Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, December 26, 2013

Membawa HIKMAH ke Aceh


Salam sejahtera kepada semua. Gambar hiasan ini menggabungkan elemen dari dua gambar. Satu menunjukkan saya bersama isteri ketika pertama kali sampai ke Masjid Baiturrahman, Banda Aceh Jun 2009. Lihat artikel Sampai ke Aceh setelah 5 tahun 5 bulan menunggu! Rupa-rupanya ada faktor 131 di sini... di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Ketika itu isteri sedang 6 bulan mengandungkan anak kami yang bernama Muhammad al-Aminul Rasyid, nama yang digunakan untuk watak utama siri novel "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007). Gambar kedua menunjukkan banner HIKMAH digantungkan di hadapan Hang Tuah Center di Kampung Duyong, Melaka untuk acara ke-7 HIKMAH 30 Disember 2013. Lihat HIKMAH VII bersedia untuk menggegar Hang Tuah Center. Cuma banner sahaja diambil untuk gambar hiasan. Gambar sebenarnya seperti di bawah...



Sebelum ini saya ada menulis artikel bertajuk Ceramah di masjid diikuti di muzium yang menerbitkan HIKMAH - Faktor Jumaat 13 yang berulang menceritakan tentang 2 buah ceramah yang pernah dibuat berkenaan Aceh membuka jalan dan ilham sehingga terbitlah HIKMAH. Malam ini masuk tarikh 26 Disember 2013 maka genaplah 9 tahun Aceh diserang ombak besar Tsunami yang menyebabkan 200,000 rakyatnya terkorban. Namun, hikmah dari peristiwa itu, perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia) yang sudah berlanjutan beberapa tahun pun tamat. Demi memulihkan Aceh kedua buah pihak dapat duduk semeja disaksikan masyarakat antabangsa. Dapatlah Aceh yang hampir lumpuh kembali bernafas malah muncul lebih gah.

Artikel ini ditulis untuk menceritakan rancangan mahu membawa HIKMAH ke Aceh 3 bulan dari sekarang. Tarikh 26 Disember dipilih untuk bercerita kerana genap 9 tahun berlakunya Tsunami. Tidak terfikir langsung ketika itu bahawa artikel ini yang merupakan ke 101 di blogspot ini akan ditulis 13 hari selepas artikel sebelumnya iaitu Ceramah di masjid diikuti di muzium yang menerbitkan HIKMAH - Faktor Jumaat 13 yang berulang dibuat. Nampaknya terdapat begitu banyak faktor berkait samada disengajakan atau disedari mahupun tidak.

Artikel tersebut ditulis pada hari Jumaat, Friday the 13th. Pada petang itu datang satu rombongan 7 orang aktivis kebudayaan dari Aceh dan esoknya Sabtu saya membawa mereka menghadiri satu majlis guru-guru seni bela diri dan silat. Lihat artikel Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!. Isninnya pula saya membawa mereka berjalan-jalan di Melaka. Dapatlah mereka melihat Hang Tuah Center atau Perkampungan Hang Tuah tempat acara ke-7 HIKMAH dijalankan. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD.

Masa yang diluangkan bersama mencetuskan sesuatu. Biar dicopy and paste apa yang dinyatakan di Facebook Ahad 15 Disember.


TENTANG RANCANGAN MENGADAKAN HIKMAH DI ACEH HUJUNG MAC 2014

Semalam saya ada menyebut sedang berfikir hendak mengadakan satu acara HIKMAH di Aceh. Ini mahu mengambil kesempatan atas rancangan kedatangan saya dan keluarga ke Aceh Mac 23-30 Mac 2014. Tiketnya sudah ditempah awal Oktober 2013. Kedatangan 7 orang Aceh yang kami bawa ke majlis MAGMA di Jalan Conlay semalam seperti membuka jalan. Seorang dari mereka pernah bersama 2 orang rakan senegerinya yang kami taja ke HIKMAH II di Melaka 25 Nov 2012. Dia menyatakan, sejak itu mereka menyimpan hasrat untuk mengadakan satu acara kedaulatan agama, bangsa dan negara menurut model HIKMAH. Rujuk artikel di http://merahsilu.blogspot.com/2013/12/faktor-aceh-di-majlis-guru-seni-bela.html

Saya pun menyatakan ada eloknya dibuat acara ketika saya berada di sana. Saya dan keluarga dijadualkan sampai Ahad 23 Mac dan kembali Ahad 30 Mac. Kami ingin pergi ke beberapa tempat termasuk makam Sultan Malikus Saleh yang terletak 6 jam perjalanan dari Banda Aceh (kapal terbang mendarat di situ). Maka tarikh yang sesuai untuk mengadakan acara di mana kami boleh terlibat sama adalah Sabtu 29 Mac... eloklah di Banda Aceh agar lebih senang orang luar bertandang.

Kepada kawan2 di Malaysia yang berminat untuk pergi ke sama bolehlah menempah sendiri tiket pada tarikh tersebut. Insyaallah kawan2 kami di sana boleh membantu perjalanan apabila sudah sampai. Semoga rancangan mengadakan acara menjadi realiti. Lagipun semasa itu cuti sekolah di Malaysia. Dan rasanya sudah sampai masa Aceh yang sudah saya ziarahi 5 kali, negeri induk asal tok nenek moyang saya didatangi HIKMAH. Sesungguhnya HIKMAH itu sendiri terbit akibat pengaruh Aceh yang kuat. Lihat artikel di http://hikmahmelayu.blogspot.com/2013/12/ceramah-di-masjid-negeri-shah-alam.html



Cetusan fikiran untuk mengadakan HIKMAH di Aceh itu ada disebut secara ringkas di FB sekembalinya saya dari membawa mereka berjalan ke majlis guru seni bela diri. Hal ini kemudian dihuraikan lagi 2-3 kali lalu mendapat maklum balas yang agak memberangsangkan. Beberapa orang sahabat dari Malaysia menyatakan berminat untuk datang sementara dua orang penyokong dan penyumbang tetap HIKMAH menyatakan sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk membentangkan kertas kerja.

Hujung minggu lalu pula saya kembali ke kampung ibu di Muar untuk bertemu ibu bapa setelah beberapa bulan tidak bertandang. Lihat Kenangan panjat masjid di Muar. Isteri memberitahu rancangan kami untuk ke Aceh 23-30 Mac lalu ibu bapa yang belum pernah ke sana mahu ikut sama. Tiket untuk mereka pun dibeli sekembalinya kami ke rumah sendiri dan aturan mula dibuat. Namun terbit hal-hal yang seperti menguji keteguhan hati.

Pertama, tentang mengadakan HIKMAH di Aceh pada tarikh cadangan 29 Mac 2014 iaitu hari Sabtu. Ada kawan kami di Aceh (bukan 7 orang yang datang ke Malaysia 13-17 Disember) meminta agar ia ditunda ke selepas bulan Mei. Katanya ini kerana Indonesia bakal mengadakan pilihan raya lalu mereka yang terlibat akan giat berkempen. Ini menyebabkan keramaian tidak boleh diadakan dengan mudah. Maka acara seperti HIKMAH boleh jadi terganggu kalau pun tidak dilarang pihak pemerintah.

Kedua, tentang rancangan saya dan keluarga ke Aceh itu sendiri. Seorang kawan lain, rakyat Malaysia yang sudah lama berada di sana menyatakan Aceh agak gawat kerana berlaku pertentangan antara pihak yang berlainan kiblat politik. Katanya di beberapa tempat berlaku tembak-menembak dan ada orang mati. Jadi tidak sesuai pergi ke Aceh buat masa ini.

Jawab saya, bukan mudah untuk kami mendapatkan tiket murah ke sana. Kami bukan orang kaya, boleh melepaskan begitu sahaja tiket yang sudah dibeli sejak bulan September. Dahlah sebelum HIKMAH VII saya terlepas penerbangan ke Aceh sedangkan sudah diberi tiket percuma tanpa disangka. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh. Lagipun saya dan isteri sudah lama menyimpan hajat untuk membawa anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan bertandang ke makam Sultan Malikus Saleh. Kali terakhir kami di sana, isteri sedang 6 bulan mengandungkan Johan. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh.

Pendek kata kami bertegas untuk pergi dan sudi menanggung risiko. Tentang mengadakan HIKMAH di Aceh kawan-kawan kami tetap akan berusaha untuk menjadikannya satu realiti. Dapat tak dapat belakang cerita. Kami usaha dahulu untuk mendapatkan tarikh cadangan 29 Mac itu.



Cadangan saya biarlah acara diadakan di Rumah Aceh yang terletak di dalam kawasan Muzium Aceh di Banda Aceh. Bahagian bawah rumah yang sendiri merupakan satu muzium ini cukup luas dan tinggi untuk mengadakan acara. Lihat artikel Rumah tradisional Aceh (Aceh traditional house) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Di sebelah kirinya terdapat kawasan pemakaman raja-raja yang memerintah Aceh abad ke-18 hingga pemerintahan beraja Aceh ditamatkan oleh Belanda awal abad ke-20. Lihat Makam Raja-raja Dinasti Bugis (the tomb of kings from the Bugis dynasty). Di hadapannya terdapat loceng gergasi yang dihadiahkan Maharaja Cina kepada sultan kerajaan Samudera-Pasai (kemudian diserap ke dalam Aceh). Lihat Rumah tradisional Aceh (Aceh traditional house). Tidak jauh ke kanan terdapat makam seorang pemerintah agung Aceh. Lihat Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda?. Banyak tempat-tempat bersejarah di Banda Aceh boleh dicapai dengan berjalan kaki dari rumah tradisional ini.

Apapun saya akan terima keadaan dan akur dengan Qada' dan Qadar. Kalau diberikan jalan untuk mengadakan acara, saya dan isteri akan mencuba sebaik mungkin. Insyaallah ada sejumlah kawan dari Malaysia akan datang untuk menolong menjayakan acara selain memeriahkannya. Kalau tak dapat, saya tetap akan membawa HIKMAH ke Aceh. Sekurang-kurangnya kehadiran saya dan isteri sudah cukup untuk mewakilinya kerana memang kami tonggak utama persatuan atau kumpulan tidak rasmi ini. Kalau kawan-kawan di Aceh mahu kita boleh mengadakan satu perjumpaan santai bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara. Kalau tidak pun, perjalanan kami ke Aceh kali ini tetap mewakili HIKMAH. Semoga ini akan mencetuskan sesuatu yang lebih bermakna untuk semua yang mahu melihat kebangkitan sebenar Islam dari Timur bermula tidak lama lagi.



Berbalik pada 7 orang kawan dari Aceh yang datang ke Malaysia sehingga tercetus rasa untuk mengadakan HIKMAH di tempat mereka. Sebelum berpisah mereka telah menghadiahkan saya sebuah topi Aceh yang dipanggil meukotop, ke meuketop? Saya sudah lama ingin memilikinya tetapi belum membeli kerana harganya agak mahal. Dalam perjalanan kembali ke rumah timbul ilham untuk menggabungkannya dengan tanjak Melayu.


Ia dan senjata tradisional Aceh yang dipanggil rencong telah saya pakai bersama keris kesayangan yang diberi nama Kanzul Hikmah dalam satu majlis ilmu selepas itu. Lihat Hari kedua Sidang Kemuncak Sejarah 2013 - Membawa kombinasi Melayu-Aceh ke majlis. Terasa timbul satu semangat luar biasa yang susah hendak digambarkan. Semoga niat untuk membawa HIKMAH ke Aceh dikabulkan. Amin... :]


Friday, December 13, 2013

Ceramah di masjid diikuti di muzium yang menerbitkan HIKMAH - Faktor Jumaat 13 yang berulang

Allah, subhanallah. Sementara ada baki Jumaat 13 Disember ini biar dibuat artikel baru menjadi yang ke-100 di blogspot ini. Walaupun menurut kalendar Islam apabila Maghrib sudah masuk hari baru iaitu Sabtu, dari kiraan Masihi pula masih hari Jumaat, masih boleh dipanggil Friday the 13th.

OK. Adapun tadi saya terlihat isteri memberikan satu komen di Facebook menyatakan bagaimana saya pernah memberi ceramah tertutup tentang batu nesan Aceh di Muzium Negara. Ini membuat saya teringat bagaimana ceramah tersebut boleh menjadi asbab untuk menerbitkan HIKMAH. Biar dicopy and paste status update berkenaan yang dibuat di FB, diperbaiki sedikit untuk tatapan di sini...


--------------------


HIKMAH BATU NESAN ACEH 

Terlihat komen isteri tentang ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara setahun setengah lalu terasa nak upkan balik videonya di sini. Lihat artikel Ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara yang dibuat di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Ceramah itu adalah tertutup, hanya untuk kakitangan sana. Apabila disarankan isteri agar membuat ceramah serupa tetapi terbuka, ceramah yang sudah juga diminta beberapa orang kawan terbitlah ilham untuk mengadakan HIKMAH. Ya, HIKMAH berawal dengan "Batu Nesan Aceh". Ia terbit apabila isteri risau melihat saya mental block tersangkut penulisan buku. Beliau sanggup menghubungi seorang kawan lama dalam dunia politik supaya saya boleh mendapat tempat percuma untuk mengadakan ceramah.





Video ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara...


Masyaallah, satu kebetulan yang tak disangka. Artikel Ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara itu dibuat pada petang Jumaat 13 Julai. Ceramah dibuat pada pagi hari itu, pagi Jumaat. Nampaknya ada makna atau sebab tertentu saya tergerak untuk memasukkan hal ini dalam artikel ke-100 blogspot yang dibuat sementara masih ada Jumaat 13 tapi untuk bulan Disember pula. Sekarang biar dicopy paste update seterusnya yang dibuat di FB tadi, diperbaiki sedikit juga untuk tatapan di sini...


------------------------


DARI HARUM KE HIKMAH

Satu lagi perkara yang turut menerbitkan HIKMAH adalah ceramah yang dibuat di Masjid Negeri Shah Alam April 2012. Inilah kali pertama saya betul-betul diberi peluang untuk bercakap di hadapan khalayak ramai, pada satu majlis besar selama 3 hari berturut yang dipanggil HARUM, Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara.  Ia melibatkan ribuan, ya ribuan para pengikut tariqat dan sekolah pondok/pesantren dari Malaysia dan Indonesia. Peserta turut datang dari Singapura, Brunei dan beberapa tempat lain. Saya telah diminta berkongsi pengalaman dan bercerita tentang trilogi novel tulisan saya, siri "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007). Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh.

Walaupun yang hadir sesi ceramah saya mungkin tak sampai 300 orang, ramai sedang mengikuti aktiviti di bahagian lain masjid ia adalah satu pengalaman yang indah. Bayangkan buat pertama kali dapat berceramah di ruang solat utama Masjid Negeri Shah Alam yang sangat besar itu. Percaya atau tidak lebih setahun sebelum itu saya pernah mengalami mimpi menunjukkan diri memberikan ceramah dalam keadaan dan tempat yang sama.

HARUM turut mengandungi sesi maulud, zikir dan lain-lain ceramah ilmu juga ceramah agama. Ia turut mengandungi pertunjukan silat dan forum seni bela diri. Apabila saya tergerak untuk mengadakan acara ceramah sendiri perkataan Himpunan timbul sebagai awal nama acara kerana terkenangkan Himpunan pada HARUM. Lalu timbullah Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman yang boleh disingkatkan sebagai HIKMAH.




Video ceramah tentang buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Negeri, Shah Alam...



Subhanallaih walhamdulillahi walailaha illahu waallahu akbar. Sungguh besar maknanya ini. Adapun apabila disemak balik isi artikel Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh didapati ceramah tentang buku itu dibuat Ahad 15 April 2012. Tetapi acara HARUM yang mana ceramah itu adalah satu komponen kecil itu sendiri bermula 13 April yang jatuh pada hari Jumaat. Tu dia. 3 kali berturut Jumaat 13 terlibat dalam pembikinan artikel ke-100 blogspot ini. Nak dapat hari Jumaat jatuh pada tanggal 13 pun bukan selalu inikan lagi 3 kali Jumaat jatuh pada tanggal 13? 13 April 2012 untuk permulaan acara yang membawa pada ceramah tentang buku "Berpetualang ke Aceh", 13 Julai 2012 untuk ceramah tentang batu nesan Aceh dan 13 Disember 2013 untuk penulisan artikel ini. Masyaallah!

Satu lagi faktor yang baru disedari ketika membuat artikel adalah 3 bulan selepas mengadakan ceramah "Berpetualang ke Aceh", berlakulah ceramah "Batu Nesan Aceh". Biar ditambah 3 bulan selepas itu, apa yang berlaku adalah penubuhan HIKMAH! Lihat artikel Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Faktor ini boleh diatur seperti berikut : - Ceramah BKA pada 15 Apr, ceramah BNA pada 13 Jul dan penubuhan HIKMAH 12 Okt yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Namun artikel tersebut yang bercerita tentang penubuhan itu sendiri pertama kali ditulis pada 13 Okt di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Untuk mengaitkan 3 perkara itu dengan lebih tepat kita boleh menyebutnya begini :- Ceramah BKA yang berlaku selepas HARUM bermula 13 Apr, ceramah BNA pada 13 Jul dan artikel penubuhan HIKMAH yang ditulis 13 Okt. Nah, tepat 3 bulan selepas peristiwa pertama berlaku yang kedua. Tepat 3 bulan selepas peristiwa kedua berlaku yang ke-3! Cuma 13 Okt 2012 itu jatuh hari Sabtu. Mungkin faktor Jumaat digantikan pula dengan penulisan artikel ini, artikel ke-100 di blogspot ini jatuh pada 13 Dis 2013 atau 13.12.13 hari Jumaat? :]


Wednesday, December 11, 2013

Artikel 99 - Polisi HIKMAH dan bagaimana menjayakan acara


Salam semua. Hari ini tarikhnya cantik, 11.12.13, 11 Dis 2013. Kebetulan ia adalah ulang tahun ke-5 perkahwinan saya dengan isteri, selepas 5 tahun menduda. Asbab isteri ini mahu melihat saya kembali bertenaga setelah menghadapi masalah buntu dalam penulisan buku baru, HIKMAH telah terbit 12 Okt 2012 atau 12.10.12. Sesuailah ditulis sebuah artikel apalagi ia akan menjadi yang ke-99 di blogspot ini.

Selesainya HIKMAH VII di Hang Tuah Center 30 Nov 2013 sebenarnya menutup dan membuka. Ia menutup kalendar kami untuk tahun 2013 kerana mahu berehat sehingga tahun hadapan sedangkan menurut kalendar Islam ia adalah pembuka tahun Hijrah 1435 kerana jatuh pada 26 Muharam. Dari segi itu ia memang pembukaan kerana jika tiada aral melintang HIKMAH akan bertandang ke Hulu Perak hampir penghujung Januari, musim Maulidur Rasul dan selepas itu mahu ke Bayan Lepas, Pulau Pinang penghujung Februari. Siapa sangka HIKMAH yang terbit akibat isteri menyarankan saya agar membuat ceramah ilmu boleh berlangsung terus-menerus sehingga mengadakan tour dengan setiap acara boleh tahan besar? Walhal fikir kami dahulu cuma mahu buat sekali sahaja iaitu di Shah Alam 4 Nov, selepas itu saya harus kembali memberikan tumpuan untuk penulisan buku.

Sesungguhnya mengadakan satu acara yang begitu bermakna dapat menghimpunkan para peminat/pejuang sejarah/kebudayaan/tamadun Melayu dari pelbagai latarbelakang terutama dari parti-parti politik yang bertelagah bukanlah mudah. Selain itu timbul soal kos dan belanja. Dalam tempoh HIKMAH berjaya mengadakan acara demi acara kami telah menyaksikan bagaimana beberapa acara lain yang dirancang sesetengah pihak dibatalkan pada saat-saat akhir kerana tidak menerima peruntukan yang dipinta. Malah di kala kami dapat mengadakan acara ke-4 di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac, satu acara besar yang mana kami memilih tarikh tersebut kerana berniat untuk menumpang kemeriahannya langsung tak menjadi setelah ditunda beberapa lama.

Kami merujuk pada satu acara berkuda yang mahu diadakan di Kota Bahru. Katanya ia mahu diadakan berkali ganda lebih besar dari Sure Heboh malah telah keluar promosinya di kaca televisyen dan ceritanya di surat khabar. Niat kami ketika itu mahu mengadakan majlis di Kelantan demi mengimbangkan persepsi negatif bahawa kami mungkin bersekongkol dengan parti politik tertentu akibat mengadakan acara ke-2 di Melaka 25 Nov diikuti acara ke-3 di Perak 27 Jan. Fikir kami buatlah majlis tak seberapa di masjid berdekatan kemudian jam 4 petang gitu bolehlah beransur ke tempat mereka kerana ada pelbagai tarikan termasuk main wau, gasing dan sebagainya.

Namun acara itu ditunda atas sebab berlakunya Pilihan Raya Umum ke-13. Kami pula bertegas dengan tarikh 16 Mac tapi meneruskannya di tempat lain. Sampai kini acara itu masih tak menjadi sedangkan kami di HIKMAH sudah melaksanakan acara ke-7. Siapa sangka kami boleh terus berjalan begini. Sedangkan kami tidak memiliki jentera hebat seperti pihak lain.

Kami juga tidak menerima dana dari apa-apa badan jabatan kerajaan dan kementerian seperti lazimnya dibuat NGO dan persatuan terutama untuk mengadakan acara. Malah HIKMAH bukan pun badan berdaftar. Ia cuma komuniti kawan-kawan dan kenalan di Face Book. Walaupun ada yang menyarankan agar kami mendaftar lalu dengan itu bolehlah memohon peruntukan besar kami lebih selesa dengan cara ini. Selain tidak terikat dengan perlembagaan pendaftaran kami juga tidak mengumpul malah menyimpan apa-apa dana. Kami elakkan ini kerana tidak mahu dilanda penyakit sesetengah persatuan yang berjaya. Bila dah dapat nama, bila dah ada dana membukit mulalah orang main politik berebut jawatan agar dapat menguasai persatuan dan menggunakan semua kemudahan untuk kepentingan diri sendiri.

Selama inipun kami tetap dapat mengadakan acara walau tanpa dana besar. Kami malah tidak memiliki pun ahli rasmi walau pernah dituduh mahu merekrut pengikut untuk melebarkan pengaruh. Yang ada cuma rangkaian kawan-kawan yang boleh dipanggil rakan-rakan atau para sahabat HIKMAH. Merekalah yang menolong memberikan khidmat secara sukarelawan dalam pelbagai hal sehingga kami dapat menjayakan acara demi acara dan terus mendapat permintaan orang ramai.

Walaupun ada yang kata acara kami tidak cukup kemas biarlah begitu daripada nak kemas sangat lalu memerlukan dana besar yang berada di bawah telunjuk pihak yang berkepentingan. Realiti sebenar di luar sana tidak semua orang yang bergerak atas nama kedaulatan Melayu dan Islam itu jujur mahu berjuang. Ramai yang sebenarnya masuk kerana mahu mendapatkan peluang perniagaan, mencari rangkaian, contact, melebarkan pengaruh politik, mencari nama dan sebagainya. Kalau HIKMAH menjadi persatuan berdaftar lambat laun ia akan ditunggang pihak berkepentingan. Kalau mendapat dana ia akan menurut kebiasaan orang mencari peluang... duit digunakan untuk memberi kerja atau job kepada kroni dengan harga barangan, banner, bunting dan sebagainya, sewa dewan, makan kadangkala digandakan kerana bukan bayar dengan duit sendiri pun, dapat duit tajaan yang mungkin berpunca dari cukai orang ramai atau dana kempen politik untuk mempengaruhi orang.

Walaupun begitu kami tidak pernah menghalang pihak yang berkepentingan masuk. Dah namanya manusia ramai yang mahu mencari makan, bukan betul-betul berjuang. Yang penting jangan sampai melanggar prinsip asal HIKMAH ditubuhkan iaitu mahu mendaulatkan Melayu dan Islam. Oleh kerana kami tidak mengambil dana dari mana-mana pihak kecuali sedikit sumbangan kecil yang dibuat individu yang merasa terpanggil untuk menolong, dana yang selalunya datang tanpa dipinta, kalau ada ada, kalau tiada keluarlah duit poket sendiri maka Allah SWT gantikan apa yang kurang. Ini datang dalam bentuk pertolongan sukarelawan untuk menjayakan acara termasuk oleh para pembentang. Ada yang memiliki kerjaya profesyional tinggi yang mana bayaran biasa untuk mereka muncul bercakap di depan orang ramai pun boleh sampai beribu Ringgit satu jam. Tapi untuk bersama kami menyampaikan ilmu dan menjayakan acara mereka sanggup mengeluarkan duit poket sendiri dan mengenepikan apa-apa bentuk bayaran.

Salah satu tujuan asal HIKMAH ditubuhkan adalah agar mana-mana pihak yang memiliki kajian yang sesuai boleh menyuarakannya pada acara kami. Anda tidak perlu menjadi seorang cendekiawan hebat kerana itu adalah perkara biasa di majlis atau seminar besar tajaan pihak yang berduit. Biarkanlah mereka dengan modus operandi yang sudah berlangsung sekian lama, cara yang saya lihat jarang dapat menyentuh orang awam atau orang ramai. Kami mahu memberi peluang agar lebih ramai berkongsi buah fikiran. Yang penting anda harus berani bertanggungjawab atas apa yang dibentangkan dan sudi disoal-siasat para hadirin.

Percaya atau tidak, dalam dunia akademik seorang pemegang PhD pun kadangkala perlu membayar RM200-RM300 untuk membentangkan kertas kerja jika belum mempunyai nama. Kita yang membentangkan kita pulak kena bayar, bukan kita yang dapat bayaran. Sebab apa? Sebab untuk mendapatkan mata atau points supaya naik kedudukan dan reputasi di kalangan para akademik. Lainlah para profesor yang dah ada nama. Kalau mereka membentang memang dibayar malah boleh jadi lumayan. Maka itu tidak hairan kalau pada seminar-seminar besar kita lihat nama-nama atau muka yang sama sahaja sering berulang mengikut bidang. Tu yang ada pihak mengambil kesempatan mengadakan seminar agar boleh membuat duit dari para pengkaji yang belum memiliki nama. Apa yang sepatutnya menjadi perkongsian ilmu yang boleh menguatkan agama, bangsa dan negara cuma tinggal medan menayangkan ilmu, mendapat mata atau sekadar penganjur mendapat belanjawan di mana peruntukan yang diterima boleh digunapakai untuk memberi kerja kepada para kroni.

Alhamdulillah setakat ini HIKMAH berjaya melaksanakan setiap acara mengikut aspirasi asal. Walaupun kami juga mendapat penyertaaan para profesor juga pengkaji yang punya nama besar, kami tetap memberi peluang untuk yang lain berkongsi ilmu asal sesuai bahannya dengan tema sesuatu acara. Kami juga meneruskan polisi memberi peluang untuk sesiapa datang berniaga tanpa perlu membayar tapak, kalau harus membayar pun untuk kerusi meja yang disediakan pihak luar. Dan kami tidak pernah mengenakan bayaran kepada para peserta walaupun kami menyediakan makan pagi, tengah hari dan petang.

Kami tetap meneruskan polisi membuka acara kepada semua walaupun kepada pihak yang tidak senang atau sebulu dengan kami. Pada kami pedulikan hal itu. Semasa acara semuanya adalah tetamu yang perlu dihormati asalkan percaya pada perjuangan mahu mendaulatkan Melayu dan Islam. Semua boleh datang tanpa memaklumkan lebih awal waima untuk berniaga sekali pun. Namun ingatlah menerbitkan acara tetap memerlukan belanja. Ramai yang meminta kami mengadakannya di tempat mereka, menyangkakan kami menerima duit dari pihak tertentu sedangkan hakikatnya jauh panggang dari api.

Sesungguhnya tersilap sungguh bila ada yang mendakwa saya membuat duit dengan HIKMAH. Duit yang saya dapat adalah hasil penjualan buku sendiri, sama sahaja seperti mana-mana orang yang datang berniaga ketika acara. Saya cuma sesekali menerima sumbangan yang mana itulah digunakan untuk menampung makan, perbelanjaan logistik dan sebagainya. Selalu terjadi hasil jualan buku pula digunakan untuk 'menampal' apa yang kurang pada acara.

Namun ada masanya juga kami mendapat bantuan pihak lain yang bertindak sebagai penganjur bersama, penganjur yang merupakan persatuan berdaftar lalu mereka mendapatkan dana. Dari pengalaman ini kami dapati tidak perlu pun HIKMAH sendiri didaftarkan. Biar kami menumpukan perhatian pada pengisian ilmu sementara pihak yang berdaftar boleh mendapatkan dana mengikut saluran kebiasaan untuk menampung acara. Dengan ini biar dibuat senarai perkara yang perlu dibuat mana-mana pihak yang mahu kami bertandang ke tempat mereka.


Keperluan untuk menjayakan acara


1. Sediakan dewan, balai atau seumpama dengannya, boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100 orang.

2. Sediakan projektor dan skrin untuk pembentangan berserta rangkaian audio/sistem PA/pembesar suara. Jika dewan tertutup tidak beberapa besar menyebabkan gerai harus didirikan di luar, biar dibuat sambungan audio ke luar sehingga semua orang dapat mengikuti acara. Kalau ada projektor dan skrin lebih diletak di luar untuk memancarkan apa yang berlaku di dalam lagi cantik.

3. Sediakan tapak perniagaan percuma kerana ini memang polisi kami menurut model lama niaga zaman Nabi Muhammad SAW di Madinah. Sewa cuma boleh dikenakan ke atas penggunaan kerusi meja, payung dan sebagainya.

4. Kalau kami harus bertandang jauh di luar pengkalan kami di Lembah Klang maka sediakan tempat tidur untuk urusetia dan pihak pembentang. Tak perlu hotel mahal, berhimpit di homestay malah menumpang tidur rumah ahli dan kawan-kawan pihak pengajur tempatan pun tak menjadi masalah.

5. Sediakan makan minum pagi, tengah hari dan petang untuk peserta. Kalau tidak mampu boleh digantikan dengan mengajak orang kampung/tempatan berniaga makan

6. Tumpuan kami lebih pada perkongsian ilmu menurut tema. Ini akan diputuskan oleh saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH menurut ilham dan rasa yang bergantung pada tempat juga keadaan semasa. Persembahan kebudayaan seperti silat dan kompang adalah satu bonus, jika ada kumpulan bersedia untuk membuat persembahan sukarela. Maka itu digalakkan penganjur tempatan membawa kumpulan dari tempat sendiri untuk memeriahkan acara yang mana ia akan disusun bersama mengambil kira pembentangan ilmu sebagai keutamaan diikuti sesi atau bengkel kumpulan menurut minat yang sudah menjadi semacam identiti HIKMAH.

7. Jika ditakdirkan pihak penganjur tempatan memiliki lebih dana bolehlah diberi cenderamata kepada para pembentang. Mereka selalunya tidak mengharapkan apa-apa kerana sudah sedia maklum dengan konsep sukarelawan HIKMAH. Cuma kalau ada belanja eloklah diambil kira bahawa ada di antara mereka itu golongan profesional yang dibayar mahal semata-mata untuk bercakap kepada umum atau memberi nasihat pakar. Lepas duit minyak pun cukup. Selepas itu kalau ada lebih juga bolehlah diberi sedikit duit kopi kepada urusetia dan mereka yang datang dari luar membuat persembahan.


Yang penting adalah menjayakan acara. Maka itu perkara 1-4 WAJIB ada. Yang lain-lain boleh diabaikan jika pihak penganjur tempatan tidak mampu. Kami sudah menyediakan satu formula atau modul menerbitkan acara kesedaran/kedaulatan Melayu Islam yang boleh tahan besar dan meriah menggunakan belanjawan yang boleh dikatakan paling minimum. Tidaklah kami sesekali mahu menggunakan HIKMAH untuk membuat duit. Kami cuma merasa terpanggil untuk berjuang, selain itu kami cuma mengharapkan keredhaan Allah SWT dan syafat Nabi Muhammad SAW. Wassalam.



Tuesday, December 10, 2013

Acara ketujuh HIKMAH di Melaka 30 Nov 2013

Berita tentang filem "Darah Melayu" yang keluar dalam akhbar Harian Metro Rabu 4 Dis 2013. Sutradara Mamat Khalid dan pelakon Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Nam Ron telah hadir pada HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka lalu ditemuramah wartawan di sana. Gambar menunjukkan mereka bersama beberapa peserta acara.


HIKMAH VII muncul tanpa dirancang apabila wakil dari Koperasi Hulubalang Melayu datang menemui presiden dan pengasas HIKMAH Radzi Sapiee memintanya untuk membuat pengisian ilmu untuk acara yang mahu dianjurkan mereka. Kebetulan sutradara terkenal Mamat Khalid ada meminta Radzi agar membantu pengisian sejarah untuk filem epik "Darah Melayu" yang mahu diarahkannya. Beliau pun dibawa masuk menyertai acara di mana sesi berkumpulan atau bengkel kali ini digunakan untuk mengajak peserta memberikan buah fikiran dan maklum balas yang berguna untuk filem dari pelbagai bidang.


Persediaan untuk acara...


1. Acara ke-7 HIKMAH dan "To The Point"

2. HIKMAH VII sebagai wadah pengisi filem epik Melayu

3. Hang Tuah dan para sahabat bakal menjadi saksi

4. HIKMAH VII bersedia untuk menggegar Hang Tuah Center



Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah oleh Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)

2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad dan Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan


Acara juga boleh diikuti melalui video klip...



Monday, December 9, 2013

Video sekitar HIKMAH VII - Menghidupkan darah Melayu

Salam. Adapun sepanjang HIKMAH VII berlangsung 30 Nov pihak saya ada mengambil rakaman video. Malangnya hampir semuanya rosak akibat masalah memory card. Dari 3.12 GB rakaman HD (High Definition) yang dapat dibuat (ada ketika video tersangkut ketika rakaman) cuma 1 minit sahaja satu pembentangan dapat dibaca. Nasib baik ada peserta membuat rakaman menggunakan kamera lalu sudi menghantarnya kepada saya. Walaupun sebahagian acara sahaja dirakamnya ia sudah cukup untuk menunjukkan bahagian-bahagian penting majlis. Kita kongsikan apa yang dapat.



Tiada rakaman sesi pembukaan dikongsikan kerana masalah yang melanda. Namun feel atau rasanya boleh didapati dari video ini yang menggunakan montaj gambar-gambar dari artikel HIKMAH VII di Melaka - Satu pembukaan.



Sesi pembentangan pula memakan jumlah masa lebih 2 jam. Tetapi gabungan rakaman yang dapat dikongsikan cuma 7 minit lebih. Harap ia dapat memberi kefahaman. Sila rujuk silang dengan artikel HIKMAH VII di Melaka - Dari DNA Melayu ke Ahlul Bait dan hukum-hakam.




Nasib baik rakaman hampir penuh taklimat sesi berkumpulan diterima dari peserta. Memakan masa 35 minit ia menunjukkan sutradara Mamat Khalid bercerita tentang harapannya mahu mengarah filem epik "Darah Melayu" disusuli penerangan tambahan. Kemudian bermulalah sesi berkumpulan atau bengkel yang mahu digunakan untuk mencari pengisian filem. Sesi itu sendiri tidak dirakam namun boleh dirujuk melalui penceritaan pada artikel HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak
.



Sedikit dari banyak persembahan kebudayaan yang berlaku boleh dilihat pada klip video ini. Selamat menonton... :]


Oh. Baru teringat. Untuk HIKMAH VII saya ada menyediakan ruang sepanjang 3 jam untuk seorang pengkaji, Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia bercerita panjang lebar tentang kajian beliau mengenai asal-usul Melayu berdasarkan DNA. Namun malam sebelum acara saya dapat berita beliau masuk hospital lalu tidak dapat datang. Sebagai ganti diri saya disarankan menayangkan video menunjukkan satu pembentangan penuh yang pernah dibuat beliau.Video itu diletakkan di Youtube oleh seorang rakan tapi saya tahu semasa acara nanti saya tiada akses ke Internet.

Kawan itupun meletakkan ia ke dalam e-mail agar saya boleh memuat-turun dari mana-mana tempat yang ada Internet lalu disimpan ke dalam komputer. Tapi saiz fail pula agar besar sedangkan saya sedang sibuk bersiap untuk acara lalu tiada masa untuk menunggu muat-turun lama. Acara pun diteruskan dengan rombakan giliran pembentangan, setelah saya memberi sedikit kata-kata tentang pembentangan Zaharah. Sekarang di blogspot harus tidak ada sekatan untuk menonton video tersebut sepanjang 2 setengah jam...





Sunday, December 8, 2013

HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak

Masuk pada apa yang boleh dikatakan kemuncak acara. Bersambung dari HIKMAH VII di Melaka - Dari DNA Melayu ke Ahlul Bait dan hukum-hakam.


Ada diberitahu pada artikel HIKMAH VII sebagai wadah pengisi filem epik Melayu yang dibuat lebih sebulan lalu bahawa sesi berkumpulan acara HIKMAH kali ini akan digunakan untuk mengisi filem "Darah Melayu" yang mahu diarahkan sutradara terkenal Mamat Khalid. Hampir jam 4 petang beliau sampai ke Hang Tuah Center membawa sejumlah orang filem. Mereka pun dijemput masuk ke auditorium lalu Mamat terus membuka taklimat untuk sesi berkumpulan. Beliau menyatakan telah menyimpan harapan untuk menerbitkan dan mengarah filem epik Melayu sejak 10 tahun lalu. Tetapi setelah beberapa lama baru mendapat tajuk yang dirasakan sesuai iaitu "Darah Melayu". 


Sejak itu beliau mendapati jalan untuk mengadakan filem semakin lancar. Mamat turut memperkenalkan (duduk dari kiri) Nam Ron, Pekin Ibrahim dan Khir Rahman sebagai para pelakon utama. Nama sutradara lain seperti Aziz M. Osman, Afdlin Shauki dan Anwardi Jamil pula disebut akan terlibat sama. Saya teringat perbincangan pertama dengan Mamat tentang filem tersebut lebih 2 bulan lalu. Ini kerana ketika itu beliau menyatakan mahu mengambil barisan pelakon lain yang lebih glamour untuk membintangi filem.

Tak payahlah disebut siapakah pelakon-pelakon itu. Saya menyatakan cerita kerana menyangkakan itulah yang akan dibawa Mamat ke majlis ini. Saya teringat pernah terlihat Mamat meletakkan nama calon-calon di Facebook tetapi mendapat bantahan. Ini kerana para peminat sejarah merasakan nama-nama itu, walaupun sangat terkenal, tidak cukup kuat dan serius untuk membawa watak besar yang boleh mengangkat apa itu Melayu. Sebaliknya nama pelakon-pelakon lain diberi. Nampaknya Mamat mendengar kata-kata mereka kerana itulah dia 3 muka yang ada di pentas untuk taklimat sesi berkumpulan.

Oh. Sambil menulis ini saya bertanya pada isteri bilakah pertemuan pertama saya dengan Mamat untuk membincangkan filem berlaku kerana beliau dan anak-anak ada bersama. Kata isteri ia berlaku 12 Oktober kerana sehari selepas itu adalah ulang tahun ke-4 anak kami Muhammad al-Aminul Rasyid. Bila disemak ternyata tarikh ini benar kerana pertemuan berlaku selepas kami hadir ke satu seminar usahawan. Lihat artikel Konvensyen Inspirasi Usahawan  di blogspoCATATAN SI MERAH SILU. Masyaallah... 12.10.12 adalah tarikh HIKMAH diasaskan. Ini bermakna usahasama untuk menjayakan filem "Darah Melayu" bermula ketika HIKMAH cukup umur setahun!


Mamat kemudian membuka untuk hadirin/peserta bersoal jawab.


Setelah beberapa lama saya naik ke pentas untuk menambah penerangan. Saya terpanggil untuk menjawab satu persoalan yang nampaknya masih bermain di fikiran ramai orang - Siapakah itu sebenarnya Melayu. Selain itu memang saya perlu naik kerana mahu mengatur sesi berkumpulan. Para moderator perlu dilantik agar sesi dapat berjalan dengan lancar. Secara rata peserta diminta memilih satu dari 10 kumpulan menurut minat seperti Persilatan, Perkerisan dan Kebudayaan lalu memberikan buah fikiran dan maklum balas berupa perkara-perkara yang mahu dilihat dalam filem juga perkara-perkara yang harus dielakkan. Moderator harus memiliki kepakaran dalam bidang agar dapat membantu peserta memberikan isi yang berguna.


Isi taklimat Mamat, soal jawab juga penerangan saya tentang apa itu Melayu diikuti perlantikan moderator boleh dilihat dalam rakaman video sepanjang 35 minit yang akan diberikan nanti. Selepas itu peserta boleh beredar untuk rehat minum petang juga solat Asar. Kita beralih ke kawasan khemah...


Sambil minum mereka menikmati persembahan silat yang disediakan oleh Hulubalang Melayu.


Kelihatan di sini, dari kiri pengerusi Hulubalang, Pak Tam yang diberi tugas menjadi moderator kumpulan Persilatan dan Siasah Perang diikuti pelakon/dramatis Sharifah Haslinda (Datin Seri) yang menjadi moderator Kebudayaan/Tarian/Seni Wayang. Beliau yang lebih selesa dikenali sebagai Lynn al-Khaired datang bersama Ku Es ibni almarhum Sultan Idris Perak (paling kanan).


Selepas beberapa lama pertunjukan berjalan, pesilat diminta berhenti sebentar agar tumpuan dapat diberikan kepada sesi berkumpulan.


Kumpulan Keluarga dan Salasilah dengan moderatornya, Megat Iskandar, setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia.





Kumpulan Persilatan dan Siasah Perang. Moderatornya Pak Tam (tidak kelihatan di sini) sudah diperkenalkan.






Moderator kumpulan Kebudayaan juga telah diperkenalkan.





Tun Suzana Othman, penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu” (kanan) menjadi moderator kumpulan Kitab/Buku/Sastera.





Kumpulan Keagamaan  dikemudikan oleh Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI). Sebelum Zuhur beliau dan Tun Suzana sama-sama membuat pembentangan. Rujuk HIKMAH VII di Melaka - Dari DNA Melayu ke Ahlul Bait dan hukum-hakam.





Kumpulan Busana Tradisional dipandu oleh saudara Mass Kamal (kanan), Yang  Di-Pertua NGO bernama Armada Malaiu Malaysia. Kebetulan untuk majlis beliau menyumbangkan 4 buah hamper sebagai hadiah kepada mereka yang memakai busana terindah, menurut 4 kategori iaitu lelaki dewasa, perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.





Kumpulan Perubatan dan Pemakanan di bawah Ustaz Mahyuddin (berbaju biru memandang). Beliau yang memiliki badan warisan bernama Anjung Hikmah (nama kebetulan dekat dengan HIKMAH) di Banting, Selangor bertanggungjawab menerbitkan acara dengan pertolongan Hulubalang Melayu.


Di anjung Rumah Hang Tuah, rumah tradisional yang dijadikan pejabat untuk Hang Tuah Center satu kumpulan memilih untuk duduk atas tikar.


Ia adalah kumpulan Ketamadunan dan Kerajaan. Asalnya saya mahu Puan Zaharah yang dijadualkan membentang kertas kerja tentang DNA Melayu (rujuk HIKMAH VII di Melaka - Dari DNA Melayu ke Ahlul Bait dan hukum-hakam) menjadi moderatornya. Apabila beliau tidak dapat datang saya jadi terkial-kial juga. Siapakah yang sesuai mengambil alih tugas satu bidang yang amat besar skop pemikiran intelektualnya ini? Nasib baik ada seorang peserta berkaliber, tuan Ar. (kiranya doktor dalam bidang senibina dan arkitektur kalau tak salah) Mastor Surat (berbaju putih), ketua Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta Penyelidik Bersekutu Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia boleh menggalas tugas.


Tugas moderator Perkerisan dan Persenjataan pula saya mahu simpan untuk tokoh yang sesuai dari persatuan silat di Melaka. Apabila tokohnya tak muncul tugas diserahkan kepada Pak Long Ani dari Hulubalang Melayu (dua dari kanan gambar bawah)...





Satu meja dikhaskan untuk orang-orang filem. Mamat yang sesekali meninjau perbincangan di meja-meja lain menyambung perbincangan dengan orang-orangnya. Sambil itu kelihatan wartawan akhbar Metro (bertudung) sedang berbual dengan Nam Ron.


Campur rehat melihat orang bersilat tadi sesi berkumpulan berjalan lebih sejam. Pada jam 6 ia dihentikan dengan setiap moderator kumpulan diminta membuat kesimpulan, sebelum isi perbincangan/maklum balas yang siap tertulis dikumpulkan lalu diserahkan kepada Mamat.


Dengan tamatnya sesi berkumpulan, majlis memasuki fasa bebas. Kumpulan silat yang masih ingin membuat persembahan pun dibenarkan menyambung. Masuk Ku Ess menunjukkan buah silatnya sebelum pesilat yang lebih muda meneruskan acara.



Masuk senja ramai masih berlegar-legar di perkarangan Rumah Hang Tuah juga Rumah Hang Jebat di hadapannya. Mereka pun diajak bergambar beramai-ramai berlatarbelakangkan Rumah Hang Jebat sebelum bersurai. Dengan ini tamatlah cerita acara. Nanti akan dibuat artikel menunjukkan rakaman video pula.



HIKMAH VII di Melaka - Dari DNA Melayu ke Ahlul Bait dan hukum-hakam

Meneruskan cerita tempoh hari. Bersambung dari HIKMAH VII di Melaka - Satu pembukaan.


Hampir tengah hari. Sejumlah hadirin sedang mengikuti pembentangan di dalam auditorium.


Sebenarnya sesi pembentangan telah dimulakan sekitar 11.15 lagi. Ia juga boleh diikuti di luar kerana audio ada disalurkan ke perkarangan auditorium juga ke khemah makan.


Lihat sebentar di perkarangan...




Kembali ke dalam. Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari NGO bernama KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam) sedang memberikan dalil-dalil menunjukkan betapa pentingnya para Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW dijadikan sandaran dalam menentukan hala tuju umat Islam sejagat.


Kalau ikut rancangan asal sesi harus dimulakan jam 10.15 dengan pembentangan bertajuk  “Mengenali & Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu & Asal Usulnya” oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia. Namun baru malam sebelumnya saya mendapat tahu beliau terpaksa masuk ke hospital kerana pembedahan. Saya telah menyediakan slot sepanjang 3 jam untuk beliau bercerita panjang lebar tentang subjek tersebut, rujuk artikel Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul. Keuzuran beliau menyebabkan atur cara terpaksa diubah pada saat akhir. Ini dilakukan dengan memanjangkan sesi pembukaan (rujuk HIKMAH VII di Melaka - Satu pembukaan) diikuti waktu jamuan ringan sebelum pembentangan dimulakan 1 jam lebih lambat berbanding jadual asal.


Saya sendiri naik ke pentas menerangkan keadaan sebelum memberi sedikit rumusan tentang apa yang saya tahu mengenai isi pembentangan Zaharah, dalam tempoh sekitar 15 minit. Kemudian pembentangan bertajuk “Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah” oleh Tun Suzana Othman, penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dianjakkan agar bermula sebaik sahaja rumusan saya tamat. Pembentangan itu asalnya dijadualkan bermula 2.15 petang.  Ustaz Iqbal sebenarnya membuka pembentangan tersebut lalu bercerita panjang lebar tentang Ahlul Bait sebelum Tun Suzana (gambar atas dan bawah) menyambung lebih mendalam.




Masuk waktu Zuhur sesi ditangguh untuk peserta rehat makan tengah hari dan bersolat.




Keadaan di sekitar...





Sesi disambung jam 3 petang dengan pembentangan bertajuk "Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu" oleh Farha Muhammad dan Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru. Nur Shazwani memulakan sebelum Farha yang sama-sama pensyarah meneruskan peranan...










Selepas itu pengerusi Koperasi Hulubalang Melayu, Pak Tam dari Banting naik ke pentas memberikan sedikit kata-kata penghargaan dan sokongan. Untuk pengetahuan Hulubalang Melayu turut menjayakan acara dengan badan warisan bernama Anjung Hikmah mengatur perkara sementara HIKMAH bertanggungjawab membuat pengisian ilmu.


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.