Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...





















Monday, August 26, 2019

Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019

Salam semua wahai para pembaca yang dimuliakan. Pada 10 Mac iaitu lima bulan setengah lalu saya ada membuat artikel bertajuk Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 lalu memberitahu tentang rancangan mahu menghidupkan kembali HIKMAH dengan mengadakan acara ke-21 kami di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh pada hari Ahad 1 September 2019 bersamaan Muharram 1441 Hijriah. Sejak itu saya tidak memberikan apa-apa maklumat baru tentang majlis di mana-mana. Saya lebih banyak menyebut tentang perjalanan pusing Sumatera yang mana acara HIKMAH terkandung dalam rancangan besar perjalanan.

Sekarang biar dikongsikan maklumat terkini dalam satu artikel. Sebelum itu biar dikongsikan perkembangan berkenaan  yang telah diceritakan di Facebook...




Adapun rancangan perjalanan yang diceritakan dalam artikel Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 dibuat berdasarkan saya dan keluarga akan sampai ke Banda Aceh dengan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur jam 10 pagi. Penyertaan pun dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk bersama. Lebih 4 bulan kemudian saya menerima makluman kami telah dialihkan ke penerbangan jam 2 petang. Dengan itu sedikit perubahan harus. 

Pada 26 Julai maklumat berkenaan dikongsikan di FB berserta panggilan akhir untuk mereka yang berminat untuk turut serta. Begini bunyinya :-



RANCANGAN PERJALANAN PUSING UTARA SUMATERA DAN ACARA HIKMAH DI ACEH 28 OGOS - 4 SEPT 2019 - LAST CALL UNTUK SESIAPA YANG MAHU TURUT SERTA

Salam pagi Jumaat 23 Zulkaedah. Sudah lama saya tidak memberikan perhatian pada perkara atas kerana kesibukan dengan hal-hal lain terutama penerbitan buku terbaru saya "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995". Sekarang sudah sampai masanya perkara mula dimuktamadkan. Ini kerana perjalanan yang dimaksudkan akan dilaksanakan sebulan sahaja lagi daripada sekarang.

Merujuk pada artikel berkenaan yang dipersembahkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU lebih 4 bulan lalu. Adapun selepas ia diwar-warkan di Facebook saya telah menerima sejumlah maklum balas daripada mereka yang berminat untuk pergi. Namun setakat ini yang saya tahu cuma 5 orang dewasa sahaja telah memberikan komitmen dengan membeli sendiri tiket penerbangan ke Banda Aceh bagi tarikh 28 Ogos dan kembali 4 Sept. Ini supaya dapat bersama saya, isteri dan 2 orang anak kecil mengembara.

Untuk makluman logistik perjalanan akan dibuat secara ad hoc berdasarkan jumlah penyertaan untuk menjimatkan belanja, bukan berdasarkan kebiasaan harga yang ditetapkan oleh travel agent. Saya akan meminta kerjasama kawan-kawan di Aceh untuk itu. Jumlah penyertaan akan menentukan jenis dan jumlah kenderaan mahu digunakan selain hal-hal lain seperti penginapan dan makan minum. Dianggarkan tidak lebih daripada RM2,000 satu kepala (tak campur tiket penerbangan) insyaallah bagi keseluruhan tempoh 8 hari 7 malam...

Cadangan saya kalau boleh biarlah dapat menumpang bermalam di sekolah-sekolah pondok, masjid dan sebagainya. Ini kerana selain mahu menjimatkan belanja kami dijangka sampai ke tempat-tempat rehat pada waktu malam, esoknya awal pagi terus bergerak untuk menyambung perjalanan kecuali pada 2 atau 3 hari terakhir di Banda Aceh.

Dengan itu saya menyeru. Sesiapa lagi yang berhajat mahu menyertai kembara sila beli sendiri tiket pergi balik kapal terbang ke Banda Aceh yang dapat meliputi tarikh perjalanan 28 Ogos hingga 4 Sept. Selepas itu beritahu saya melalui WhatsApp 013-3082131 supaya dapat bersama mengatur perkara.

Saya akan membuka ruang penyertaan ini selama 2 minggu. Pada Jumaat 2 minggu akan datang iaitu pada 9 Ogos 2019 bersamaan 8 Zulkaedah 1440 Hijriah ia akan ditutup supaya logistik perjalanan dapat dimuktamadkan. Sebagai mengakhiri pengumuman biar disenaraikan tujuan-tujuan utama pengembaraan dibuat...


1) Ziarah ke Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah bersamaan 664 Masihi (Kerajaan Srivijaya diketahui mula berkuasa di Sumatera pada tahun 683 M iaitu dekat 20 tahun kemudian). Dikatakan Barus telah dikenali dunia sejak zaman Mesir purba kerana terdapat bekalan kapur (dipanggil kapur barus) terbaik untuk pelbagai kegunaan terutama menguruskan mayat.

2) Ziarah ke tempat-tempat bersejarah terutama melibatkan kedatangan Islam sepanjang pantai barat utara Pulau Sumatera menghala ke Barus di selatan membawa ke pantai timur menghala ke Banda Aceh di utara. Banyak persinggahan akan dilakukan. Maka perjalanan agak lasak dan kurang rehat tapi harus amat memuaskan.

3) Iktikaf di kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak pada malam 1 Muharram 1441 Hijriah (siangnya Sabtu 31 Ogos). Dikatakan Kesultanan Islam Perlak diasaskan dengan naiknya sultan berketurunan Rasulullah SAW ini pada 1 Muharram 225 Hijriah iaitu 1216 tahun Qamariah yang lampau (berdasarkan bulan menurut kalender Islam)! Ini diperkirakan bersamaan tahun 840 Masihi iaitu 1159 tahun Syamsiah lalu (menurut matahari seperti digunakan kalendar Barat) .

4) Mengadakan satu acara berupa wacana ilmu atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) di kompleks makam Sultan Malikus Salleh iaitu pengasas kerajaan Samudera-Pasai pada pagi 1 Muharram 1441 bersamaan Ahad 1 Sept 2019. Acara dikira terus berjalan membawa ke Banda Aceh di mana kawan-kawan di sana sedia menyambut dengan majlis yang lebih teratur.


Nota : Tiket ke Banda Aceh sebenarnya dibeli untuk penerbangan pagi jam 10. Tetapi baru beberapa hari lalu AirAsia memaklumkan penerbangan pagi dibatalkan lalu penumpang dialih masuk ke penerbangan jam 2 petang. Harap maklum.



Lima hari kemudian dikongsikan rancangan terbaru perjalanan dari hari ke hari :-



TERBARU TENTANG RANCANGAN PERJALANAN PUSING ACEH/SUMATERA UTARA 28 OGOS - 4 SEPT

Salam awal pagi Rabu 28 Zulkaedah. Merujuk kepada rancangan tersebut yang ada diwar-warkan di Facebook 2-3 kali. Tergerak saya untuk berkongsi rancangan terbaru berdasarkan perubahan jadual penerbangan (KL-Banda Aceh Rabu 28 Ogos diubah oleh Air Asia dari 10 pagi ke 2 petang) juga persetujuan ahli rombongan (setakat ini 7 dewasa 2 kanak-kanak) untuk bermalam di masjid atau sekolah pondok.


1. Hari pertama Rabu 28 Ogos

Banda Aceh - Meulaboh (238 km)

- Menginap di masjid raya yang merupakan satu-satunya bangunan tidak diranapkan Tsunami 26 Disember 2006. Menggantikan rancangan asal Banda Aceh - Tapak Tuan (434 km)

2. Hari kedua Khamis 29 Ogos

Meulaboh - Barus (484 km)

- Persinggahan akan dibuat di Labuhan Haji diikuti Tapak Tuan kemudian makam Sheikh Hamzah Fansuri di Singkil. Bermalam Jumaat di sebuah masjid di Barus (belum dapat ilham yang mana)

3. Hari ketiga Jumaat 30 Ogos

Barus - Deli Tua (dekat Medan, 326 km)

- Persinggahan akan dibuat di Kompleks Makam Mahligai Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah (sekitar 664 Masihi). Akan masuk ke Pulau Samosir di Danau Toba sebelum naik ke Berastagi kemudian bermalam di Masjid as-Syakirin, Deli Tua

4. Hari keempat Sabtu 31 Ogos

Deli Tua - Makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah, Perlak (265 km)

Singgah ke Medan untuk lawatan ke Istana Maimoon dan masjid lama Manshun, singgah ke Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat lalu masuk ke Kampung Besilam (pusat Tariqat Naqsyabandiah-Khalidiah di bawah almarhum Sheikh Abdul Wahab), lalu di Pengkalan Brandan diikuti Temiang dan Langsa. Kalau ada kesempatan masa masuk ke Pengkalan Susu untuk melihat Teluk Haru, Pulau Kampai dan Pulau Sembilan (tambah 25 km pergi balik simpang).

Ini adalah laluan yang diceritakan dalam siri trilogi novel "Berpetulang ke Aceh" tulisan dan terbitan saya 2006-2007. Bermalam 1 Muharram 1441 Hijriah di kompleks makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah yang merajai Kesultanan Perlak bermula 1 Muharram 224 Hijriah lebih 1,000 tahun lalu.

5. Hari kelima Ahad 1 September 2019 bersamaan siang 1 Muharram 1441 Hijriah

Makam Sultan Abdul Aziz - Makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe (130 km)

Dibuat persinggahan ke makam Ratu Nurul Aqla sebelum ke makam Sultan Malikus Saleh di mana acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam) bermula selewatnya jam 10 pagi insyaallah. Boleh jadi bermalam di sekolah pondok berdekatan, boleh jadi teruskan perjalanan menghala ke Banda Aceh bergantung pada gerak dan keadaan,

6. Hari keenam Isnin 2 September

Menuju ke Banda Aceh.

Harus ada persinggahan ke makam Tun Sri Lanang di Semerlanga dan makam Daeng Mansur selepas Sigli di Pidie (Pedir). Boleh jadi bermalam di Banda Aceh, boleh jadi di satu lokasi sebelum itu.

7. Hari ketujuh Selasa 3 September

Acara ke-21 HIKMAH disambung di Banda Aceh.

Masa akan ditetapkan selewatnya waktu malam. Acara HIKMAH kali ini dikira berlangsung daripada 1 hingga 3 September, dari makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Banda Aceh (284 km). Bermalam di Banda Aceh.

8. Hari kelapan Rabu 4 September

Santai di Banda Aceh sebelum kembali ke Malaysia dengan penerbangan jam 4 petang


Sesiapa yang mahu mengikuti pengembaraan ini boleh membeli sendiri tiket pergi ke Banda Aceh 28 Ogos dan kembali 4 Sept kemudian WhatsApp saya di nombor 013-3082131. Perjalanan dibuat dengan konsep memudahkan belanja secara berkongsi kesemuanya, bukan ikut harga biasa travel agent. Insyaallah tak sampai RM2,000 satu kepala (tidak termasuk tiket penerbangan).

Atau anda boleh atur sendiri perjalanan pergi balik dan lain-lain lalu bertemu kami di makam Sultan Malikus Saleh 284 km ke tenggara Banda Aceh jam 10 pagi Ahad 1 September untuk menyertai acara ke-21 HIKMAH. Tak pun jumpa sahaja di Banda Aceh Selasa 3 September kerana acara disambung di sana selewatnya pada waktu malam...



Pada 10 Ogos satu update ringkas dibuat di FB seperti berikut :-


PANGGILAN KEMBARA KE-9 DI ACEH SEMAKIN KUAT

Salam 1 Ogos 2019 bersamaan 29 Zulkaedah 1440 Hijriah. Alhamdulillah baru siap membuat rangka penuh perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang dijadualkan berlangsung 28 Ogos hingga 4 September insyaallah. Banyak tempat-tempat baru yang belum pernah saya sendiri sampai akan dijejaki. Ia akan menjadi lawatan saya yang ke-9 ke Aceh, sejak pertama kali sampai ketika darurat perang masih berlangsung awal 2004.

Semoga akan menerima pembukaan yang memuktamadkan makna hidup ini dan arah tujuan. Semoga semua yang turut bersama juga mendapat berkat...


STANDBY - Acara ke-21 HIKMAH akan bermula di kompleks makam Sultan Malikus Saleh jam 10 pagi Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah dan berlanjutan sehingga ke Banda Aceh hari Selasa 3 September...



Ini diikuti update berikut 5 Ogos :-


PELUANG MENGEMBARA LEBIH 2,000 KM JEJAK SEJARAH PUSING ACEH DAN UTARA SUMATERA 8 HARI 7 MALAM DENGAN BELANJA KURANG RM1,500 SEORANG

Salam malam 6 Zulkaedah, Merujuk kepada posting berkenaan sebelum ini . Setelah mengambil kira pelbagai faktor saya dapati kos membuat pengembaraan selama 8 hari 7 malam ini boleh dijimatkan sehingga menjadi kurang RM1,500 seorang. Ini berdasarkan 4 malam pertama menginap di masjid dan sebagainya, 3 malam terakhir baru menginap di hotel selesa pada kadar RM150 semalam satu bilik berkongsi 2-3 orang. Syaratnya dapatkan satu kumpulan 5-7 orang supaya boleh berkongsi satu kereta Innova sepanjang tempoh 8 hari 7 malam itu dan tiket pergi balik kapal terbang beli sendiri.

Yang penting pada jam 2.40 petang Rabu 28 Ogos sudah berada di lapangan terbang Banda Aceh untuk bersama rombongan. Dan sedia bersama sehingga Rabu 4 September. Sila berikan maklum balas sesiapa yang berminat. Untuk makluman tawaran ini akan ditutup apabila masuk jam 12 tengah malam Sabtu 8 Ogos ini. Rujuk posting lama untuk butiran rancangan pengembaraan...




Sehari sebelum hari raya Aidil Adha saya menulis lagi tentang perjalanan dan acara :-


PERUTUSAN HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH TENTANG KEMBARA PUSING ACEH DAN UTARA SUMATERA JUGA ACARA KE-21 HIKMAH

Salam hari Arafah 9 Zulhijjah 1440 Hijriah. Merujuk pada update saya 2 minggu lalu tentang kembara pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019. Setelah menunggu beberapa lama didapati tidak ada penyertaan baru. Malah terpaksa dikurangkan pula satu tempat apabila ada peserta mendapat panggilan untuk mendaftar masuk ke universiti pada hari Isnin 2 September 2019.

Dengan itu bolehlah dimuktamadkan bahawa kembara ini akan disertai 6 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sahaja dari Malaysia. Namun masih ada ruang untuk sesiapa yang berminat menyertai separuh akhir kembara, cuma kena atur sendiri perjalanan.

Untuk makluman, separuh awal kembara merujuk pada permulaan dari Banda Aceh petang Rabu 28 Ogos menuju selatan ke Lamno diikuti Meulaboh. Khamis 29 Ogos bergerak ke selatan lagi menuju ke Labuhan Haji, Tapak Tuan, Singkil dan Barus. Jumaat 30 Ogos baru menaik ke utara melalui Danau Toba, Berastagi dan Deli Tua. Ketika rakyat di Malaysia sedang menyambut hari kemerdekaan Sabtu 31 Ogos kami pula akan berangkat ke Medan, Binjai, Langkat, Pengkalan Brandan, Temiang dan Langsa, Malam itu yang sudah masuk tarikh 1 Muharram 1441 Hijriah kami harus sampai ke Perlak untuk bermalam di kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz, seorang Ahlu Bait keturunan Nabi Muhammad SAW yang merajai Kesultanan Perlak bermula 1 Muharram 225 Hijriah lebih 1,000 tahun lalu!

Separuh akhir perjalanan dikira bermula daripada situ terutama pada siang Ahad 1 September. Kami dijadualkan bergerak menziarahi makam Ratu Nur'Ila di Minye Tujuh (yang katanya berkuasa ke atas Kedah dan Pasai, laut dan darat lebih 600 tahun lalu) sebelum ke kompleks makam Sultan Malikus Saleh, raja yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai hampir 800 tahun lalu. Di situlah acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) akan bermula, Acara berupa perkongsian ilmu tentang sejarah dan jati diri Melayu Islam ini akan berpanjangan sehingga ke Banda Aceh Selasa 3 September.

Sesiapa yang berminat boleh sahaja bergerak sendiri berjumpa kami di Perlak malam 1 Muharram itu atau bertemu di makam Sultan Malikus Saleh pada siangnya. Tak pun terus bertemu di Banda Aceh hari Selasa di suatu tempat yang akan diumumkan nanti. Kawan-kawan kami di Aceh boleh membantu perjalanan anda. Boleh hubungi melalui duta Muzium Aceh, Ustaz Mujiburrizal. Tinggalkan pesanan dalam FB beliau.

Pengembaraan ini ada mengulangi sedikit laluan yang diambil saya, isteri dan seorang anak tahun 2011 untuk menunjukkan tempat-tempat yang diceritakan dalam siri trilogi novel "BERPETUALANG KE ACEH" (terbit 2006-2007). Ini adalah berdasarkan kembara solo saya ke Aceh ketika darurat perang masih melanda Januari 2004. Dipautkan cerita perjalanan kami anak beranak pada 9 Zulhijjah iaitu tepat 8 tahun Hijriah yang lalu (rujuk Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Keluar pulau untuk ke Medan...



Sebelas hari kemudian iaitu pada 21 Ogos berlaku suatu perkembangan tidak menyenangkan melibatkan suasana sosio-politik negara. Ini menyebabkan saya menulis hal berikut dalam konteks yang terkait dengan perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang tentunya terkait dengan acara ke-21 HIKMAH :-



TENTANG BENDERA MALAYSIA TERBALIK - PANDUAN TINDAKAN DARI KERAJAAN AHLUL BAIT PERLAK?

Entah kenapa susah sungguh hendak tidur malam ini walau kepala dan tubuh badan sangat penat. Asyik terfikir akan hal bendera Malaysia terbalik ditunjukkan berlaku di banyak tempat oleh ramai di media sosial. Ada yang kata ini isyarat ada pihak dah gatal sangat hendak menjual. Namun ada yang berkata kalau betul pun menjual janganlah termakan umpan. Kelak keluarga kita binasa tak kiralah betapa hebat pun kita sendiri mampu berperang dan bersilat.

Saya pun berkira-kira apakah sikap yang perlu diambil kalau benar pihak anti-Melayu dan anti-Islam itu sudah kemaruk sangat hendak menjual? Melihat pada keadaan dan tempoh masa kelihatan hal bendera terbalik ini ditujukan pada sambutan hari kebangsaan akan datang 31 Ogos 2019. Sedangkan pada tarikh tersebut saya dan keluarga dijadualkan mengambil jalan darat dari Medan ke Perlak. Ia adalah sebahagian daripada pengembaraan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Kami bercadang mahu menginap di Perlak malam itu kerana menurut sejarah Kesultanan Perlak yang diterajui Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW ia mula diasaskan pada tanggal 1 Muharram 225 Hijrah iaitu sekitar tahun 840 Masihi. Menurut kalendar esoknya siang Ahad 1 September 2019 pula adalah bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah. Sebetulnya masuk sahaja Maghrib malam sebelumnya iaitu pada 31 Ogos sudah masuk 1 Muharram kerana kalendar Islam memulakan tarikh baru apabila malam menjelang. Memandangkan pada ketika itu sudah masuk tahun baru 1441 Hijriah yang nombornya terasa unik lagi bermakna saya pun teringin sangat untuk menginap malam tersebut di Perlak.

Pada tarikh 1 Muharram 1441 itu genaplah 1216 tahun Hijriah Kesultanan Perlak diasaskan (1216 - 225 iaitu tahun pengasasan). Sebelum ini saya tidak memikirkan apakah ada apa-apa perkara signifikan tentang ulang tahun ke-1216 (menurut kiraan Hijriah, kalau kiraan Gregorian Barat ia adalah bersamaan 1,178.5 tahun) Kesultanan Perlak itu. Tetapi disebabkan hal bendera Malaysia terbalik baru saya mencuba memikirkannya.

Terus nampak dengan mudah 1216 boleh dibahagikan dengan 4. Ini kerana nombor 12 di hadapan (merujuk kepada 1200) boleh dibahagi dengan 4, begitu juga 16 di belakang.

Hasilnya adalah 304. Ini pun terus nampak boleh dibahagi dengan 4 jadi 76.

76 pun boleh bahagi 4. Jadi 19...

Nombor 19 yang merupakan nombor ganjil ini sendiri ada signifikannya. Mereka yang rajin mengkaji mesti pernah dengar tentang kod 19 untuk menafsirkan makna tersembunyi di sebalik ayat-ayat Al-Quran.

Kepala pun mula ligat berfikir mencari makna dan kaitan.

1216 = 304 x 4 = 76 x 4 x 4 = 19 x 4 x 4 x 4 = 19 x 64

Hati terdetik untuk melihat apakah terjemahan Surah 19 : 64 (Surah ke-19 ayat ke-64). Ini yang saya jumpa :-

Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa."

Rasa macam tak jelas. Saya pun melihat pada terjemahan ayat seterusnya :-

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

Baru rasa jelas apakah sikap atau pendirian yang perlu diambil berkenaan hal bendera Malaysia yang terbalik itu.

Sekadar menambah - Sekali lagi, apabila masuk waktu Maghrib 31 Ogos akan datang ini maka masuklah tahun baru Islam bertarikh 1 Muharram 1441 Hijriah.

Ini boleh juga ditulis begini - 1.1.1441 - Ada 2 kali nombor 4 dan 4 kali nombor 1.

Jadi siapa yang takut nombor 4 fikir betul-betul sebelum memanjangkan dan memperhebatkan provokasi. Kami anak Melayu Islam sejati tak takut mati. Yang kami takut cuma mati tanpa menyediakan amal secukupnya untuk akhirat.

Gambar hiasan : Lawatan ke makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak tahun 2011. Saya dan isteri sudah 5 kali menziarahi makam tersebut...




Sekarang baru boleh dikongsikan perkembangan paling baru tentang acara. Kelihatan di atas poster acara yang baru dibuat petang tadi. Tema acara iaitu "Panggilan Wasiat Nabi" baru difikirkan ketika membuat poster. Ini merujuk kepada pesanan yang menurut kitab Hikayat Raja-raja Pasai ada dibuat oleh Nabi Muhammad SAW membawa kepada pengIslaman kerajaan Samudera, raja dan rakyatnya.

Raja Samudera bernama Merah Silu ditabalkan menurut cara Islam menggunakan alatan dari Mekah lalu memakai nama baru Sultan Malikus Saleh. Hikayat menyebut sebelum itu Nabi Muhammad SAW ada bersabda :-


“Sepeninggal aku telah wafat kelak,
akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”
“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,
serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”
“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu,
hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri,
bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”


Walaupun ada yang mempertikaikannya saya percaya sabda Nabi ini benar-benar wujud. Saya percaya ia adalah wasiat yang disampaikan kepada orang-orang tertentu daripada zaman ke zaman sehinggalah dimasukkan ke dalam hikayat, bukan ajaran umum yang disampaikan kepada semua lalu dapat dikumpulkan ke dalam kitab Sahih Bukhari dan sebagainya. Apapun acara HIKMAH kali ini dibuat dalam keadaan yang boleh dikatakan 100% ad hoc - nak jadi bagaimana ikutlah apa yang Allah SWT nak bahagi nanti. Biasanya saya akan mula mengatur pengisian dan tajuk-tajuk perkongsian ilmu untuk acara paling lewat 3 minggu sebelum ia berlangsung. Kali ini tema majlis pun baru dicipta tadi. Sedangkan acara akan berlangsung cuma 6 hari lagi.

Dengan ini cukuplah perkongsian terbaru tentang acara. Pada sesiapa yang hendak menyertai belum terlewat untuk bersama. Anda boleh mengatur sendiri perjalanan ke lokasi majlis iaitu Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe dari Banda Aceh di barat-laut lokasi atau Medan di selatannya. Yang penting pada jam 9 pagi Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram sudah sampai ke lokasi.

Tak pun terus ke Banda Aceh untuk bahagian majlis yang dipanjangkan hingga 3 September. Lokasi tepat akan diumumkan nanti. Saya percaya walaupun ia diadakan secara ad hoc acara ke-21 HIKMAH yang juga merupakan kali ke-3 HIKMAH diadakan di Aceh (rujuk Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 diikuti Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017) tetap akan berjaya mencapai matlamatnya. Ia berkaitan satu ramalan yang katanya pernah disampaikan seorang ulamak besar bertaraf wali. Wassalam.



PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.