat atau turut serta. Semoga ini menjadi ikatan hati dan silaturrahim yang berkekalan sambil semua dapat menerima panduan tanpa rupa dan suara untuk menentukan cara terbaik dan hala tuju masing-masing dalam usaha berterusan untuk mendaulatkan Melayu dan Islam,
Sesungguhnya saya membuat semua ini sekadar menurut gerak yang mendatang. Kalau dah sampai masa untuk beralih arah saya pun menurut perintah. Biar orang lain pula memacu perjuangan. :]