Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, January 5, 2017

Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan?

Salam 5 Januari. Salam hari ke-5 tahun baru 2017 ini. Adapun satu gerak penulisan sempena tahun baru sebenarnya telah dimulakan apabila saya mempersembahkan artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 2 hari lepas diikuti Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017 semalam. Artikel ini akan melengkapkan gerak. Kesemuanya membentuk 3 artikel terawal di blogspot ini buat tahun 2017. Ia juga mencukupkan satu jumlah yang sangat bermakna buat saya untuk perjalanan HIKMAH. Bermakna bagaimanakah itu akan diterangkan pada penghujung artikel nanti.



Enam hari lalu iaitu sebelum Subuh pagi Sabtu 31 Disember saya telah membuat satu artikel bertajuk Fungsi lokasi acara-acara HIKMAH - Dari pusat seni ke kolej ke masjid dan makam-makam menggunakan peta di atas sebagai hiasan dan petunjuk. Peta itu memang dibuat malam sebelumnya untuk artikel tersebut, Ketika menulis artikel timbul rasa untuk meletakkan peta di Facebook berserta satu penerangan ringkas. Lalu terjadilah apa yang terpapar berikut...





OK. Saya sudah lupa pada jam berapa peta dipaparkan. Yang saya ingat peta mula dibuat selepas tengah malam ketika bertandang ke Sarang Art Hub di pekan Tanjung Malim, Perak, satu tempat makan minum dengan live band merangkap pusat seni yang diselenggarakan oleh pengarah filem terkenal tanah air, saudara Mamat Khalid. Disebabkan ada urusan kerja isteri yang memakan masa selepas jam 4 pagi baru kami sampai kembali ke rumah. Ketika itulah saya menyambung pembuatan peta. Apabila siap baru dimulakan artikel.

Tidak lama selepas peta dipaparkan di FB saya dapati Mamat adalah orang yang pertama memberikan maklum balas. Berdasarkan kata-kara iringan update yang berbunyi "Peta jangkauan acara2 HIKMAH sepanjang 4 tahun lebih lepas. Ke mana kita lagi selepas ini?" nampaknya Mamat menawarkan Sarang sebagai tempat acara HIKMAH. Tetapi saya menjawab seperti acuh tak acuh kerana tak nampak lagi bagaimana konsep tempat tersebut boleh diselarikan dengan konsep perjuangan dan perkongsian ilmu HIKMAH. Ini memandangkan ia adalah pusat seni dan hiburan yang seperti mengangkat cara seni dan muzik berasal dari Barat. Rujuk artikel-artikel berikut tentang lawatan saya ke Sarang dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU :-





Artikel Stopping by at Tanjung Malim for a rock consert di blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula harus dapat menunjukkan keadaan budaya Sarang Art Hub dengan lebih jelas.





Lewat malam itu seorang sahabat baik saya telah memberikan satu maklum balas yang mengubah sudut pandang. Komen beliau seperti kelihatan di atas rasanya merujuk pada pertemuan kami dengan Mamat di Sarang selepas mengendalikan kursus di UPSI seperti dinyatakan dalam artikel Melatih bakal guru di UPSI sebelum bersembang melepasi langit ke-7 di Sarang Art Hub. Dalam pertemuan itu Mamat ada memberitahu sedang dalam proses mendapatkan televisyen besar (90 inci kalau tak salah) untuk digunakan di Sarang. Kata beliau bila dah ada tv nanti bolehlah ditayangkan filem-filem bersifat seni di luar kebiasaan mainstream atau arus perdana lalu diadakan diskusi. Kami adalah orang terawal yang mahu diundang apabila ini berlaku.

Maklum balas sahabat itu cuma saya sedari selepas jam 9.30 pagi 1 Januari tahun baru 2017. Terus tercetus satu sudut pandang berlainan yang menyebabkan saya dapat melihat bagaimana hendak memanfaatkan konsep seni hiburan Sarang Art Hub dengan cara yang selari dengan misi mahu mendaulatkan Melayu dan Islam HIKMAH. Hal ini rasanya dibantu juga oleh nostalgia yang timbul ketika berada di Sarang lewat malam 30 membawa ke awal pagi 31 Januari itu. Pada awal artikel Tempoh masa/musim acara-acara HIKMAH - Satu kajian kes (dipersembahkan jam 1.06 pagi 31 Disember) saya ada menyebut begini :-


Ketika ini saya sedang melepak makan minum sambil mendengar live band music bersama isteri dan seorang anak juga seorang kawan isteri dan anak-anaknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim milik sutradara filem terkenal tanah air, tuan Mamat Khalid. Menggunakan wi-fi di sini gerak bercerita panjang membuat bermacam artikel demi melepaskan gerak rasa yang patut agar dapat merasa ringan untuk menyambut kedatangan tahun baru 2017 kurang 24 jam lagi diteruskan.


Untuk makluman, artikel ini ditulis sepenuhnya lalu dipersembahkan dalam blogspot ketika berada di Sarang, Pada bahagian bawah artikel saya ada menulis begini pula :-


Saya pergi membawa komputer riba dengan harapan dapat menyelesaikan lagi beberapa gerak ilham menulis dalam blogspots di celah-celah santai makan minum mendengar live band music itu. Malah tadi apabila mendengar kugiran yang mana Mamat bermain keyboard mengumandangkan aluan awal lagu Kamelia nyanyian kumpulan hard rock klasik terkenal Sweet Charity (kan? kan? Saya ingat-ingat lupa sebenarnya), saya tidak dapat menahan diri daripada pergi ke hadapan menawarkan diri untuk menyanyi. Selesai itu saya pun menyambung tulisan artikel...



Ketika melayan menyanyi  di Sarang secara spontan itu timbul rasa sebak yang amat sangat dalam hati kerana terkenangkan zaman nostalgia membesar tahun 1980an. Ketika itu saya memang seorang peminat muzik rock. Saya ada main dalam band atau kugiran bersama sejumlah kawan di Muar sebagai pemain gitar utama ataupun lead. Kalau tidak disebabkan kemudian menyambung pelajaran di kolej di Kuala Lumpur kemudian berlepas ke London untuk masuk universiti ada kemungkinan saya akan terus bermain bersama kawan-kawan lama itu sehingga dapat menerbitkan album.

Teringat juga fasa-fasa kehidupan di mana saya pernah menjadi agak keBaratan. lupa langsung hendak bersolat, tenggelam dalam dunia nafsu nafsi berseronok dengan pelbagai perkara lagho termasuk gilakan perhatian perempuan. Dalam proses hendak kembali ke pangkal jalan bertahun kemudian saya sampai sanggup berpakaian buruk, tak jaga rupa paras langsung. dan penampilan. Nak hilangkan muka romeo gatal pun makan bertahun lamanya. Sampai sanggup membodohkan diri... sehingga terasa dah tak tahu apa-apa dan tak berguna langsung dalam usaha menghilangkan ego kebanggaan diri yang kuat berakar umbi sejak sekian lama lantaran begitu bangga dengan kepandaian dan rupa paras semulajadi.

Selepas beberapa lama barulah dapat dihilangkan pelbagai perangai buruk berserta sifat keBaratan sambil mencari keMelayuan. Hasilnya adalah diri saya sekarang yang suka berbusana tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris. Tetapi akibatnya juga ada satu diri lama yang hilang. Ketika menyanyi itu terasa diri yang hilang itu kembali ingin bertaut, insyaallah dalam keadaan yang lebih positif menurut nilai-nilai murni Melayu dan Islam tanpa semberono mengikut Barat. 

Hal ini boleh diungkap melalui komen paling bawah di gambar atas. Saya copy paste sepenuhnya. Ia berbunyi begini :-


Tu le. Tadi siap boleh terbayang lagi ucapan alu2an saya macam mana. Terasnya, bagaimana saya sendiri sebagai seorang yang nak menghidupkan kembali nilai2 tradisional Melayu menangani hakikat masih ada jiwa rock kapak Deep Purple, Dio dan sebagainya. Sambil itu saya masih appreciate classical violin play oleh Nicolo Paganini, komposisi Mozart, Bach dan sebagainya. Apakah aku jadi kurang Melayu kerana masih menyayangi muzik2 Barat itu? Apakah untuk menjadi betul2 Melayu aku perlu menghadkan telinga aku pada alunan musik Asyik dan sebagainya, pandangan dihadkan pada wayang kulit, kuda kepang, persembahan silat dan sebagainya?




Maklum balas demi maklum balas menyusul dengan saya terus meluahkan ilham demi ilham bagaimana hendak mengisi acara di Sarang dalam kerangka yang sesuai. Sesekali orang lain menyampuk berkongsikan pandangan. Setelah masuk 12 lagi maklum balas ataupun komen iaitu selepas kata-kata saya terbayangkan ucapan alu-aluan, baru Mamat menyahut lagi. Komen yang diberikan menandakan beliau memang mahu satu acara HIKMAH diadakan di Sarang.

Hal ini boleh diteliti sendiri oleh anda dengan cara klik sini. Maklum-maklum balas daripada saya sengaja dibiarkan keluar secara spontan lalu diabadikan di ruangan komen supaya dapat diatur kemudian hari. Malam ini saya ingin mengaturnya di sini. Secara umum dan ringkas hasil daripada maklum-maklum balas itu saya ingin membuat pengisian sebegini :-



Nama majlis dan tema - HIKMAH Tanjung Malim : Seni dan Wayang Alam Melayu

Cadangan tajuk pembentangan dan pembentang :-

1. Tanjung Malim sebagai Satu Pusat Ilmu dan Kebudayaan - Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni audio visual lulusan PhD Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.,

2. Sajak, Puisi dan Syair untuk Menaikkan Semangat Melayu - Mohd Zahamri Nizar aktivis seni khat, pengkaji teks lama dan saudagar buku,

3. Gambus dan Ghazal Sebagai Azimat dalam Menongkah Arus Zaman - Raja Zulkarnain Yusof, presiden Pertubuhan Gambus Malaysia

4. Pergerakan Nasyid di Alam Melayu - Ustaz Mujiburrizal, penyanyi nasyid dan duta Muzium Aceh

5. Hadrah, Qasidah dan Sebagainya : Membangkitkan Kecintaan Terhadap Nabi Muhammad SAW - Zafir Zakaria, pemain dan penggerak Haqqani Maulud Ensemble 

6. Gendang Silat dan Serunai sebagai Pembangkit Jiwa Kesatria - Peniup Serunai (lupa nama sebenar), aktivis budaya dan persilatan, pemain serunai, pengarang tanjak dan penulis novel

7. Dari Studio Jalam Ampas ke era Akademi Fantasi Bagai - Sejauh Mana Nilai-nilai Melayu Diangkat - Pak Habib @ S.H.Alattas, penulis buku politik terkenal tanah air

8. Menterjemahkan Idealisma Tradisional Melayu ke Dalam Filem dan Muzik Pelbagai Genre - Mamat Khalid, Pengarah filem dan pemilik Sarang Art Hub

9. Antara keMelayuan dan KeBaratan : Luahan Jiwa Seorang Pencari Diri dan Erti - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"




Perkongsian peta di FB yang mencetuskan rancangan untuk mengadakan satu acara HIKMAH di Sarang turut menyaksikan cadangan-cadangan lain tempat muncul di ruangan komen. Antaranya adalah di Putrajaya, pusat pentadbiran negara Malaysia. Kalau ikut pada negeri-negeri di Semenanjug Malaysia cuma tinggal Perlis sahaja belum diadakan acara HIKMAH. Kalau ikut pada keseluruhan negara Malaysa, Sabah dan Sarawak juga perlu dijejaki nanti. 

Kalau mengikuti takrif kawasan yang boleh disamakan dengan negeri, Putrajaya termasuk di dalam 'negeri' yang dipanggil sebagai Wilayah Persekutuan (WP). Turut termasuk dalam WP adalah Kuala Lumpur (KL) dan Labuan, Maka itu kalau atas nama WP kami dah buat HIKMAH dah apabila melaksanakan acara di KL 2 bulan lebih  lalu. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Namun tetap disarankan juga agar dibuat acara di Putrajaya dan Labuan. selain Perlis, Sabah dan Sarawak untuk mencukupkan jangkauan HIKMAH ke seluruh Malaysia.

Melalui PM (private message) di FB pula ada yang mencadangkan agar satu majlis HIKMAH dibuat di dewan masjid Bentong. Kata pencadang dia boleh menghubungi imam masjid untuk memastikan kami mendapat tempat dan sokongan. Tapi saya menjawab untuk tahun 2017 tak kot. Sebabnya tahun 2016 sudah dua kali menyaksikan acara dibuat dalam daerah Bentong iaitu di Janda Baik dan Bukit Tinggi. Lihat Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016 dan Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016. Tetapi tak tahulah kalau Allah SWT hendak lorongkan ke situ, hujung tahun ke apa nanti.

Ruangan komen di bawah peta turut menyaksikan cadangan agar satu acara HIKMAH dibuat di Palestin sambil menunggu kemunculan Imam Al-Mahdi. Mungkin komen dibuat secara berseloroh, Namun saya jawab juga begini - Tunggu berdiri dahulu daulah sebenar Islamiah dengan panji-panji hitam di Timur (merujuk pada Alam Melayu), insyaallah kita buat di Palestin. Tadi saya cuba cari balik komen tersebut tetapi nampaknya ia telah hilang bersama jawaban saya sekali.

Secara realistik yang saya nampak berdasarkan maklum balas dan usaha-usaha yang sedang berjalan acara-acara HIKMAH untuk tahun 2017 boleh disenaraikan seperti berikut :-

1) Acara ke-20 di Aceh 19 Mac. Rujuk artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017.

2) Acara ke-21 di Istana Bandar, Jugra, Banting, Selangor bulan April, mungkin sekitar sambutan hari Isra' dan Mikhraj, mungkin juga ditolak ke sekitar hari Nisfu Syaaban bulan Mei. Rancangan untuk mengadakan acara di Jugra ada disebut dalam artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017.

3) Acara ke-22 di Sarang Art Hub, Tanjung Malim selepas hari raya Aidil Fitri, mungkin penghujung Syawal bulan Julai

Sambil itu ada yang sedang berusaha untuk membawa satu acara HIKMAH ke Perlis.





Gambar hiasan penutup: Air terjun tinggi di Gunung Stong, Dabong, Kelantan,,,


Untuk makluman ini adalah artikel ke-313 di blogspot HIKMAH. Ini adalah satu nombor yang sangat bermakna dalam perjuangan dan sejarah Islam. Ia mengingatkan pada 313 ahli tentera Islam Perang Badar melawan lalu mengalahkan lebih 1,000 tentera Mekah jahiliyah yang memiliki persediaan perang dan alatan jauh lebih hebat dan lengkap, peperangan pertama dalam sejarah Islam zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nombor ini juga boleh merujuk kepada 313 tentera Talut melawan Jalut, mukadimah kepada kenaikan Nabi Daud AS sebagai raja kerajaan Bani Israel.

Nombor 313 turut merujuk kepada jumlah keseluruhan rasul sejak zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW (yang selalu disebut 25 rasul itu adalah yang wajib kita ketahui dan hafal). Sedangkan jumlah keseluruhan nabi (semua rasul adalah nabi tapi tak semua nabi adalah rasul) mencapai 124,000 orang. Timbul pula rasa untuk menyemak kembali apakah artikel ke-313 di blogspots saya yang lain. Biar dipautkan di bawah. Ia adalah :-






Apabila melihat pautan terakhir itu menunjukkan artikel tentang Kota Johor Lama yang terletak di Kota Tinggi terfikir pula apakah saya mesti membuat satu majlis HIKMAH di sana tahun 2017? Sejak setahun dua saya memang ada terfikir tentang ini. Tahun lepas pula memang ada pihak mencadangkan acara dibawa ke Kota Tinggi lalu sedia membantu dalam hal-hal penganjuran, logistik dan sebagainya, Hmm. Kita tengok nanti Allah SWT nak lorongkan bagaimana. Selesai gerak sempena awal tahun baru ini.


Wednesday, January 4, 2017

Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017

Pada artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 yang dipersembahkan semalam ada disebut bahawa reka-reka bentuk untuk dirham cenderahati HIKMAH berserta sampulnya sudah ditunjukkan kepada sejumlah peserta HIKMAH selepas acara terakhir kami untuk tahun 2016 tamat kurang 3 minggu lalu. Lihat Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016. Beberapa hari selepas itu saya dan isteri mengadakan satu majlis makan di rumah untuk beberapa orang kawan HIKMAH. Lihat artikel Makan-makan dan gathering ad hoc kawan-kawan HIKMAH di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Hasilnya tercetus gerak untuk mengadakan acara yang dijadualkan akan membuka kalendar HIKMAH untuk tahun 2017. Biar dicopy paste update berkenaan di Facebook dengan sedikit suntingan...




Dipersembahkan pada 22 Disember 2016 jam  9:21 pagi


ACARA KE-20 HIKMAH DI ACEH 19 MAC 2017?

Salam semua. Adapun sejak selesainya acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 5 hari lalu iaitu pada 17 Disember 2016 saya belum membuat apa-apa cerita malah komen pun tentang majlis tersebut. Saya cuma share atau kongsikan gambar-gambar juga video yang diletakkan kawan-kawan di Facebook. Saya belum ada gerak mahupun mood untuk bercerita tentang majlis.

Tiba-tiba pagi ini timbul gerak untuk mengumumkan sesuatu yang melangkaui acara ke-19 HIKMAH itu. Akibat gerak yang baru muncul dalam tempoh 12 jam kebelakangan saya ingin bercakap tentang majlis HIKMAH seterusnya. Sebelum itu biar diberitahu tentang satu rancangan terdahulu...

Sebenarnya sejak 2 bulan kebelakangan saya dan pihak tertentu telah merancang untuk mengadakan acara HIKMAH seterusnya di Istana Bandar, Jugra, Selangor. Cadangnya ketika itu biar majlis diadakan awal tahun 2017, samada penghujung bulan Januari atau masuk bulan Februari. Sekitar 2-3 minggu lepas timbul rasa elok acara diadakan sesudah masuk bulan Rejab. Tarikh 1 April pun dicadangkan lalu menjadi tentatif kerana ia jatuh pada hari Sabtu pertama bulan Rejab untuk tahun 1438 Hijriah.

Semalam sahabat dari Aceh, Ustaz Mujiburrizal dan keluarga telah datang ke rumah saya lalu saya dan isteri mengadakan majlis makan-makan mengajak sekali beberapa orang rakan HIKMAH bersama. Beliau dan anak isteri kemudian bermalam di rumah kami lalu berbincang banyak perkara. Antaranya adalah kemungkinan mengadakan satu lagi acara HIKMAH di Aceh pada tahun 2017. Untuk makluman acara ke-10 HIKMAH pernah diadakan di sana 29 Mac 2014. Lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014.

Adapun kawan-kawan kami di Aceh sentiasa siap siaga untuk mengadakan majlis pada bila-bila masa saya dan isteri dapat bertandang ke sana. Isteri bercadang agar kami pergi (kami sudah banyak kali ke Aceh) pada musim cuti persekolahan pertama tahun hadapan yang dijadualkan bermula Sabtu 18 Mac sehingga Ahad 26 Mac. Melihatkan pada tempoh masa ini Ahad 19 Mac dirasakan sesuai untuk mengadakan acara. Ustaz Mujib bersetuju lalu kami terus berbincang mengenai pengisian dan sebagainya.

Memandangkan acara mahu diadakan di luar negara lagi kami rasa elok ia diumumkan awal supaya mana-mana kawan dari Malaysia juga luar Aceh yang mahu menyertai boleh mula membuat rancangan percutian dan perjalanan mereka. Lokasi majlis yang dicadangkan adalah rumah peninggalan Cut Nyak Dhien, srikandi Aceh yang gigih menentang Belanda penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi. Ia terletak sekitar 10 km ke barat Banda Aceh. Tema majlis adalah "Aceh sebagai Kunci Kebangkitan Islam dari Timur". Ketika itu sudah penghujung musim sambutan Maulidur Rasul di sana kerana secara tradisionalnya orang Aceh menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selama 100 hari.

Dengan itu, acara yang dirancang mahu diadakan di Istana Bandar, Jugra, Selangor haruslah teranjak menjadi acara ke-21 HIKMAH. Tarikh tentatif 1 April pula mungkin ditukar kepada satu tarikh lain yang lebih berdekatan dengan hari sambutan Isra' dan Mikhraj 27 Rejab. Harap semua maklum...



----------------



OK. Itu update pertama saya di FB tentang perkara ini, Malam itu saya ada membuat update kedua yang memberikan komitmen lebih konkrit tentang acara dan tarikh. Sebelum memaparkan update berkenaan saya ingin kongsikan cadangan topik pengisian yang sempat dibincangkan bersama Ustaz Mujib siang Khamis 22 Disember itu. Dibuat dalam bentuk point form ringkas, ia belum lagi dikongsikan dalam mana-mana penulisan saya kepada umum. Ini dia saya kongsikan dengan sedikit kata-kata penerangan/tambahan....





Topik/tajuk/perkara untuk Pengisian HIKMAH ke-20 di Aceh 19 Mac 2017


1. Rombongan 100 pendakwah ke Perlak : Berdirinya kerajaan Ahlul Bait di Alam Melayu - Mencakupi sejarah kedatangan awal Islam ke Aceh sejak 173 Hijriah (sejak 790 Masihi) sehingga naiknya Sultan Maulana Abdul Aziz Syah yang berketurunan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah Perlak sekitar tahun 840 M. Kerajaan ini terus berdiri sehingga tahun 1290an sebelum diserap ke dalam kerajaan Samuderap-Pasai.

2. Wasiat Nabi dalam Hikayat Raja-raja Pasai - Kemunculan kerajaan Samudera dan Pasai. Biasa disebut sekitar tahun 1260an tapi saya anggarkan sejak tahun 1240an sudah ada lalu  wasiat tersebut dijalankan. Terus berdiri sebagai Pasai sebelum jatuh ke tangan Portugis tahun 1521 kemudian Aceh menghalau Portugis lalu menyerap Pasai tahun 1524.

3. Wasiat Sultan Ali Mughayat Syah - Memerintah 1511-1530, ini adalah raja Aceh yang mengalahkan Portugis di Pasai lalu menyerapkan kerajaan itu ke dalam Aceh yang lebih besar/ Wasiat baginda katanya mengandungi 21 perkara termasuk perintah untuk orang Aceh menyambut Maulidur Rasul selama 100 hari. Mulakan tentang siapakah baginda dan kenapa wasiat tercetus

4. Tentang Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) - Sultan yang sering disebut sebagai paling hebat dan cemerlang dalam sejarah Aceh. Pada zaman pemerintahan baginda kerajaan Aceh memiliki jangkauan kekuasaan paling luas. Aceh dinyatakan sebagai satu daripada 5 kerajaan paling besar dalam dunia Islam.

5. Antara Hamzah Fansuri, Sheikh Nuruddin dan Syiah Kuala - Tentang pertembungan antara fahaman Wujudiyah  Sheikh Hamzah Fansuri dan Syuhudiah Sheikh Nuruddin al-Raniri yang berlaku 400 tahun lalu. Bagaimana pula Sheikh Abdul Rauf Singkel @ Syiah Kuala mengamankan dua pandangan yang bertentangan.

6. Hikayat Busnatus Salatin – Aceh pada zaman Sultan Iskandar Thani (1636-1641), pengganti Sultan Iskandar Muda.

7. Pesanan Nabi Khidir kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel - Tentang 8 perkara yang katanya menyangkut masa hadapan Aceh membawa hingga ke akhir zaman. Ceritakan juga zaman  pemerintahan 4 Sultanah atau raja perempuan Aceh (1641-1699) yang mana Sheikh Abdul Rauf menjadi penasihat utama negara malah katanya secara efektifnya mentadbir kerajaan.

8. Kajian Batu Nesan Aceh (beserta aktiviti-aktiviti berkenaan) - Kumpulan anak-anak muda Aceh terutama di bawah persatuan NGO MAPESA (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh) rajin membersihkan makam-makam lama dan mendirikan kembali batu-batu nesan yang tumbang lalu membuat kajian.

9. Kitab-kitab/manuskrip Aceh - Aceh memiliki banyak koleksi kitab-kitab lama yang dikarang ilmuwan serta para ulamak terdahulu.



Ini adalah topik-topik tentatif. Boleh jadi akan berlaku perubahan topik, pengurangan atau penambahan. Bagi setiap topik kami akan berusaha untuk mendapatkan orang yang cukup tahu lalu sudi membentang secara sukarela pada majlis. Insyaallah topik nombor 2 akan ditangani saya sendiri atas kapasiti presiden dan pengasas HIKMAH juga penulis siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh".Untuk makluman kisah wasiat nabi dalam hikayat ini merupakan salah satu perkara paling penting dan utama dibincangkan dalam siri novel terbitan tahun 2006-2007. Sila rujuk tentang siri pada sidebar kiri atas blogspot CATATAN SI MERAH SILU

Sekarang baru kita masuk update kedua di FB tentang rancangan mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh. Saya copy paste dengan sedikit suntingan...





Dipersembahkan pada 22 Disember 2016 jam  9:21 pagi.


RANCANGAN PERJALANAN UNTUK ACARA KE-20 HIKMAH DI ACEH 19 MAC 2017

Salam semua. Merujuk pada update saya tentang mahu mengadakan satu lagi acara HIKMAH di Aceh iaitu pada hari Ahad 19 Mac 2017 mengambil kesempatan atas cuti sekolah pertama tahun tersebut yang bermula Sabtu 18 Mac hingga Ahad 26 Mac. Lewat petang tadi saya dan isteri telah menempah tiket pergi balik ke sana mengambil kira harga terendah yang boleh didapati untuk tempoh masa sekitar itu. Oleh ini sukacita dimaklumkan kami dan anak-anak dijadualkan berada di Aceh 16-23 Mac. Sesiapa yang mahu berjalan bersama kami bolehlah menempah sendiri tiket kapal terbang untuk meliputi tempoh masa tersebut.

Sesiapa yang mahu menghadiri acara yang merupakan ke-20 atas nama HIKMAH itu bolehlah datang pada bila-bila masa asalkan dapat berada di Banda Aceh pada hari Ahad 19 Mac. Anda mempunyai 3 pilihan cara untuk sampai ke Aceh ::-


1) Ambil pesawat Air Asia terus dari KLIA ke Banda Aceh

2) Ambil pesawat Firefly dari Pulau Pinang ke Banda Aceh

3) Ambil pesawat Airasia dari KLIA ke Medan. Dari Medan boleh menaiki pesawat, bas atau apa-apa kenderaan tempatan ke Banda Aceh


Pilihlah mana-mana yang sesuai ikut rancangan perjalanan anda dan bajet. Untuk bantuan dan khidmat nasihat kawan-kawan dari Aceh juga mendapatkan penginapan, kereta sewa dan pelan perjalanan yang dapat mengisi masa anda dengan baik disarankan hubungi sahabat-sahabat HIKMAH di Aceh, ustaz Mujiburrizal (klik sini) atau saudara Fadhlan Amini (klik sini). Jumpa kita pada acara ke-19 HIKMAH.


Nota : Gambar hiasan atas diambil setelah selesai berkongsi ilmu dalam satu majlis ad hoc yang diadakan ketika saya kali terakhir menjejakkan kaki ke Aceh, 13-19 Februari 2015, Lihat artikel Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia. Ia adalah kali ke-7 saya sampai ke sana. Kali terakhir isteri dan anak-anak ikut bersama adalah pada 23-30 Mac 2014. Ketika itulah kami mengadakan acara ke-10 HIKMAH di Banda Aceh 29 Mac...




----------------



Isnin 2 Januari 2017 hampir tengah malam timbul rasa untuk membuka satu grup Whatsapp bagi mengajak sejumlah kenalan (rakyat Malaysia) turut sama ke Aceh memeriahkan acara HIKMAH. Grup juga dibuat agar dapat mengatur perjalanan sebelum dan selepas acara. Saya kongsikan pengenalan dalam Whatsapp diikuti beberapa komen selepas itu dengan sedikit suntingan. Kata-kata pengenalan dibuat lalu mula dipaparkan pada jam 12.27 tengah malam Selasa 3 Januari iaitu semalam :-


Salam semua. Maaf mengganggu. Adapun grup ini saya suruh isteri saya set up tadi. Kemudian saya add le sesiapa yang mungkin berminat. Dalam FB saya ada diberitahu insyaallah saya akan mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh pada 19 Mac 2017. Ini sudah dibincangkan  dengan kawan kami dari Aceh, Ustaz Mujiburrizal. Beliau sedia mengatur penganjuran majlis.

Saya dan isteri dah beli tiket pergi balik Aceh 16-23 Mac. Pada kami siapa-siapa kawan dari Malaysia yang ingin bersama untuk acara boleh merancang sendiri bila nak pergi dan balik. Yang penting pada hari acara 19 Mac ada di Banda Aceh. Lokasi cadangan adalah rumah peninggalan @ muzium Chut Nyak Dhien 10 km ke barat.

Pun begitu kami fikir elok juga kawan-kawan mana yang berminat boleh merancang tarik pergi balik yang mana ramai dapat bersama. Dengan cara itu mudahlah berkongsi homestay, transport dan sebagainya juga program ziarah ke mana-mana sambil menjimatkan belanja. Ustaz Mujib dan kawan-kawan kita di Aceh boleh tolong mengatur perkara. Sila berikan maklum balas..


Selepas menerima sejumlah maklum balas saya tambah lagi beberapa penerangan bermula jam 2.49 petang. Saya kongsikan dengan sedikit suntingan :-


Daripada segi travel arrangement dan kos biarlah kawan-kawan di Aceh menentukan. Saya dan isteri bukan dapat apa-apa kecuali nak pastikan acara ke-20 HIKMAH ini berjaya 19 Mac dan ada penyertaan yang memberangsangkan. Selain itu kami tetap berjalan ke sana ke mari walaupun bersendirian. Tapi kalau ada ramai kawan bersama kan lagi enak...

Adapun tarikh kami dijadualkan berada di Aceh adalah 16-23 Mac. Rancangan kami sampai aje Banda Aceh jalan dekat-dekat. 17 Mac masuk Pulau Weh/Sabang 18 Mac keluar. 19 Mac hari Ahad full day HIKMAH  Aceh. 20 atau 21 Mac dah boleh keluar Banda Aceh lagi. Cadangnya nak menghala Timur ke Langsa ziarah tempat-tempat bersejarah sepanjang jalan. 22 Mac dah mula balik kerana flight kami ke KL pagi 23 Mac

Dalam rangka perjalanan itu adalah ziarah ke makam Tun Sri Lanang di Samalanga, makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe dan makam Sultan Maulana Sayid Abdul Aziz di Perlak. Perjalanan Banda Aceh  ke Perlak kalau tanpa henti àdalah dalam 8 jam. Singgah-singgah tempat campur pergi balik harus cover sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam.

Dalam perjalanan itu ada kawan kita nak jejakkan kaki ke kampung asal ayah P.Ramlee di Cunda, Lhokseumawe. Saya pula ada satu makam tak pernah lagi ziarah iaitu makam Ratu Nur Ilah @ Nurul A"ala mangkat 1380 Masihi di Minye Tujuh. Katanya antara Perlak dan Langsa. Makam tu yang terkenal ada tertulis "Warda Rahmatullah hak ke atas Pasai dan Kedah laut dan darat".

Secara rata kami boleh pecahkan lawatan ke Aceh ini kepada 3 bahagian :-


1) Sebelum HIKMAH 16-18 Mac

2) Semasa HIĶMAH 19 Mac

3) Selepas HIKMAH 20-23 Mac


Asalnya kami nak bagitau sesiapa nak join acara HIKMAH datang aje bila-bila masa asalkan sempat join majlis 19 Mac. Tapi kalau dah kebetulan berada di Aceh dalam tempoh masa kami 16-23 Mac boleh aje join sekali ke mana-mana ikut segmen (sebelum dan/atau selepas HIKMAH). Boleh aje juga jalan sendiri-sendiri. Atau pakat dengan mana-mana kawan yang memiliki tujuan/destinasi sama...

Bila dah pakat belanja transport campur penginapan boleh tontong bagi jimàt sepakat. Itulah tujuan Whatsapp ini dibuat selain nak bagitau siapa yang berminat baik awal2 tempah tiker. Adjust sendiri le tarikh pergi dan balik yang patut untuk dapat tambang semurah yang boleh. Wassalam...





Jadual harga tiket untuk penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh dan balik sekitar acara ke-20 HIKMAH pada 19 Mac 2017. Jadual yang dilihat di website Air Asia (klik sini) beberapa sekitar setengah jam tadi menunjukkan senarai harga yang masih sama seperti yang dilihat semalam...


Saya turut mencadangkan kepada seorang sahabat agar datang ke Aceh pada hari Khamis 16 Mac, balik Isnin 20 Mac. Tiket pergi  penerbangan AirAsia dari KLIA ke Banda Aceh kalau ditempah semalam adalah RM129, balik RM120.90. Jumlah harga tiket pergi balik untuk seorang adalah RM249,90. Ini adalah paling murah dapat saya lihat untuk membuat perjalanan yang cukup bermakna sekitar acara ke-20 HIKMAH dijadualkan berlangsung di Aceh 19 Mac.

Sahabat tersebut sedang memikirkan untuk datang hari Ahad 19 Mac kembali hari Rabu 22 Mac. Saya dapati tiket untuk penerbangan pergi tarikh itu sedang berharga RM273, balik pada tarikh pilihannya pula RM210.90. Jumlah harga pergi balik seorang dah jadi RM483.90. Memang beza amat. 

Lagipun kalau pergi 16 Mac dan kembali 20 Mac boleh berjalan sekali dengan seorang kawan kami dan keluarganya yang sudah pun membeli tiket. Beliau mahu membawa keluarga menjejak kampung asal ayah P. Ramlee di Cunda, Lhokseumawe sekitar 6 jam perjalanan dari Banda Aceh. Ini tidak berapa jauh dari makam Sultan Malikussaleh, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai. Sahabat tersebut mahu ke makam maka elok juga keluar sekali dengan kawan yang mahu ke Cunda itu.

Secara rata saya berpendapat tarikh pergi Khamis 16 Mac dan kembali  Isnin 20 Mac adalah yang paling baik dan menjimatkan belanja untuk sesiapa dari Malaysia terutama sekitar Lembah Klang pergi ke Aceh bagi menyertai acara ke-20 HIKMAH. Sesungguhnya tarikh acara 19 Mac dipilih untuk mengambil kesempatan atas cuti sekolah di seluruh Malaysia bermula Sabtu 18 Mac dan berakhir Ahad 26 Mac. Kalau ada yang hendak membawa anak yang masih bersekolah pandai-pandailah adjust, Kalau Sabtu baru nak bertolak tiket dah mahal. 




Satu lagi perkara sebelum menutup cerita. Biar dimaklumkan sekali lagi bahawa lokasi cadangan acara adalah di Rumah Chut Nyak Dhien, seorang pejuang wanita yang tegar melawan penceroboham Belanda di Aceh penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi. Rumah peninggalan beliau yang telah dijadikan muzium ini terletak sekitar 10 km ke barat Banda Aceh. Saya sendiri belum berkesempatan singgah, cuma lalu di hadapan dalam perjalanan ke tempat lain menghala ke Lautan Hindi.

Rumah ini lebih kirang serupa saiz dan reka bentuknya dengan rumah tradisional Aceh di dalam kawasan Muzium Aceh di Banda Aceh. Untuk makluman acara sebelum ini Aceh diadakan di rumah dalam muzium itu, lebih tepat pada bahagian bawah rumah. Lihat balik artikel Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014. Acara di Rumah Chut Nyak Dhien juga mahu diadakan di bawah rumah.

Di atas adalah video filem Chut Nyak Dhien lakonan aktres terkenal Indonesia, Christine Hakim. Tontonlah untuk memahami cerita perjuangan hebat beliau. Insyaallah kita serap dan hidupkan kembali semangat perjuangan ini pada acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017.




Tuesday, January 3, 2017

Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017

Salam semua. Selamat tahun baru 2017. Hari ini, Selasa 3 Januari baru saya tergerak untuk kembali menulis dalam blogspot, setelah kepenatan amat akibat berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan satu gerak penulisan yang sangat intensif bermula Rabu lepas. Hal penulisan intensif yang berlaku kerana mahu melepaskan/meluahkan pelbagai perkara sebelum tahun baru muncul ada disebut dalam artikel terakhir saya untuk tahun 2016, Penegasan tentang keistimewaan dan prestij HIKMAH sebagai penutup kata-kata tahun 2016. Artikel itu menjadi semacam kemuncak dalam proses gerak kerja dan ilham yang menyaksikan saya bertungkus-lumus menyiapkan 13 buah artikel di blogspot ini berserta 12 di blogspots saya yang lain (CATATAN SI MERAH SILUBERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART))... dalam tempoh 4 hari, 28-31 Disember. Sekarang, setelah merasakan mendapat cukup rehat selain cukup tempoh 'senyap' supaya tidak terikut-ikut sangat dengan rentak kemunculan tahun baru menurut cara Barat biarlah dipersembahkan artikel pertama saya di mana-mana blogspot untuk tahun ini.




Kelihatan di atas adalah satu cadangan reka bentuk untuk cenderahati wang perak dirham yang mahu diterbitkan atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Reka bentuk ini juga reka bentuk untuk dirham berserta sampul khas dengan pandangan depan belakang telah disuakan kepada saya sekitar 2 minggu sebelum acara terakhir HIKMAH tahun 2016 untuk penilaian. Saya juga disarankan agar menunjukkannya kepada hadirin semasa acara tersebut untuk mendapatkan maklum balas. Rujuk Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016. Namun ini tidak sempat dilakukan ketika majlis. Pada malam hari selepas acara tamat baru ada kesempatan lalu sejumlah hadirin yang masih ada telah ditunjukkan reka bentuk yang ada. 



Rekabentuk-rekabentuk ini muncul setelah sebulan dua seorang sahabat aktivis dinar dan dirham HIKMAH berbincang dengan saya tentang perkara, Langkah-langkah konkrit untuk menjayakanya pula terbit selepas melaksanakan acara HIKMAH sebelum Bukit Tinggi. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016.  Sebetulnya sahabat tersebut pernah mencadangkan agar diterbikan dinar dan dirham atas nama HIKMAH sejak 2-3 tahun lalu lagi. Selepas acara di muzium baru timbul gerak rasa yang cukup kuat untuk melaksanakannya sehingga kami telah berbincang dengan seorang pemilik kilang cetak dinar dirham tentang apa yang diperlukan lalu menyatakan komitmen. 

Cuma kena ambil sedikit masa lagi untuk menetapkan reka bentuk yang terbaik buat kami. Kena ambil masa untuk menilai kembali berdasarkan maklum balas orang ramai sambil pihak kami menunggu masa paling sesuai untuk membeli cukup bekalan logam perak bagi dijadikan bahan. Untuk makluman mencetak dirham adalah satu langkah usaha kami untuk merealisikan satu daripada 10 resolusi dalam Pernyataan HIKMAH Melaka (lihat Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?). Ia adalah satu bahagian penting daripada Perkara 6 pernyataan yang berbunyi :-


6. Memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi common law dan muamalat Islam berdasarkan penggunaan dinar dan dirham mengatasi sistem ekonomi konvensyional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.


Sebelum ini bukan tidak ada orang pernah buat. Ramai pihak sudah melaksanakannya termasuk kerajaan sebuah negeri di Malaysia. Usaha juga terus berjalan agar ia dapat dibiasakan menjadi alat mualamat berjual-beli di sesetengah tempat. Tetapi terdapat halangan-halangan tertentu daripada pihak yang tidak mahu dinar dirham dihidupkan kembali sebagai matawang. Difahamkan, malah wujud akta Bank Negara kita sendiri yang menghalang dinar dirham daripada dijadikan matawang. Dalam bahasa perundangan, dihalang daripada dijadikan Legal Tender - alat tukar jual beli yang sah.

Sebab apa inii boleh berlaku? Sebab ia boleh meruntuhkan sistem matawang kertas berserta perbankan sedia ada yang sebenarnya cuma menguntungkan beberapa sahaja pihak. Percaya atau tidak paling elit antara pihak yang mendapat untung itu adalah golongan jahat yang sejak beberapa abad telah mencatur pergerakan dunia dan peristiwa-peristiwa penting termasuk dua perang dunia. Mereka inilah yang membentuk golongan Yahudi Illuminati yang berpaksikan sistem dajal. 

Orang yang celik lalu nampakbagaimana sistem kewangan sekarang sebenarnya menindas orang ramai malah menjadikan kita semua sentiasa dalam najis dosa bergelumang dengan riba' samada sedar ataupun tidak tentu faham kenapa sangat penting penggunaan matawang dinar dan dirham dihidupkan. Ia adalah tunjang ekonomi Islam sedunia sejak zaman Nabi Muhammad SAW hidup 1,400 tahun lalu tetapi berjaya diruntuhkan Barat melalui sistem kewangan kini yang diperkenalkan juga dipaksakan secara berperingkat sejak awal abad ke-20 Masihi. Pengunaan dinar dan dirham wajib dihidupkan kembali demi keadilan sejagat malah demi kebangkitan sebenar umat Islam termasuk bangsa kita Melayu. Lihat penerangan berkaitan melalui artikel-artikel berikut :-



Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu



Sebab itu hal menghidupkan kembali dinar dirham ini dimasukkan dalam resolusi kami yang dipanggil Pernyataan HIKMAH Melaka, Resolusi itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada perbincangan secara berkumpulan yang dilakukan pada penghujung dua acara terawal kami. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 dan Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Resolusi dan penerangan berkaitan kemudian membentuk pembentangan saya pada satu majlis HIKMAH hampir penghujung 2013. Lihat Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013. Ia seterusnya dipaparkan untuk tatapan umum melalui artikel Penerangan ringkas tentang Pernyataan HIKMAH Melaka.




Untuk menutup artikel ini biarlah dipaparkan kembali gambar yang menghiasi artikel lama Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan, Ditulis 4 tahun lalu ia adalah tentang rakaman televisyen menunjukkan saya dan sejumlah rakan bercakap tentang dinar dirham dan sistem ekonomi Islam. Sudah bertahun kami melaungkan ini sedangkan HIKMAH telah merangkumi 19 acara di merata Semenanjung Malaysia hingga luar negara ke Aceh. Insyaallah acaraakan dibuat lagi di Aceh tidak lama lagi tapi ini akan diceritakan dalam artikel lain. Jadi apa salahnya kami mula menerbitkan dirham sendiri?

Cuma disebabkan katanya wujud akta Bank Negara yang melarang ia dijadikan matawang, kami harus memperkenalkannya sebagai cenderahati. Maka ia jatuh sebagai barangan untuk kenang-kenangan, bukan untuk berjual beli. Namun tak salah untuk kita gunakan ia sebagai alat pertukaran barangan atas konsep barter trade sesama mereka yang sudi. Nilai sebenar yang wujud pada dirham itu sendiri disebabkan dibuat daripada perak menjadikan ia lebih utama daripada wang kertas. Malah itulah yang disarankan Nabi Muhammad SAW - bahawa matawang harus mempunyai nilai pada 'ain atau 'tubuh badannya'.

Harus dimaklumkan, untuk usaha awal kami tidak akan mengikut harga pasaran semasa untuk logam perak sebaliknya mengenakan premium berdasarkan ia adalah cenderahati yang bakal menjadi collectors item atau barangan minat pengumpul nanti. Ini kerana kami bercadang untuk memulakan dengan 1,000 keping dirham sahaja, setiap satu memiliki nombor siri. Harga boleh meningkat berdasarkan persaingan dalam merebut suatu nombor. Kalau tiada aral melintang insyaallah dirham cenderahati HIKMAH ini akan keluar di pasaran April 2017.

Untuk maklumat lanjut juga tempahan boleh hubungi sahabat yang mengatur perkara melalui Facebook sini juga e-mail QIBLAHCONSULTING@gmail.com. Sekian dipersembahkan artikel yang membuka langkah HIKMAH untuk tahun 2017. Sesungguhnya saya pernah dinasihatkan oleh seorang Sheikh muda pemimpin sekolah pondok bahawa buat masa ini langkah menghidupkan kembali penggunaan dinar dirham adalah usaha paling besar dan bermakna boleh dilakukan untuk betul-betul menaikkan kedaulatan Melayu dan Islam. Wassalam.



PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.