Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, April 23, 2015

Mesyuarat di Chenor : Sedikit hasil muzakarah...




Merujuk pada artikel Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang" yang dipersembahkan beberapa jam lalu, saya ada menyebut begini :- 


Kami ke Chenor untuk membincangkan penganjuran acara ke-14 HIKMAH di sana 9 Mei ini. Lihat artikel HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Oh, artikel yang dibuat pada 11 Februari lalu ini merupakan kali terakhir saya menyebut tentang HIKMAH di Chenor dalam blogspot itu. Selepas itu saya memberikan tumpuan penuh untuk melaksanakan acara di Negeri Sembilan. Lihat Acara ketiga belas HIKMAH di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015

Bila segala yang perlu diceritakan tentang acara ke-13 itu selesai 12 hari lalu baru saya berkongsi perkembangan terbaru tentang acara di Chenor, itu pun setakat di Facebook. Hinggakan pertukaran tarikh daripada 2 Mei menjadi 9 Mei pun belum dikongsikan lagi di blogspot HIKMAH. Untuk pengetahuan, kawan tersebut bertindak sebagai wakil penganjur tempatan kerana memiliki ramai saudara mara di Chenor. Beliaulah yang mencadangkan agar satu acara HIKMAH dibuat di situ. Saya menerimanya apabila mendapat gerak hati bahawa selepas bertandang ke Negeri Sembilan acara HIKMAH seterusnya mesti dibuat di Pahang berdekatan aliran Sungai Pahang. Lihat artikel Acara ke-15 HIKMAH di Chenor, Pahang 2 Mei, penutup kalendar 2015... (ditulis 3 bulan lalu). Ketika itu saya menjangkakan ia akan menjadi acara terakhir HIKMAH sekurang-kurangnya untuk tahun 2015...


Adapun pengumuman penundaan tarikh daripada 2 Mei menjadi 9 Mei sebenarnya telah saya buat di FB pada 9 April iaitu tepat 2 minggu lalu. Selepas itu iaitu bermula 13 April saya berkongsi beberapa perkembangan baru melalui media itu juga terutama tentang senarai pembentangan dan tajuk yang telah diperolehi pada suatu masa.  Terkini iaitu pada 16 April tepat seminggu lalu senarai pembentangan yang sudah dapat 5 tajuk dan pembentang dalam tempoh 3 hari sebelumnya susut menjadi 4. Ini kerana seorang cucu dan waris pejuang Melayu Pahang terkenal Mat Kilau iaitu Cikgu Alhamadi memberitahu beliau tidak jadi membentang "Pengkisahan Mat Kilau" kerana baru mendapat arahan agar menghadiri program jabatan pada 9-10 Mei (beliau seorang guru). 





Slot yang tinggal 4 itu adalah seperti berikut :-


1. Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam - Pelita Di Dalam Kaca (nama pena), bekas pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis yang telah menulis beberapa buah buku

2. Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam - Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT yang turut minat mengkaji sejarah

3. Dinar, Dirham dan Pertanian Fitrah - Ahmad Afifi Sulaiman, aktivis dan pengamal dinar dan dirham

4. Amalan Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf – Pendita Azlan Ghanie, Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9


Hal ini saya nyatakan semasa mesyuarat di Chenor. Cuma dalam artikel Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang" tidak disebut apakah yang dibincangkan selain cadangan untuk membuat perarakan daripada masjid ke rumah bersejarah atau warisan selepas Asar. Mengambil kira cadangan yang saya terima sebelum mesyuarat, misalnya daripada Pendita Azlan Ghanie agar Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato Seri Wan Wahid diundang untuk berkongsi ilmu, persatuan Warisan Chenor sebagai penganjur tempatan pun bersetuju untuk mendapatkan beliau. Ini tentunya amat bersesuaian apa lagi apabila saya menyedari baru tadi bahawa Wan Wahid juga menyandang jawatan Orang Kaya Indera Pahlawan yang secara tradisionalnya berkuasa ke atas wilayah Chenor, satu antara orang besar empat Istana Pahang.





Selain itu mereka juga akan berusaha mendapatkan seorang anak Pahang untuk bercakap tentang permainan gendang sana. Sekembalinya saya ke rumah pula seorang pembentang yang dikenali sebagai Pelita Di Dalam Kaca meminta agar tajuk pembentangan beliau ditukar daripada "Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam" menjadi "Mengenal Allah Melalui Agama Purba". Mengambil kira semua hal ini bolehlah atur cara ringkas juga senarai terbaru pembentangan diletak seperti di bawah. Sebetulnya atur cara tersebut telah dibuat lebih seminggu lalu apabila saya mengeluarkan surat rasmi undangan kepada pembentang. Sekarang baru dikongsikan kepada umum. Cuma bezanya dahulu saya meletakkan Sesi Berkumpulan di mana peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan menurut minat seperti Perkerisan, Persilatan dan sebagainya untuk mengisi masa selepas Asar. Kini ia ditukar menjadi sesi perarakan ke rumah lama (rujuk artikel Rumah bersejarah (Historical house of) Chenor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART))...


ATUR CARA RINGKAS


8 - 9 : Kedatangan tetamu

9 - 10 :  Pembukaan – Ucapan-ucapan aluan dan sebagainya

10 -  12.30 - Sesi pembentangan tengah hari

Rehat makan tengah hari/Zohor

2 - 4.30  : Sesi pembentangan petang

Rehat minum petang/Asar

5.15  : Berarak ke Rumah Warisan Chenor lalu menyambung aktiviti secara lebih santai di sana. Peserta/hadirin boleh bersilat, berseloka, bermuzakarah, main panah dan sebagainya.


SENARAI PEMBENTANGAN 


1. Mengenal Allah Melalui Agama Purba - Pelita Di Dalam Kaca (nama pena), bekas pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis yang telah menulis beberapa buah buku

2. Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam - Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT yang turut minat mengkaji sejarah

3. Dinar, Dirham dan Pertanian Fitrah - Ahmad Afifi Sulaiman, aktivis dan pengamal dinar dan dirham

4. Amalan Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf – Pendita Azlan Ghanie, Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9

5. Sejarah Chenor Menurut Kaca Mata Istana Pahang - Dato Seri Wan Wahid, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang juga Orang Kaya Indera Pahlawan

6. Gendang Pahang : Semangat dan Gerak - seorang anak Pahang


Nota : Pembentangan yang mana dahulu mana kemudian belum ditetapkan. Secara rata 3 pembentangan akan mengisi sesi pagi/tengah hari dan 3 lagi pembentangan sesi petang. Setiap pembentang diberi masa 30-40 minit. Selebihnya adalah untuk soal jawab.





Selain apa yang sudah dinyatakan untuk mengisi hari Sabtu, terpulanglah bagi pihak Warisan Chenor untuk menambah apa-apa sahaja yang difikirkan perlu untuk memeriahkan lagi acara. Kalau mahu mereka boleh mengadakan karnival yang bermula lebih awal mengambil kesempatan atas Pekan Sari Chenor yang diadakan setiap Khamis. Mereka boleh meneruskan sehingga Ahad apa lagi dijangka sejumlah hadirin akan terus berada di Chenor pada hari itu untuk menikmati suasana enak persekitaran...



Mereka malah boleh memberikan nama sendiri untuk acara, cuma pihak saya sahaja yang terus mewar-warkan nama HIKMAH Chenor : Aliran Sungai Pahang mengambil kira gerak kerja kami yang sebenarnya bersambung dengan acara-acara HIKMAH terdahulu. HIKMAH Chenor ini memang bersambung pun dengan acara sebelumnya iaitu di Negeri Sembilan. Lihat Acara ketiga belas HIKMAH di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015. Untuk makluman di sana, HIKMAH menjadi pengisian dalam program lebih panjang yang dipanggil Konvensyen Anak Melayu. Formula serupa boleh diulang di Chenor.



Semoga acara terbaru HIKMAH ini dapat memberikan rasa kemeriahan, juga menaikkan semangat Melayu dan Islam orang Pahang. Oh, sedikit tentang makanan. Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH sarapan, makan tengah hari dan minum petang percuma akan disediakan yang mana ini merupakan tanggungan Warisan Chenor sebagai penganjur tempatan. Cuma untuk lauk ikan patin masak tempoyak yang dicadangkan seorang pembaca di FB saya diberitahu mereka setakat sedia menjamin hidangan tersebut untuk sejumlah orang terutama pembentang dan pihak urus setia, bukan semua orang. Ini kerana ikan patin bukannya murah. Dan menurut keadaan sekarang di mana paras air Sungai Pahang sedang menurun, ditakuti bekalan ikan patin tidak mencukupi menjelang majlis.




Secara rata saya telah meminta penganjur tempatan menyediakan makanan percuma untuk 100 orang peserta dengan keutamaan diberikan kepada tetamu luar. Untuk menampung keperluan jika muncul lebih ramai orang gerai-gerai makanan dan minuman akan dibuka. Selain itu dan seperti biasa pada setiap acara HIKMAH, mereka yang ingin berniaga dijemput berbuat begitu tanpa perlu membayar apa-apa. Kami juga membuka ruang untuk mana-mana pihak membuat persembahan silat, maulud, bergendang dan sebagainya.

Harus dinyatakan juga bahawa tarikh HIKMAH Chenor 9 Mei 2015 itu harus bersamaan 20 Rejab 1436 Hijriah. Ini adalah seminggu sebelum sambutan Hari Israq dan Mikhraj 27 Rejab. Maka itu apalah salah menyambut hari atau lebih tepat, malam penuh berkat dan keajaiban itu di Chenor? Mungkin ini boleh diadakan dengan bacaan tahlil, juga sedikit pengkisahan di rumah warisan kalau tidak pun di mana-mana masjid berdekatan.


Wednesday, April 22, 2015

Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang"

Salam semua. Adapun beberapa minit lalu saya telah menyiapkan satu artikel baru di blogspot CATATAN SI MERAH SILU untuk menunjukkan satu perjalanan ke Pahang yang dibuat Ahad hingga Isnin (malah membawa sehingga pagi Selasa sebenarnya) demi menjayakan penganjuran acara ke-14 HIKMAH. Fikir saya ia mahu disiarkan di situ sahaja, selepas itu baru dibuat satu artikel berkenaan di blogspot ini. Kemudian timbul rasa biarlah artikel dikongsikan di sini juga. Ini dia...


------------------


Pada penghujung artikel Bermalam di Kampung Tauhid - Berkhemah bersama isteri dan anak-anak yang dibuat 12 jam tadi saya menyebut harus keluar dari hutan belakang Sri Gombak sebelum tengah hari kerana ada komitmen lain di Pahang. Ini ceritanya...



Tengah hari Ahad 19 April 2015, isteri menurunkan saya di masjid berhadapan Medan Batu Caves sebelum berlepas ke Rawang bersama anak-anak. Saya berehat sehingga masuk waku Zuhur lalu bersolat berjemaah sebelum meninggalkan masjid menghala ke Batu Caves.




Saya telah berjanji dengan seorang kawan akan berjumpa di kedai hadapan Lebuh Raya MRII di Sri Gombak sekitar jam 5 petang. Sementara itu saya pun berjalan-jalan di sekitar.




Selepas jam 6.40 baru kawan tersebut muncul. Rupa-rupanya dia ada banyak kerja yang perlu disiapkan kemudian harus mengharungi kesesakan lalu lintas untuk sampai ke Sri Gombak dari Kota Damansara. Yang penting beliau berpegang pada janji untuk membawa saya ke Chenor, Pahang. Dalam kelebatan hujan lewat petang, kereta membelah jalan masuk ke Lebuh Raya Karak.




Kami ke Chenor untuk membincangkan penganjuran acara ke-14 HIKMAH di sana 9 Mei ini. Lihat artikel HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Oh, artikel yang dibuat pada 11 Februari lalu ini merupakan kali terakhir saya menyebut tentang HIKMAH di Chenor dalam blogspot itu. Selepas itu saya memberikan tumpuan penuh untuk melaksanakan acara di Negeri Sembilan. Lihat Acara ketiga belas HIKMAH di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015

Bila segala yang perlu diceritakan tentang acara ke-13 itu selesai 12 hari lalu baru saya berkongsi perkembangan terbaru tentang acara di Chenor, itu pun setakat di Facebook. Hinggakan pertukaran tarikh daripada 2 Mei menjadi 9 Mei pun belum dikongsikan lagi di blogspot HIKMAH. Untuk pengetahuan, kawan tersebut bertindak sebagai wakil penganjur tempatan kerana memiliki ramai saudara mara di Chenor. Beliaulah yang mencadangkan agar satu acara HIKMAH dibuat di situ. Saya menerimanya apabila mendapat gerak hati bahawa selepas bertandang ke Negeri Sembilan acara HIKMAH seterusnya mesti dibuat di Pahang berdekatan aliran Sungai Pahang. Lihat artikel Acara ke-15 HIKMAH di Chenor, Pahang 2 Mei, penutup kalendar 2015... (ditulis 3 bulan lalu). Ketika itu saya menjangkakan ia akan menjadi acara terakhir HIKMAH sekurang-kurangnya untuk tahun 2015...




Kami bermalam di rumah ibu bapa kawan tersebut di Felda Jenderak dekat Kuala Krau. Pagi Isnin pula harus ke Temerloh terlebih dahulu kerana beliau ada satu urusan melibatkan keluarga yang perlu diselesaikan.







Sementara beliau menyelesaikan urusan saya berjalan-jalan di bandar Temerloh.




Pergi ke masjid jamek berehat sehingga masuk waktu Zuhur lalu bersolat jemaah. Ketika itulah saya dihubungi oleh seorang kawan yang baru dikenali lalu beliau datang untuk membawa saya berjalan-jalan.




Kawan baru ini diperkenalkan kepada saya malam sebelumnya. Sebetulnya sebelum bermalam di Jenderak saya telah terlebih dahulu dibawa ke rumah kawan baru itu untuk ditunjukkan sejumlah barangan lama milik beliau yang bersifat mistik. Cerita punya cerita tengok-tengok kawan baru itu kenal beberapa orang kawan saya yang pernah mengaji bab keTuhanan dan rahsia roh daripada beberapa orang manusia pelik yang dipercayai sebagai manusia jenis mati hidup balik mati hidup balik. Banyaklah kami bercerita dan berkongsi rasa sehingga tanpa diajak mahupun dirancang kawan baru itu sanggup menunggu lebih sejam di bandar Temerloh tengah hari Isnin semata-mata untuk berjumpa dan membawa saya berjalan.

Beliau membawa bersama seorang lagi kawan yang sealiran. Satu perkara menarik sempat diperhatikan ketika menuju ke luar bandar Temerloh adalah paras Sungai Pahang sedang menurun agak teruk sehingga kelihatan pasir di kiri kanan sungai. Saya telah pergi ke Temerloh tidak kurang 5 kali, lebih 10 kali pun mungkin ada. Tetapi inilah kali pertama saya dapat melihat pasir sungai di sekitar ini. Walhal baru beberapa bulan lalu Pahang dilanda banjir teruk dengan air Sungai Pahang meningkat begitu tinggi sehingga merosakkan banyak infrastruktur termasuk papan gergasi yang membentuk nama Temerloh seperti kelihatan di atas...




Sebelum pergi lebih jauh mereka membawa  saya makan tengah hari di satu tempat (saya pekena ikan patin gulai tempoyak). Kawan sealiran yang dibawa bersama membuka bab keTuhanan dan perjalanan roh, kawan dikenali malam sebelumnya lebih banyak memerhati dan mengangguk. Selepas itu mereka membawa saya menziarahi beberapa makam lama di sekitar Temerloh. Menariknya pemilik makam dikatakan terkait dengan Sultan Malikus Saleh di Aceh (lebih tepat di Samudera Pasai). Lihat artikel Beberapa kubur lama di Temerloh (Some old tombs in Temerloh) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Hampir waktu Asar baru kawan yang membawa ke Temerloh selesai urusan lalu kami berjumpa di masjid. Selepas solat kami pun bergerak ke Chenor.







Jarak perjalanan dari Temerloh ke simpang masuk Chenor adalah sekitar 22 km menghala ke timur. 



Ambil simpang dan masuk sekitar 5 km ke selatan, sampailah ke Chenor atau lebih tepat, pekan lama Chenor...




Tempat pertama disinggahi adalah masjid lama pekan Chenor, dipanggil Masjid Warisan Kampung Chenor.




Di sinilah acara mahu diadakan 9 Mei nanti. Saya mendapati ia cukup luas dan sesuai untuk menampung keperluan peserta dan majlis. Lihat artikel Masjid Warisan (Heritage mosque of) Kampung Chenor, Pahang.




Selepas itu baru ke pusat pekan 200 meter ke utara untuk bertemu dengan seorang bapa saudara kawan yang memimpin persatuan anak tempatan dipanggil Warisan Chenor.




Ke kanan atau timur barisan kedai-kedai lama yang membentuk pekan kelihatan pemandangan menarik Sungai Pahang.




Kami berbincang dan bermesyuarat di pondok tepian sungai. Suasana terasa begitu damai, cocok dengan tema atau tajuk HIKMAH kali ini iaitu Aliran Sungai Pahang. Lihat artikel Quaint views of Pahang river at Chenor di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Sambil itu anak-anak buah bapa saudara tersebut bermain gendang di serambi bawah.




Petang sedikit saya diajak berjalan kaki 200 meter ke utara untuk melihat sebuah rumah lama. Bapa saudara kawan sebenarnya ingin mencadangkan agar HIKMAH Chenor diadakan di rumah tersebut. Lihat Rumah bersejarah (Historical house of) Chenor. Namun saya dapati sokongan infrastukturnya kurang sesuai untuk mengadakan majlis penuh. Namun ia tetap boleh dimanfaatkan sebagai tempat untuk bersilat, bersantai dan selepas selesai bahagian utama acara. Oleh itu dicadangkan hadirin/peserta berarak selepas Asar ke situ, berjalan kaki dari masjid sekitar 400 meter berbusana tradisional Melayu, berkeris, bersampin dan bertanjak menghilir aliran Sungai Pahang. Tentu menarik....




Oh. Seberang Sungai Pahang ada satu masjid lama yang boleh kelihatan dengan terang dari pondok tadi. Fikir saya selesai mesyuarat nanti mahu bertandang lalu mengambil gambar.




Cuma mesyuarat terlajak sampai matahari terbenam. Hampir waktu Isyak baru bertandang ke masjid tersebut. Lihat Masjid (mosque of) Kampung Pantai, Chenor...


Friday, April 10, 2015

Acara ketiga belas HIKMAH di Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015



Acara yang diadakan di Seri Menanti ini asalnya mahu diadakan selepas HIKMAH bertandang ke Beruas penghujung Februari 2015. Tetapi HIKMAH Beruas kemudian ditangguh ke bulan Jun lalu HIKMAH Seri Menanti mengambil tempatnya sebagai acara ke-13. Diadakan di Ladang Alam Warisan, satu tempat yang memiliki lapangan menunggang kuda juga memanah jarak jauh ia diadakan atas saranan GPMS (Gabung Pelajar Melayu Semenanjung) bagi UiTM (Universiti Teknologi Mara). Mereka mahu mengadakan satu acara belia dan HIKMAH diminta memberi pengisian ilmu. Maka itu diadakan Konvensyen Anak Melayu 3-5 April 2015 khusus untuk pelajar dengan HIKMAH Seri Menanti menjadi bahagian utama memenuhi aktiviti siang Sabtu 4 April. Walaupun peserta luar iaitu bukan pelajar turut mengambil bahagian sepertimana pada acara-acara HIKMAH sebelum ini, fokus lebih banyak diberikan terhadap pengisian ilmu untuk pelajar. Sesi berkumpulan pula menyaksikan peserta terutama pelajar bersama memberi maklum balas untuk projek dokumentari 13 episod sepanjang sejam setiap satu yang dipanggil "Daulah Melayu". Presiden dan pengasas HIKMAH, saudara Radzi Sapiee merupakan penyelidik dan hos untuk projek.


Persediaan untuk acara...


1. Dari Lembah Bujang ke Beruas ke Seri Menanti - 3 acara terawal HIKMAH untuk tahun 2015

2. HIKMAH Beruas ditunda ke 6 Jun menjadi acara ke-15 dan terakhir, HIKMAH Seri Menanti ganti menjadi acara ke-13

3. Pembentangan untuk HIKMAH Seri Menanti

4. Mengangkat Daulah Melayu pada HIKMAH Seri Menanti 4 April ini

5. HIKMAH Seri Menanti - Bersedia untuk membuka laluan lama

6. Tentang rancangan "Daulah Melayu" dan atur cara terbaru HIKMAH Seri Menanti

7. HIKMAH Seri Menanti - Langkasuka dan persediaan malam hari


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH Seri Menanti - Antara hamba dan tuan hamba

2. HIKMAH Seri Menanti - Dinar dirham, pedang Zulfiqar dan fitnah Dajjal

3. HIKMAH Seri Menanti - Teknologi Melayu, sejarah orang Minang dan pembukaan laluan lama

4. HIKMAH Seri Menanti - Mengisi "Daulah Melayu" sambil mengalakkan anak muda berani bersuara


Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham

2. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat

3. Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia -  Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)

4. Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan - Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka

5. Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti - oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan

6. Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...


1. Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?

2. Jalan Penarikan - Membuka Laluan Lama

3. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua

4. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan

5. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Tempat keluar panji-panji hitam dari Timur?

Nota : Tajuk 1 adalah paparan lama daripada acara pertama dan kedua HIKMAH tetapi digunapakai kembali pada HIKMAH ke-13. Tajuk 3-5 adalah pembentangan daripada acara ke-11 HIKMAH yang dipersembahkan kembali pada malam selepas HIKMAH Seri Menanti secara rasminya tamat.


Acara susulan atau ada kena-mengena...


1. HIKMAH Seri Menanti - Malam yang istimewa untuk pelajar



Thursday, April 9, 2015

Jalan Penarikan - Membuka Laluan Lama

Salam semua. Hari ini 9 April 2015 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1436 molek sungguh rasanya dibuat artikel ke-191 di blogspot ini. Cerita-cerita tentang apa yang berlaku sekitar majlis HIKMAH Seri Menanti sudah pun siap disajikan beberapa hari kebelakangan sehingga jumlah artikel di sini mencapai 190. Sekarang sampai giliran untuk berkongsi lebih lanjut isi pembentangan majlis.

Pada artikel HIKMAH Seri Menanti - Dinar dirham, pedang Zulfiqar dan fitnah Dajjal telah disebut bahawa 2 pembentangan terawal dibuat berdasarkan pembentangan serupa yang pernah disajikan pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012. Malah kedua-duanya turut dibentangkan pada acara kedua di Melaka 25 Nov iaitu 3 minggu selepas itu. Oleh itu pembentangan pertama Sabtu lalu boleh diikuti melalui artikel lama Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?. Untuk pembentangan kedua pula saya tidak pernah memiliki slaid penuh lalu tidak membuat artikel khas tentangnya. Tetapi sedikit sebanyak cerita boleh diikuti melalui artikel lama HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik!.

Pembentangan-pembentangan lain hari Sabtu juga saya tidak miliki slaid penuh dan bukan hak saya untuk menyiarkannya., Maka itu kita terus pergi kepada pembentangan terakhir majlis, pembentangan yang dibuat oleh saya. Oh, kata-kata pembukaan di atas mula ditulis pada jam 9.55 pagi. Memang kena sangatlah itu artikel ke 191 dimulakan jam 9.55 pada 9 April bersamaan 19 Jamadil Akhir, 5 hari selepas acara selesai 4 April...


Pembentangan diberi tajuk "Jalan Penarikan - Membuka Laluan Lama". Adapun "Membuka Laluan Lama" itu adalah tajuk untuk acara HIKMAH kali ini, HIKMAH Seri Menanti yang merupakan acara ke-13 daripada kami.



Apakah yang dimaksudkan dengan laluan lama? Apa pula yang dibuka? Sebetulnya dalam konteks majlis ia membawa dua makna. Satu adalah laluan lama ilmu kerana kami memaparkan 2 kertas kerja yang pernah menyerikan 2 acara terawal HIKMAH 2 setengah tahun lalu. Mengulanginya pada majlis ini adalah seperti membuka laluan lama. Kami buat ini kerana terdapat lebih 100 pelajar universiti menyertai majlis di Seri Menanti, mereka-mereka yang tidak pernah datang ke mana-mana majlis HIKMAH sebelum ini lalu harus dibuka pengenalan tentang misi kami.

Kedua adalah laluan lama yang wujud tidak jauh daripada Seri Menanti. Perhatikan peta di atas, semasa majlis saya boleh menunjukkan dengan anak panah cursor atau bangkit ke hadapan skrin lalu menunjukkan lokasi dengan jari. Slaid ini tidak ditanda tetapi cukup terang boleh kelihatan nama Seri Menanti di bawah kiri. Kalau tak terang boleh buka dalam Windows baru lalu mendapat paparan saiz penuh. Ke kanan sedikit daripada tempat yang kelihatan nama Seri Menanti itu adalah lokasi majlis iaitu di Ladang Alam Warisan.

Adapun dalam kawasan ladang terdapat Sungai Seri Menanti yang airnya mengalir masuk ke Sungai Muar. Maka itu orang dahulukala biasa masuk ke Seri Menanti melalui laluan Sungai Muar. Saya malah diberitahu oleh ibu kepada pemilik ladang bahawa nenek moyang mereka yang berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera masuk mengikut laluan ini. Tetapi mereka telah 'terlajak' dahulu ke Pahang sebelum datang ke Seri Menanti, maka itu suku kaum mereka dikenali sebagai Seri Lemak Pahang (Seri Lemak itu katanya merujuk pada tempat asal suku di sekitar Pagar Ruyung).

Bagaimana pula boleh terlajak ke Pahang? Nah. Sekarang baru kita boleh masuk ke bahagian utama laluan lama. Tumpukan perhatian pada kanan atas peta di mana kelihatan tempat atau lebih tepat, bandar bernama Bahau. Ke kiri sediki ada Kampung Jambu Lapan...


Zoom in ke kawasan tersebut. Nampak  tak nama Kampung Jambu Lapan? Di kirinya ada Kampung Jempol. Ke bawah ada ditanda nama Sungai Muar. Sungai Muar ini mengalir melalui Kampung Jempol. Di situ ada pertemuan Sungai Jempol dengan Sungai Muar. Sungai Jempol pula melalui kawasan ke utara jalan yang kelihatan. Ke utara lagi kelihatan sungai lain iaitu Sungai Serting, sungai yang airnya mengalir masuk ke Sungai Bera kemudian Sungai Pahang...


Sambungan dari Sungai Muar masuk ke Sungai Jempol, dari Sungai Jempol mendekati Sungai Serting (ada jarak terdekat sekitar 300 meter atas darat antara kedua sungai itu), dari Sungai Serting masuk ke Sungai Bera lalu ke Sungai Pahang inilah membentuk satu laluan lama yang sering digunakan untuk bergerak dari Pantai Barat Semenanjung ke Pantai Timur dan sebaliknya. Pada bahagian 300 meter atas darat itu kapal ditarik, kalau tak salah dengan cara meletakkan balak bawah kapal agar ia boleh ditarik dengan lebih lancar, Maka laluan ini dikenali sebagai Jalan Penarikan...


Menariknya ada peta lama malah menggambarkan Sungai Muar terus bersambung dengan Sungai Pahang sehingga Semenanjung putus di bahagian berkaitan! Apakah itu keadaan muka bumi di sini pada suatu waktu yang lampau? Tak mustahil. Cuma setakat saya baca dalam sejarah yang diketahui orang kapal perlu ditarik atas darat antara Sungai Jempol dan Sungai Serting.


Ini adalah peta yang dibuat untuk buku ke-7 saya "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah". Tempat-tempat atau komponen penting laluan telah ditandakan dengan terang. Buku ini mengandungi banyak maklumat bergambar tentang tempat-tempat bersejarah. Sila lihat artikel-artikel lama Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.
.


Adapun saya sudah sampai ke tempat-tempat ini beberapa kali. Sekarang biarlah ditunjukkan tempat-tempat dengan lebih dekat. Biar digunakan gambar-gambar daripada lawatan pertama saya ke Jalan Penarikan awal 2008. Ketika itu saya baru memulakan satu perjalanan pusing sepertiga Semenanjung. Dari Kuala Lumpur pergi ke kawasan ini di Negeri Sembilan kemudian baru masuk Pahang lalu naik ke Terengganu dan Kelantan. Ia adalah komponen ketiga daripada pengembaraan seluruh Semenanjung yang dibuat selepas selesai menyajikan 3 buka pertama saya, siri trilogi "Berpetualang ke Aceh" (terbit Jun 2006 - November 2007). 

Sila rujuk sidebar kiri blogspot CATATAN SI MERAH SILU, scroll ke bahagian tengah, cari tajuk "Siri pengembaraan setelah trilogi siri BKA siap disajikan...". Tersenarai di bawahnya beberapa artikel di bawah tajuk kecil "Bahagian selatan (Johor)" diikuti "Bahagian Utara (Kedah dan Perak)" kemudian baru "Bahagian Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan tapi bermula di Negeri Sembilan!)". Di bahagian terakhir itulah ada cerita tentang perjalanan ke Jalan Penarikan awal 2008. Ketika itu saya sudah bertahun selalu menaiki kenderaan awam atau hitchike menumpang kenderaan orang.

Sebetulnya saya sampai ke kawasan ini lewat malam lalu mula meneroka persekitaran Tetapi bila siang baru dapat diambil gambar sambil mengulang perjalanan dan masuk lebih dalam. Kelihatan di papan tanda sebelah pintu gerbang Kampung Jambu Lapan lukisan ringkas laluan Jalan Penarikan. Pintu gerbang boleh kelihatan ke selatan tepi jalan utama Kuala Pilah ke Bahau.


Masuk ke dalam kampung sekitar 1-2 km lalu kelihatanlah replika keris besar dengan papan maklumat...



Menariknya, diberitahu bahawa kawasan persekitaran yang dipanggil Jempol diterokai oleh 9 keluarga daripada Pasai (terletak dalam Aceh sekarang) diketuai seseorang yang dikenali sebagai Datuk Sempedang. Oh, ketika masuk waktu malam saya telah bertemu sekumpulan pemancing lalu diperkenalkan dengan ketua kampung berdekatan. Ketua kampung memberitahu 9 orang keluarga itu datang selepas berlaku peristiwa ombak besar Tsunami yang meranapkan kampung halaman mereka.

Peristiwa ini katanya berlaku sebelum Kesultanan Melayu Melaka muncul (merujuk pada kiraan lama Melaka berdiri tahun 1400an, sedangkan tahun 2010 iaitu lebih 2 tahun selepas perbualan ini kerajaan negeri Melaka mengisytiharkan ia diasaskan tahun 1262 iaitu berdasarkan kiraan baru). Dia menambah, sebenarnya yang berhijrah dari Pasai  itu lebih ramai keluarga. Tetapi ada yang memilih untuk turun lebih awal sepanjang laluan Sungai Muar lalu membuka penempatan lain. 


Pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol. Yang dikiri itu Sungai Muar.


Dari situ saya menghala ke utara melepasi ladang kelapa sawit menyusuri Sungai Jempol (ke kiri luar gambar).


Kelihatan jambatan menyerangi sungai, jambatan jalan utama Kuala Pilah ke Bahau.


Di seberang jalan kelihatan masjid ini, kalau tak salah ingatan Masjid Jamek Jempol.  Di situlah saya bermalam sebelum membuat perjalanan siang hari.


Sungai Jempol mengalir melalui sisi timur masjid. Untuk mengikuti laluan saya harus melepasi satu taman perumahan di barat masjid  lalu sampai ke tanah perkuburan ini.


Selepas kubur kelihatanlah Istana Serting yang kalau tak salah dibina atas laluan darat tempat kapal ditarik 300 meter dari Sungai Jempol ke Sungai Serting. Gambar ini menunjukkan pagar istana di kanan. Untuk mengikuti jalan kapal ditarik saya tidak boleh masuk istana tetapi boleh menyusuri sedekat mungkin melalui tepian pagar.

Masuklah saya ke dalam ladang kelapa sawit diikuti hutan belukar.





Selepas beberapa lama terjumpalah Sungai Serting. Baru terasa puas hati kerana telah dapat menyusuri laluan ini dengan berjalan kaki sejauh mungkin. Selepas itu saya pun mengorak langkah ke Bahau kemudian masuk ke negeri Pahang menaiki kenderaan awam. Perjalanan diteruskan hingga ke Pekan yang terletak di Sungai Pahang, jadi memang saya betul-betul menyusuri Jalan Penarikan walau tidak melalui sungai.

Sebetulnya semasa majlis saya juga berkongsi beberapa pengalaman, antaranya terjumpa kubur-kubur lama yang dipercayai milik tentera Siam yang pernah menyerang Melaka melalui jalan ini. Saya juga menceritakan tentang seorang manusia pelik yang ditemui di tepian kubur (kubur yang kelihatan pada gambar sebelum ini) tengah malam ketika keluar dari masjid tempat menginap akibat tidak sabar mahu melihat persekitaran. Apakah orang itu sebenarnya hantu Siam? Turut diceritakan adalah satu mimpi lama yang berlaku sekitar 10 tahun sebelum pertama kali sampai ke Jalan Penarikan. Apapun semua ini boleh dibaca dalam penulisan lama saya. Sila masuk artikel-artikel berikut :-






OK. Kita lihat balik peta besar yang menunjukkan laluan Jalan Penarikan. Yang terang komponen utama laluan adalah Sungai Muar dan Sungai Pahang. Semasa ceramah saya mencadangkan agar hadirin masuk ke blogspot berbahasa Inggeris saya, BERPETUALANG KE ACEH untuk rujukan. Pada sidebar kanan, ke bawah sedikit daripada atas ada segmen bertajuk "Fascination with rivers". Ada ditunjukkan peta Semenanjung dengan 33 sungai utama pilihan ditanda diikuti artikel-artikel menunjukkan gambar-gambar sungai daripada beberapa sudut dan tempat dengan sedikit ulasan. Ini dibuat menggunakan gambar-gambar yang saya ambil sendiri di lokasi. Setiap senarai menurut sungai dimulakan daripada bahagian paling hulu pernah saya capai sehingga ke kuala sungai.

Untuk Sungai Muar sahaja ada 25 artikel (saya mungkin sudah terlajak menysebut 30 artikel ketika pembentangan), untuk Sungai Pahang ada 22. Anda boleh lihat rupa sungai daripada pelbagai sudut dan tempat. Padankan sendiri yang mana termasuk di dalam Jalan Penarikan. Di sini biar dicopy paste links untuk artikel-artikel tersebut...


Sungai Muar



























Sungai Pahang
























Cukuplah ya artikel ke-191 ini. Sekian terima kasih, Wassalam. :]


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.