Salam malam Jumaat 13 Rabiualawal. Adapun siang tadi saya ada terlihat isteri meletakkan satu video sesi sambutan Maulud pada acara ke-16 HIKMAH yang diadakan di rumah penulis buku politik terkenal S.H.Alattas di Janda Baik 30-31 Jan 2016. Video itu telah dirakam cantik oleh salah seorang peserta majlis lalu dimuat naik ke akaun Youtube beliau. Tengok-tengok terdapat 3 buah video sekitar sesi Maulud diletakkan di situ. Sempena musim Maulud tahun ini yang tidak dapat disambut secara berjemaah akibat PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) biar dikongsikan video-video tersebut di sini :-
OK. Selepas meletakkan paparan-paparan video melalui cara embed baru isteri terjumpa satu artikel lama saya menunjukkan video-video ini pernah dikumpulkan dalam satu artikel. Lihat Video-video sekitar HIKMAH Janda Baik. Rupa-rupa ia termasuk dalam artikel-artikel yang dikompilasikan di bawah tajuk Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016. Di situ boleh ditemui semua artikel saya tentang majlis.
Di sini saya ingin menambah bahawa sesi-sesi Maulud pernah diadakan di beberapa majlis HIKMAH. Saya ada buat rakaman lalu dimuatnaik ke Youtube. Cuma kualitinya tidak berapa cantik...
Ini adalah daripada acara ke-3 kami di Perak. Lihat bermula minit 1:09. Cerita penuhnya boleh dicapai melalui artikel Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013.
Ini daripada acara ke-4 di Kelantan. Pada permulaan video boleh kedengaran orang membaca Qasidah tapi agak sayup disebabkan rakaman sedang dibuat jauh dari tempat Maulud. Ia cuma kedengaran jelas bermula minit 1:31. Untuk cerita penuh lihat Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013.
Ini daripada acara ke-5 di Terengganu. Cerita penuhnya ada dalam artikel Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013.
Sesi Maulud turut diadakan pada acara ke-9 di Pulau Pinang. Cerita penuhnya boleh dicapai melalui artikel Acara kesembilan HIKMAH di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014.
Sesungguhnya dalam acara-acara HIKMAH terdapat pelbagai bentuk pengisian selain pembentangan ilmu. Kami ada persembahan silat, pembacaan puisi dan syair, malah tarian tradisional dan pertunjukan teater. Tetapi semuanya bergantung pada kesudian orang membuat persembahan, kebanyakkanyan secara sukarela tanpa menerima bayaran. Ini kerana kami sendiri menjalankan acara demi acara dengan cara sukarela. Tiada tajaan sesiapa kecuali ada pihak menawarkan tanpa dipinta.
Kami juga ada majlis tahlil dan zikir juga lawatan lapangan ke tempat-tempat yang bersejarah menurut kesesuaian dan masa. Apapun selepas acara ke-10 di Aceh (lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014) saya tidak lagi memproses mahupun memuat naik video ke Youtube. Ini disebabkan komputer riba saya sebelum itu rosak. Komputer riba ganti yang dibeli second hand pula ada masalah apabila cuba dibuat suntingan video
Sejak itu saya jadi malas untuk merekodkan video. Dahlah tak cukup tangan kena buat macam-macam semasa majlis, selepas majlis pun tak habis kerja kerana perlu menulis cerita. Bila membuat video lagi kerja bertimpa-timpa. Komputer pun selalu menjadi berat sedangkan hendak memuat naik suatu video pula boleh makan masa berjam-jam. Apa lagi kalau banyak video.
Seingat saya sesi Maulud kemudian cuma diadakan pada acara ke-16 HIKMAH. Itu yang ditunjukkan pada awal artikel ini. Seterusnya terdapat sesi Maulud pada acara ke-19 di bahagian lain Pahang. Walaupun terlihat ada orang membuat rakaman saya tidak dapat menemuinya di Youtube. Semoga ada yang sudi membuat perkongsian kerana ia sangat meriah. Selamat menyambut Maulidur Rasul. Lihat Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016.
No comments:
Post a Comment