Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Tuesday, November 4, 2014

Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Sudah terang lagi bersuluh!

Bahagian kedua cerita tadi...


--------------------




Teori Tanah Melayu sebelum banjir besar sebagai tempat asal usul pelbagai kelompok manusia pun ditekankan.


Ia telah mendapat sokongan ramai pihak apabila ada bukti genetik berjaya ditemui sejak tahun 2009.


Malah pada Mei 2008 Oxford University yang merupakan salah satu institusi pengajian tinggi paling terkemuka di dunia telah menyiarkan kajian yang menyokong migrasi manusia keluar dari Alam Melayu ribuan tahun yang lampau!


Ada juga kajian genetik menyokong hal sama telah diterbitkan di Amerika 1999.


Bukan itu sahaja. Prof Saleh sendiri menemui kajian seorang sarjana Barat menyebut hal sama lebih 100 tahun lalu tetapi melalui folklore atau cerita-cerita rakyat.


Menariknya ada kaum asli dipanggil Amis di Taiwan mengaku datang dari selatan iaitu dari kepulauan Filipina yang terletak di dalam lingkungan Alam Melayu.











Sekarang kita masuk pada apa yang ditakrifkan sebagai orang Melayu. Prof Saleh memberikan 3 takrifan - menurut ras besar bangsa dan genetik, menurut kependudukan di Kepulauan Melayu dan menurut perlembagaan Malaysia.


Tentang takrif genetik itu seawal 1795 sudah ada sarjana Barat membuat klasifikasi semua bangsa di dunia dapat digabungkan menjadi 5 bangsa besar, antaranya Melayu. Katanya 5 bangsa besar ini memiliki ciri atau bentuk unik tengkorak yang boleh dijadikan alat pengenalan bangsa.


Orang Melayu juga dikatakan memiliki ciri-ciri rupa paras tersendiri yang boleh dikenali...


Ciri-ciri ini dikongsi penduduk dalam satu wilayah taburan yang luas meliputi pulau-pulau dari Lautan Hindi hingga ke Lautan Pasifik,


Identiti unik ini ditegaskan menggunakan satu terma akademik iaitu Malayo-Polynesia, Malayo merujuk pada bangsa Melayu, Polynesia bermaksud banyak pulau. Istilah ini diiktiraf oleh seorang raja di Pulau Hawaii yang mengaku termasuk di dalam definisi bangsa besar ini walhal pulau itu amat jauh di Lautan Pasifik menghala ke Amerika.


Istilah Malayo-Polynesia ini pernah dijadikan pelantar untuk gerakan kemerdekaan Filipina dan Indonesia. Namun atas sebab politik pihak tertentu ia ditukar menjadi Austronesia lalu hilanglah roh Melayu di dalamnya...


Maka itu Prof Saleh menyarankan agar istilah dan konsep Malayo-Polynesia atau Melayu-Polinesia diangkat kembali oleh para sarjana. Hmm. Memang rancangan Allah belaka. Konsep ini memang mahu diangkat dalam pembentangan saya pada sesi pagi acara ke-11 HIKMAH yang akan berlangsung di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah, Pagoh, Muar 8 November ini bersamaan 15 Muharram 1436 Hijriah. Lihat artikel Masuk tahun baru Hijrah - 2 minggu lagi HIKMAH Pagoh yang dipaparkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) 3 hari. Turut dinyatakan dalam artikel saya sudah menyiapkan segala slaid yang perlu untuk tajuk ""Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang". Konsep Malayo-Polynesia sudah disebut dalam slaid lalu wacana ini amat membantu pengisian dan pemahaman saya.



Takrif kedua Melayu iaitu berdasarkan kependudukan di Alam Melayu lebih senang dinyatakan untuk semua. Namun orang Filipina yang juga merupakan bangsa Melayu merasakan agak terpinggir akibat satu lagi takrif mewajibkan Melayu beragama Islam.


Sesungguhnya orang Filipina yang peka tentang asal usul sebenar mereka, misalnya pujangga Jose Rizal sangat bangga mengaku berbangsa Melayu walaupun mereka beragama Kristian.



Maka masuklah kita pada takrif ketiga apa itu Melayu. Itulah yang mewajibkan Melayu mesti Islam seperti tercatat dalam perlembagaan negara Malaysia.


Alhamdulillah, wacana ini dapat menelusuri segala perjalanan Melayu yang perlu...






Yang nyata perkataan "Melayu" dan konsep "Tanah Melayu" bukan sesuatu yang baru. Dan asal usul orang Melayu itu sendiri adalah dari Kepulauan Melayu bukan dari luar seperti didakwa sesetengah orang.





Ditekankan lagi 3 takrif Melayu agar terang konsep dan konteks.


Tamat pembentangan soal jawab pun dibuka. Terus saya menerpa dengan pertama sekali menyatakan betapa ini adalah pencerahan terbaik tentang Melayu pernah saya hadiri sejak rajin ke majlis-majlis serupa 2-3 tahun lalu. Syabas Prof. Saya juga memberikan pendapat bahawa ketiga-tiga takrif Melayu yang beliau berikan adalah sesuai dan tepat menurut konteks lingkungan kegunaan masing-masing. Dengan itu kepentingan menjaga takrif Melayu menurut perlembagaan Malaysia ditekankan dan dipertahankan. Ini kerana Prof Saleh ada menyebutnya sebagai eksklusif lalu meminggirkan orang Melayu Filipina yang beragama Kristian tetapi pada masa sama membenarkan orang bukan dari bangsa Malayo-Polynesia 'masuk Melayu'. 

Saya kata takrif ini perlu dikekalkan menurut konteks. Kalau tidak bagaimana hendak menjawab Raja-raja Melayu adalah dari keturunan Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah di Eropah seperti dinyatakan dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu?  Kemudian baru saya menyatakan 3 soalan :-

1. Apakah makna perkataan Melayu itu sendiri? Apakah bermakna gunung berdasarkan gelaran orang Hindi yang menyebut bumi sebelah sini sebagai Malayadvipa yang bermakna pulau bergunung?

2. Apakah itu kayangan memandangkan pengkhususan Prof Saleh adalah dalam bidang folklore iaitu cerita-cerita rakyat, lebih tepat sastera rakyat (ketika menulis ayat ini baru terfikir perkataan sastera lebih tepat ).

3.  Kenapa orang Jawa di Indonesia seperti hendak menafikan makna Melayu, menyempitkannya sebagai penduduk asal di sebahagian Pulau Sumatera sahaja sedangkan bukankah mereka sendiri berasal daripada bangsa besar Melayu atau Malayo-Polynesia juga?

Jawab beliau :-

1. Kalau mengikut panggilan dari luar Alam Melayu iaitu seperti disebut orang Hindi/India dahulukala maka ya, memang Melayu itu bermaksud gunung, orang gunung. Dari dalam Alam Melayu pula ada satu versi merujuk pada sungai yang airnya deras melaju. Lalu jadilah nama Sungai Melayu di selatan Sumatera, satu tempat awal munculnya kerajaan bernama Melayu. Satu lagi adalah menurut bahasa orang Filipina. Melayu itu bermakna merdeka. Kalau tak salah Prof Saleh ada menyebut satu lagi makna Melayu dalam bahasa Filipina tapi saya terlupa.

2. Tentang kayangan, apa itu kayangan beliau menjawab ia adalah dunia di atas dunia. Ia muncul dalam banyak sastera rakyat orang Melayu. Malah Hikayat Hang Tuah sendiri menyebut asal usul raja Melaka adalah daripada anak raja yang turun dari Keinderaan iaitu kayangan. Tentang sejauh mana kayangan itu merujuk pada realiti, apakah satu wilayah jauh di dunia nyata seperti halnya negeri atas angin, beliau cuma menyebut ia wujud di dalam imaginasi penulis.

3. Tentang orang Jawa itu beliau menyebut mereka memiliki penduduk atau ahli suku yang sangat besar, paling besar di Indonesia. Bahasa Jawa itu sendiri tiada lain adalah satu pecahan/dialek bahasa Malayo-Polynesia yang kemudian membentuk keunikan sendiri sehingga kedengaran seperti bahasa yang terasing. Ada kebanggan pada suku dan jumlah orang Jawa yang besar. Tetapi dari segi kegunaan bahasa mereka terpaksa tunduk pada kelebihan dan sifat praktikal bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di Alam Melayu yang mereka lebih suka panggil sebagai Nusantara ini.

Saya fikir mungkin beliau akan masuk pada persaingan 1000 tahun lalu kerajaan Singhasari yang berpusat di Pulau Jawa dengan Srivijaya yang berpusat di Sumatera, persaingan yang diteruskan dengan kemunculan kerajaan Majapahit 1293 Masihi yang sangat dibangga-banggakan orang Jawa. Sebaliknya beliau memberikan saya satu pengetahuan baru iaitu tentang Sumpah Pemuda 1928 di mana para pemuda yang berjuang mahu menghalau Belanda bersumpah untuk bersetuju dengan beberapa perkara piawai. Satu, negara yang bakal diwujudkan selepas Belanda dihalau dinamakan Indonesia. Kedua, Bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa perhubungan semua, ya, Bahasa Melayu tetapi mereka panggil Bahasa Indonesia. Ini kerana Melayu dianggap sebagai satu suku, bukan bangsa yang meliputi semua. Secara sedar ataupun tidak mereka sebenarnya mengakui kebesaran dan keluasan takrif bangsa Melayu apabila memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara untuk semua. Namun kebanggaan Jawa sambil takut dibayangi Melayu yang dianggap cuma satu suku  menyebabkan ia dipanggil Bahasa Indonesia.

Untuk memahami ini dengan lebih baik Prof Saleh menyarankan kita membaca sejumlah karya tertentu karyawan besar Indonesia, Pramoedya Ananda Toer. Saya lupa nama karya-karya itu, beliau menyebut 4 tajuk. Pramoedya ternyata tersurat dan tersirat mengakui kebesaran bangsa Melayu yang meliputi semua walaupun ini merupakan satu risiko di sebuah negara yang kita tahu pemerintahannya memang pro-Jawa. Subhanallah. Ada satu macam rasa nyaman apabila menyatakan ini, menyebut nama Pramoedya. Mungkin benar, sampai satu tahap saya akan tenggelam ke dalam dunia sastera...



Sebetulnya ada 2-3 soalan saya mahu bertanya lagi tetapi terlupa apa ketika itu. Antaranya, (saya baru ingat tadi ketika menulis jawaban 1) adalah apa kena-mengena nama Banjaran Himalaya dengan bangsa atau orang Melayu? Apakah ada cerita di sebaliknya? Orang kedua bangkit adalah seorang staf DBP kalau tak salah. Beliau sebenarnya tidak menyatakan persoalan tetapi berkongsi pemandangan dan pengalaman. 

Kelihatan di kanan Puan Zaharah Sulaiman yang agak terkenal dengan ceramah-ceramahnya tentang bagaimana orang Melayu sudah lama diancam oleh kedatangan migran dari selatan Cina. Kebetulan saya ambil tempat duduk betul-betul di hadapannya... apabila menoleh ke belakang baru tersedar. Zaharah pernah membentang pada acara ke-6 HIKMAH iaitu di Galeri Shah Alam lebih setahun lalu. Lihat artikel HIKMAH Merdeka Raya - Dari DNA Melayu ke pencarian makna besar kemerdekaan. Selepas itu ada seorang pemuda bertanya bilakah Melayu itu mula terkenal sebagai nama sebuah bangsa, apakah pada zaman Srivijaya? Seingat saya Prof Saleh menjawab Srivijaya tidak berapa memperkenalkan nama Melayu itu sendiri. Yang betul-betul naik adalah pada zaman Kesultanan Melaka....


Orang seterusnya dan terakhir mengenengahkan sesuatu adalah Dato' Jumaat Mohd Noor, Bendahari Agung Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). Ketika nampak dari sisi, saya rasa macam selalu nampak orang ini... selepas beliau menegur bertanyakan apakah saya ada pergi ke majlis-majlis PSM lalu memberikan kad baru saya tahu siapa. Saya sebut 'mengenengahkan sesuatu' kerana sudah lupa apakah beliau ada menyatakan apa-apa soalan. Yang saya ingat beliau ada menyebut tentang kajian sendiri di Filipina lalu Prof Saleh menjawab ada seorang aktivis Filipina bernama Vinson (ke sebutan untuk Vincent?) malah dengan bangganya menubuhkan Persatuan Melayu semasa belajar di universitu sana.

Sesungguhnya majlis atau wacana ilmu ini memberikan pencerahan yang sangat banyak. Inilah penerangan terbaik tentang Melayu pernah saya terima sejak rajin menghadiri majlis-majlis ilmu serupa atau sepertinya 2-3 tahun kebelakangan. Saya malah menahan rasa kuat hendak membuang air sejak jam 3 kerana takut terlepas slaid dan penerangan, mungkin akibat meredah hujan lebat menaiki motosikal untuk mengejar majlis ini. Selepas soal jawab tamat sekitar 4.45 baru saya bergegas keluar untuk melepaskan hajat, itupun sempat bersalam dahulu dengan beberapa orang termasuk Prof Saleh, sempat meminta kebenaran beliau menggunakan hasil kajian ini untuk pembentangan saya sendiri akan datang. 

Oh. Isi pembentangan dalam bentuk PDF boleh dilihat dan dimiliki semua. Sila klik sini. Entah bagaimana selepas menunaikan hajat boleh terserempak dengan Dato' Jumaat lagi di dalam tandas. Turun ke lobi terserempak lagi lalu sempat menyambung cerita sementara menunggu pemandu beliau sampai. Setelah beliau keluar baru saya ternampak satu bunting di hadapan tempat bertanya dan pengawal memaparkan muka dan nama bekas-bekas ketua pengarah DBP. Rupa-rupanya Dato' Jumaat adalah salah seorang daripada mereka. Hmm... :]



Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Ke Arah Pencerahan yang Dinantikan...

Saya rasa harus berkongsi cerita tentang satu majlis ilmu. cerita yang dibuat di blogspot CATATAN SI MERAH SILU seminggu lalu. Saya copy and paste dari sana...


----------------------


OK. Masuk satu majlis ilmu baru ini.

Semalam saya naik motosikal meredah hujan lebat untuk ke majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka.



Saya diberitahu majlis bermula jam 2 petang sedangkan saya sampai 15 minit lewat. Rupa-rupanya saya sebenarnya awal kerana jam 2 itu baru bermula pendaftaran. Majlis sendiri bermula 2.30 lalu saya pergi minum di kantin sebentar.


Saya masuk ke dewan seminar hampir 2.45. Kelihatannya majlis telah bermula tetapi masih lagi peringkat pengenalan.


Kelihatan di atas pentas pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar (kanan) sebagai pembentang/penceramah dan pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Tuan Haji Khalik bin Sulaiman sebagai pengerusi majlis. Md Saleh juga adalah profesor Kesusasteraan Bandingan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan merangkap Ombudsman, Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah memegang banyak jawatan tinggi akademik, antaranya Kursi Eropah (European Chair) bagi Pengajian Melayu di Leiden University, Belanda (2003-2006) dan sebelum itu Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.


Majlis ini merupakan Siri Wacana Fikrah Ummah yang ke-9. Prof Saleh membentang tajuk "Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu : Ke Arah Pencerahan yang Dinantikan".


Jam 2.50 beliau pun memulakan bicara...


Secara rata apa yang beliau katakan serupa dengan apa yang terpapar pada slaid. Sekali sekala sahaja beliau memanjangkan lebih dari itu. Saya telah mengambil gambar semua slaid yang ada kecuali mungkin 1-2 sejurus selepas Prof Saleh memulakan bicara. Ini disebabkan saya harus keluar dewan untuk menjawab panggilan telefon Prof Dato' Dr Othman Yatim yang pada mulanya ingin berjumpa dengan saya pada majlis tetapi tidak dapat datang kerana ada saudara bertandang ke rumahnya...

Secara rata slaid-slaid yang ada sudah cukup untuk memberi faham. Namun biar saya memberikan penerangan ringkas mana yang patut. Selepas mukadimah untuk menyatakan hala tuju pembentangan beberapa contoh penggunaan nama Melayu yang terawal diketahui dalam sejarah pun diberi contoh. Paling awal diketahui menurut kajian beliau adalah ketika ilmuwan Yunani atau Greek, Ptolemy yang hidup 90-168 Masihi menyebut "Maleu-Kolon" yang bermaksud Melayu Barat dalam kitabnya Geographia merujuk pada satu bahagian Semenanjung Tanah Melayu.


Nama Melayu kemudian dilebarkan oleh empayar Srivijaya yang diasaskan sekitar 670 Masihi.





Ia benar-benar melonjak tinggi apabila Kesultanan Melaka mencapai kemakmuran abad ke-15 lalu Melaka menjadi penanda aras pada segala yang berkaitan Melayu.


Tetapi ada pihak mempertikaikan ini dengan mendakwa Melayu adalah satu perkataan baru yang dicipta pada zaman penjajahan Inggeris, bermula abad ke-19 Masihi.


Sedangkan ada bukti dari pihak Barat sendiri iaitu dari catatan Portugis menunjukkan ia sudah disebut mereka awal abad ke-16.



Masuk asal-usul Melayu yang ada kontroversinya sendiri...


Ramai masih terkeliru dengan teori lama yang mendakwa bangsa Melayu berasal dari selatan Cina sebelum berhijrah ke sini. 


Ada pula mengambil kesempatan untuk mendakwa Melayu sebagai pendatang.





Ini dilanjutkan sebagai teori "Keluar dari Taiwan" - orang Melayu kononnya berasal dari leluhur sana yang bergerak ke selatan sebelum menyebar merata ke kawasan-kawasan kepulauan.


Walhal ada kajian menunjukkan ada ras-ras Melayu yang pernah menetap di tempat mereka dalam lingkungan Alam Melayu seawal 39,000 tahun lalu!


Sebenarnya teori "Keluar dari Taiwan" sudah lama disanggah sejumlah pengkaji. Malah ada yang telah membuktikan sebaliknya. Bukan Melayu yang keluar dari Taiwan tetapi leluhur orang Taiwan yang keluar dari Alam Melayu, ketika bumi di Asia Tenggara ini masih membentuk sebuah benua besar yang digelar pengkaji sebagai Sundaland.


Antaranya Dr. Stephen Oppenheimer dari University of Oxford, England. Beliau menyatakan bahawa 16,000 tahun lalu Asia Tenggara adalah sebuah daratan besar dengan saiz dua kali ganda India!


Namun berlaku banjir besar yang menenggalamkan daratan membentuk muka bumi seperti sekarang.


Inilah yang menyebabkan penduduk asal Alam Melayu berhijrah ke merata tempat membentuk pelbagai komuniti baru. Tetapi ramai masih membawa kenangan banjir besar dan tempat asal usul leluhur dalam bentuk mitos atau cerita-cerita rakyat.








Saturday, October 25, 2014

Masuk tahun baru Hijrah - 2 minggu lagi HIKMAH Pagoh



Salam Maal Hijrah. Hari ini Sabtu 25 Oktober 2014 masuklah tahun baru Hijrah yang ke 1436. Genap 2 minggu lagi akan diadakan acara ke-11 HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah I di Kampung Raja, Pagoh, Muar iaitu pada 8 November bersamaan 15 Muharram. Biar dimaklumkan lagi makam ini adalah satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih terpelihara di Malaysia hingga kini. Lain-lain makam Sultan Melaka tidak dapat dipastikan lagi letaknya di mana, sudah hilang tanda dirosakkan Portugis selepas masuk menjajah kota Melaka tahun 1511 Masihi.

Seperti biasa pembentangan ilmu berteraskan sejarah kajian anak Melayu akan diketengahkan untuk meningkatkan semangat perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam. Acara kali ini akan turut menyaksikan majlis hol  atau ulang tahun kemangkatan almarhum  yang ke-550 menurut kiraan Hijrah, berdasarkan perkiraan baru Melaka diasaskan tahun 1262 Masihi. Difahamkan ini adalah kali pertama hol diadakan untuk Sultan Alauddin sekurang-kurangnya dalam sejarah moden. Baginda boleh dikatakan simbol kekuatan dan kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan kealiman dan kesolehan sehingga tertulis pada batu nesan sebagai seorang wali Allah yang terpilih.

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ada beberapa perkembangan yang memberangsangkan tentang acara. Satu, seorang pencari dan pengumpul matawang dari Kota Tinggi, Johor, Yang Mulia Raja Kamarazaman telah bersetuju untuk membentang bersama kertas kerja bertajuk "Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi Sebenar Melayu?". Kurang 2 minggu lalu beliau berjaya menemukan berpuluh matawang lama dinar, dirham dan keton (syiling timah) kerajaan Johor Lama, pewaris empayar Melayu Melaka. Matawang  tersebut meliputi tempoh 1528-1760 Masihi dan ia akan dipamerkan semasa acara nanti.

Selain itu kami diberitahu, insyaallah satu rombongan dari Aceh akan datang menyerikan majlis. Ini diberitahu oleh Yang Mulia Teuku Raja Zulkarnain dari Dinas (pejabat) Kebudayaan dan Parawisata (pelancongan) Aceh beberapa hari lalu. Beliau yang turun memegang jawatan adat raja Nagan, sebuah negeri kecil bawahan Kesultanan Aceh tetapi meliputi wilayah lebih 2 kali ganda keluasan negeri Melaka pernah mewakili Gabernor Aceh menyambut rombongan dari Malaysia semasa acara ke-10 HIKMAH diadakan di Muzium Aceh, Banda Aceh 29 Mac lalu. Pada majlis makan malam di kediaman rasmi gabernor beliau memberitahu akan berusaha membawa rombongan 50 orang Aceh ke Malaysia jika ada lagi majlis seperti itu. Lihat artikel lama HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Diraikan Gabernor di kediaman rasmi.





Selain mengatur acara seperti dibincangkan pada artikel Mesyuarat penganjuran di Masjid Sultan Alauddin - Bersedia untuk menjayakannya saya juga dijadualkan membentang 2 tajuk kertas kerja. Sukacita dimaklumkan set slaid untuk satu kertas kerja berjaya disiapkan 2 hari lepas, tinggal sedikit kemas kini dari segi teks dan isi. Pembacaan/kajian yang perlu dibuat untuk kertas kerja lagi satu pula baru selesai sehari lalu, tinggal diterjemahkan menjadi slaid untuk ditambah pada sejumlah slaid yang sudah tersedia lebih awal. Lebih kurang sejam tadi pula baru saya mendapat ilham bagaimana mahu mengatur 6 tajuk kertas kerja pembentangan untuk mengisi dua sesi, tengah hari dan petang. Dengan itu biar ditunjukkan atur cara yang boleh dikira cukup lengkap...


        8 – 9  -  Kedatangan peserta/tetamu

        9 - 10 - Majlis hol almarhum Sultan Alauddin Riayat Syah yang ke-550 

10 - 10.20  - Rehat/sarapan

10.20 – 11 -  Pembukaan :-

                  - Ucapan aluan oleh pengerusi jawatankuasa Masjid Sultan Alauddin Riayat Syah I,
                    Tuan  Haji Hamzah Ali

                  - Ucapan aluan oleh ketua Kampung Raja, Tok Rahmat

                  - Ucapan aluan oleh presiden dan pengasas HIKMAH, Radzi Sapiee


      11 – 1 -  Sesi pembentangan tengah hari -

                     a. "Sultan Alauddin Riayat Syah - Wali Allah yang Terpilih" - Hasan Yusof, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"

                     b. "Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang" - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"

                     c. "Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi Sebenar Melayu?" - Raja Kamarazaman, pencari dan pengumpul matawang lama dan Norbaini Hassan, perunding dinar dan dirham


         1 – 2 - Rehat Zuhur/makan tengah hari


         2 - 4 -  Sesi pembentangan petang :-

                     a.  "Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Sambungan Aceh ke Muar" - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"

                   b.  "Raja Temenggung Muar : Satu kaitan Aceh, Melaka lama dan beberapa kesultanan sekarang" - TunSuzana Tun Hj Othman, penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu"

                 c.    "Sistem Pentadbiran Islam Moden di bawah Pemerintahan Raja-Raja Melayu" - Pelita Di Dalam Kaca, penulis novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur


        4 - 4.45 - Rehat Asar/minum petang


 4.45 - 5.15 - Sesi berkumpulan“Mengangkat kembali kegemilangan Melayu Islam melalui contoh yang ditinggalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah, wali Allah yang terpilih”

Hadirin boleh memilih untuk bersama salah satu daripada 10 kumpulan menurut minat untuk berbincang dan memberi maklum balas tentang topik. Setiap kumpulan dipimpin seorang moderator yang memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam bidang. Kumpulan-kumpulan itu ialah :-

                        a. Perkerisan dan Persenjataan

                        b. Perubatan dan Pemakanan

                        c. Persilatan dan Siasah Perang

                        d. Busana Tradisional Melayu 

                        e. Kebudayaan,Tarian dan Wayang

                        f. Seni Ukiran/Khat 

                        g. Kitab/Buku/Sastera 

                        h. Keagamaan 

                        i. Keluarga dan Salasilah 

                        j. Ketamadunan dan Kerajaan


        5. 15 - Penutup - Setiap kumpulan diminta memberikan ringkasan maklum balas/dapatan sebelum presiden dan pengasas HIKMAH memberikan kata-kata akhir untuk menutup acara.



Dengan ini kehangatan acara semakin membara dan terasa. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-141 di blogspot ini. Peta dan panduan ke lokasi boleh dilihat dalam artikel Mesyuarat penganjuran di Masjid Sultan Alauddin - Bersedia untuk menjayakannya


Friday, October 10, 2014

Mesyuarat penganjuran di Masjid Sultan Alauddin - Bersedia untuk menjayakannya

Salam semua. Hari ini Jumaat 15 Zulhijjah. Genap sebulan selepas ini iaitu pada 8 Nov bersamaan 15 Muharram nanti akan berlangsunglah acara ke-11 HIKMAH insyaallah. Kerana mengikut kiraan Hijriah bulan Zulhijjah kali ini dijangka memakan masa cuma 29 hari.



Pada artikel Kehilangan dinar Melaka - Usaha untuk meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu? yang dibuat awal pagi Rabu ada dinyatakan saya telah bermesyuarat di Masjid Sultan Alauddin iaitu di sebelah makam sultan. Mesyuarat tentang penganjuran majlis itu diadakan petang Isnin 6 Oktober bersamaan 11 Zulhijjah, sehari selepas sambutan Hari Raya Haji atau Aidil Adha. Tetapi  saya belum ada gerak untuk bercerita tentangnya kecuali apabila menulis artikel Video-video yang hilang - Angkat balik montaj... tengah hari Rabu, itupun sedikit dan berkenaan video. Sempena tarikh hari ini tepat sebulan sebelum acara eloklah saya membuka mulut lebih lanjut. Sambil itu boleh diceritakan beberapa perkembangan terkini dan tahap persiapan acara...

Mesyuarat dihadiri ketua kampung, imam dan bilal masjid, wakil pengurusan tanah perkuburan (kerana makam Sultan Alauddin dikira dalam tanah perkuburan walaupun terletak di laman masjid) dan beberapa pemuda anak Pagoh yang mewakili persatuan-persatuan belia tempatan. Saya memulakan dengan memperkenalkan HIKMAH, bagaimana ia bermula, aspirasi kami, konsep acara lalu menyebut acara-acara yang sudah dijayakan dahulu. Laptop atau komputer riba pun dibuka untuk menunjukkan montaj acara lama. Ketika itulah baru tersedar tidak ada satu pun montaj dalam komputer seperti disebut dalam Video-video yang hilang - Angkat balik montaj....

Nasib baik masih ada video-video versi panjang. Bolehlah ditunjukkan tetapi perlu fast forward selalu agar tidak terlalu lama. Mereka tiada masalah memahami kebiasaan cara kami membuat acara. Perbincangan pun menjurus pada sumbangan masing-masing untuk menjayakannya.

Secara rata masjid itu sendiri sudah cukup untuk menampung majlis sederhana besar. Dewan solat dalam boleh memuatkan 600 orang dan ini akan digunakan untuk membuat pembentangan ilmu. Projektor dan skrin boleh disediakan anak tempatan lalu disambung dengan sistem pembesar suara masjid. Serambi masjid boleh menampung ramai lagi hadirin, boleh juga digunakan untuk membuat aktiviti sampingan termasuk pameran barang-barang berkaitan tamadun Melayu dan Islam.

Oh. Tarikh mengadakan acara Sabtu 8 Nov 2014 bersamaan 15 Muharram 1436 Hijriah juga dipersetujui semua. Majlis hol atau ulang tahun kemangkatan almarhum Sultan Alauddin Riayat Syah akan diadakan pada pagi hari diikuti pembukaan, pembentangan dan aktiviti berkumpulan sebelum penutup waktu petang. Pak Imam sudah bersetuju untuk memimpin hol dengan mengadakan tahlil juga bacaan Yasin beramai-ramai. Kata beliau setiap tahun masjid mengadakan Tahlil Perdana. Tetapi inilah kali pertama hol mahu diadakan untuk Sultan Alauddin di mana bacaan tahlil dan Yasin diadakan di luar berdekatan makam berbanding majlis biasa di dalam.

Apabila ditanya apakah ada VVIP atau VIP jawab saya tidak ada jemputan rasmi dibuat. Di kalangan yang menghadiri acara-acara HIKMAH sebelum ini pun terdapat orang-orang daripada golongan atasan termasuk para kerabat diraja tetapi mereka sudi datang duduk beramai-ramai bersama yang lain tanpa mengira pangkat mahupun darjat. Kami mahu meneruskan konsep ini kerana majlis dibuat untuk orang ramai, bukan menjaga hati beberapa golongan ternama. Kami tidak suka majlis 'disendatkan' dengan protokol maka kalau ada yang berdarjat mahu datang biarlah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan semua.

Tentang belanja pula pihak masjid dan kampung akan menyediakan kemudahan termasuk khemah-khemah tambahan dan kerusi meja tanpa bayaran, HIKMAH akan menanggung belanja makan minum pagi, tengah hari dan petang para hadirin juga sejumlah homestay untuk menempatkan pembentang, urus setia dan sejumlah hadirin dari jauh. Pihak masjid dan kampung akan mendapatkan caterer yang sesuai, homestay juga akan ditentukan sebaik sahaja pihak kami mendapatkan anggaran lebih tepat berapakah jumlah hadirin, berapa ramai pula daripada tempat jauh. Anak-anak Pagoh sudi bergotong-royong untuk mendirikan khemah dan sebagainya, dijangka petang Jumaat iaitu sehari sebelum acara. Orang luar terutama kawan-kawan HIKMAH amat dialu-alukan membantu.

Atur cara mudah boleh disenaraikan begini :-



 8 – 9 : Kedatangan peserta/tetamu

9-10 : Majlis hol almarhum Sultan Alauddin Riayat Syah yang ke-550 (mengikut kiraan Hijriah berdasarkan pentarikhan baru pengasasan Melaka 1262 Masihi)

10-10.20 – Rehat/sarapan

10.20 – 11 – Pembukaan

                  - Ucapan aluan oleh wakil masjid
                  - Ucapan aluan oleh ketua kampung
                  - Ucapan aluan oleh presiden HIKMAH

11 – 1 : Sesi pembentangan tengah hari

1 – 2 : Rehat Zuhur/makan tengah hari

2-4 : Sesi pembentangan petang

4-4.45 : Rehat Asar/minum petang

4.45-5.15 : Sesi berkumpulan – “Mengangkat kembali kegemilangan Melayu Islam melalui contoh yang ditinggalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah, wali Allah yang terpilih”

5. 15 - Penutup


Ketika mesyuarat diadakan kami baru ada 4 tajuk pembentangan. Dalam tempoh beberapa hari ini dah dapat lagi 2 tajuk, rasanya cukup. Pembahagian pembentangan pada sesi mana akan diputuskan kemudian. Tajuk-tajuk adalah :-



1.      "Raja Temenggung Muar : Satu kaitan Aceh, Melaka lama dan beberapa kesultanan sekarang" - TunSuzana Tun Hj Othman, penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu"


2.      "Sistem Pentadbiran Islam Moden di bawah Pemerintahan Raja-Raja Melayu" - Pelita Di Dalam Kaca (nama pena, nama betul saya tak tahu), penulis novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur


3.      "Sultan Alauddin Riayat Syah - Wali Allah yang Terpilih" - Hasan Yusof, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"


4.      "Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Sambungan Aceh ke Muar" - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"


5. "Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi Sebenar Melayu?" - Norbaini Hassan, perunding dinar dan dirham


6.  "Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang" - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"





Untuk mereka yang tidak tahu lokasi acara iaitu di masjid dan makam Sultan Alauddin lihat peta Muar ini. Zoom in ke kawasan dalam kotak kuning iaitu di Pagoh...




Kelihatan Plaza Tol Pagoh. Masjid dan makam terletak sekitar 6 km dari tol, dalam kawasan kotak kuning. Zoom in lagi...




Kedudukan harus sudah cukup terang, Namun untuk mereka yang lebih selesa dengan peta ringkas sila rujuk di bawah. Jumpa kita insyaallah nanti ya...




Oh lupa nak cakap. Pihak masjid juga telah bersetuju untuk membenarkan para hadirin beriktikaf di masjid. Eloklah datang Jumaat malam Sabtu, malam bulan penuh 15 Muharram menginap di dalam masjid yang dipercayai didirikan di atas istana hinggap Sultan Alauddin, Mereka yang ingin membantu secara sukarela disarankan datang lebih awal agar dapat membantu kerja-kerja mendirikan khemah dan sebagainya petang Jumaat. Satu lagi, seperti pada acara-acara HIKMAH terdahulu siapa yang berminat untuk berniaga boleh datang ambil tapak percuma. Datang sahaja awal Sabtu dan dirikan gerai. Cuma kerusi meja sila sediakan sendiri. Yang ada pada kami diutamakan untuk kegunaan urusetia dan tempat makan.


Wednesday, October 8, 2014

Video-video yang hilang - Angkat balik montaj...

Merujuk pada artikel Kehilangan dinar Melaka - Usaha untuk meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu? yang dipaparkan jam 12.08 tengah malam tadi. Hari ini timbul rasa untuk bercerita sedikit tentang apa yang berlaku semasa mesyuarat penganjuran HIKMAH Pagoh - Hol Almarhum Sultan Alauddin yang diadakan di masjid sebelah makam sultan petang Isnin. Tapi cuma mengenai hal video...



Saya datang ke mesyuarat membawa laptop atau komputer riba bersedia untuk menunjukkan paparan video acara-acara terdahulu HIKMAH. Fikir saya montaj (dari perkaraan Inggeris montage) memaparkan ringkasan-ringkasan daripada setiap 10 acara yang telah diadakan setakat ini telah tersimpan elok dalam fail yang dipanggil HIKMAHprocessed.



Bila masuk tengok-tengok masih ada satu lapisan fail. Patutnya kalau montaj sudah ditunjukkan thumbnail atau paparan kecil setiap video.



Masuk dalam fail pula tengok-tengok yang ada cuma video-video yang sudah disunting atau diproses tetapi belum digabungkan sambil diringkaskan menjadi montaj. Bila cari di tempat lain dalam laptop ternyata tiada video montaj. Yang ada cuma video yang sudah diproses. Itupun untuk acara 1-3 dan 7-10 HIKMAH, untuk acara 4-6 nampaknya dah hilang.

Nampaknya saya sudah tersilap persediaan. Tak dapatlah saya menunjukkan kepada mesyuarat bagaimana setiap 10 acara dapat dilangsungkan dengan jayanya. Yang dapat adalah paparan video diproses yang setiap satu memakan masa yang agak panjang. Untuk meringkaskan dan menjimat masa video harus 'dilompat-lompatkan' secara manual, main agak-agak...



Pagi tadi baru teringat untuk menyemak di dalam external drive. Tengok-tengok apa yang ada serupa dalam laptop. Apakah saya telah terpadam atau tidak sengaja terdelete video-video montaj? Saya pasti ada membuatnya untuk setiap 10 acara dan pernah memuatnaik kesemuanya ke Youtube.  

Tetapi itu pada komputer lama yang rosak teruk beberapa bulan lalu. Yang saya pakai sekarang adalah komputer lain yang dibeli second hand secara top up duit sambil menyerahkan komputer lama. Nampaknya saya terlupa nak back up. Yang ada dalam external drive  cuma video-video asal yang dirakam  dalam format Sony AVCHD Full HD lalu memakan ruang memory yang sangat besar. Nak proses balik jadi ringan dan mudah untuk tatapan ramai memakan banyak kerja dan masa. Nak diringkaskan jadi montaj perlu satu lagi lapisan kerja atau proses. Malas dah nak buat...

Nasib baik saya berjaya menemui montaj untuk acara 1-5 HIKMAH yang disediakan untuk ditunjukkan pada acara ke-6 di Perkampungan Hang Tuah, Kampung Duyung, Melaka penghujung 2013. Nasib baik juga memang semua 10 montaj pernah dimuatnaik ke Youtube, 5 bulan lalu... selepas siap memaparkan semua yang patut tentang acara ke-10 di Aceh penghujung Mac. Montaj-montaj ini dimuatnaik untuk dikongsikan dalam artikel HIKMAH berehat dan Faktor 131. Ketika itu saya berniat untuk berehat lama daripada terlibat dengan apa-apa acara mendaulatkan Melayu dan Islam... setelah membatalkan niat untuk bersara.

Kini keadaan telah memanggil saya untuk keluar daripada rehat. Dengan itu biar dikongsikan kembali semua montaj berserta link membawa kepada artikel kompilasi yang mengumpulkan semua artikel berkaitan bagi setiap acara. Selamat menonton dan/atau mengulangkaji... :]



















Kehilangan dinar Melaka - Usaha untuk meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu?

Keadaan telah membawa saya untuk menulis panjang lebar tentang satu perkara di Facebook. Saya rasa elok dikongsikan di sini juga...






KEHILANGAN DINAR MELAKA - USAHA UNTUK MEMINGGIRKAN KUASA EKONOMI SEBENAR ORANG MELAYU?


Salam. Kalau ikut rancangan hari ini saya mahu berkongsi sedikit cerita tentang mesyuarat bersama jawatankuasa masjid, ketua kampung dan anak-anak tempatan di Masjid Sultan Alauddin Riayat Syah di Kampung Raja, Pagoh, Muar petang semalam. Mesyuarat diadakan untuk menentukan gerak kerja dalam menjayakan acara ke-11 HIKMAH di hadapan makam Sultan Alauddin Riayat Syah iaitu di sebelah masjid, satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih terpelihara di Malaysia. Alhamdulillah hasilnya begitu baik. Semua pihak bersetuju untuk bekerjasama menjayakan acara pada Sabtu 8 Nov 2014 bersamaan 15 Muharram.

Namun sejak sampai ke rumah selepas tengah malam fikiran saya disibukkan dengan desakan hati untuk mengkaji kaitan Kaabah dengan Alam Melayu. Baru sebentar tadi pula saya dihubungi seorang rakan aktivis dinar dirham yang menyatakan masalah mencari bahan untuk membentang seperti diminta untuk acara. Saya telah meminta beliau berkongsi kajian terbaru tentang dinar dirham sambil memberikan fokus kepada dinar kesultanan Melaka. Malangnya beliau tidak dapat menemui sebarang dinar Melaka dalam simpanan apa-apa badan waima dari Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang memiliki rangkaian sekitar 30 buah muzium sekalipun.

Ini menimbulkan banyak persoalan dan boleh merencatkan pembentangan. Tetapi pada saya ada hikmahnya kerana ia boleh membuka sudut pandang baru dalam mengkaji evolusi ekonomi orang Melayu dahulu dan sekarang. Premis kehilangan dinar boleh membawa kepada penelitian persoalan kenapa dahulu Melaka pernah menjadi kuasa ekonomi besar peringkat dunia sehingga boleh menyaingi Venice, kota paling makmur di Eropah abad ke-15 tetapi sekarang orang Melayu terpaksa berpayung di bawah kuasa ekonomi orang lain yang bukan Islam. Hal ini malah terkait rapat dengan kemunculan wang fiat atau duit kertas berdasarkan fractional reserve banking system oleh penjajah Barat.

Untuk makluman para aktivis dinar dirham yang sejati iaitu mereka yang betul-betul mahu memartabatkan ekonomi Islam, bukan sekadar mencari peluang perniagaan menjual emas untuk memenuhkan poket sendiri sering menekankan bagaimana wang fiat dan sistem perbankan menjadi alat golongan elit yang didalangi kumpulan jahat Yahudi Zionis Illuminati untuk secara halus merompak hasil kerja rakyat. Seorang profesor ekonomi malah membuat kertas kerja menunjukkan bagaimana kemunculan sistem ini di Pulau Pinang sekitar 150 tahun lalu menjadi alat untuk pendatang bukan Islam merampas kekuasaan ekonomi daripada orang Melayu. Sila lihat  Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu.

Kehilangan dinar emas Melaka juga boleh diselarikan dengan cerita Sultan Alauddin yang hilang. Walaupun kitab Sulalatus Salatin yang dikenali ramai sebagai Sejarah Melayu menyebut baginda ketika nazak sempat berwasiat kepada puteranya Sultan Mahmud yang kemudian menaiki takhta, sebenarnya baginda tidak mangkat di Kota Melaka tetapi jauh di luar lingkungan kekuasaan pusat kerajaan iaitu di Pagoh, Muar. Sultan Alauddin sebenarnya mangkat akibat diracun tetapi ini tidak diceritakan di dalam kitab Sulalatus Salatin. Besar kemungkinan ia berlaku kerana permainan politik pihak tertentu yang mahu menaikkan Sultan Mahmud ke atas takhta. Ketika itu baginda masih budak kecil lalu pemerintahan sebenar dipangku orang lain. Walhal Sultan Alauddin ada seorang anak yang sudah cukup dewasa, Raja Munawar yang sedang memerintah di Kampar.

Sejarah telah menceritakan bagaimana Sultan Mahmud membesar menjadi seorang raja yang zalim, sering mengikut nafsu amarah sehingga membuka ruang untuk Melaka dijajah. Selepas itu berlakulah satu demi satu perkara yang akhirnya membawa kepada keadaan orang Melayu sekarang di mana ekonomi tanah air dikuasai bangsa lain yang bukan Islam, bangsa yang nampaknya sengaja dinaikkan oleh penjajah Barat sambil meminggirkan anak tempatan. Nampaknya kehilangan cerita sebenar Sultan Alauddin diracun dari kitab Sulalatus Salatin membawa maksud tersirat seperti halnya kehilangan dinar emas Melaka. Saya pun mencadangkan agar pembentangan diberi tajuk "Kehilangan dinar Melaka - Usaha untuk meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu?".

Beliau pun bersetuju lalu terus memulakan penyelidikan. Dengan ini biar diumumkan, sahabat kami Puan Norbaini Hassan, perunding dinar dan dirham akan menangani tajuk tersebut. Beliau pernah membentang kertas kerja berkaitan pada acara ke-5 HIKMAH di Kuala Terengganu Jun 2013. Lihat HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari dunia di luar matriks ke dinar dan dirham.


p/s : Gambar daripada Internet menunjukkan dinar dari kerajaan Samudera-Pasai, sekarang dalam Aceh. Sebagai pusat utama penyebaran Islam ke seluruh Asia Tenggara dan kuasa ekonomi tumpuan pedagang Islam sedunia yang lebih awal, kerajaan ini sering dirujuk Melaka untuk memutuskan persoalan-persoalan agama yang tidak dapat diselesaikan mereka. Ada kemungkinan Melaka menggunakan dinar Pasai untuk dagangan sehinggalah ia meningkat cukup pesat lalu dapat menerbitkan dinar sendiri. Malah ada kemungkinan Melaka itu sendiri naik setelah menerima mandat daripada Samudera-Pasai, satu-satunya kerajaan yang ia dan pengasasnya dikatakan mendapat mandat istimewa wasiat Nabi Muhammad SAW.


Friday, September 26, 2014

Berkat wali Allah yang terpilih...



Salam pagi Jumaat yang indah. Mengambil keberkatan hari ini 1 Zulhijjah ingin saya menyatakan beberapa perkembangan tentang rancangan mengadakan acara ke-11 HIKMAH di hadapan makam Sultan Alauddin Riayat Syah (Melaka) di Kampung Raja, Pagoh, Muar, dalam kawasan Masjid Sultan Alauddin Riayat Syah. Pada artikel Perjalanan balik hari ke Pagoh - Misi tak disangka HIKMAH Sultan Alauddin... yang dibuat lebih seminggu lalu telah dinyatakan saya ada membuat perjalanan ke sana untuk mengatur perkara. Ketika itu 15 Sept, saya dapat berjumpa dengan pengerusi masjid lalu menyatakan rancangan. Alhamdulillah beliau bersetuju. Cuma butiran lanjut akan dibincangkan kemudian, cadangnya pada satu mesyuarat bersama beliau, ketua kampung dan pengerusi tanah perkuburan semasa cuti Hari Raya Haji akan datang.

Malam itu sekembalinya saya ke rumah terus tergerak untuk berkongsi berita gembira ini di Facebook sambil meminta kawan-kawan dan kenalan memberi maklum balas bilakah tarikh paling sesuai untuk mengadakan acara. Setelah dipertimbangkan setiap maklum balas daripada beberapa sudut, saya membuat keputusan tarikh terbaik adalah Sabtu 8 November yang harus bersamaan 15 Muharram tahun baru Islam 1436 Hijriah. Siangnya, ketika negara sedang menyambut Hari Malaysia 16 September saya pun menghubungi pengerusi masjid menyatakan tarikh tersebut. Beliau tiada masalah dan membenarkan saya mengumumkannya. Turut dihubungi ketua kampung dan pengerusi tanah perkuburan. Mereka juga tiada masalah. Cuma kata pengerusi perkuburan beliau mungkin tidak dapat menghadiri mesyuarat cuti Raya Haji yang mahu diadakan di masjid kerana harus kembali bercuti ke rumah keluarga isteri di Selangor. Tapi insyaallah beliau akan menghantar wakil.

Tengah hari itu saya pun membuka event page untuk acara. Ia disebut sebagai "HIKMAH Pagoh - Ziarah Sultan Alauddin" atau HIKMAH XI. Dengan cepat ia mendapat perhatian dan komitmen ramai. Maka itu biar disenaraikan perkembangan sejak itu. Saya copy paste seperti dimaklumkan di FB berserta ulasan ringkas, bermula dengan perkembangan pada esoknya 17 Sept...




BERKAT WALI ALLAH YANG TERPILIH - SENARAI PEMBENTANGAN UNTUK HIKMAH XI DI PAGOH

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallahu wallahuakbar. Wala hawlawala quwwaatailla billahil aliyilazim. Sukacita dimaklumkan kami telah berjaya mendapatkan sejumlah penulis buku yang berkaliber untuk berkongsi ilmu pada acara ke-11 HIKMAH yang mahu diadakan di hadapan makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh 8 Nov atau 15 Muharram merangkap majlis hol almarhum baginda yang ke-550. Saya sebagai presiden HIKMAH juga penulis turut membentang apalagi acara diadakan di Pagoh, dalam daerah kelahiran dan tempat saya membesar iaitu Muar. Disenaraikan tajuk dan pembentang :-


1. "Raja Temenggung Muar : Satu kaitan Aceh, Melaka lama dan beberapa kesultanan sekarang" - TunSuzana Tun Hj Othman, penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu"

2. "Sistem Pentadbiran Islam Moden di bawah Pemerintahan Raja-Raja Melayu" - Pelita Di Dalam Kaca (nama pena, nama betul saya tak tahu), penulis novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur

3. "Sultan Alauddin Riayat Syah - Wali Allah yang Terpilih" - Hasan Yusof, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"

4. "Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Sambungan Aceh ke Muar" - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"


Tajuk2 lain mungkin akan ditambah setelah diambil kira beberapa faktor seperti masa dan keluangan pembentang. Antara yang sedang difikirkan adalah pembentangan tentang wang dinar dan dirham dengan fokus diberikan pada dinar dan dirham Kesultanan Melaka. Alhamdulillah



Ulasan : Sukacita hati saya dalam tempoh 24 jam mengumumkan acara kepada ramai dimudahkan Allah SWT mendapatkan 3 orang penulis buku selain saya sendiri untuk membentang. Ini sahaja sudah cukup untuk mengisi acara. Tetapi insyaallah boleh ditambah tajuk-tajuk lain setelah diambil kira masa yang mahu digunakan untuk tahlil, zikir, baca Yasin memandangkan acara HIKMAH kali ini juga merupakan sambutan hol atau ulang tahun kemangkatan almarhum sultan, Mungkin juga akan diadakan persembahan maulud/qasidah, pertunjukan silat, memanah dan sebagainya. Ini bergantung jika ada pihak yang sudi membawa majlis secara sukarela. Kita akan lihat apabila semakin hampir tarikh.

Oh sejurus sebelum itu saya ada menyebut begini :



HOL ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN YANG KE-550

Sudah disebut bahawa pada HIKMAH XI di makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh nanti akan diadakan majlis hol atau hari memperingati ulang tahun kemangkatan baginda. Buku2 sejarah yang masih berpegang pada dakwaan Kesultanan Melaka dimulakan tahun 1400an Masihi menyebut sultan alim ini mangkat 1488. Kiraan baru yang diwar2kan sejak tahun 2010 menggunakan data dari kitab Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu pula menyebut baginda mangkat 1481.

Saya cenderung pada 1481 dan mendapati ia bersamaan tahun 886 Hijriah. Acara dijadualkan berlangsung pada 8 Nov 2014 bersamaan 15 Muharram 1436 Hijriah. Maka tak salah untuk mengatakan hol yang mahu dibuat adalah ulangtahun ke-550 Sultan Alauddin mangkat mengikut kiraan hijrah.



Ulasan : Maka itu saya akan menyebutnya sebagai hol almarhum ke-550. Tarikh tepat kemangkatan Sultan Alauddin tidak saya ketahui kerana belum pernah terjumpa tercatat di mana-mana. Apapun, kalau tarikhnya lain pun tidaklah salah menyambutnya pada 15 Muharram mengambil keberkatan awal tahun baru Islam.

Pagi Khamis 18 Sept saya dihubungi seorang kenalan menyatakan beliau mahu menanggung makan minum untuk majlis. Terus tergerak untuk membuat pengumuman di FB seperti di bawah...




MAKAN MINUM DAN PENGINAPAN PERCUMA PADA HIKMAH XI DI PAGOH 8 NOV

Salam semua. Kita sebut dahulu bab penginapan. Sukacita dimaklumkan, tanpa dipinta sudah ada individu menawarkan untuk menaja penginapan homestay untuk sejumlah hadirin semasa acara nanti. Tawaran ini sebenarnya dibuat sejak saya mengumumkan rancangan untuk mengadakan acara di sekitar Gunung Ledang lagi iaitu 2 bulan lalu. Apabila mendapat tahu acara mahu dialihkan ke Pagoh beliau menghubungi saya sekali lagi untuk mengulangi tawaran menampung belanja penginapan di sekitar itu pula.

Namun ini bukanlah untuk semua. Keutamaan kami adalah untuk para pembentang, pihak urusetia dan 2-3 buah kumpulan NGO kedaulatan Melayu dan Islam yang selalu menyokong acara kami. Ada kemungkinan kawan2 kami di Aceh akan datang membawa rombongan lebih 50 orang aktivis dan ketua2 masyarakat. Keutamaan kami adalah untuk memudahkan kedatangan juga penginapan mereka2 ini.

Kepada kawan2 HIKMAH lain dari jauh yang mahu bertandang tetapi tidak memiliki saudara mara berdekatan untuk tumpang bermalam atau tiada bajet untuk mendapatkan penginapan berbayar berupa hotel mahupun homestay saya cadangkan bermalam di masjid sebelah makam. Ada keberkatan bermalam di bawah bulan penuh 15 Muharram berdekatan makam Sultan Alauddin yang merupakan raja bertaraf wali Allah lagi terpilih. Malah dipercayai masjid didirikan di atas tapak istana baginda. Bukan senang nak dapat peluang tidur dalam istana seorang raja wali!

Apapun ada kemungkinan akan ada pihak lain muncul menawarkan penajaan untuk lebih banyak homestay. Jika ini berlaku lebih banyak penginapan percuma akan dibuka kepada peserta. Tentang makan dan minum pula sepanjang mengadakan acara sejak HIKMAH diasaskan 12 Oktober 2012 hinggalah acara ke-10 di Aceh 29 Mac 2014, kami tidak pernah gagal menyediakannya untuk semua. Malah di kala pihak lain yang lebih established mendapat sokongan kerajaan negeri dan sebagainya cuma dapat menyediakan makanan untuk jawatankuasa acara dan dif2 kehormat sahaja, tidak untuk hadirin yang lainnya, kami dapat menyediakan sarapan, makan tengah hari dan minum petang untuk semua.

Dengan bantuan Allah yang disampaikan melalui pihak2 yang prihatin ini dapat dilakukan walaupun HIKMAH bukan persatuan berdaftar, sekadar sebuah komuniti kecil FB, tidak memegang atau menerima peruntukan tetap dana daripada mana2 badan. Malah semasa di Aceh pihak kami melalui kawan2 di sana dapat menyediakan makan malam istimewa bertaraf hotel 5 bintang di rumah rasmi Gabernor yang pangkatnya serupa dengan Ketua Menteri di Melaka. Tetapi bermula HIKMAH Pagoh ini saya fikir malas hendak memenatkan kepala memikirkan bagaimana hendak menampung makan minum peserta. Lalu saya fikir cukuplah dengan mengajak orang kampung berniaga membuka gerai2 kecil makan minum seperti pasar malam dalam kawasan acara. Dengan itu peserta dapat makan tanpa saya pening2 memikirkan dari mana hendak mendapatkan belanja.

Dengan kuasa Allah pagi tadi tiba2 seorang hamba Allah menawarkan untuk menampung makan minum semasa HIKMAH Pagoh. Jumlah awal yang sanggup dikeluarkan (dia sanggup keluar lebih jika tak cukup tapi saya kata tak payah kerana tidak suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang) harus cukup untuk menampung sarapan, makan tengah hari dan minum petang untuk tidak kurang 300 peserta. Subhanallah dan syukur alhamdulillah!



Ulasan : Begitulah bantuan Allah SWT datang tanpa dijangka. Melihat update ini pula ada seorang anak tempatan Muar menawarkan penginapan percuma di rumahnya si Kampung Liang Batu kira-kira 12 km daripada lokasi acara. Beliau boleh menampung 7-10 orang. Tapi kalau perlu lebih akan diusahakan. Jawab saya nanti selepas mesyuarat dan acara semakin dekat, baru saya dapat kepastian dan akan memberitahu.

Jumaat keesokannya iaitu 19 Sept saya buat status update ini...



Gerak sepintas lalu tadi - Nama acara ke-11 HIKMAH 8 Nov ditukar daripada "HIKMAH Pagoh - Ziarah Sultan Alauddin" menjadi "HIKMAH Pagoh - Hol Almarhum Sultan Alauddin, Wali Allah Yang Terpilih" Harap maklum.



Ulasan : Ini adalah kali terakhir saya mengumumkan sesuatu tentang acara. Fikir saya berehatlah dahulu daripada memikirkannya. Tak perlulah mengumumkan perkembangan setiap hari, cukuplah apa yang diberitahu dari 16-19 Sept itu buat masa ini. Nanti selepas mesyuarat cuti Raya Haji, cadangnya pada hari selepas Raya Haji iaitu pada 11 Zulhijjah 10 hari lagi insyaallah saya umumkan perkembangan terbaru. Doakan segalanya berjalan lancar... :]


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.