Assalamualaikum semua. Sudah lebih dua bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan. Tiada berita daripada bulan puasa Ramadhan yang sudah berakhir lebih sebulan lalu juga daripada bulan raya Syawal yang baru sahaja berakhir kurang seminggu lalu. Sekarang biar dikongsikan tentang satu acara yang telah dirancang sejak penghujung Mac lalu. Sebulan selepas itu iaitu pada 23 April baru ditetapkan isi butiran acara dan tarikh ia mahu diadakan iaitu pada pagi Ahad 12 Jun.
Ini adalah poster promosi bagi acara. Ia mula dibuat pada 24 April lalu diubah beberapa perkara sebelum mendapat rupa yang kelihatan pada 18 Mei. Sebelum ini poster memaparkan tiga orang ahli panel. Tetapi seorang daripada mereka kemudian memberitahu tidak dapat bersama pada tarikh 12 Jun kerana muncul hal tertentu.
Selepas itu poster memaparkan dua orang ahli panel sahaja berserta tarikh Hijriah 13 Zulkaedah 1443. Ini kerana itulah yang disangkakan bersamaan dengan 12 Jun 2022 ketika itu. Apabila mendapat kepastian bahawa Syawal tahun ini berlanjutan sehingga hari ke-30 iaitu pada 31 Mei baru mendapat barulah ditukarkan 12 Jun 2022 adalah bersamaan 12 Zulkaedah 1443.
Bermula 20 Mei, poster yang ada telah diwar-warkan dengan teks berikut melalui Facebook dan WhatsApp :-
WEBINAR DINAR DIRHAM ANJURAN HIKMAH 12 JUN 2022
Salam semua. Dimaklumkan bahawa HIKMAH dengan kerjasama beberapa pihak akan mengadakan satu Webinar tentang dinar dirham pada pagi Ahad 12 Jun 2022 jam 10 hingga 12 tengah hari. Penyertaan adalah terbuka dan percuma kepada semua. Peserta yang mendaftar akan diberikan sijil. Sila daftar melalui pautan ini. https://forms.gle/T6fwnPGtk9svMwYz6
Webinar boleh diikuti melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=e50vD9yrKR8. Jangan melepaskan peluang untuk menggali satu ilmu yang sangat penting untuk umat Islam dalam menghadapi cabaran akhir zaman.
Di atas adalah contoh bagi sijil yang akan diterima mereka yang mendaftar. Diingatkan bahawa walau sudah mendaftar sebelum tarikh acara peserta perlu mendaftar lagi sekitar waktu acara bermula jam 10 pagi Ahad 12 Jun sebagai bukti kehadiran. Untuk pembaca blogspot ini boleh klik sini untuk pendaftaran. Untuk mengikuti acara di Youtube pula sila klik sini.
No comments:
Post a Comment