Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


------------------------

Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).

Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun. Selepas acara pertama di Shah Alam 4 Nov 2012 pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat satu sahaja lagi acara iaitu pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.

Tulisan tambahan 25 Julai 2013 dibuat dalam keadaan agak mencabar, ketika acara ke-5 HIKMAH di Terengganu tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk berlangsung. Ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu.


Nota lagi : Ditulis selepas HIKMAH Terengganu selamat dilangsungkan 5-8 Jun...

HIKMAH Terengganu dilangsungkan dalam keadaan Radzi baru seminggu menerima pembedahan masuk besi dalam kaki sambil memperbetulkan hal pertumbuhan tulang tidak sekata yang berlaku dalam tempoh sebelum lebih sebelum itu. Selepas itu. pada kala beliau dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau terasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.

Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...



















Video sekitar acara sulung kami,
"Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah















Video acara lain HIKMAH boleh dilihat di sini...






Notis (dibuat 3 Disember 2015) : Mulai hari ini tak perlulah dikongsikan video juga pautan selain untuk 10 acara terawal HIKMAH. Begitu juga gambar-gambar di sidebar kanan dan senarai tajuk-tajuk pembentangan di bahagian bawah blogspot. Untuk mengikuti cerita tentang acara-acara HIKMAH selepas itu cukuplah melalui pautan sebelum paparan video atas. Kecuali kalau ada orang lain sanggup buatkan...


Wednesday, June 12, 2013

HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari dunia di luar matriks ke dinar dan dirham

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan acara ke 5 HIKMAH, acara yang diberi nama "HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu" atau HIKMAH V sudah berjaya dan selamat diadakan di Masjid Makmur Losong Dato' Amar, Kuala Terengganu 5-8 Jun iaitu minggu lalu. Sekarang bolehlah dimulakan cerita...


Rabu malam Khamis 5 Jun 2013, masuk waktu Maghrib, masuk juga 27 Rejab, malam Isra' dan Mi'raj, saya buat pertama kali sampai ke masjid tempat acara mahu diadakan. Masjid ini terletak kira-kira 500 meter dari Muzium Negeri Terengganu. Saya biasa ke kawasan berdekatan terutama Kampung Paloh di mana terdapat masjid dan makam wali besar Terengganu abad ke-19 Masihi iaitu Tokku Paloh juga ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam yang terletak tidak jauh dari sini. Tetapi saya baru tahu kewujudan masjid ini kira-kira 2 bulan lalu, apabila imam muda masjid, Ustaz Khairul Azhar menawarkan penggunaannya untuk acara.


Adapun saya bertolak dari rumah di Rawang, Selangor sebelum tengah hari bersama isteri membawa dua orang anak kecil kami lalu bertemu seorang rakan perempuan di Tol Gombak yang ingin ikut sama ke Terengganu membawa seorang anak. Tetapi berlaku satu insiden ketika kami singgah di makam seorang lagi wali besar  sana tetapi untuk abad ke 17 iaitu Tokku Pulau Manis, 15 km dari Kuala Terengganu. Insiden ini menyebabkan saya harus meninggalkan mereka untuk ke masjid terlebih dahulu.


Apa yang berlaku adalah anak rakan kami tertinggal kunci keretanya di dalam kereta kemudian ia terkunci, langsung tidak dapat dibuka. Adapun kami sampai di makam sekitar 6.15 petang, hampir jam 7 masalah belum selesai sedangkan saya sebagai pengasas HIKMAH harus berada di Masjid Makmur jam 7.30. Tentunya rakan ini dan anaknya tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. Nasib baik ada dua orang lelaki sebaya saya yang turut menziarahi makam sudi menolong. Mereka dapat menghubungi orang yang boleh membuka kunci, cuma perlu menunggu orang itu datang.

Nasib baik juga muncul beberapa orang lain yang ditakdirkan Allah sedia mengenali nama saya sebagai penulis buku juga pengasas HIKMAH melalui Internet. Mereka sudi menjaga isteri yang mahu menemani rakan menunggu tukang kunci datang sementara dua orang tadi menghantar saya ke Kuala Terengganu. Saya sampai ketika masuk raka'at kedua solat berjemaah Maghrib. Selepas solat saya terus mencari dan cuba menghubungi Ustaz Azhar tapi tak dapat.


Mengikut program asal, selepas solat Maghrib akan diadakan ceramah bertajuk "Isra' dan Mi'raj sebagai Petunjuk Dunia di Luar Matriks" oleh Ustaz Syed Nazmi bin Tuan Taufiq, qadhi Hulu Terengganu. Ia adalah satu tajuk yang telah saya pilih lebih sebulan lalu istimewa untuk malam Isra' dan Mi'raj dengan siri filem Hollywood terkenal Matrix mahu dijadikan alat perbandingan, Ustaz Azhar mencarikan penceramah. Namun sekitar 2 hari sebelum acara berlangsung tiba-tiba Syed Nazmi memberitahu tidak dapat datang kerana ada hal lain. Penceramah gantian pula tidak dapat diperolehi kerana ramai yang ada program malam Isra' dan Mi'raj.

Di atas kelihatan seorang lagi imam masjid memberikan ceramah. Ia bukanlah tentang Isra' dan Mi'raj tapi pengajian kitab yang dilakukan selang beberapa hari dan tidak termasuk dalam program HIKMAH V. Ketika ini saya terasa keliru. Ustaz Azhar tak dapat dihubungi, tiba-tiba ada ustaz lain yang saya tak tahu siapa memberikan ceramah. Ah. Apa sudah jadi pada atur cara HIKMAH V ni? Bayangkan kegelisahan saya ketika itu apalagi isteri dan rakannya yang ditinggalkan bersama anak-anak kami di makam Tok Pulau Manis yang agak gelap pada malam hari tidak dapat dihubungi.


Selepas solat Isyaq seorang ahli jawatankuasa masjid tampil ke hadapan untuk mengumumkan bahawa selepas ini akan dimulakan ceramah di bawah HIKMAH V. Alangkah leganya saya mendengar ini apalagi penceramah gantian tetapi untuk tajuk lain malam itu sudah ada bersama. Gambar ini diambil ketika saya sendiri tampil ke hadapan untuk memberikan sedikit pengenalan. Saya malah sempat memberikan kata-kata ringkas apa yang dimaksudkan dengan tajuk "Isra' dan Mi'raj sebagai Petunjuk Dunia di Luar Matriks" sebelum meminta penceramah gantian mengambil tempat.


Sungguh ini semua aturan Allah dan Qada' Qadarnya jua. Penceramah ini, Puan Norbaini Hassan sebenarnya dijadualkan membentang pada pagi Khamis. Tapi entah kenapa beliau boleh terlupa lalu datang dengan pesawat ke Terengganu hari Selasa dengan tiket kembali ke Kuala Lumpur pagi Khamis. Beliau menyangkakan pembentangannya harus dibuat pagi Rabu! Kebetulan ketika itu kami sudah mendapat tahu Ustaz Syed Nazmi yang patut memberikan pembentangan bertajuk "Isra' dan Mi'raj sebagai Petunjuk Dunia di Luar Matriks" tidak dapat datang. Puan Norbaini pun diminta mengisi ruang, pada mulanya selepas Maghrib tetapi dialih ke selepas Isyaq.

Menariknya sejurus sebelum beliau tampil membuka bicara, Ustaz Azhar yang tidak dapat saya hubungi sejak Maghrib pun muncul. Rupa-rupanya beliau ada tugasan di masjid lain Maghrib hingga Isyaq. Ketika itu juga isteri saya dan kawan serta anak-anak kami dapat dilihat di masjid. Alhamdulillah, mereka sampai dengan selamat malah sudah siap mandi bertukar pakaian cantik, tumpang bersiap di rumah seorang kenalan baru berdekatan makam Tok Pulau Manis...


OK. Tajuk tentatif pembentangan yang saya beri untuk ditangani Puan Norbaini adalah "Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam Sedunia". Ini kerana sejak acara pertama HIKMAH lagi subjek dinar dirham telah diperkatakan pada setiap acara dan kini saya mahu agar cara praktikal diperkenalkan supaya ummah senang menggunakan matawang dinar dirham yang diketahui adalah satu cara utama mahu menaikkan ekonomi Islam selain mengelakkan riba'. Puan Norbaini memilih untuk memperkenalkan tajuk sendiri "Pasar Terbuka Masjid". Ia dibuat berdasarkan pengalaman peribadi beliau mengusahakan penggunaan dinar dirham di beberapa tempat.


Tu dia. Malam itu kami bercakap tentang dinar dan dirham sedangkan ia malam Isra' dan Mi'raj. Puan Norbaini yang pernah  menjadi orang penting dalam institusi perbankan termasuk di Bank Negara boleh sahaja bercakap tentang hal-hal besar seperti import eksport antara negara menggunakan dinar dan dirham. Tapi beliau tahu buat masa ini ia tidak praktikal kerana halangan besar yang terpaksa dihadapi melawan gerakan perbankan antarabangsa (international bankers) dan para kapitalis besar dengan tangan-tangan ghaib Yahudi Laknatullah yang sentiasa mahukan dunia tertipu dengan penggunaan wang kertas dan sistem riba' mengendalikan dunia di belakang tabir. Oleh itu disarankan agar diwujudkan pasar kecil di masjid-masjid di mana matawang dinar dan dirham dijadikan alat utama untuk berjual-beli. Jangan tunggu pemimpin negara mengisytiharkan penggunaan dinar dirham (yang tentu akan dilawan dengan kuat oleh pihak berkepentingan) sebaliknya mulakan ia secara kecil-kecilan di tempat sendiri.


Itulah antara misi HIKMAH. Kami tidak mahu bercakap berdegar-degar melepasi langit ke tujuh tetapi apa yang dicakap tidak mampu dicapai mahupun dipraktikkan. Alhamdulillah apa yang disampaikan mendapat perhatian ramai. Sesungguhnya jarang sekali perkara seperti dinar dirham ini dibincangkan dan diperkatakan dalam masjid sedangkan ia adalah alat sangat penting untuk memartabatkan ummah.


Sesungguhnya ini adalah satu kelainan yang diatur Allah.


Kebiasaannya, pada malam Isra' dan Mi'raj tentu ceramah utama di masjid-masjid adalah berkenaan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW menaiki kenderaan berbentuk binatang buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian ke atas melepas langit demi langit hingga ke hadirat Allah SWT bukan?


Tetapi itulah HIKMAH. Bukan peristiwa hebat seperti Isra' dan Mi'raj sahaja boleh mengangkat ummah. Untuk zaman sekarang, untuk menghadapi fitnah akhir zaman, dinar dan dirham adalah satu alat yang tidak boleh ditinggalkan. Dipersembahkan pada malam Isra' dan Mi'raj, semoga ia dapat mengangkat kita umat Islam sekarang zahir dan bathin, dunia dan akhirat.


Nah. Beginilah keadaan saya datang ke acara HIKMAH kali ini, setelah mengalami satu kemalangan penghujung bulan April (lihat artikel Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot di blogspot CATATAN SI MERAH SILU). Kemudian baru saya dapat tahu kecederaan yang dialami adalah lebih serius dari yang disangka. Tulang atas buku lali luar kaki kanan bukan sekadar retak di dua tempat tetapi retak itu bersambung membentuk spiral atau lingkaran memanjang ke atas. Selain itu buku lali dalam juga retak sedangkan ligamen atau tulang/otot lembut yang memegang dua tulang kaki berdekatan buku lali koyak hampir putus. Namun dahulu saya fikir dengan memakai simen sambil mendapat perkhidmatan bomoh patah sudah cukup untuk memulihkan keadaan.

Selepas sebulan kecederaan lalu dibuat x-ray ternyata tulang yang tumbuh tidak cantik kedudukan dan tidak sekata. Kalau dibiarkan saya tidak akan dapat berjalan dengan elok selain risiko cepat kena athritis dan mungkin sentiasa sakit bisa-bisa kaki. Nak tak nak kaki harus dibedah dan dimasukkan besi. Tulang yang sudah tumbuh ada  yang harus dipecahkan sebelum dibetulkan kedudukan lalu diikat dengan plet sepanjang 3-4 inci yang dimasukkan beberapa skru kecil. Selain itu kaki saya juga perlu diikat dengan 4 skru besar.

Bayangkan, pembedahan dilakukan selepas Zuhur hari Khamis 30 Jun sedangkan seminggu kemudian saya harus berada di Terengganu untuk menjayakan HIKMAH. Bukan dekat wooo hendak ke Kuala Terengganu, naik kereta tak kurang 6 jam, perjalanan 460 km dari Lembah Klang. Nasib baik saya dibenarkan keluar hospital hari Sabtu. Nasib baik isteri sanggup memandu sendiri begitu jauh sambil saya pula berbaring di belakang. Sambil itu beliau harus menjaga dua orang anak, semua barangan beliau yang angkat!

Alhamdulillah, Allah berikan kami kekuatan untuk sampai dan menjayakan majlis. Oh, jubah yang saya pakai ini dibeli di Madinah semasa ziarah dan umrah yang kami buat 1-12 April. Lihat artikel Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.... Songkok pula adalah dari Tanah Bugis, dibeli semasa kami di sana 3-12 Mei, satu perjalanan yang dibuat dalam keadaan kaki kanan saya disimen separuh hingga ke peha akibat kecederaan yang dialami 10 hari sebelum bertolak. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Satu pengenalan pagi Jumaat.

Adapun sejak keluar dari hospital saya mengalami masalah kaki terasa sakit berdenyut-denyut setiap kali ia diletakkan ke bawah. Untuk mengurangkan ini saya harus meletakkan kaki atas paras pinggang, letak le atas kerusi ke apa. Tapi dengan kuasa Allah, pada malam Isra' dan Mi'raj di Masjid Makmur itu saya tidak terasa sakit langsung  (ketika majlis saya banyak duduk bersila dengan kaki kanan terlunjur ke hadapan)... hinggalah hampir tengah malam apabila masuk ke rumah penginapan, baru ia terasa kembali... :].



No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.