Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Wednesday, October 31, 2012

Dari Pulau Besar ke Akademi Pengajian Melayu - Semuanya ada HIKMAH!

Artikel keempat HIKMAH. Ditulis  di CATATAN SI MERAH SILU 29/10/12.



-----------------------



Subhanallah walhamdulillahi walailaha illallahu wallahuakbar. Sungguh... musim raya haji tahun ini ada keistimewaannya yang tersendiri sekurang-kurangnya buat kami sekeluarga.


Pagi semalam, Ahad 28 Oktober 2012. Setelah 3 malam berada di kampung ibu di Muar sempena cuti hari raya haji kami pun bersedia untuk kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Singgah dahulu di warung hentian bas lama yang terletak di tepian Sungai Muar untuk menikmati hidangan kegemaran kami iaitu nasi beringin.


Untuk pengetahuan hari itu bersamaan 12 Zulhijjah iaitu masih dalam tempoh hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ketika ini umat Islam yang sedang menunaikan haji di Mekah dan sekitarnya tentu masih sibuk menunaikan rukun haji seperti melontar batu di jamrah. Kami pula mengambil jalan lama untuk masuk ke negeri Melaka, berhenti sebentar di hadapan replika gergasi yang melambangkan beca tradisional Muar, replika setinggi bangunan 3 tingkat yang terletak sebelum sempadan.




Sampai di Merlimau kami tergerak untuk masuk ke jalan kecil pantai melalui satu laluan yang saya rasa belum pernah kami lalui sebelum ini. Terlihat rumah tradisional menarik yang menyebabkan kami mengambil masa agak lama di dalamnya, rumah yang kini di bawah penjagaan pihak muzium negeri. Lihat artikel Galeri (Gallery of) Demang Abdul Ghani, Merlimau di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Di sinilah kami pertama kali terlihat buku besar ini yang sebenarnya telah terbit sejak tahun 2010 lagi. Buku berharga RM300 yang diterbitkan kerajaan negeri ini mengandungi sejumlah lukisan daripada simpanan negara Portugal yang dapat membuktikan bahawa kerajaan Melayu Melaka telah memiliki sejumlah bangunan batu malah kota utamanya dikelilingi tembok kukuh, bukannya kayu sebelum armada Portugis dapat menaklukinya tahun 1511.


Di rumah tradisional itu juga kami mendapat tahu kewujudan sebuah makam yang menimbulkan tanda tanya.  Lihat Makam sebenar Tun Teja? (Real tomb of Tun Teja?). Oh, sebelum itu kami melihat bahagian kuala Sungai Merlimau. Lihat artikel The jetty of Kuala Merlimau di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Letak makam tersebut berdekatan dengan makam yang diakui secara rasmi sebagai milik Tun Teja, si jelitawan dari Pahang yang menurut satu cerita dibawa Hang Tuah ke Melaka untuk dikahwinkan dengan sultan.


Bila dah dekat-dekat kawasan sekitar ini kami biasanya akan menziarahi juga makam Sultan Ali ibni Sultan Hussein, orang yang sering dinyatakan sebagai sultan terakhir Johor dari keturunan bendahara yang menggantikan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.


Selepas itu baru kami menaiki bot di jeti Anjung Batu untuk ke Pulau Besar.


Sebenarnya memang rancangan utama kami hari itu adalah untuk ke Pulau Besar sebelum kembali ke rumah. Tapi tu le... bila dah ternampak rumah tradisional menarik di Merlimau tersangkut lama pula di situ. Kemudian boleh ke makam Tun Teja pula. Asalnya mahu masuk ke pulau ambil feri jam 11.30 konon. Rupa-rupanya yang ada cuma feri jam 12.00 kemudian 2.30. Disebabkan singgah di rumah tradisional diikuti makam kami sampai ke jeti jam 1.30. Tu yang kami pergi dahulu ke masjid Umbai di mana terdapat makam Sultan Ali sebelum kembali ke Anjung Batu mengejar feri jam 2.30.



Adapun itulah kali pertama kami anak beranak masuk ke pulau yang penuh dengan cerita-cerita mistik itu tahun 2012, itulah kali pertama anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan dibawa ke situ. Sebelum ini kami ada masuk ke Pulau Besar bersama dua orang anak yang lebih tua iaitu pada 19 November 2011, 6 hari selepas kembali dari perjalanan Medan-Banda Aceh 2-13 Nov. Lihat artikel lama Pulau Besar yang lebih menarik untuk semua.


Seperti biasa kalau dah sampai ke Pulau Besar kami mesti menziarahi makam utamanya yang dikatakan milik wali besar seNusantara, Sultanul Ariffin Sheikh Ismail. Cuma kali ini kami mahu berlegar di sekitarnya sahaja, tidak pergi ke tempat-tempat menarik lain yang terdapat di sekeliling pulau. Kami merancang mahu keluar dengan feri jam 5.30 petang kemudian mungkin singgah di Astana Raja, Negeri Sembilan sebelum kembali ke rumah.

Namun dah jadi perangai saya agaknya tak dapat menahan untuk melihat tempat-tempat lain apa lagi setelah hampir setahun tidak bertandang ke Pulau Besar. Saya bukan setakat pergi ke tempat lebih jauh seperti Makam Tujuh Beradik dan Makam Seribu serta kawasan-kawasan di belakangnya, saya sanggup meredah hutan cuba mencari denai yang telah digunakan beberapa kali bertahun dahulu untuk menaiki puncak tertinggi di Pulau Besar di mana terdapat Batu Belah. Oh, sebelum itu kami terjumpa satu pasangan suami isteri kawan lama yang menyebabkan kami menunda rancangan mahu meninggalkan pulau ke jam 7 malam iaitu dengan menaiki feri terakhir hari itu. Kalaulah tidak kerana esok Isnin kami ada hal penting di Kuala Lumpur, mahu sahaja kami bermalam di pulau.


Sementara isteri berbual dengan kawan saya pun mula berjalan-jalan. Bayangkan, setelah tidak berjaya menemui denai tetapi tetap mahu meredah hutan belukar, saya keluar jam 6.20. Ketika itu saya mendapat panggilan daripada kawan agar segera kembali bertemu isteri untuk bersiap ke jeti. Namun saya tak puas hati. Saya hendak mendaki juga bukit, kali ini melalui jalan bertanda kasar yang saya sudah nampak lebih awal tetapi tidak mengambilnya kerana degil mahu juga mencari denai yang nampaknya sudah tertutup langsung oleh belukar. Dengan kuasa Allah saya masih sempat sampai ke Batu Belah malah berehat sebentar di atasnya pada jam 6.30. Itulah pendakian paling pantas pernah saya lakukan di sekitar ini seumur hidup walhal stamina dan kekuatan saya berbanding dahulu boleh dikatakan telah banyak berkurangan. Dapat juga berjalan laju lagi dari atas batu sampai ke jeti jam 6.50 untuk mendapatkan feri!


Esok hari Isnin iaitu siang tadi saya dan isteri menghadiri satu mesyuarat bersama para pentadbir Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Bersama saya adalah beberapa orang kawan yang akan menjayakan HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman, acara yang baru saya asaskan 2 minggu lalu dan dirancang mahu diadakan Ahad 4 November ini. Kemudian datang 3 orang peneraju kumpulan NGO Selangor yang menyokong saya dan acara. Untuk HIKMAH, mereka bersetuju untuk bergerak di bawah nama Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Selangor. Rujuk artikel-artikel di bawah :-







Sebenarnya sejak Khamis 25 September bersamaan 9 Zulhijjah iaitu hari wukuf di Arafah, hari bermulanya ibadah haji secara rasmi, pihak HIKMAH yang diterajui oleh saya sebagai presiden dan pengasas, PSM cawangan Selangor dan APM telah berjanji akan bertemu untuk membincangkan kerjasama yang sesuai untuk menjayakan acara. Sekadar mengingatkan kembali. HIKMAH yang mula terbit melalui satu cetusan ilham pada Jumaat malam Sabtu 12 September 2012 asalnya mahu diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam. Kemudian apabila acara yang diwar-warkan di Internet mendapat sambutan luar dugaan, kompleks itu tidak lagi sesuai lalu ia mahu diadakan di Sekolah Menengah Seksyen 18. Berlaku lagi perubahan yang menyebabkan premis baru harus dicari lagi...

Pada hari Rabu 24 September, atas cadangan sahabat baik saya, Profesor Abdullah Zakaria daripada Jabatan Sejarah UM (katanya baru mendapat gelaran Dato') saya telah berjumpa dengan pihak APM untuk membincangkan kemungkinan membuat kerjasama untuk menjayakan HIKMAH. PSM cawangan Selangor kemudian menghantar surat sokongan melalui pengerusi kawasan Kuala Selangor lalu mesyuarat pun diatur mahu diadakan di APM pagi tadi bersamaan 13 Zulhijjah. Alhamdulillah selepas beberapa lama membincangkan pelbagai aspek penganjuran kami mencapai kata sepakat. Dipersetujui acara akan diadakan di dewan besar APM pada masa dan tarikh yang dirancang iaitu Ahad 4 Nov 9 pagi hingga 5.30 petang.


Mulai itu, acara akan dikenali sebagai "Wacana Keilmuan Melayu Islam HIKMAH" anjuran bersama HIKMAH, PSM cawangan Selangor dan APM. Dengan itu saya rasa cukuplah artikel ini. Kepada semua sukarelawan, pembentang, peserta dan lain-lain bersedialah untuk pertukaran premis ini ya. Dijemput semua melihat dahulu 2 Nov iaitu selepas solat Jumaat berjemaah supaya dapat diatur tempat seperti ruang perniagaan, pameran dan macam-macam.


Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Cukup seminggu mendapat nama...

Artikel ketiga HIKMAH. Ditulis  di CATATAN SI MERAH SILU 19/10/12.


-----------------------




Subhanallahi walhamdulillahi walailaha illallahu wallahuakbar. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Malam ini masuk jam 11 genaplah seminggu acara Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman  (HIKMAH) diasaskan secara ad-hoc lalu diwar-warkan melalui Facebook. Baru seminggu sahaja tetapi jumlah yang menyatakan akan hadir sudah jauh melangkaui jangkaan awal... dari kurang 200 dah kelihatan seperti lebih 500 dan mungkin terus bertambah lagi dan lagi. Saya diberitahu, melihat perkembangan ini, wakil dari istana menyatakan minat akan datang. Katanya kalau tak Sultan Selangor, adindanya Tengku Panglima Diraja Tengku Sulaiman akan menjadi wakil utama bersama sejumlah pembesar.

Jika dahulu saya cuma mahu menggunakan dewan (bilik seminar dan ruang luarnya sahaja sebenarnya) di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam untuk seminar sejarah yang paling kuat pun memakan masa 4 jam sekarang, disebabkan sambutan terhadap HIKMAH kami akan beralih ke dewan Sekolah Menengah Seksyen 18 agar dapat dibuat acara sepenuh hari. Saya baru sahaja mendapat berita tentang kepastian tempat siang tadi, setelah beberapa hari mencari alternatif yang sesuai. Ini kerana jika mahu mendapatkan tempat lebih glamour di Kuala Lumpur, kami harus menunggu sehingga bulan Disember. Sedangkan ramai sudah begitu bersemangat untuk menghadiri acara apabila diwar-warkan akan berlangsung 4 November.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkembangan terkini tentang acara seperti telah dipaparkan di Facebook dari semalam hingga ke hari ini. Anda boleh membaca artikel-artikel sebelumnya, Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) dan Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Permission to proceed untuk melihat perkembangan awal acara.


-------------


Rasanya biar disenaraikan subjek/kertas kerja yang bakal dibentang untuk HIKMAH. Ni tajuk-tajuk tentative ya. Yang ditunjukkan bukan aturan sebenar kerana saya akan menilai kembali menurut jangkaan mood acara daripada pembukaan sehingga ke penghujung. Sampai masa acara dilangsungkan 4 Nov tajuk mungkin diubah tetapi isinya masih tetap kena.

1. Dinar dan dirham sebagai pemangkin ekonomi Islam 

2. Perlembagaan negara dan cabaran terhadap hak Melayu dan institusi beraja

3. Tujuh wasiat Raja-raja Melayu

4. Faktor sultan kepada bangsa Melayu - Mesej untuk umat Melayu di akhir zaman

5. Keris dan penyatuan Melayu Nusantara

6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu pengalaman mencari jati diri Melayu

7. Motif pedang Zulfiqar di Alam Melayu

8. Identiti Melayu Islam pada mihrab dan mimbar

9. Busana tradisional Melayu sebagai lambang jiwa merdeka

10. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu merentas zaman menggamit peranan.

11. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu akhir zaman

Melihat pada senarai nampaknya saya tidak boleh menerima lagi kertas kerja. Mereka yang berminat doakanlah kejayaan HIKMAH agar ada acara seterusnya di mana boleh sampai giliran mereka pula. Setiap kertas kerja harus dihadkan ke 30 minit. Para pembentang sila ambil perhatian.


--------------------


Salam Jumaat. Kita tentunya tahu bagaimana ramai daripada kita berkenalan lalu berhubung di FB, jadi friends, fans dan sebagainya tetapi tidak pernah bersua muka hingga kini. Mengambil keberkatan penghulu segala hari ini saya ingin membuka ruang penyertaan untuk satu komponen utama Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman atau HIKMAH 4 Nov ini. Ia adalah segmen acara berkumpulan menurut minat atau special interest groups. Melalui aturan acara ini, ruang pun dibuka untuk pameran dan perniagaan.

Acara yang kiranya mahu mengangkat format perbincangan groups dalam Facebook ke dunia nyata ini akan diadakan selepas tamat sesi pembentangan petang kertas kerja. Untuk makluman selain memperjuangkan kedaulatan Melayu dan Islam, matlamat HIKMAH adalah untuk menterjemahkan rangkaian perhubungan/perbincangan/setiakawan dalam FB menjadi sesuatu yang mampu dizahirkan ke dunia nyata demi agama, bangsa dan negara (bukan sekadar Malaysia ya. Kita akan ada beberapa penyertaan daripada negara-negara jiran). Sekarang biar disenaraikan aturan special interest groups.


1. Perkerisan – Ini khas untuk peminat keris juga senjata-senjata lain Melayu seperti pedang. Saya sudah mendapat pengesahan penyertaan daripada dua kumpulan besar iaitu Persatuan Pusaka Senipurba Nusantara Selangor (PURBA) dan Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur.

2. Perubatan – Tentunya ada orang yang berminat pada ilmu perubatan terutama yang berbentuk tradisional Melayu. Saya tidak pasti penyertaan tetapi saya tahu ada sejumlah yang menyatakan komitmen akan datang memang terlibat dengan dunia perubatan.

3. Persilatan – Walaupun belum ada persatuan menyatakan penyertaan ramai yang bakal datang ke HIKMAH dan menyokong majlis adalah pesilat dan aktivis persilatan daripada pelbagai aliran, baik lincah, mahupun gayung, cekak sehingga ke penjurit kepetangan. Lagipun persatuan-persatuan yang disebut di bawah tajuk perkerisan itu sendiri terdiri daripada ahli-ahli silat. Saya rasa bolehlah dimaklumkan bahawa di belakang saya ada orang-orang kuat daripada aliran selempang merah.

4. Busana tradisional Melayu – Penyertaan juga mungkin bercampur-baur dengan tajuk perkerisan dan persilatan. Bezanya tajuk busana insyaallah turut mengandungi penyertaan kaum Hawa yang berpakaian tradisional.

5. Kebudayaan/tarian – Sejumlah artis terutama dalam bidang lakonan telah memberikan komitmen mahu menyerikan acara. Peminat subjek berkenaan boleh berkumpul di bawah ‘panji-panji’ ini, chewah… :]

6. Seni ukiran/khat – Ini juga satu cabang seni yang diminati orang Melayu khususnya, Islam umumnya. Saya diberitahu akan ada peserta mempamerkan kerja-kerja khat dan sebagainya. Semoga manusia yang bertanggungjawab memahat Batu Bersurat Terengganu juga datang, hehe.

7. Kitab/buku/sastera – Difahamkan antara penggiat khat ada yang mungkin membawa mushaf Al-Quran lama. Selain itu kumpulan ini boleh dijadikan tempat perkongsian hasil pembacaan kitab-kitab dari pelbagai aliran fahaman termasuk Tasawuf.

8. Keagamaan – Tasawuf, feqah dan sebagainya. Ada perkara yang mungkin bertindih dengan tajuk kitab/buku/sastera. Di sini kumpulan-kumpulan Tariqat boleh bersatu untuk memeriahkan acara.

9. Keluarga dan salasilah – Kita sedia maklum antara topik paling hangat di dunia Internet terutama di forum-forum dan Facebook adalah perbincangan keluarga dan salasilah. Di HIKMAH anda digalakkan membawa salasilah dan lain-lain bukti kaitan keluarga. Mana tahu mereka yang selama ini tidak tahu asal usul sebenarnya rupa-rupanya bersaudara?

Untuk ini saya boleh memaklumkan ada peserta HIKMAH yang merupakan wakil-wakil berpengaruh daripada keturunan Megat Terawis, Daeng Selili, Nakhoda Hitam, keluarga Temenggung Muar, keturunan Daeng Berlima (Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi) juga keturunan Sultan Hussein Singapura. Saya rasa mereka yang katanya daripada keturunan Hang Tuah pun akan ada selain keturunan kerabat diraja dan bangsawan lain.

Saya juga mengalu-alukan kedatangan kaum keluarga Empayar Siam-Kedah. Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan beberapa dakwaan mereka, keluarga ini juga adalah ahli komponen besar bangsa Melayu Islam kita. Ada kajian mereka yang harus difikirkan.

10. Ketamadunan dan kerajaan – Yang ini mungkin bertindih dengan tajuk keluarga dan salasilah. Bezanya ia tidak ditumpukan kepada keluarga sahaja tetapi melibatkan hal kerajaan. Dalam FB juga di wadah Internet yang lain ada yang sedang sibuk berbincang tentang Srivijaya, ada Siam-Kedah ada juga bab Terengganu lama, Muar, Samudera-Pasai, Melaka, Aceh dan sebagainya. Maka di sini bolehlah perbincangan dilanjutkan ke dunia nyata secara bersemuka empat mata.



Berdasarkan pembahagian ini ruang dan penyertaan pameran akan diatur. Mereka yang mahu berniaga pun akan diatur menurutnya demi mewujudkan persepaduan acara. Kalau anda rasa pameran/produk anda tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana tajuk telitilah lagi. Busana Muslimah misalnya tentu kena di bawah tajuk busanan tradisional. Saya sendiri akan membuka gerai menjual buku tulisan saya terutama siri “Berpetualang ke Aceh” dan itu tentunya masuk di bawah tajuk kitab/buku/sastera.

Acara ini akan diatur untuk membentuk satu macam suasana pasar bercampur wadah perbincangan ilmu bersifat cosmopolitan. Peserta HIKMAH juga pengunjung lain termasuk VVIP/VIP boleh melihat dan melawat dari kumpulan ke kumpulan. Ahli kumpulan boleh boleh ‘mengintai’ aktiviti yang lain. Selain itu setiap kumpulan dan sub-kumpulan (misalnya dua persatuan besar di bawah tajuk perkerisan) akan diberikan kertas dan pen/pensil. Di situ mereka boleh memberikan :-


1. Maklum balas tentang acara, keberkesanan, kelemahan

2. Cadangan untuk penambahbaikan

3. Cadangan/buah fikiran/penyelesaian sesuatu masalah kepada pemerintah tertinggi negara untuk mendaulatkan agama, bangsa dan negara


Maklum balas dan cadangan akan diambil kira bersama isi terpilih pembentangan untuk dijadikan rumusan HIKMAH edisi sulung ini dan membentuk resolusi majlis. Insyaallah ia juga akan diangkat untuk pemerhatian orang atasan oleh pihak kami yang berkebolehan. Selain itu maklum balas dan cadangan akan diwar-warkan sekurang-kurangnya melalui blogspot saya sendiri, merahsilu.blogspot.com dan FB page HIKMAH.

OK. Cukuplah ini ya. Selepas solat Jumaat nanti, mungkin petang sikit saya akan meletakkan setiap tajuk/kumpulan sebagai satu update di page HIKMAH. Sesiapa yang mahu membuat pameran atau/dan berniaga sila tinggalkan nama, jenis perniagaan dan contact number di bawah tajuk pilihan. Sila berikan maklum balas.


----------------------


OK. Senarai sukarelawan untuk HIKMAH 4 Nov pun dibuka. Siapa berminat sila letakkan nama dan contact number/e-mail dan sebagainya pada komen. Kalau takut kena ngurat PM kat saya je.


MC – Dr Hapiza Muhammad 

Penyambut VIP – Nor Afidah Yusof

Urus setia meja hadapan/pendaftaran @ front desk – 3 orang selain saudari Rozein dan Shikin yang akan menjaga 313 buku ke-3 saya “Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?”, ditawarkan pada harga istimewa RM10.

Usherer – 10 orang. Ni yang tolong menunjukkan tetamu ke dalam dengan muka manis gitu.

Security/Bouncer/keselamatan - 15 orang anak jantan. Bukan nak pukul orang. Yang datang pun ramai orang persilatan yang telah menyatakan kesudian bersama saya jika ada yang cuba membuat kacau. Cuma kita sentiasa perlu bersiap-siaga menjaga keselamatan ya tak?

Teknikal – 2 orang. Memastikan misalnya projektor berjalan, pembentangan tiada masalah dan sebagainya pastikan mikrofon cukup dan berfungsi. Tahu sedikit tentang set-up computer, audio-visual.

Runner – 3 orang. Bermacam-macam tugas untuk melicinkan acara.

Moderator kertas kerja – 3 orang untuk 3 sesi pembentangan, pagi, tengah, hari petang. Harus orang yang boleh mengawal masa dan keadaan, mampu mengulas isi kertas kerja di hadapan orang ramai.

Moderator acara berkumpulan – 10 orang. Perlukan orang yang bijaksana boleh mengawal kumpulan orang, sebaiknya ada pengetahuan tentang bidang atau subject matter.

Jawatankuasa makan – 3 orang yang amanah. Bukan harapkan pagar, pagar makan nasi briyani… :]


Untuk melihat status terkini sila klik pada badge. Kami juga sedang mencari sukarelawan untuk memenuhi keperluan yang disebut di atas. Mereka yang berminat boleh mendaftar di page HIKMAH.






Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) - Permission to proceed

Artikel kedua HIKMAH. Ditulis  di CATATAN SI MERAH SILU 15/10/12.



-----------------------



Assalamualaikum semua. Ingatkan siang tadi nak sambung cerita siri "Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan". Rupa-rupanya tak dapat lagi. Sebaliknya saya harus menyambung cerita daripada artikel Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).






Pagi tadi saya mendapat makluman agar menghadiri mesyuarat berkenaan acara yang mahu saya langsungkan. Saya diminta menyediakan kertas kerja dan pergi ke pusat belia atau lebih tepat. Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam 4.30 petang. Maka selepas menyelesaikan beberapa perkara saya pun menulis kertas kerja. Melupakan kepenatan akibat kurang mendapat tidur kerana asyik memantau perkembangan minat peserta selain menghubungi sejumlah pihak untuk mendapatkan lagi penyertaan juga pengisi acara, alhamdulillah saya berjaya menyiapkannya dalam tempoh dua jam lebih.

Malangnya printer di rumah sudah rosak. Tak mengapa fikir saya. Copy fail kertas kerja ke dalam thumb drive, pergi sahaja dahulu ke pusat belia. Bawa sekali komputer riba sebagai back up. Nanti di sana insyaallah saya boleh meminta pejabat mencetaknya agar dapat dikongsikan pada mesyuarat.

Sampai di sana saya pun bertemu muka dengan pihak yang ternyata bukan calang-calang. Mereka adalah para penggerak perjuangan Melayu Islam yang memiliki status tinggi dalam masyarakat, ada yang bergerak melalui wadah politik, ada yang merupakan ahli barisan intelektual negara. Ada yang sangat rapat dengan pemerintah  tertinggi sejak zaman Tun Mahathir sehingga kini, nasihatnya boleh menentukan siapakah yang diangkat menjadi wakil rakyat tetapi bergerak di balik tabir. Sayangnya pejabat pusat belia sudah ditutup lalu saya tidak dapat mencetak kertas kerja. Bilik mesyuarat pula ada masalah penghawa dingin lalu mesyuarat diadakan di luar. Maka projektor pun tidak dapat digunakan untuk menunjukkan isi kertas kerja.

Selepas agenda lain mesyuarat selesai saya diminta mengemukakan cadangan acara. Saya tidak dapat menunjukkan kertas kerja yang dibuat dengan penuh tumpuan dan penat-lelah siang tadi. Saya cuma dapat menyatakan isi secara lisan sahaja termasuk menyatakan sambutan yang diterima melalui rangkaian kawan dan kenalan di Facebook. Alhamdulillah cadangan saya diterima dan mendapat sokongan. Walaupun ada yang menyatakan kebimbangan takut ramai tidak muncul apabila acara betul-betul berlangsung mereka bersetuju agar saya meneruskan usaha menurut cara yang sedang diguna-pakai iaitu melalui Internet.

Sambil itu saya terfikir sesuatu. Selepas memberikan risalah promosi buku yang ada mengandungi alamat blogspot ini kepada semua, saya  mencadangkan agar isi kertas kerja  dimuatkan ke dalam blogspot di mana mereka boleh menelitinya kemudian. Mereka tidak membantah. Ini juga bermaksud saya tidak perlu merahsiakan isi kerana tentunya blogspot boleh ditatap oleh sesiapa sahaja. Dengan ini biar dikongsikan kertas kerja (bukan dalam format asal kertas A4 ya) tersebut. Sekarang semua orang boleh membacanya untuk menilai apakah yang sebenarnya cuba dicapai melalui acara. Ini dia... 




Himpunan Kedaulatan Melayu Islam
Akhir Zaman
HIKMAH



Pengenalan

Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Apabila ditanya apakah kerana umat Islam itu sedikit ya Rasulullah? Jawab baginda tidak. Mereka ramai tetapi seperti buih-buih di lautan. Mereka lemah kerana dilanda penyakit wahn, cinta kepada harta dunia dan takut mati.

Sejak beberapa tahun ini boleh kelihatan nyata ramai anak muda Melayu mula mencari kembali jati diri. Mereka cuba menggali kembali sejarah-sejarah lama untuk mendapatkan tafsiran yang lebih sesuai dengan keadaan realiti zaman. Mereka mula menolak sejarah popular yang sudah terpakai sekian lama seperti yang terdapat di dalam buku-buku teks rasmi apabila menyedari kebanyakan isi ditulis oleh penjajah untuk memenangkan kepentingan pihak mereka sambil menjatuhkan keyakinan pihak yang dijajah, khususnya bangsa Melayu di rantau kita, umumnya umat Islam di seluruh dunia. Ini boleh dibuktikan dengan kewujudan pelbagai wadah dan kumpulan di Internet yang membincangkan sejarah Melayu Islam daripada pelbagai sudut. Lihat sendiri pelbagai kajian mahupun pendapat yang boleh ditemui atas nama atau kata-kata kunci seperti “Sejarah Melayu” dan “Akhir Zaman” melalui program carian seperti Google.

Menyedari perkembangan ini Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012, lebih tepat sekitar jam 11 malam. Ia adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila mendapat tawaran untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis terfikir alangkah eloknya kalau acara dapat juga mengenengahkan buah fikiran sejumlah pengkaji bebas dan peminat sejarah serta budaya Melayu dan Islam.




Kenapa Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)?

Seperti disebut awal tadi acara asalnya mahu dibuat kecil-kecilan untuk berkongsi kajian peribadi penulis melibatkan sejarah Melayu. Biar ditambah ini dibuat atas permintaan sejumlah  peminat dan pengikut penulis, apabila mendapat tahu penulis ada membuat ceramah ataupun syarahan berkenaan pada majlis tertutup di Muzium Negara. Apabila mendapat tawaran premis dan terfikir untuk melibatkan lebih ramai pengkaji dan peminat lalu mahu mewar-warkannya di Internet satu nama yang mampu menarik perhatian pun difikirkan. Timbul Himpunan Kedaulatan Melayu Islam diikuti akronim atau singkatan HIKMAH. Namun tidak ada huruf ‘h’ dalam Himpunan Kedaulatan Melayu Islam untuk mewakili huruf ‘H’ dalam HIKMAH. Maka ditambah “akhir zaman” yang walaupun kedengaran agak berat sangat relevan dengan tajuk.

Sesungguhnya sering disebut, Nabi Muhammad SAW diutus sebagai rasul akhir zaman. Maka tempoh yang dipanggil akhir zaman itu sebenarnya sudah bermula sejak baginda dilahirkan lebih 1,400 tahun lalu. Acara ini mahu menghimpunkan sejumlah peserta yang memiliki matlamat sama iaitu mahu mendaulatkan Melayu dan Islam. Ramai di antara mereka aktif berbincang hal ini di Internet dan melalui wadah itulah penulis dapat mengumpulkan cukup penyertaan untuk menjadikan acara ini satu realiti yang programnya boleh dipanjangkan.

Melihat tajuk yang menjadi HIKMAH itu ada juga yang bertanya kenapa perkataan Melayu dalamnya harus ditambah Islam, kenapa tidak Melayu sahaja?  Bukankah takrif Melayu itu sendiri meliputi Islam? Jawabannya – ini dibuat agar dapat ditekankan makna syumul Melayu yang harus dibezakan dengan takrif antropologi Melayu yang bermaksud satu gabungan besar bangsa Malayo-Polynesia tanpa mengira pegangan agama. Ini juga dibuat agar takrif Melayu dan perjuangan HIKMAH untuk mendaulatkan bangsa tidak diperkecilkan seperti yang sering dilakukan oleh sesetengah pihak yang seperti ‘seriau’ dengan apa-apa bentuk perjuangan untuk mendaulatkan Melayu. Mereka mendakwa bangsa itu tidak penting, Islam sahaja yang penting. Pada mereka perjuangan untuk memartabatkan bangsa hanya bersifat asobiyah belaka.

Mereka-mereka ini telah menyempitkan perjuangan untuk memartabatkan Melayu sebagai perjuangan survival sebuah parti politik sahaja. Mereka lupa, melalui takrif Melayu dalam perlembagaan, Melayu itu sinonim dan seiring dengan Islam. Melalui takrif ini mereka yang bukan Islam tidak layak dipanggil Melayu. Mereka yang masuk Islam kemudian sudi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa harian dan mengamalkan cara hidup yang selari dengan adat-istiadat dan ideal-ideal Melayu pula dikira sudah ‘masuk’ Melayu.





Objektif

Acara ini dibuat untuk mencapai beberapa matlamat :-


       1. Menaikkan kesedaran tentang kedaulatan Melayu Islam tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik

      2. Memberi faham tentang kenapa umat Melayu di Malaysia khususnya, umat Islam seluruh dunia umumnya sering diasak dari pelbagai arah oleh musuh-musuh.

      3. Menggali sejarah Melayu yang dikaburkan akibat penulisan serong Barat (baca : penjajah) dijadikan rujukan rasmi sejak beberapa dekad

 4. Menaikkan jati diri anak-anak Melayu agar dapat menjadi manusia yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara.

      5. Meningkatkan persediaan menghadapi segala kemungkinan akan datang akhir zaman.


Adalah menjadi harapan penulis dan ramai lagi pihak agar orang Melayu dapat bersatu mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara tanpa disempitkan oleh kecenderungan untuk menyokong mana-mana parti politik. Dalam hal ini elok kita mencontohi kaum Cina. Tak kira siapakah yang memerintah, siapakah yang mengaku mahu memperjuangkan bangsa mereka, kaum Cina tetap dapat mempertahankan bahasa, budaya juga sistem sekolah mereka. Kenapa premis yang sama tidak boleh kita bina untuk mendaulatkan budaya dan hak kita?








Penyertaan

Ramai ahli kumpulan budaya Melayu, persilatan, perkerisan, mereka-mereka dari pengajian pondok, juga aktivis-aktivis belia telah menyatakan penyertaan. Ada juga kenalan yang terdiri daripada golongan artis seperti sejumlah pelakon terkenal. Ada juga persatuan seperti Pusaka Purba Selangor dan Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur mahu mempamerkan koleksi keris. Ada yang sudi berkongsi ilmu secara sukarela, ada yang menawarkan khidmat tenaga empat kerat untuk menjadi sukarelawan tanpa dipinta. Malah sudah ada yang mahu menaja reka bentuk dan pembuatan banner/bunting untuk acara.

Sukacita dimaklumkan dalam tempoh 48 jam selepas  HIKMAH diwar-warkan, 116 orang telah menyatakan akan datang dan 149 orang mungkin. Ini baru mereka yang dijemput daripada friends’ list atau senarai kawan penulis dari Facebook. Ramai lagi menyatakan akan datang sedangkan setiap mereka dijangka akan menarik beberapa lagi orang kawan untuk memeriahkan lagi acara. Maka walaupun jangkaan awal adalah untuk 200 orang peserta, sudah ada tanda-tanda jumlah kedatangan boleh melepasi 500 orang.

Sekali lagi biar disebut, acara diperkenalkan secara ad-hoc atas jaminan ada premis untuk dijadikan tempat aktiviti dengan reputasi dan rangkaian peribadi penulis sebagai daya penarik awal.  Penulis telah memberikan jaminan bahawa ini bukan acara politik atau bertujuan untuk menarik sokongan politik. Jaminan harus dibuat dan dipertahankan agar penyertaan ramai daripada berbagai latar belakang, ada di antara mereka mungkin berbalah pendirian politik dan pandangan hidup dapat dihimpunkan dalam satu wadah yang bertujuan semata-mata untuk mendaulatkan Melayu dan Islam. Adalah menjadi harapan penulis, semoga acara dapat diteruskan tanpa apa-apa gangguan yang boleh memesongkan matlamat.








 Print screen menunjukkan sambutan selepas acara diwar-warkan dua setengah hari iaitu pada jam 1 tengah hari Isnin 15 Oktober. Ketika ayat ini ditulis jam 2 petang, 141 orang telah menyatakan akan datang, 195 orang mungkin.






Atur cara majlis

Acara pertama HIKMAH sudah dipersetujui mahu diadakan pada hari Ahad 4 November 2012 iaitu seminggu selepas cuti hari raya haji. Masa yang dicadangkan adalah 9 pagi sehingga 1 petang. Atas makluman inilah ramai sudah memberikan komitmen mahu menyertainya. Ada pula yang mencadangkan agar ia dipanjangkan sehingga petang, ada yang mahu ia dijadikan acara dua hari. Tetapi penulis berpendapat elok dipanjangkan sampai ke 4 petang sahaja untuk memberi laluan kepada waktu solat Asar. Acara perlu dipanjangkan kerana ada pembentang yang tidak ada keluangan masa pada waktu pagi selain memenuhi permintaan mereka yang mahu mendapatkan manfaat lebih lama kerana tertarik dengan apa yang bakal dikongsi.

Oleh kerana acara ini masih baru diwar-warkan dan bersifat ad-hoc, atur cara lengkap belum dapat dirangka sepenuhnya. Penulis masih mengusahakan agar dapat didatangkan seorang wakil daripada Aceh yang arif sejarah sana dan kaitannya dengan kerajaan-kerajaan di Semenanjung, wakil yang mungkin seorang survivor peristiwa Tsunami 26 Disember 2004 yang telah melihat dengan mata kepala sendiri keajaiban yang berlaku akibat pertolongan Allah. Penulis juga berharap akan datang wakil dari Bentan atas inisiatif dan belanja sendiri untuk berkongsi hal keberadaan orang Melayu di sana. Namun atur cara tentatif sudah boleh dibuat berdasarkan maklum balas peserta juga mereka yang berminat untuk berkongsi ilmu.


8.30 – 9 : Kedatangan peserta/ pendaftaran

9-9.30  : Acara dibuka/ persembahan silat/ kata-kata aluan/ pengenalan

9.30- 1 : Pembentangan kertas kerja (akan diatur elok sebelum cuti Hari Raya Haji)

1. Bahaya syiah oleh penceramah yang dicalonkan penyedia premis

2. Sejarah penggunaan Dinar Emas – Amirul Mohamad, seorang lulusan undang-undang dari England yang kini menjalankan perniagaan konsultansi

3. Srivijaya dan benua Terengganu oleh seorang peneraju NGO belia di Terengganu

4. Simbolik perkerisan – Khairul Azhar, Yang Dipertua Pusaka KL

5. Satu pengalaman sebenar mencari makna dan jati diri Melayu – Radzi Sapiee (penulis dan pencetus acara)

1-2 : Rehat/makan tengah hari/solat Zuhur

2-3.15 : Sesi pembentangan petang :-

1. Motif pedang Zulfiqar di Alam Melayu – Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu yang sedang menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya. Kertas kerjanya pernah terpapar dalam satu terbitan di Jakarta kemudian mendapat perhatian cendekiawan terkenal dunia, Dr Annabel Teh Gallop dari British Library sehingga sanggup membiayai pembentangan kertas pada satu seminar antarabangsa di Aceh.

2. Busana tradisional Melayu – Prof Dr Siti Zainon, aktivis terkenal budaya.

3. Peranan Melayu Islam akhir zaman – Radzi Sapiee

3.15-3.45 - Acara berkumpulan.

 Peserta boleh mengambil sudut dan tempat mengikut kecenderungan masing-masing seperti persilatan, perkerisan, kebudayaan, salasilah keluarga, busana tradisional, budaya, seni khat dan sebagainya. Ini adalah lanjutan daripada interaksi kumpulan-kumpulan ataupun groups di Facebook di mana ahli-ahli sering bertukar-tukar pendapat tetapi ramai tidak pernah bertemu muka di dunia nyata. Acara ini adalah peluang untuk mereka lebih mengenali antara satu sama lain. Sambil itu mereka boleh saling ‘mengintai’ aktiviti kumpulan lain.

Tiap-tiap kumpulan akan diberikan pen/pensil dan kertas untuk menyatakan maklum balas dan cadangan untuk membaiki acara dan apakah harapan mereka, apakah sumbangan yang boleh dibuat demi mendaulatkan Melayu dan Islam.

3.45  : Penutup. Resolusi dibuat berdasarkan maklum balas kumpulan.

4 : Bersurai namun peserta boleh memilih untuk berlegar-legar di dewan meneruskan acara secara sendiri-sendiri.

Penyedia premis telah mencadangkan agar penulis membuka gerai untuk mempamerkan/menjual koleksi buku tulisan sendiri. Namun penulis mencadangkan agar peserta lain juga dibenarkan membuka gerai pameran/jualan asalkan sesuai dengan objektif HIKMAH.


Yang benar,

Radzi Sapiee                                                                                                                           





---------------------



OK. Lagi satu nak beritahu, premis acara HIKMAH 4 November ini mahu dialihkan ke tempat yang lebih menarik berdekatan pusat bandar raya Kuala Lumpur atas cadangan pengerusi. Ahli mesyuarat merangkap jawatan kuasa ad hoc acara pula menerima cadangan saya agar ia dipanjangkan sehingga ke petang. Adapun pada jam 11 malam iaitu sejurus selepas selesai menaip ayat di atas, saya dapati 158 orang telah menyatakan akan hadir, 217 menyatakan mungkin. Kelihatan jumlah akan bertambah dan terus bertambah sehingga sampai waktu acara. Diharap semua yang menyatakan kehadiran dapat mengotakan kata-kata ya. Untuk menyemak sendiri kenyataan saya ini sila klik badge di bawah. Selamat malam.

Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Kita mulakan proses berkongsi artikel HIKMAH daripada blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Artikel pertama... dibuat 13/10/12.



-------------------------



Hmm. Ingatkan nak sambung siri "Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan" masuk hari kedua. Tapi bila difikirkan harus menyediakan sekitar 10 artikel sokongan atau lebih terlebih dahulu untuk itu, saya rasa buat hari lainlah. Hari ini saya mahu berkongsi satu perkembangan baru menarik yang tidak dirancang. Mari...




Pembaca setia blogspot ini mungkin ingat 3 bulan lalu saya ada membuat ceramah ilmu di Muzium Negara, Kuala Lumpur atas jemputan Jabatan Muzium Negara Malaysia. Lihat artikel Ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara. Namun ia adalah ceramah tertutup untuk kakitangan muzium sahaja. Lalu ada kawan-kawan dan pembaca blogspot bertanya jika boleh diadakan acara serupa yang mana sesiapa sahaja boleh datang mendengarnya.

Isteri pun mencadangkan agar berhubung dengan satu badan sejarah yang katanya selalu membuat program perkongsian ilmu di mana orang luar yang ada bahan boleh menjalankan seminar di premis mereka. Dia sendiri sering berhubung dengan seorang kakitangan badan tersebut. Kakitangan itu meminta kami agar memanjangkan cadangan kepada pegawai atasannya. Beberapa hari lepas saya pun menghantar e-mail kepada pegawai itu.

Esoknya saya menelefon untuk memperkenalkan diri, menceritakan sedikit tentang cadangan kemudian meminta dia memeriksa e-mail. Kedengaran pegawai itu agak ramah dan berfikiran terbuka. Dua hari lepas baru saya mendapat balasan. Selain menyebut "Minta maaf takwim badan tahun ini amat padat" saya terasa jawaban keseluruhan pada e-mailnya seperti acuh tak acuh. Nampaknya cadangan saya seperti langsung tidak dipandangnya.

Saya terus berkata kepada isteri : "Kalau begini tak mahu Abang berhubung dengan badan ini lagi. Macamlah kita ni nak minta sedekah". Kemudian baru saya menambah : "Kalau Abang nak berhubung dengan mereka pun rasanya terus cakap dengan pengerusilah." Bila difikirkan kembali tak eloklah kalau memutuskan hubungan hanya kerana merasa terkilan. Lagipun ada juga orang-orang kuat badan ini yang merupakan kenalan baik saya. Dan mereka juga mahu memperjuangkan kebenaran sejarah Melayu dan Islam.

Rupa-rupanya isteri terus merancang sesuatu. Setelah menghubungi beberapa lagi badan siang semalam lalu mendapati premis perlu disewa kalau mahu membuat aktiviti (badan awal tadi menawarkan premis percuma, insyaallah dengan makan minum ditampung untuk hadirin sekali jika aktiviti diterima) dia menelefon pula rakan baik kami yang merupakan seorang VVIP yang banyak berjuang menaikkan kedudukan orang Melayu di sebalik tabir. Apabila diberitahu kami mahu menjalankan aktivti perbincangan/pembentangan sejarah Melayu Islam dia terus menawarkan beberapa premis yang berada di bawah pengawasan beliau. Dia mencadangkan agar diambil satu premis yang boleh muat 200 orang ke atas di Shah Alam. Isteri pun memberitahu saya tentang tawaran ini. 

Saya fikir elok juga orang dah bagi peluang untuk berkongsi ilmu. Tapi kalau setakat ilmu saya sahaja yang tak seberapa rasa rugilah dipakai satu premis yang boleh menampung agak ramai orang. Saya ada rakan-rakan dan kenalan yang aktif berbincang di Internet terutama di Facebook tentang sejarah Melayu Islam. Ada di antara mereka adalah aktivis tegar silat dan budaya yang suka memakai busana atau berpakaian penuh Melayu cara bangsawan lama setiap kali berpeluang. Apa kata digabungkan semua mereka dalam satu perhimpunan? Antara banyak ahli group atau kumpulan perbincangan di Internet pula ada yang cuma pernah berhubung di Internet, belum berkesempatan bertemu muka secara fizikal. Kan elok kalau majlis ilmu ini dijadikan tempat bersilaturrahim berhadapan secara nyata?

Setelah memikirkannya dalam-dalam saya pun bertindak hampir jam 11 malam semalam dengan membuka sebuah page FB. Sebelum itu saya sudah memikirkan tajuk untuk perhimpunan, tajuk yang boleh dipakai terus menjadi identiti satu badan. Saya terkenang perhimpunan penggiat-penggiat dan peminat ilmu Sufi dan Tasawuf yang diadakan di Shah Alam setengah tahun lalu di mana saya dijemput menceritakan sedikit tentang buku tulisan saya. Lihat artikel Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh. Perhimpunan itu diberi nama Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM) 2012. Saya fikir elok juga majlis ilmu yang saya cadangkan diberi nama hampir serupa.

Gerak hati saya menyebut "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam". Gerak hati seterusnya menambah biarlah singkatannya menjadi HIKMAH. Tapi "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam" tidak ada huruf "h" untuk menjadi pelengkap kepada singkatan HIKMAH. Timbul pula ilham, tambahlah perkataan "Akhir Zaman". Kan dah "h"? Jadilah ia "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)". :]

Nama inipun diberikan kepada page FB lalu diwar-warkan. Alhamdulillah dalam masa yang singkat ia sudah mendapat maklum balas yang memberangsangkan. Cuma majlis ilmu atau perhimpunan belum ditentukan bila. Siang tadi isteri telah menghubungi rakan VVIP kami untuk menyatakan perkembangan. Antara perkara yang dibincangkan adalah tarikh yang sesuai kerana premis yang dicadangkan sering digunakan untuk aktiviti pelbagai kumpulan. Namun VVIP yang teringin hendak bercakap dengan saya itu menyatakan program kami akan menjadi keutamaan.

Selepas Zuhur saya pun menghubunginya. Kali terakhir kami berjumpa adalah tahun 2008. VVIP ini amat teruja apabila mendapat tahu tajuk majlis/badan adalah "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)". Katanya ada beberapa pihak/badan di bawah pengawasannya juga pihak istana memang sudah lama tercari satu program yang sesuai tentang Melayu dan Islam. Katanya lagi tajuk dan aktiviti ini boleh dipanjangkan kepada pihak istana. "Kita boleh buat perhimpunan secara besar-besaran di Istana Melawati dengan sokongan sultan. Dan ini boleh diteruskan menjadi aktiviti mingguan tak pun bulanan terus-menerus di tempat-tempat lain".

Menarik memang menarik tapi saya rasa terlalu awal dan bercita-cita besar. Walaupun VVIP ini memang mampu menaikkan majlis ilmu yang dirancang ke peringkat itu saya rasa biarlah berpada-pada. Jawab saya : "Dato', kita buat sahaja yang kecil dahulu ini dan lihat sambutannya. Selepas itu baru buat di istana dan tempat lain".

Dengan ini saya ingin mewar-warkan premis yang ditawarkan adalah Pusat Belia di Seksyen 7, Shah Alam. Tarikh yang dicadangkan adalah hari Ahad 4 November 2012 iaitu hujung minggu selepas Hari Raya Haji. Program mungkin dijalankan 9 pagi hingga 1 tengah hari, mungkin juga dipanjangkan sehingga ke petang kalau cukup bahan yang sesuai untuk dikongsikan. Semua pengkaji/peminat sejarah Melayu dan Islam dijemput datang. Sesiapa yang ada bahan kajian/ kertas kerja dialu-alukan.

Nak pamer koleksi keris dan baju tradisional pun boleh malah apa-apa asalkan kena-mengena dengan sejarah Melayu dan Islam. Penyertaan adalah percuma. Ingat ini adalah aktiviti sukarela demi memartabatkan kedaulatan bangsa dan agama tanpa mengira latar belakang politik kita. Dalam hal ini biarlah kita mengambil contoh bangsa Cina. Tidak kira siapa pun yang memerintah, siapa pun yang mengaku berjuang bagi pihak mereka, kaum Cina tetap dapat 'menjolok' mana-mana pihak agar menyokong mereka mempertahankan budaya, bahasa juga sistem sekolah mereka. Sila klik pada badge di bawah....








p/s : Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan, hari ini 13/10/2012 genaplah umur anak saya Muhammad Al-Aminul Rasyid 3 tahun, anak yang namanya telah lebih awal berkumandang dalam siri novel "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007), nama yang digunakan untuk menggantikan watak sebenar diri saya dalam cerita. :]


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.