Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...





















Tuesday, August 29, 2017

Tentang lambang-lambang dan simbol yang terdapat pada dirham HIKMAH dan sampul

Lagi berkenaan dirham HIKMAH.



Sahabat saya Amirul yang bertanggungjawab menerbitkan dirham HIKMAH menerima pertanyaan tentang peta yang tertera pada sampul dirham. Saya pun memberi sedikit jawaban ringkas lalu beliau meminta saya menambah dengan penerangan tentang lain-lain lambang dan simbol yang ada pada hasil terbitan kami ini. Untuk penerangan yang lebih elok dan menyeluruh biar dibuat satu artikel khas mengenai perkara...



Ini adalah design atau reka bentuk dirham HIKMAH. Di bahagian tengah muka hadapan adalah mushaf al Quran. Di bahagian belakang adalah tulisan Arab untuk kalimah "La ila ha illaallahu wahdahu la sharikalah" seperti terdapat pada duit dinar dan dirham lama kerajaan Islam di Timur Tengah. Google perkataan "dirham lama Umaiyah" untuk melihat beberapa contoh.




Ini pula reka bentuk sampul depan dan belakang. Pada sampul hadapan nampak kan perkataan HIKMAH dengan suatu macam logo di sebelah kanan? Sebenarnya saya telah meminta agar logo sebelah kanan itu ditiru untuk dijadikan reka bentuk bahagian tengah duit dirham HIKMAH. Tetapi saya diberitahu agak susah untuk membuatnya kelihatan dengan terang dan cantik pada dirham yang saiznya lebih kecil daripada duit syiling 50 sen lama Malaysia. Oleh itu cukuplah digantikan dengan satu reka bentuk mushaf Quran terbuka meniru sedikit mushaf yang kelihatan dalam logo. Mushaf dalam logo itu ada keluar api menjulang. Sekarang biar diterangkan tentang logo.





Logo tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada rekabentuk bunting atau sepanduk yang digunakan untuk menghiasi majlis-majlis HIKMAH. Sepanduk berkenaan telah dibawa ke merata Semenanjung Malaysia juga keluar negara di Aceh sebelum di'rehat'kan seperti diceritakan dalam artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini?. Reka bentuk sepanduk dibuat secara sukarela oleh seorang penyokong HIKMAH, saudara Fairus Azian Ismail. Beliau yang memiliki perniagaan grafik dan percetakan turut menghadiahkan sepanduk bersaiz 4 x 10 kaki gitu malah menghadiahkan satu lagi yang serupa tetapi dengan perkataan "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman" diubah menjadi "Wacana Keilmuan Melayu Islam". Ini disebabkan perkataan "Himpunan"ditolak oleh Universiti Malaya (UM) kerana dianggap memiliki konotasi perhimpunan politik yang negatif. Ketika itu kami sedang bersedia untuk mengadakan acara pertama HIKMAH di Akademi Pengajian Melayu sana,.

Namun kami kemudian ditolak daripada mengadakan acara di tempat mereka, pada saat-saat akhir. Lihat artikel lama Dari Akademi Pengajian Melayu ke Yayasan Restu, dari Wacana Keilmuan Melayu Islam HIKMAH jadi Suai Kenal... . Apapun semua ini sudah menjadi sejarah apabila acara pertama terzahir juga di lokasi lain. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012.  Apapun, disebabkan hal perkataan "Himpunan" diminta tukar maka kami memiliki dua keping sepanduk serupa dengan saiz sama tetapi berbeza pada sedikit perkataan itu sahaja. Dua keping sepanduk inilah yang sering menjadi hiasan latar belakang pentas majlis atau hiasan tepi, bergantung pada keadaan. Kami tidak suka membazir wang mencetak sepanduk berbeza bagi setiap acara kecuali ada pihak lain mahu mengambil inisiatif sendiri mengadakannya.

Tentang reka bentuk sepanduk. Tanpa dipinta Fairus menawarkan untuk membuatnya bagi kegunaan majlis HIKMAH pertama lalu meminta maklum balas. Saya menjawab, terpulanglah kepada dia hendak buat bagaimana. Yang penting mesti ada elemen-elemen berikut :-


1) Perkataan HIKMAH dan maknanya iaitu "Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman"

2) Ayat "Menjana Kebangkitan Ummah" sebagai slogan

3) Ada keris sebagai lambang kedaulatan Melayu

4) Ada Batu Bersurat Terengganu sebagai satu lambang kedatangan awal Islam di Tanah Melayu

5) Ada tengkolok atau tanjak sebagai lambang pakaian Melayu

6) Ada suatu macam topi tembaga (kalau tak salah) yang dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai mahkota yang pernah dipakai oleh Sultan Malikus Saleh, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai. Rujuk artikel Mahkota Sultan Malikus Salih dan dua Nur dalam hidupku...di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

7) Ada Al-Quran untuk melambangkan sumber pedoman, rujukan dan ilmu




Maka terbitlah sepanduk seperti yang kelihatan. Diletakkan satu bulatan ke kanan perkataan HIKMAH dengan al-Quran di tengah terkeluar api daripada mushafnya yang terbuka sebagai lambang semangat membara ilmu, rujukan dan pedoman. Dikelilingi oleh tanjak Yang di-Pertuan Agong di bahagian atas (saya tak minta tanjak jenis apa), keris berhulu tajong di kanan (saya juga tak minta keris jenis apa), Batu Bersurat Terengganu di bawah dan mahkota yang dipercayai pernah dipakai Sultan Malikus Salih di kiri.

Bulatan dengan segala macam isi di tengah dan tepian itu membentuk suatu macam logo yang kemudian saya minta untuk diletakkan pada tengah muka hadapan dirham HIKMAH. Tetapi seperti disebut lebih awal susah nak buat dan bagi kelihatan dengan baik atas duit dirham yang besarnya tak sampai pun saiz duit syiling 50 sen lama. Maka itu digantikan dengan mushaf al-Quran tanpa api terkeluar. Menariknya kemudian ada yang memberitahu ia kelihatan seperti jata kerajaan Uthmaniyah...

Namun reka bentuk keseluruhan sepanduk tetap dihidupkan juga melalui bahagian bawah sampul dirham. Untuk memenuhi keseluruhan sampul maka diminta satu peta klasik memandangkan pada reka bentuk pun sudah ada peta klasik. Cuma peta klasik pada sepanduk yang diletakkan sendiri oleh saudara Fairus adalah daripada sumber Barat. Untuk sampul dicari satu peta yang lebih 'keMelayuan'...




Maka dicari lalu dapatlah peta bertulisan Jawi dengan tajuk "Melayu Raya" ini. Secara rata ia menunjukkan Semenanjung Tanah Melayu dan pulau-pulau yang membentuk Alam Melayu di Asia Tenggara, boleh juga dipanggil sebagai Kepulauan Melayu atau bahasa Inggerisnya, Malay Archipelago. Saya sendiri tidak tahu cerita sebenar dan asal usul peta, Yang saya tahu ia kelihatan cukup sesuai dan menarik untuk menghiasai sampul dirham HIKMAH. Dengan ini cukuplah penerangan tentang lambang-lambang dan simbol yang ada pada dirham kami.

Friday, August 25, 2017

Dirham HIKMAH sudah mula beredar ke seantero dunia - Sedikit tentang harga yang berbeza menurut nombor

Salam hari Jumaat. Merujuk pada artikel Pelancaran dirham HIKMAH - Bermulanya fasa baru mendaulatkan Melayu dan Islam yang dipaparkan 3 hari lalu. Hari ini 3 Zulhijjah biar diceritakan sedikit lagi tentang usaha kami menerbitkan dirham atas nama HIKMAH.



Gambar ini diambil petang Jumaat lalu. Saya dan isteri telah bertandang ke rumah sahabat kami saudara Amirul Haji Mohamad yang bertanggungjawab menerbitkan dirham atas nama HIKMAH. Kami datang untuk mengambil beberapa keping dirham, antaranya yang ini, dirham HIKMAH dengan nombor siri 0131 atau 131. Ia merupakan satu nombor kegemaran kami suami isteri. Pada kami ia melambangkan home sweet home atau rumahku syurgaku. Penerangan tentang hal nombor ini ada dipaparkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU.  Lihat artikel-artikel berikut :-







Adapun apa yang diterbitkan ini adalah sebahagian daripada batch atau kumpulan pertama dirham HIKMAH. Disebabkan ia hasil terbitan kami buat julungkalinya, setiap dirham dalam kumpulan ini diberikan nombor siri daripada 1 atau 0001 hingga 1313. Ertinya sejumlah 1,313 keping dirham mahu diterbitkan dengan setiap satu memiliki nombor siri. Dirham-dirham ini dijual dengan harga serendah RM30 hingga RM500 sekeping bergantung pada nombor. Rujuk penerangan berkenaan dalam artikel Dirham HIKMAH - Serial No. Booking, UPDATE di blogspot QC dirham and dinar milik sahabat saya Amirul.

Lalu ada yang bertanya kenapa terdapat perbezaan harga berdasarkan nombor? Apakah kami mahu menjual nombor dengan harga yang tinggi seperti kedai Cina menjual nombor telefon cantik? Izinkan saya memberikan penerangan berdasarkan apa yang saya faham tentang keseluruhan konsep duit dinar dan dirham juga penjelasan daripada Amirul.



Mula-mula saya hendak bercakap tentang kos. Nak terbitkan dirham ni bukan boleh petik duit atau dana dari atas pokok atau cakap sembang lebat sampai pokok tumbang, duit boleh sendiri keluar daripada perut bumi. Nak terbitkan dirham perlukan belanja yang cukup besar. Biar dibahagikan kos seperti berikut :-


a) Harga muka berdasarkan nilai 'ain atau zat dirham itu sendiri - Ini merujuk pada harga berdasarkan satu dirham itu harus dibuat daripada perak tulen pada satu berat piawai. Terdapat khilaf tentang berat piawai tersebut. Kami mengikut keputusan syarak yang menyatakan berat satu dirham adalah 2.975 gram.

b) Kos cetak - Nak cetak dirham bukan boleh main cop pakai tangan ke hapa atau tulis maklumat atas duit dengan taik hidung mahupun copy paste artikel orang di Internet. Kena buat acuan ataupun mould dan ini sahaja dah menelan belanja ribuan ringgit. Kena masuk sekali kos buat reka bentuk ataupun design juga kos minting atau cetak di kilang.

c) Kos sampul/packaging - Ini satu lagi perkara tak boleh petik kat pokok. Pakai plastik pasar malam pun tak boleh. Setiap dirham perlu dilindungi dengan sampul yang bersesuaian supaya tahan lama dan tidak rosak. Keperluan dan kehendak orang zaman sekarang juga mengharuskan agar dibuat kad menunjukkan maklumat tentang dirham. Dah kena buat sekali design dan ini semua memerlukan belanja tambahan.

d) Kos operasi - Nak buat segala kerja sehingga jadi dirham itu semua memerlukan perancangan yang teliti selain sedikit tenaga empat kerat. Kemudian nak pegang, nak simpan, nak edarkan, nak jual, promosi/hebahan. Semua itu kena keluar belanja. Boleh buat sorang-sorang aje ke atau perlu pakai pekerja/kakitangan? Semua itu ada kos.


Antara perkara yang dipersoalkan orang adalah bukankah duit dirham ini diterbitkan supaya kita dapat sedikit demi sedikit keluar daripada sistem kewangan duit kertas dan sebagainya yang hidup berasaskan perbankan penuh riba'? Kalau begitu kenapa kena letak harga macam-macam? Kenapa tidak harga asas berdasarkan nilai logam atau harga semasa perak?

Sebetulnya itulah ideal atau sasarannya seperti pernah berlaku ketika kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia masih berpegang 100% pada sistem kewangan yang sebetul-betulnya mengikut syariat. Ketika itu semua kerajaan Islam termasuk Kesultanan Melaka dan Aceh mengeluarkan duit dinar dan dirham sendiri atau yang serupa dengannya seperti kupang. Yang penting dan wajib nilai duit mesti terletak pada 'ain atau zat duit itu sendiri. Tidak seperti wang kertas yang mana nilai sebenar kertasnya cuma berapa sen sahaja tetapi DIBERI nilai sah guna sehingga RM100 dan sebagainya. Sedangkan pada zat duit atau wang itu sendiri mana ada nilai.

Tetapi itu kalau kerajaan masih bertanggungjawab menerbitkan dinar dan dirham sebagai matawang untuk kegunaan rakyat berjual-beli atau bermuamalat. Kalau kerajaan masih bertanggungjawab, kos-kos yang disebut di atas itu cuma tinggal Kos a) iaitu harga muka sahaja . Ini kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyerap Kos b) iaitu kos percetakan juga Kos d) iaitu kos operasi. Kos c) iaitu kos sampul/packaging pula harus tidak timbul langsung kalau kerajaan masih bertanggungjawab menerbitkan dinar dan dirham sebagai matawang untuk kegunaan rakyat berjual-beli atau bermuamalat. Ini kerana duit dinar dirham akan jadi seperti syiling kita sekarang. Ia adalah kegunaan biasa dan sah diperlakukan di mana-mana tanpa kita risau jika duit itu tercalar, sudah lapuk atau dah diselaputi kotoran sehingga menjadi hitam. Yang penting nampak perisytiharan nilai pada duit, apakah 1 dirham, 2 dirham atau sebagainya.




Disebabkan dinar dan dirham bukan lagi kebiasaan maka sampul berserta maklumat diperlukan sebagai jaminan kualiti dan ketulenan. Kalau tidak orang akan tolak atau menganggap nilai dah kurang apabila mahu membuat urusan menggunakan dirham walhal nilai sebenar sama aje asal ketulenan logam dan berat piawaian tidak tercemar. Di sini biar diberitahu dirham HIKMAH yang kami keluarkan ini lebih pada usaha individu. Saudara Amirul yang juga ahli biro ekonomi HIKMAH mengeluarkan belanja daripada sumber sendiri, saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH membenarkan dan endorse... memberikan sokongan setelah puas hati dengan reka bentuk dan sebagainya mengambil kira sudut pandang saya.

Disebabkan ini sebenarnya usaha individu tetapi atas nama pergerakan tidak formal HIKMAH, bukan usaha kerajaan, kami tidak dapat lari daripada berdepan dengan Kos a), Kos b) dan Kos c) yang tinggi. Dan disebabkan terhadnya dana, kami belum dapat menerbitkan cukup banyak dirham lalu mendapat faedah daripada konsep economy of scale. Untuk pengetahuan ini merujuk pada keadaan di mana kos penerbitan setiap barangan menjadi semakin berkurangan dengan bertambahnya jumlah barangan yang dikeluarkan. Jika jumlah barangan cukup banyak Kos a), b) dan c) (kalau ada pun) jadi terserap hingga tidak lagi terasa dan kelihatan.

Ingat. Dirham HIKMAH ini baru batch atau keluaran pertama. Kalau mahu bertahan lalu dapat mengeluarkan lebih banyak dirham (dan insyaallah nanti duit dinar emas yang jauh lebih mahal) kami wajib dapat menampung kembali kos penerbitan keluaran awal. Untuk itu kami mengambil kesempatan atas konsep novelty di mana suatu barangan itu mendapat harga lebih tinggi kerana wujud nilai tambah disebabkan ada orang minat untuk mengumpul. Hal ini sama seperti kenapa barangan antik dapat dijual pada harga yang lebih tinggi walhal ia barangan lama dan buruk berbanding barangan baru. Begitu juga orang sanggup membeli duit siling 50 sen tahun 1960an ke hapa sampai harga RM50,000 gitu. Ini disebabkan nilai novelty lalu ada orang sanggup membayar harga yang tinggi untuk memilikinya. 



Barangan sebegini juga dikenali sebagai collectibles... barangan yang orang suka kumpul sebagai simpanan untuk kesukaan diri sendiri mahupun hobi. Hal ini seperti ada orang suka mengumpul stem pelbagai negara daripada pelbagai zaman. Ada pula suka mengumpul mainan patung Superman dan lain-lain adiwira terkenal komik. Ia boleh menjadi investment atau pelaburan yang memberikan keuntungan apabila ada orang lain sanggup membeli daripada kita dengan harga yang lebih tinggi,

Dalam dunia dinar dan dirham sendiri ada banyak keluaran dicari dan dikumpulkan atas nilai novelty dan collectibles selain nilai zat logam itu sendiri. Misalnya duit campuran 1/8 dinar (emas) bercampur 1 dirham (perak) yang diterbitkan 5,000 keping sahaja (kalau tak salah) sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung kini. Berbalik pada dirham HIKMAH batch atau keluaran pertama yang bernombor siri 1 sehingga 1,313.  Ia sebenarnya adalah keluaran terhad, selepas itu tidak akan dibuat duit satu dirham HIKMAH bernombor siri lagi. Untuk makluman kos percetakan jadi bertambah disebabkan nombor itu sendiri. Saya diberitahu, setiap keping dirham bernombor perlu dibayar RM4 extra untuk kos cetakan nombor. Ini disebabkan ada penambahan logam perak berserta kos cetak khas akibat nombor harus dicetak satu persatu kerana tidak boleh dibuat melalui acuan asal.

Maka itu dirham bernombor itu sendiri sudah lebih mahal daripada dirham biasa. Disebabkan ia keluaran terhad dan bernombor pula timbul nilai novelty. Disebabkan manusia secara semulajadi memang suka pada nombor-nombor tertentu maka jadilah harga berbeza-beza menurut nombor. Harga berbeza-beza disebabkan faktor novelty dan collectibles inilah yang dijangka dapat menampung kembali kos percetakan keseluruhan lalu boleh dibuat percetakan keluaran seterusnya. Kalau tak buat begini kami setakat mampu sembang lebat aje le macam kebanyakan orang yang kaki kritik tanpa tahu duduk letak hujung pangkal perkara. Cerita dan cita-citanya hebat. Hasilnya tak ke mana. Setakat dapat sedapkan hati sendiri sambil menipu orang yang kurang tahu supaya kelihatan terkehadapan dalam perjuangan walhal hakikatnya jauh panggang daripada api..



Apabila kos keluaran awal dapat ditampung kembali baru dapat dikeluarkan duit 1 dirham HIKMAH umum yang tiada nombor siri. Baru dapat dikeluarkan dalam jumlah yang lebih banyak untuk menepati tujuan sebenar kami supaya duit dinar dan dirham dapat kembali menjadi alat jual beli dan muamalat semua umat Islam akhir zaman ini. Ketika itu harga jualan tidak lagi dibezakan disebabkan nombor dan ia juga lebih murah berbanding sekarang. Ini disebabkan kos terbesar selain harga logam iaitu acuan sudah dapat dilupuskan. Kos sampul/packaging juga dapat dikurangkan dengan ketara melalui penggunaan sampul yang lebih sesuai dengan sifat umum dirham. 

Malah kos tersebut boleh dilupuskan terus jika dirham kembali menjadi kebiasaan sehingga dapat digunakan secara menyeluruh dalam berjual-beli. Cuma kena ingat ya. Kita ni sebenarnya sedang hidup dalam dunia akhir zaman yang dikuasai konco-konco Dajjal lalu sentiasa cuba dihalang daripada menerbitkan negara Islam sebenar. Ada undang-undang termasuk di negara kita Malaysia ini yang menghalang duit dinar dan dirham digunakan sebagai matawang sah. Nasib baik ia tidak boleh menghalang kita daripada menggunakannya atas konsep barter trade atau pertukaran barangan. Disebabkan nilai dirham dan dinar itu sedia ada pada 'tubuh badannya' maka ia sendiri adalah suatu jenis barang lalu boleh ditukarkan dengan barangan lain juga perkhidmatan yang senilai.

Tetapi itu semua cerita apabila dinar dan dirham sudah dapat digunakan secara berleluasa. Buat masa ini sekurang-kurangnya bagi pihak kami nak berusaha supaya ia menjadi kelaziman pun adalah satu cabaran yang sangat getir. Terbitkan dirham HIKMAH pun pakai duit sendiri...  duit poket tahu, bukan ada syarikat atau badan berkedudukan sponsor. Jadi tolonglah faham kami kena buat keluaran awal dengan harga berbeza-beza, daripada RM30 hingga RM500 sekeping berdasarkan nombor untuk menampung kos supaya lebih banyak dirham dapat dikeluarkan.

Kalau tak faham atau tak dapat terima konsep novelty dan collectibles untuk harga yang lebih tinggi sekurang-kurangnya anggaplah sebagai sumbangan jariah demi menolong kebangkitan ummah. Proses novelty dan collectibles ini cuma akan diteruskan apabila kami membuat keluaran-keluaran lain yang memerlukan acuan-acuan baru. Misalnya duit 2 dirham, 1 dinar (insyaallah akan dikeluarkan kalau tak pun 1/2 dinar) dan sebagainya. Keluaran terhad bernombor siri akan kami buat lagi untuk menampung kos awal. Selain itu kami akan cuma keluarkan duit dirham dan dinar umum yang harganya mendekati nilai pasaran logam berkenaan sedapat mungkin. 



Sekadar mengingatkan. Usaha menerbitkan dirham HIKMAH ini sebenarnya telah dimulakan sejak awal tahun 2017. Maka itu dibuat artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 pada 3 Januari lalu. Tetapi usaha menghadapi sedikit gangguan apabila saya membuat keputusan tidak mahu mengadakan apa-apa lagi acara HIKMAH tidak lama selepas kembali daripada acara ke-20 kami di Aceh 29 Mac. Atas sebab-sebab tertentu saya juga tidak mahu menulis lagi apa-apa di blogspots mahupun Facebook buat suatu tempoh yang lama, Rujuk penerangan berkenaan dalam artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? diikuti Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita

Pun begitu usaha menerbitkan HIKMAH tetap diteruskan walaupun ketika ia dilancarkan 29 Julai saya masih tidak mahu menulis di blogspots mahupun FB. Baru 8 hari lalu iaitu hampir 3 minggu selepas pelancaran saya tergerak untuk kembali bersuara lalu terbitlah artikel Sampai masa untuk kembali bersuara  di blogspot CATATAN SI MERAH SILU diikuti artikel Program Semarak Silat Pusaka Warisan di Sungai Buluh, Selangor di blogspot ini. Lima hari kemudian artikel-artikel berikut menyusul lalu baru pelancaran diceritakan :-








Hari ini iaitu 3 hari kemudian baru saya menulis artikel ini yang lebih jelas menerangkan juga mempromosikan usaha. Maka biar ditambah. Walaupun saya lama menyepikan diri sahabat saya Amirul tidak pernah berhenti daripada memajukan usaha penerbitan dirham HIKMAH ini. Sukacita dimaklumkan ia kini sudah beredar di merata Malaysia malah sudah sampai ke Amerika dan Eropah. Untuk maklumat lanjut juga terkini sila rujuk blogspot QC dirham and dinar juga FBnya di sini. Boleh juga lihat dalam blogspot Qiblah Consulting dan Matawang Sunnah.



Tuesday, August 22, 2017

Forum "Busana di dalam Filem Klasik Melayu" - Menetapkan piawaian baru untuk filem-filem akan datang

Merujuk pada maklumat dan atur cara yang terdapat dalam poster-poster yang dipaparkan dalam artikel Program "Sireh Pulang ke Gagang" di Sarang Art Hub sebagai ganti acara HIKMAH. Artikel seterusnya Pelancaran dirham HIKMAH - Bermulanya fasa baru mendaulatkan Melayu dan Islam telah menceritakan apa yang berlaku selepas Maghrib, Sekarang sampai masanya untuk bercerita tentang komponen utama majlis yang dimulakan beberapa waktu selepas itu...



Selepas jam 10  komponen utama program "Sireh Pulang ke Gagang" iaitu forum perbincangan dan perkongsian ilmu bertajuk "Busana di dalam Filem Klasik Melayu" pun dimulakan. Ia asalnya dijadualkan bermula jam 9. Tetapi disebabkan komponen sebelumnya iaitu pelancaran dirham HIKMAH dimulakan lewat kemudian saya harus makan sambil semua menunggu pemilik tempat, sutradara filem terkenal Mamat Khalid kembali daripada menemani isteri yang mahu berlepas menunaikan ibadah haji malam itu, masa pun jadi teranjak.



Kehadiran Mamat diperlukan kerana beliau adalah salah seorang ahli panel forum. Sebagai tuan rumah beliau juga bertanggungjawab memilih tajuk lalu penerangan beliau diperlukan untuk membuka rentak. Untuk menguatkan lagi perbincangan Mamat telah membawa seorang lagi sutradara filem, saudara Ahmad Fauzee sebagai ahli panel. Oh, sambil kita bercerita ini biar ditunjukkan gambar-gambar yang diambil daripada tempat saya duduk iaitu di satu penghujung bersama barisan ahli panel. Saya mengambil peranan sebagai moderator untuk melancarkan perkara.



Saya bertanggungjawab membawa tiga orang ahli panel lain.



Mereka adalah penulis buku politik terkenal Pak Habib @ Syed Hussein al-Attas (S.H.Alatas) dan dua orang aktivis busana tradisional Melayu, saudara Johan Iskandar diikuti Nur Afifi M. Taib.



Pak Habib yang sudah berumur 78 tahun dibawa masuk atas kapisiti beliau sebagai orang lama yang telah bergaul dengan semua peringkat masyarakat - Daripada mantan-mantan Perdana Menteri Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman membawa kepada seniman zaman kegemilangan filem Melayu 50an-60an di studio Jalan Ampas (Singapura) seperti P. Ramlee dan Saleh Ghani. Beliau yang telah menulis sekitar 80 buah buku pernah bertugas sebagai wartawan hiburan lalu menjadi tokoh yang cukup dihormati termasuk oleh orang-orang lama dunia filem seperti Sarimah.  Johan dan Afifi pula sudah cukup terkenal dalam kalangan aktivis busana dan persilatan tanah air sebagai orang-orang yang harus dirujuk mengenai cara pemakaian setanjak dan lain-lain komponen busana dengan tepat. Johan turut aktif dalam dunia persilatan dan memanah tradisional sementara Afifi adalah pensyarah di Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).



Gambar ini pula diambil daripada rakaman video yang dibuat seorang sahabat. Kelihatan dari kiri, Mamat diikuti Pak Habib, Fauzee, Afifi dan Johan Iskandar. Saya, Radzi Sapiee @ Merah Silu duduk paling hujung kanan. Forum dimulakan dengan saya memperkenalkan tajuk kemudian barisan panelis. Lalu saya tujukan soalan pertama kepada Mamat sebagai tuan rumah yang mencadangkan tajuk... kenapa "Busana di dalam Filem Klasik Melayu"? Apakah yang diharapkan terhasil daripada forum ini? Jawaban beliau boleh diringkas seperti berikut - Beliau mahu mendapatkan maklum balas terbaik untuk menjayakan satu projek filem akan datang... tentang perjuangan orang Melayu di Pasir Salak (merujuk pada pembunuhan residen pertama British di Perak, J.W.W. Birch pada tahun 1875).

Selepas itu soalan 'dilompatkan' kepada Johan yang duduk di sebelah kanan saya untuk menetapkan dahulu ciri-ciri yang patut ada pada suatu pakaian sebelum layak dipanggil sebagai busana tradisional Melayu. Definisi ditambah oleh Afifi yang duduk di kanan Johan sambil mengambil kira faktor perubahan zaman daripada ratusan tahun dahulu sampailah sekarang. Oleh kerana Fauzee merupakan satu-satunya ahli panel yang belum pernah saya kenali dan temui sebelum itu, saya meminta beliau membuka dengan apa yang difahaminya tentang busana tradisional Melayu. Ternyata beliau telah membuat kajian yang cukup menyeluruh apabila mencerita perkembangan pemakaian busana tradisional dalam filem Melayu lalu meletakkan filem "Hang Tuah" lakonan P. Ramlee (mula diterbitkan tahun 1956) sebagai filem yang menjadi ikutan dalam mewarnakan pemakaian filem-filem Melayu kemudian. Pak Habib menambah rencah melalui pemerhatian peribadi beliau terhadap dunia filem zaman itu, Selepas itu persoalan ditujukan kembali kepada Mamat dengan filem "Hang Tuah" sebagai ukuran dan rujukan perbandingan. Aturan/giliran kemudian diulangi dengan persoalan dibawa lagi  kepada Johan diikuti Afifi, Fauzee dan Pak Habub

Rakaman sepanjang sekitar 80 minit yang dibuat oleh kawan lalu dimuatnaik ke dalam Facebook boleh dijadikan rujukan. Cuma ia sebenarnya tertinggal bahagian awal di mana saya setiap ahli panel diberi satu soalan pembukaan. Namun ia sudah cukup untuk menunjukkan jangkauan ilmu dan pengalaman luas yang boleh dijadikan panduan untuk setiap penggiat seni menangani usaha-usaha akan datang. Sila klik sini untuk melihat rakaman.



Banyak lagi perkara boleh dibincangkan tetapi forum harus ditamatkan apabila waktu sudah melepasi jam 11.30. Kalau ikutkan orang lama seperti Pak Habib, kebiasannya jam 10 malam dia sudah masuk tidur sebelum bangun awal jam 5 pagi setiap hari. Tetapi khas untuk forum ini beliau sudi untuk bertahan lebih lama walaupun sudah lari jadual.



Sebelum forum tamat sesi soal jawab dibuka lalu ada yang mengemukakan persoalan menarik. Antaranya bagaimana harus diaplikasikan busana tradisional Melayu kalau membawa watak badut tanpa menjatuhkan maruah keseluruhan Melayu yang dilambangkan melalui suatu cara pemakaian...



Selepas forum tamat, hadirin/peserta menganbil peluang untuk bergambar dengan ahli panel juga bergambar berlatarbelakangkan pentas. Di celah-celah itu ada seorang pemuzik (saya lupa nama) yang biasa bermain di Sarang menawarkan diri untuk membaca satu sajak yang beliau karang secara spontan ketika mengikuti forum. Intipatinya melaungkan betapa ada dalam kalangan anak Melayu yang kelihatan seperti tidur tetapi sebenarnya sedang sibuk menyelongkar sejarah demi mencari kekuatan untuk menangani cabaran masa hadapan. Bahawa Melayu sejati yang berani berjuang di medan hadapan sebenarnya masih ada menunggu masa sahaja untuk bertindak...






Secara spontan juga seorang sahabat HIKMAH, saudara Zahamri Nizar menawarkan diri untuk membaca sebuah syair lama yang melaungkan semangat kekuatan Melayu dalam keindahan berbusana. Difahamkan apa yang dibaca itu adalah sambungan daripada sajak yang pernah dikumandangkan beliau pada majlis pembukaan acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara hujung tahun lepas. Lihat artikel HIKMAH Muzium Negara - Pembukaan yang gilang gemilang. Rakaman syair di Sarang pula boleh dilihat di sini. Dengan ini cukuplah saya bercerita tentang program "Sireh Pulang ke Gagang" yang diadakan di Sarang Art Hub sebagai ganti satu acara HIKMAH.


Pelancaran dirham HIKMAH - Bermulanya fasa baru mendaulatkan Melayu dan Islam

Salam semua. Sekarang sampailah kita pada cerita dan perkara yang menyebabkan saya terasa harus kembali menulis di blogspot HIKMAH. Kalau tidak kerananya tentu saya akan membiarkan jumlah artikel di sini bertahan pada 333 iaitu dengan artikel Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita. Maka bersambung penceritaan daripada artikel Program "Sireh Pulang ke Gagang" di Sarang Art Hub sebagai ganti acara HIKMAH.




Beberapa hari sebelum masuk hari raya pertama Aidil Fitri 1 Syawal bersamaan 25 Jun 2017 saya menerima gambar yang kelihatan melalui WhatsApp.



Ia adalah reka bentuk mutakhir duit dirham HIKMAH. Turut disertakan reka bentuk sampul untuk semakan dan penelitian terakhir saya. Kalau tiada masalah bolehlah proses mencetak dan menerbitkan dimulakan, dijangka pada minggu kedua bulan Syawal. 



Rancangan untuk menerbitkan dirham ada diceritakan panjang lebar dalam artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 lebih 8 bulan lalu. Rancangan untuk melancarkannya pula diceritakan pada bahagian akhir artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? 4 bulan kemudian. Sekarang biar kita lihat majlis pelancaran yang berlangsung di Sarang Art Hub 29 Julai. Ia menumpang majlis "Sireh Pulang ke Gagang" yang diadakan oleh pemilik tempat, sutradara filem terkenal Mamat Khalid.


Saya cuma meminta slot sepanjang setengah jam sahaja iaitu daripada jam 8 hingga 8.30 malam. Tanpa disangka dan diminta ia dimeriahkan dengan persembahan silat dihadap oleh barisan kawan-kawan dan kenalan dalam dunia persilatan kiri dan kanan.


Apa yang berlaku adalah pihak Sarang meminta agar diadakan dahulu acara walk-about jalan kaki pusing pekan Tanjung Malim sambil bergendang waktu malam. Sebelum itu sudah diadakan sesi serupa pada waktu petang. Sampai kembali ke Sarang dibuat persembahan silat kemudian terus disambung dengan pelancaran.


Saya tidak sempat mengikuti walk-about kerana sedang bersiap ketika orang hendak mula berjalan. Cukuplah dapat melihat persembahan silat daripada kedudukan yang terhormat.






Disebabkan ramai mengambil masa untuk berehat selepas Maghrib kemudian baru diadakan walk-about diikuti persembahan silat, pelancaran cuma dapat dimulakan sekitar jam 8.30 malam, Kelihatan dalam gambar VVIP, Dato' Hashim Ismail, seorang sheikh tariqat dan jutawan Melayu berjaya sedang memberikan ucapan pelancaran. Gambar ini dan gambar-gambar seterusnya diambil daripada tempat duduk VIP dan VVIP di hadapan.




Dato' Hashim inilah yang menganjurkan majlis haul yang saya hadiri di Gunung Jerai penghujung April lalu. Cerita tentang majlis menjadi artikel ke-333 di blogspot, artikel bertajuk Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita. Difahamkan daripada perniagaan madu sahaja beliau membayar cukai RM5 juta setahun. Ke zakat RM5 juta? Saya pun dah lupa yang mana. Tapi cukuplah untuk menunjukkan beliau sebagai seorang usahawan Melayu Islam yang berjaya. Ditambah kedudukan sebagai seorang sheikh yang cukup dikenali dalam lingkungan tariqat tanah air beliau dirasakan sangat sesuai untuk melancarkan usaha terbaru HIKMAH ini.




Sebelum itu saya telah memberikan sedikit kata-kata pengenalan sebagai presiden HIKMAH baik tentang badan sukarelawan kami mahupun tentang usaha dirham. Sahabat baik saya, saudara Amirul Haji Mohamad yang bertanggungjawab mengendalikan usaha atau projek kemudian menerangkan arah tujuan. Di sini cukuplah dinyatakan dirham  ini diterbitkan untuk memenuhi salah satu resolusi kami dalam usaha mahu mendaulatkan Melayu dan Islam akhir zaman. Penerangan ada diberikan dalam artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017. Sedangkan usaha berkaitan untuk mengangkat ekonomi sebenar Islam sambil mengajak ummah keluar daripada sistem ekonomi dan kewangan sedia ada yang teruk berlumuran dengan riba' telah banyak kali disebut dam diterangkan panjang lebar dalam acara-acara anjuran kami. Sila rujuk artikel-artikel berikut :-


Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?

Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?

Penerangan ringkas tentang Pernyataan HIKMAH Melaka




Turut duduk di hadapan adalah penulis buku politik terkenal Pak Habib @ Syed Hussein al-Attas sebagai seorang lagi VVIP. Sepatutnya pemilik tempat iaitu Mamat Khalid ada duduk sama dalam majlis ini. Tetapi beliau tidak sempat kembali daripada menghantar isterinya ke Kompleks Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji. Berikut adalah sedikit rakaman video yang dibuat sekitar majlis pelancaran... 














Selepas itu diadakan satu forum menarik di mana Pak Habib menjadi salah seorang panelis, begitu juga Mamat Khalid. Ini akan dikongsikan dalam artikel selepas ini. Teruskan ikut membaca...



Program "Sireh Pulang ke Gagang" di Sarang Art Hub sebagai ganti acara HIKMAH

Menyambung lagi gerak penulisan kembali yang baru tercetus beberapa hari lalu seperti dinyatakan dalam artikel Sampai masa untuk kembali bersuara di blogspot  CATATAN SI MERAH SILU. Beberapa artikel melibatkan aktiviti-aktiviti dalam bulan Syawal telah dipaparkan di blogspot tersebut. Sekarang sampai masa untuk menambah cerita di blogspot ini pula. Melompat terus pada satu acara yang berlaku beberapa hari selepas tamat bulan Syawal.



Merujuk pada artikel Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? yang dibuat 5 Januari lalu. Pernah dinyatakan kami pernah merancang untuk mengadakan acara di tempat tersebut atas permintaan pemiliknya, sutradara filem terkenal Mamat Khalid. Namun disebabkan hal-hal tertentu yang berlaku ketika berada di Aceh untuk penganjuran acara ke-20 HIKMAH pada 29 Mei saya telah memutuskan tidak mahu mengadakan apa-apa lagi acara HIKMAH selepas itu. Ini membawa pada penulisan artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? pada 21 April. 

Namun saya merasa bertanggungjawab untuk menunaikan juga permintaan Mamat tetapi dengan cara lain. Satu acara gantian yang mana beliau menjadi penganjur penuh, tidak langsung memakai nama HIKMAH pun dirancang. Pada minggu pertama bulan puasa Ramadhan saya dan isteri bertandang ke Sarang untuk membincangkan perkara secara empat mata. Ketika itulah diputuskan agar acara diadakan pada hari Sabtu 29 Mei mengambil kesempatan atas rancangan kerajaan Malaysia untuk mengadakan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong  yang baru iaitu Sultan Muhammad V dari Kelantan pada tarikh tersebut.




Hal ini terus diumumkan oleh isteri kepada kawan-kawan aktivis busana dan persilatan melalui Facebook. Saya sendiri diam memerhati kerana telah membuat keputusan untuk menyepikan diri daripada media sosial juga menulis di mana-mana blogspot buat beberapa waktu. Sekitar pertengahan bulan Syawal poster promosi yang kelihatan di atas pun dikeluarkan oleh Mamat lalu diwar-warkan melalui FB dan WhatsApp. Tengok-tengok tak lama kemudian hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ditunda pula ke satu tarikh yang lebih ke hadapan.

Kami meneruskan dengan rancangan untuk mengadakan acara pada 29 Mei. Nama program iaitu "Sireh Pulang ke Gagang" dibuat oleh Mamat dengan forum belah malam bertajuk "Busana Dalam Filem Klasik Melayu" menjadi komponen utama acara. Kami sama-sama berusaha untuk mendapatkan ahli panel juga merangka pengisian daripada tengah hari hingga petang. Penglibatan HIKMAH secara rasmi cuma satu sahaja. Saya telah meminta ruang 30 minit untuk melancarkan duit dirham HIKMAH pada jam 8 malam.


Sampai harinya Sabtu 29 Julai saya dan isteri pun bergegas ke majlis.


Disebabkan ada urusan di Rawang kami sampai sedikit lewat iaitu pada jam 3.25 petang.


Acara dijadualkan bermula pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan gerai-gerai pameran dan jualan barangan berkaitan ketamadunan Melayu, busana dan persilatan.



Tetapi ketika kami sampai belum terdapat ramai orang. Saya pun mengambil kesempatan untuk mendirikan bunting HIKMAH dekat dengan gerai dirham. Bunting asalnya dibawa dengan niat untuk dipaparkan semasa pelancaran dirham HIKMAH pada waktu malam. Bila dah terlihat gerai yang dibuka oleh seorang sahabat terus timbul rasa untuk mendirikannya berdekatan gerai...


Tentang dirham HIKMAH akan diceritakan lebih lanjut dalam artikel selepas ini. Untuk artikel ini biar ditumpukan pada keadaan acara ataupun program pada waktu siang.








Sebetulnya sudah ramai hadirin berbusana tradisional Melayu berada di Sarang. Cuma belum cukup ramai untuk menunjukkan kemeriahan yang boleh meliputi seluruh kawasan dan sekitar...


Masuk waktu Asar tergerak saya untuk berjalan kaki ke masjid jamek pekan Tanjung Malim bagi menunaikan solat. Sampai kembali ke Sarang tengok-tengok Mamat sudah masuk di dalam kereta untuk mengiringi isteri bertolak ke Kompleks Tabung Haji.


Isteri beliau baru sekitar seminggu dua mendapat tarikh untuk berlepas pergi menunaikan haji. Kebetulan dapat 29 Julai ketika acara mahu diadakan. Nak tak nak acara harus diteruskan kerana sudah lama dirancang. Cuma Mamat harus meninggalkan acara buat beberapa jam demi menemani isteri sebelum berlepas.


Pemergian mereka diiringi dengan doa selamat dan bacaan selawat. Selepas mereka pergi acara diteruskan seperti biasa. Sambil pameran dan jualan berjalan ada persembahan silat juga permainan gendang silat diselang-selikan dengan alunan muzik tradisional daripada DVD dan sebagainya.


Ketika itu jam 5.30 majlis sudah kelihatan cukup meriah.


Saya pun mengajak sejumlah hadirin dan peserta mengadakan walk-about iaitu berjalan sambil berbusana keliling pekan Tanjung Malim.









Pekan itu sendiri sudah mula meriah kerana terdapat pasar malam yang diadakan setiap bari Sabtu...





Kembali ke Sarang tengok-tengok seorang sepupu kepada ayah saya baru sampai untuk melihat acara.


Sejumlah peserta walk-about bergambar sebelum berpecah untuk membuat hal masing-masing...


Jam 6 petang dimulakan satu persembahan menarik oleh satu kumpulan muzik bernama Anson Stompers.


Menggunakan alatan yang dibuat daripada barangan terpakai seperti tong air dan sprocket motosikal mereka mempamerkan persembahan bertenaga menyanyi dan memainkan lagu-lagu kegemaran klasik Melayu yang membuat ramai terasa ingin berjoget sama sementara yang lain melihat dan mendengar dengan penuh minat...





PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.