Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, April 28, 2016

Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat

Artikel ini telah dipersembahkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU lebih sejam lalu. Timbul rasa untuk memaparkannya di sini menurut format yang lebih sesuai...


--------------------


Merujuk pada artikel Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam yang dibuat 2 minggu lalu. Sudah disebut dalam artikel bahawa rakaman tersebut adalah untuk episod ke-8 dalam program Akademi Silat Pendekar Muda yang ditayangkan di Tv Alhijrah pada setiap hari Rabu malam Khamis sejak hampir 2 bulan lalu. Sejak ia bermula saya dan isteri tidak pernah ketinggalan menontonnya di kaca televisyen. Cuma 2 minggu lepas baru kami mula hadir ke rakaman yang dibuat Selasa malam Rabu untuk mengambil berkat daripada bulan mulia Rejab yang masuk beberapa hari sebelum itu.

Seminggu lepas kami juga datang ke rakaman untuk episod ke-9. Tetapi saya tidak menceritakannya di blogspot kerana terasa tidak perlu. Malam semalam saya dan keluarga pergi lagi ke rakaman, kali ini untuk episod ke-10. Yang ini harus diceritakan disebabkan beberapa perkara menarik yang muncul berserta dengannya...



Adapun sebaik sahaja masuk bulan Rejab saya sudah memasang niat untuk menghadiri rakaman program ini sebanyak 3 kali. Menurut jadual, selepas itu akan ada satu lagi sesi rakaman iaitu pada 3 Mei. Masih lagi dalam bulan Rejab tetapi saya tidak mahu menghadirinya. Ini kerana saya menurut gerak gila-gila nombor mahu mendapatkan 'faktor 31'. Selepas 3 kali hadir dalam bulan Rejab, biar ada break sat. Lepas tu bolehlah hadir episod terakhir yang akan dibuat secara siaran langsung pada 1 Jun, insyaallah. 




Malam semalam adalah yang kali ke-3 saya hadir bersama keluarga. Selain mahu melengkapkan kehadiran ke-3 pada bulan Rejab saya juga telah membawa sejumlah ahli tim produksi dokumentari "Daulah Melayu" bersama. Sekadar mengingatkan, saya adalah hos dan penyelidik bagi projek dokumentari 13 episod sepanjang sejam setiap satu yang bertujuan untuk mengangkat tinggi martabat orang Melayu pada mata dunia. Saya dimaklumkan tim produksi Akademi Silat teruja apabila mendapat tahu kami akan datang lalu memberikan kami kawasan tempat duduk elok di hadapan pentas VVIP.




Adapun kedatangan saya, isteri dan anak-anak ke sesi-sesi rakaman sebelum ini adalah atas kapasiti persendirian. Tidak ingin kami menarik perhatian kecuali mahu menunjukkan sokongan terhadap program realiti persilatan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia malah (setakat kami tahu) di mana-mana ini. Namun ada yang memberitahu kepada pihak Akademi Silat bahawa saya adalah presiden kepada NGO budaya Melayu yang bernama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) lalu harus diraikan. Apabila mendapat tahu saya juga buat pertama kali akan membawa tim Daulah Melayu ke sesi rakaman, mereka menjadi lebih teruja lalu ada yang ditugaskan untuk melayan kami sebaik mungkin.




Pada saya dan isteri bukan layanan VIP yang didambakan, cuma kepastian akan mendapat tempat duduk bersama apabila datang sebagai satu kumpulan walaupun sampai pada masa yang berlainan. Dengan itu satu kawasan pun diperuntukkan atas nama HIKMAH. Cuma ia terpisah daripada kawasan yang diperuntukkan untuk Daulah Melayu. Saya datang atas dua kapasiti iaitu sebagai presiden HIKMAH juga hos dan penyelidik untuk Daulah Melayu. Bila tempat duduk dah terpisah terpaksalah memilih satu antara dua. Saya memilih untuk duduk bersama tim Daulah kerana tidak ada seorang pun daripada mereka pernah menghadiri rakaman sebelum ini. Sedangkan antara mereka yang duduk di kawasan HIKMAH, ada beberapa pernah menghadiri. Lagipun isteri saya ada duduk bersama mereka.




Rupa-rupanya kawasan duduk HIKMAH dipilih agar dapat dekat dengan kawasan grup NGO lain yang sama-sama berjuang untuk memartabatkan kebudayaan Melayu, Di sebelah kami adalah kawasan yang diperuntukkan untuk Keris Warisan, satu badan yang dipimpin oleh seorang saudara saya yang sama-sama datang daripada keturunan Laksaman Raja Mahkota Perak.




Seterusnya terdapat kawasan-kawasan tempat duduk yang diperuntukkan bagi kumpulan-kumpulan lain, antaranya para pelajar UKM kalau tak salah ingatan. Cuma kami dan kawan-kawan agak terserlah kerana datang berbusana penuh tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris.




Pandangan daripada kawasan Daulah. Ia menghadap ke sisi pentas. Saya dapati pemandangan sedikit terganggu akibat menghadap ke satu set spotlight




Sebetulnya minggu lepas pun saya duduk di kawasan ini. Cuma ketika itu saya tidak merasa terganggu kerana tidak tergerak untuk mengambil banyak gambar. Bila ada keperluan untuk mengambil gambar baru kehadiran spotlight dengan cahaya menghadap terus ke muka terasa mengganggu. Ini kerana ia memberi kesan pada 'ketajaman' gambar...




Kalau mengambil gambar ke sisi daripada tempat duduk itu tiada masalah. Kelihatan di layar juri jemputan kali ini, pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam sedang memberikan komen selepas satu persembahan.




Nampak bukan bagaimana kehadiran spotlight boleh mengganggu kualiti gambar di atas pentas? Apapun, kali ini para peserta Akademi Silat (tinggal 5 orang dah berbanding 10 ketika program bermula) memakai baju moden biasa, bukan baju silat mahupun baju Melayu atau busana tradisional. Mungkin untuk menarik perhatian Yusof yang telah menghasilkan beberapa filem aksi lasak berlatarbelakangkan zaman moden?  Mungkin kerana susah nak mintak beliau membuat filem menonjolkan kehebatan silat dalam suasana lama berlandaskan busana tradisional Melayu dan sebagainya? Maaf. Ini bacaan saya tentang keadaan...





Adapun pada setiap minggu peserta diminta memberikan persembahan menurut tema semasa, misalnya bermain 2-3 jenis senjata melawan pasangan yang dipilih antara peserta. Setakat dapat saya lihat baru kini peserta dan lawan harus berpakaian moden, memakai t-shirt, kemeja, jeans dan sebagainya. Malah begitu juga pemakaian ketika persembahan silat daripada kumpulan luar dibuat sementara menunggu keputusan juri selepas semua persembahan peserta selesai. Saya dimaklumkan bahawa sebelum ini satu kumpulan persilatan yang agak terkenal dengan identiti unik pakaian tradisional mereka telah dijadualkan untuk mengisi slot tersebut bagi episod ke-10. Tetapi baru beberapa hari lalu dimaklumkan persembahan mereka harus ditunda ke satu tarikh lain...




Apapun, kali ini setiap peserta disuruh membuat persembahan silat menentang dua orang lawan setiap seorang. Lawan dipilih dalam kalangan pesilat daripada luar program juga para peserta terdahulu yang sudah tersingkar melalui episod-episod lepas. Untuk itu mereka diminta membuat sketsa cerita untuk menunjukkan punca pergaduhan. Sketsa dipaparkan pada skrin atau layar sebelum pergaduhan yang menjadi asas persembahan untuk penilaian juri dibawa ke atas pentas...










Selesai itu semua peserta harus memakai pakaian seragam silat yang dikhaskan untuk program. Persembahan bersama (tidak dinilai) pun dibuat sebelum diumumkan siapakah pemenang iaitu peserta yang membuat persembahan/sketsa pergaduhan terbaik untuk episod. Selepas itu baru diumumkan mereka yang mendapat markah terendah lalu boleh disingkirkan. Cuma kali ini tiada penyingkiran.




Selesai program tergerak pula hendak mengambil gambar kawasan yang diperuntukkan untuk kumpulan. Baru tersedar mereka meletakkan HIKMAH sebagai Busana Hikmah. Nampaknya siapa yang meletakkan ini tidak jelas apakah hala tuju pergerakan. Tak mengapalah. Yang penting dapat tempat.




Kawasan yang diperuntukkan untuk Daulah Melayu. Kehadiran kami ada diumumkan oleh hos ketika rakaman. Sekarang biar dikongsikan beberapa keping gambar yang diambil oleh kawan-kawan dan kenalan lalu dikongsikan melalui Facebook.




Gambar di perkarangan Stadium Panasonic iaitu tempat rakaman program bersama rakan-rakan silat juga aktivis kebudayaan Melayu. OK tak pakaian saya, sampin, seluar dan tanjak berwarna merah, baju kekuningan coklat?




Gambar di dalam stadium iaitu di bawah pentas persembahan. Sukacita dimaklumkan baju, sampin dan seluar dijahit sendiri oleh isteri tersayang...







Isteri bergambar bersama kawan-kawan. Suatu perkara lagi yang menarik tentang rakaman kali ini adalah disebabkan kami duduk di kawasan yang berlainan, saya bersama Daulah Melayu, isteri bersama HIKMAH saya dapat admire isteri sendiri daripada jauh... :]




Bergambar bersama isteri. Dia tegur... dah mula le tu, Tersengih-sengih buat muka katun.




Ini pula adalah gambar ketika rakaman masih berjalan dan saya sedang duduk bersama tim produksi Daulah Melayu, Sebelah saya berbaju Melayu merah adalah seorang imam masjid yang merupakan suami kepada seorang kawan lama saya semasa zaman belajar A-Levels di Malaysia kemudian universiti (tapi lain tempat) di United Kingdom.




Tengok gambar nampak tak senonoh le pulak. Kain sampin kelihatan senteng, kaki duduk terkangkang. Nak buat camana? Saya dah tak pandai control macho dah. Maklumlah, pernah bertahun berusaha menghilangkan mimik muka tertentu daripada zaman jahiliah sukakan perhatian ramai terutama daripada orang perempuan untuk berubah arah menjadi seorang lelaki Melayu dan Islam yang lebih bertanggungjawab. 

Namun isteri mengingatkan, Abang tu hos Daulah Melayu. Bawa imej daulah selain bawa juga imej kepimpinan melalui HIKMAH, Kena le bagi senonoh sikit. Kena bagi nampak sifat-sifat yang patut. Ya lah, Ya lah, Saya cuba adjust sedikit demi sedikit. Adjust jadi lelaki yang lebih berwibawa dan berketrampilan tanpa terpalit lagi dengan unsur-unsur kesombongan dan kebanggaan yang pernah melanda diri lantaran dianugerahkan Allah SWT dengan berbagai kelebihan semulajadi. Dah memang dalam darah daging keturunan saya pun ada bawa daulah. Cuma saya ni aje yang perlu banyak lagi berubah sebelum dapat betul-betul memikul apa yang sudah lama tersirat dalam diri ini, insyaallah. Doakan saya ya... :]

1 comment:

  1. Salam admin,

    saya sedang menulis blog sejarah dan politik terutamanya sejarah kesultanan melayu di nusantara dan nasionalisme Melayu. Silalah lawat laman blog saya yang terseberapa dan berharap bolehlah beri sedikit nasihat dan kritikan agar saya boleh meningkatkan penulisan blog saya.

    http://encikhaziqazhar.blogspot.my/

    Saya boleh dihubungi laman email ini: encikhaziqazhar@gmail.com
    Usah risau, setiap hari saya buka email dan membaca mesej daripada email

    ReplyDelete

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.