Gambar hiasan daripada artikel Membuka x-file Beruas - Misteri batu bersurat piramid bertulisan ayat al-Quran...
Salam semua. Selepas menyiarkan artikel Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015 pada 14 Mei fikir saya bolehlah memberikan sepenuh penumpuan pada acara ke-15 iaitu HIKMAH Beruas yang dijadualkan berlangsung 6 Jun. Selepas itu boleh saya berehat daripada menganjurkan apa-apa acara HIKMAH sekurang-kurangnya untuk tahun 2015 lalu kembali memberikan penumpuan kepada penulisan buku juga projek dokumentari televisyen. Tengok-tengok hari itu juga saya mendapat panggilan agar acara ditunda, buat kali kedua. Biar dicopy dan paste updates berkaitan di Facebook...
-------------------
HIKMAH BERUAS DITUNDA KE LEPAS RAYA
OK. Saya rasa harus lepaskan ini. Pagi tadi saya baru mendapat panggilan oleh wakil penganjur tempatan meminta agar HIKMAH Beruas ditunda pada satu tarikh selepas raya. Ini kerana ketua penganjur tempatan telah mendapatkan penglibatan Orang Besar Jajahan Manjung untuk talian kepada istana lalu diberitahu majlis harus dipinda selepas 7 Jun kerana ada 3 majlis besar di Perak sebelum tarikh itu. Nak ditunda ke 13 Jun iaitu seminggu selepas tarikh asal 6 Jun pula wakil penganjur sibuk pindah rumah sedangkan saya sendiri harus baru selesai membuat satu perjalanan ke Pontianak, Mempawah dan Sambas 8-12 Jun. Seminggu selepas itu kita sudah mula berpuasa, maka nak tak nak majlis harus dibuat selepas raya.
Masuk musim raya pula ada beberapa hal perlu difikirkan. Tentunya acara tidak sesuai diadakan pada minggu pertama kerana semua orang harus sibuk beraya dengan keluarga masing2. Masuk minggu kedua team dokumentari "Daulah Melayu" akan memulakan segmen pertama perjalanan pusing Semenanjung sambil membuat penggambaran dan ini dijangka memakan masa 10 hari. Sebagai seorang penyelidik utama juga hos saya tak boleh lari daripada komitmen ini, mengubah jadual pun tak boleh kerana banyak perkara sudah ditetapkan termasuk penggunaan kamera profesyional, kenderaan, krew, penginapan dan sebagainya. Selepas 10 hari itu ada satu jangka rehat sebelum kami menyambung segmen lain. Kami dijangka membuat 4 segmen perjalanan yang memakan masa sekitar 10 hari setiap satu untuk meliputi seluruh Semenanjung kemudian akan buat perjalanan pusing Selatan Thailand diikuti pusing seluruh Aceh.
Nak tak nak saya harus mencari tarikh baru di celah2 perjalanan ini untuk HIfKMAH Beruas. Sekarang ini saya sedang menunggu jadual tahkik atau final untuk membuat keputusan. Sebetulnya bukan ini sahaja komitmen saya selepas ini. Untuk makluman saya juga terlibat dengan 2 projek dokumentari lain juga janji menghasilkan 11 buah buku baru untuk Hijjaz Records Publishing dalam tempoh setahun. Fikir saya selepas HIKMAH Beruas dapat diadakan 6 Jun dapatlah saya memberikan tumpuan penuh pada projek2 ini tapi apa nak buat? Kita merancang Allah SWT jua menentukan.
Buat masa ini saya fikir tarikh 1 Ogos iaitu pertengahan Syawal mungkin sesuai, tak pun mungkin dilewatkan seminggu menjadi 8 Ogos. Apapun bila dah dapat jadual perjalanan diikuti kata sepakat pihak penganjur tempatan baru saya boleh memberikan tarikh yang lebih tepat. Saya beritahu ini supaya kawan2 HIKMAH boleh bersedia untuk menghadapi perubahan. Secara rata, nak tak nak memang majlis harus ditunda ke selepas raya. Harap maklum.
PASIR SALAK SEBAGAI GANTI BERUAS UNTUK MASA TERDEKAT
Sesungguhnya memang segala sesuatu itu ada HIKMAHnya. Penundaan HIKMAH Beruas ke selepas raya bermakna dalam masa sebulan dua ini saya boleh memberikan tumpuan penuh kepada penulisan buku. Sebagai gantinya saya mengajak kawan2 HIKMAH memeriahkan satu acara di Pasir Salak pula. HIKMAH secara rasminya telah disenaraikan terlibat sama dalam acara kerakyatan yang mahu menaikkan nama tempat yang pernah terkenal kerana peristiwa pembunuhun residen pertama Inggeri ke Perak J.W.W. Birch oleh Dato' Maharajalela dan orang2nya tahun 1875.
Dengan itu semua kawan2 HIKMAH atau sesiapa saja yang mahu mengikuti bawah nama HIKMAH boleh turut bersama. Saya dimaklumkan seorang anak tempatan telah menyediakan 3 buah rumah untuk kegunaan kawan2 HIKMAH sepanjang acara berlangsung iaitu 28-31 Mei. Seperti pada mana2 acara HIKMAH sesiapa pun boleh datang mendapatkan tempat penginapan, cuma pandai2 le kongsi beramai2 lalu elok bawak bantal, toto dan selimut sendiri. Anda boleh datang ke tempat acara mencari saya atau terus ke rumah yang disediakan. Saya sendiri tidak tahu lagi lokasi tepatnya di mana, cuma dimaklumkan salah satu adalah rumah lama yang dikhaskan untuk saya dan keluarga, rumah yang samada milik keluarga Maharajalela tak pun Dato' Sagor.
Jadi apa lagi yop? Jumpa kita di Pasir Salak 2 minggu lagi, insyaallah. Jangan lupa memakai busana penuh tradisional ya...
JADUAL PERJALANAN UNTUK DAULAH MELAYU - KAITAN DENGAN HIKMAH
Salam Jumaat. Saya baru menerima jadual perjalanan daripada tim penerbitan dokumentari Daulah Melayu. Fikirnya mahu dikongsikan butiran kepada umum supaya satu, orang ramai terutama kawan2 nampak jadual kerja saya dalam masa beberapa bulan akan datang. Lalu kalau ada apa2 diperlukan daripada pihak saya dalam tempoh masa tersebut dapatlah diatur di celah2 itu. Kedua, supaya umum dapat melihat rancangan pergerakan kami kerana memang hasrat tim Daulah Melayu untuk melibatkan semua pencinta Melayu dan Islam dalam projek ini, sekurang2nya daripada segi sokongan semangat, pandangan dan perkongsian ilmu tidak lupa juga doa untuk keselamatan dan kejayaan rombongan dalam membuat kerja. Tapi kemudian saya diberitahu elok jangan dikongsikan dahulu kerana jadual ini belum dibincangkan dengan ahli lain tim. Cuma buat masa ini ia boleh dianggap terbaik oleh pihak penerbit memikirkan banyak tempat perlu diliputi untuk menjayakan dokumentari 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini (untuk pasaran antarabangsa) bersamaan 26 episod sepanjang 30 minit setiap satu (pasaran tempatan).
Walaupun tidak boleh menyebut tarikh tepat rancangan untuk berjalan saya boleh memberitahu sekitar bila ia berlaku. Biar dimaklumkan sekali lagi bahawa saya adalah seorang penyelidik utama atau main researcher untuk projek ini. Seorang lagi penyelidik utama adalah puan TunSuzana Tun Hj Othman. Selain itu, saya juga adalah hos dokumentari. Oleh itu saya mesti ikut bergerak pada setiap perjalanan, siap siaga untuk masuk dalam shooting, bercakap apa yang patut, menemuramah sesiapa yang sesuai.
Perjalanan akan dimulakan dengan menemuramah orang2 tertentu awal hingga pertengahan Julai iaitu pada bulan puasa. Untuk ini kami tidak perlu pergi terlalu jauh kerana ramai yang mahu ditemuramah berada di Lembah Klang, paling jauh adalah di Pulau Pinang. Masuk minggu kedua raya baru kami mula berjalan jauh. Daripada penghujung Julai membawa awal Ogos kami dijangka meliputi selatan (masuk Singapura sekali insyaallah) dan pantai timur Semenanjung, kembali ke Lembah Klang, rehat 4-5 hari kemudian menyambung ke belah utara atau pantai barat Semenanjung (Perak, Kedah dan sebagainya) hingga pertengahan Ogos.
Selepas itu ada rehat lebih sebulan daripada segi perjalanan namun kerja2 penyelidikan tetap berlangsung sambil kerja2 memproses hasil shooting juga hal2 pejabat. Pertengahan Oktober kami dijangka memulakan perjalanan di luar Malaysia dengan pergi ke Aceh dan Sumatera Utara diikuti Jawa, Champa dan Selatan Thailand (hingga ke Ligor, mungkin masuk Burma di sekitar Segenting Kra). Perjalanan ini berlangsung sehingga penghujung Januari 2016. Penghujung Februari baru kami ke Eropah untuk meliputi tempat2 seperti London dan Oxford di England, Amsterdam dan Leiden di Belanda, Lisbon di Portugal juga Istanbul di Turki dalam tempoh sebulan gitu. Selepas itu kalau keadaan di Yaman sudah pulih daripada kekacauan insyaallah kami juga akan ke sana.
Sudah diberitahu dalam satu update sebelum ini bahawa saya juga terlibat dengan 2 lagi projek dokumentari selain janji untuk menghasilkan 11 buah buku baru untuk satu syarikat dalam tempoh setahun. Saya berani terlibat dengan semua ini kerana rata2 isi yang diperlukan sudah ada dalam tangan, cuma perlu diatur menjadi bentuk yang sesuai. Dokumentari yang dimaksudkan pula satu daripadanya merupakan projek 4-6 episod sepanjang sejam setiap satu, satu lagi adalah docudrama bukan bersiri sepanjang sejam. Walaupun saya dijangka akan masuk sekali dalam shooting, satu sebagai sumber, satu lagi sebagai watak dalam cerita saya tidak perlu selalu bersama seperti halnya dalam projek Daulah Melayu. Apapun saya harap pembaca terutama kawan2 dapat faham kesibukan yang akan saya lalui dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Maka fahamlah kenapa saya tidak dapat meneruskan HIKMAH selepas acara ke-15 Beruas yang telah ditunda ke selepas raya, itu pun masih dalam proses hendak mencapai kata sepakat celah mana nak buat tu nanti. Wassalam.
PASIR SALAK SEBAGAI GANTI BERUAS UNTUK MASA TERDEKAT
Sesungguhnya memang segala sesuatu itu ada HIKMAHnya. Penundaan HIKMAH Beruas ke selepas raya bermakna dalam masa sebulan dua ini saya boleh memberikan tumpuan penuh kepada penulisan buku. Sebagai gantinya saya mengajak kawan2 HIKMAH memeriahkan satu acara di Pasir Salak pula. HIKMAH secara rasminya telah disenaraikan terlibat sama dalam acara kerakyatan yang mahu menaikkan nama tempat yang pernah terkenal kerana peristiwa pembunuhun residen pertama Inggeri ke Perak J.W.W. Birch oleh Dato' Maharajalela dan orang2nya tahun 1875.
Dengan itu semua kawan2 HIKMAH atau sesiapa saja yang mahu mengikuti bawah nama HIKMAH boleh turut bersama. Saya dimaklumkan seorang anak tempatan telah menyediakan 3 buah rumah untuk kegunaan kawan2 HIKMAH sepanjang acara berlangsung iaitu 28-31 Mei. Seperti pada mana2 acara HIKMAH sesiapa pun boleh datang mendapatkan tempat penginapan, cuma pandai2 le kongsi beramai2 lalu elok bawak bantal, toto dan selimut sendiri. Anda boleh datang ke tempat acara mencari saya atau terus ke rumah yang disediakan. Saya sendiri tidak tahu lagi lokasi tepatnya di mana, cuma dimaklumkan salah satu adalah rumah lama yang dikhaskan untuk saya dan keluarga, rumah yang samada milik keluarga Maharajalela tak pun Dato' Sagor.
----------------------------
OK. Berdasarkan jadual perjalanan yang telah dirangka untuk projek dokumentari "Daulah Melayu" saya telah mencadangkan tarikh-tarikh berikut untuk HIKMAH Beruas - 25 Julai, 8 Ogos atau 15 Ogos. Adapun 25 Julai itu saya lihat bersamaan 8 Syawal, rasanya orang ramai masih sibuk menyambut hari raya bersama keluarga. 8 Ogos pula sebetulnya agak terkejar-kejar kerana terletak dalam tempoh 2-3 hari rehat antara 2 perjalanan jauh. 15 Ogos itu baru dikira lapang buat saya kerana menurut jadual tidak perlu ke mana dalam tempoh sebulan setengah sekitar itu. Tapi saya letak ketiga-tiga tarikh agar pihak penganjur mempunyai pilihan berdasarkan perancangan dan keperluan mereka. Saya sendiri buat masa ini meletakkan 8 Ogos sebagai tarikh tentatif baru walaupun 15 Ogos lebih melapangkan buat saya. Sekarang terpulang pada penganjur tempatan untuk memilih dan saya lihat mereka memerlukan masa untuk mendapatkan ketetapan. Buat masa ini kita layan sahajalah majlis di Pasir Salak yang akan berlangsung hujung minggu ini ya. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 202 di blogspot ini... :]