Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, November 22, 2012

Bersiap untuk acara HIKMAH di Melaka 25 Nov

Salam semua. Selama ini saya asyik bercakap tentang acara "Suai Kenal HIKMAH" yang telah diadakan di  Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov lalu membuat artikel-artikel susulan tentangnya. Sekarang baru hendak bercakap tentang acara utama HIKMAH yang akan datang tidak lama lagi... pada Ahad 25 Nov iaitu 3 hari sahaja lagi!



Pada artikel Dari Akademi Pengajian Melayu ke Yayasan Restu, dari Wacana Keilmuan Melayu Islam HIKMAH jadi Suai Kenal...  yang dibuat 3 minggu lalu ada disebut bagaimana acara sulung HIKMAH diumumkan  terpaksa ditunda ke 25 Nov kerana masalah pembatalan penggunaan dewan yang muncul pada saat-saat akhir. Namun atas permintaan sejumlah peserta yang mahu acara diadakan 4 Nov juga kami pun meneruskan secara downscale atau memperkecilkannya menjadi "Suai Kenal HIKMAH" yang sudah terbukit berjaya dilaksanakan pada waktunya. Lihat artikel HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu dan HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik!. Sambil kami membuat "Suai Kenal HIKMAH" sambil itu juga kami mengatur kembali rancangan untuk membuat acara utama 25 Nov. Ketika itulah kami mendapat tahu pihak yang mahu acara ditangguh dari 4 Nov untuk dibuat di satu lagi premis di Shah Alam 25 Nov adalah pihak bermasalah lalu mula beralih arah. 



Sebenarnya pembatalan penggunaan dewan pada saat-saat akhir ini sebahagiannya disebabkan pihak bermasalah tersebut yang kuat bermain politik, sebahagiannya pula adalah akibat reaksi puak politik lain dari arah yang bertentangan. Ketika saya sedang terpinga-pinga bagaimana hendak meneruskan acara ada pihak dari Melaka menawarkan tempat jika perlu lalu saya memutuskan acara akan diadakan di sana 25 Nov. Saya pun mula berhubung dengan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka). Melalui kerjasama PERZIM, badan muzium Melaka acara yang secara rasmi akan dilaksanakan HIKMAH (MAGMA Melaka dan PERZIM sebagai penganjur bersama) pun diputuskan mahu diadakan di Muzium Rakyat yang terletak bersebelahan dengan pintu gerbang A Famosa di Bandar Hilir Melaka.



Dengan kuasa Allah juga penat-lelah pihak MAGMA Melaka terutama pengasas bersamanya (co-founder) saudara Huzaifah, acara yang diberi nama "Wacana Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu" kemudian mendapat sokongan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam. Mereka memutuskan Muzium Rakyat yang sebenarnya sedang dibaik-pulih sebahagian bangunannya tidak cukup besar untuk menampung kedatangan peserta yang dijangka tidak kurang 350 orang. Oh, sebelum itu saya ada dihubungi oleh pelakon veteran terkenal, Puan Maimon Muttalib yang menjadi moderator budaya untuk sesi berkumpulan "Suai Kenal HIKMAH" 4 Nov. Beliau memberitahu sahabatnya Dato' Razak seorang pengusaha restoran dan catering mahu menaja makan pagi dan tengah hari untuk acara 25 Nov.


Dato' Razak sendiri memberitahu saya, pihak beliau atas nama Restoran Razak Beriyani, Taman Tasek Utama, Air Keroh, Melaka sudi menyumbang hidangan nasi lemak dan minuman untuk 500 orang bersarapan pagi dan set nasi beriyani berserta minuman untuk 500 orang makan tengah hari. Ini adalah petanda baik sokongan pada ketika HIKMAH dan MAGMA Melaka boleh dikatakan hanya mampu bergerak sendiri, sokongan dari pihak lain cuma datang dalam bentuk kebenaran untuk menggunakan premis secara percuma. Apabila DMDI masuk dan kemudian kerajaan negeri Melaka juga mengambil bahagian atas arahan Dato' Ali Rustam, laluan menjadi semakin terang. Malah acara HIKMAH ini dimasukkan ke dalam kalendar tahunan program negeri! Menariknya saya mendapat berita ini beberapa minit setelah masuk Maghrib, Khamis malam Jumaat minggu lepas iaitu bermulanya tahun baru Islam, 1 Muharam 1434 Hijrah. 


Acara pun dialihkan ke premis yang lebih besar dan luas iaitu di Kolej Yayasan Melaka (KYM, juga dikenali sebagai Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka) di Bukit Sebukor.  Jika auditorium di Muzium Rakyat memiliki sekitar 80 kerusi dan boleh menampung paling ramai pun sekitar 200 orang campur mereka yang berdiri dan bersila, melalui gambar-gambar yang dikongsikan oleh saudara Huzaifah ini saya dapat melihat auditorium di KYM memiliki lebih 200 kerusi dan boleh 'disumbat' lagi 300 orang.


Selain itu kami diperuntukkan 10 buah bilik kelas untuk mengadakan sesi berkumpulan yang dijadualkan selepas Asar. Pendek kata KYM atas aturan yang dibuat DMDI memberikan ruang yang jauh lebih luas dan selesa. Dan saya percaya mereka yang mahu membuat pameran dan perniagaan juga boleh datang secara walk-in seperti halnya semasa "Suai Kenal HIKMAH" 4 Nov, tidak seperti di Muzium Rakyat di mana PERZIM meminta kami lebih awal menyenaraikan pembuat pameran dan peniaga kerana katanya perlu mendapatkan lesen perniagaan sementara.


DMDI juga memperuntukkan 10 buah bilik dengan 2 katil setiap satu di Hang Tuah City Hotel (dahulunya Straits Meridian) di Bukit Baru, sekitar 2.5 km perjalanan ke KYM. Bilik-bilik ini akan digunakan untuk penginapan para pembentang dan moderator acara.



Selain itu mereka memperuntukkan 4 buah pangsapuri yang setiap satunya memiliki 3 buah bilik di pusat peranginan baru Casa Lago, berdekatan Pulau Melaka iaitu tidak jauh dari kawasan A Famosa dan persekitarannya. Sebuah pangsapuri akan digunakan oleh urusetia HIKMAH sementara 3 buah lagi untuk para tetamu dari luar negara. Oh. Sebelum mendapat tawaran-tawaran menarik ini saya ada dihubungi seorang hamba Allah dari Melaka yang memberitahu pernah berjumpa saya di rumah seorang kenalan lebih 4 tahun lalu. Beliau memiliki sebuah rumah penginapan kecil tidak jauh dari kawasan-kawasan tersebut dan namanya adalah Apa Kaba Guest House. Hamba Allah ini menawarkan penginapan percuma untuk sejumlah mereka yang akan bersama saya 25 Nov ini lalu saya menyebut akan menumpangkan beberapa orang wakil dari Aceh juga seorang pembentang yang rapat dengan mereka, bersama keluarganya.



Walaupun wakil-wakil dari Aceh juga pembentang tersebut layak mendapatkan penginapan lebih besar dan glamour di Hang Tuah City Hotel juga di Casa Lago saya tetap mahu meletakkan mereka di Apa Kaba Guest House demi memegang pada janji. Sesungguhnya acara-acara HIKMAH berlangsung dan dapat berlangsung semuanya kerana tekad memegang janji kepada orang lain. Pada saya hamba Allah tersebut sudah memberikan tawaran yang ikhlas lagi jujur pada ketika kami masih lagi terpinga-pinga mengatur pengisian acara. Adalah kurang sopan dan tidak mengenal budi jika saya kemudian menolak tawarannya semata-mata kerana DMDI dan kerajaan negeri sudah masuk memberikan tawaran yang secara fizikalnya lebih selesa dan lumayan.

Sebut pasal memegang janji... semasa mula membuat HIKMAH dahulu saya ada mewar-warkan akan menawarkan 313 naskah buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" pada harga RM10 berbanding harga sebenar RM27.90 untuk para peserta yang mendaftar awal. Apabila berlaku perubahan yang menyebabkan acara dapat diadakan 4 Nov tetapi secara downscale, tawaran disusutkan menjadi 131 buku. Kini gendang acara utama bergema kembali. Maka itu biar diumumkan pada "Wacana Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu" 25 Nov ini saya mahu melunaskan janji awal tersebut dengan menawarkan kembali 313 buku pada harga RM10 untuk para peserta awal. Selain itu saya bercadang untuk menghadiahkan buku terbaru dan paling mahal dari saya untuk para pembentang dan moderator. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



OK. Saya sendiri tidak pernah sampai ke KYM, Hang Tuah City Hotel dan Casa Lago juga Apa Kaba Guest House. Maka itu saya rasa harus melihat tempat-tempat ini lebih awal seraya mengatur penginapan hari Sabtu. Saya dan keluarga sendiri akan bermalam di rumah adik saya di Bukit Katil, sekitar 5 km dari KYM. Pagi Sabtu kami akan bertolak bersama beberapa orang lagi dari Lembah Klang ke Melaka. Biar saya copy and paste rancangan yang sudah diletakkan di Face Book beberapa hari lalu...


Saya dan keluarga akan bertolak dari rumah jam 9 lebih gitu bersama wakil2 dari Aceh kemudian ke Taman Tun 10am kerana krew Pesona Pictures nak join sebelum mengambil dua orang gadis dari Terengganu di KL Sentral. Ketika itu harus sudah ada 3 buah kereta bersama dan pada jam 11 gitu kami akan disertai sebuah kereta 4WD yang akan membawa sejumlah buku2 saya dari arah Puchong, bertemu di perhentian selepas tol Sungai Besi. Selepas itu kami mungkin berhenti di R&R Seremban, jika seorang kawan kami dari Putrajaya dapat bersama untuk acara ini. Kawan2 dan kenalan lain terutama para pembentang dan moderator dijemput bersama ikut konvoi. Sila beri maklum balas dan di manakah anda ingin menyertai konvoi. Perhatikan kereta Kenari hitam saya dengan plet nombor WNG 7997.


Mahu mengikut konvoi kami? Marilah. Ini jemputan terbuka. Cari sahaja kami di tempat-tempat tersebut pada waktunya. Cuma ada sedikit perubahan. Kami bercadang mahu bertolak dari kawasan rehat tol Sungai Besi jam 10.30 dan berada di R&R Seremban jam 11. 



Oh. Hampir lupa. Ini adalah atur cara terbaru wacana. Cukup... :]



8.30- 9 : Pendaftaran peserta



9  : Pembukaan –

Selawat dan tahlil ringkas dipimpin Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar dari Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah (cabang Naqsyabandiah al Khalidiah az Zainiah al-Malaise) 
Ucapan pengenalan oleh presiden dan pengasas HIKMAH, Radzi Sapiee


9.40 : Pembentangan kertas kerja sesi pagi -

1.            Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates,  firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI.  

2.            Tujuh wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail.

3.            Faktor Sultan kepada bangsa Melayu - Mesej untuk umat Melayu di akhir zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tareqat Naqsyabandiah.  

Moderator : Taufiq Tan Sri Khalid Sahan, peguam bela dan peguam cara. Rakan kongsi di Ariffin Shahzad.

Soal jawab diikuti sedikit cetusan rasa tentang nasib orang Melayu di Singapura oleh Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein, wakil Singapura.


11. 25 Pembentangan kertas kerja sesi  tengah hari -

4.            Busana tradisional Melayu sebagai lambang jiwa merdeka – Tun Muhammad Farul, Aktivis Busana Tradisi dan Silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu

5.            Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Puan Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan

6.            “Berpetualang ke Aceh” : Satu pengalaman mencari jati diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
Moderator : Profesor Madya Dr. Zaidi Isa, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sesi soal jawab  diikuti perkongsian mengenai keadaan orang Melayu di kepulauan Riau-Lingga oleh Tuan Haji Huzrin Hood,  Pemangku Adat Bentan atau oleh Raja Syukri, waris Raja Haji Fi Sabilillah.


1.15  : Makan, solat Zuhur


2. 30 : Pembentangan kertas kerja sesi  petang

7.            Kepentingan salasilah dalam mencari jati diri Melayu - Megat Iskandar, setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia 

8.            Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

9.            Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu akhir zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

Moderator : Puan Rien Nasution, pemilik Nurin Travel, Medan & Banda Aceh.

Sesi soal jawab diikuti Perkongsian rasa tentang sejarah dan keadaan semasa Aceh oleh wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


4. 20 :  Solat Asar, rehat


4.55 : Sesi berkumpulan mengikut 10 kategori  : -

1.            Perkerisan – Harizan Termuji, Timbalan Yang Dipertua Pusaka KL. Ketua keselamatan dan hal ehwal pelajar Help University

2.            Perubatan –  Hanaruddin Baharuddin (Tok Belagak)

3.            Persilatan – Dr. Mohd Fazzli bin Dato' Ali Bagas, Pengerusi Persatuan Pencak Silat Daerah Manjung (PESADA) pengerusi Pertubuhan Pembangunan dan kemajuan Negeri Perak.

4.            Busana tradisional – Prof Dr Siti Zainon Ismail, pensyarah dan aktivis budaya terkenal.

5.            Kebudayaan/tarian – Puan Maimon Muttalib, pelakon dan aktivis budaya.

6.            Seni ukiran/khat –  Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

7.            Kitab/buku/sastera – Teungku Amal Muhibbuddin Waly, anakanda almarhum Prof Dr Teungku Muhibbuddin Muda Waly, ulamak besar Aceh.

8.            Keagamaan – Sheikh Raja Aman Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

9.            Keluarga dan salasilah – Megat Iskandar At-Terawis, setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, pengkaji salasilah raja-raja dan bangsawan.

10.          Ketamadunan dan kerajaan -   Puan Lily Hashim, ahli Gagasan Aku Melayu Islam Tanah Air (GAMIT) dan Muafakat Malaysia, Pengarah urusan DHI Services (M) Sdn Bhd


5.30pm : Upacara Perasmian

1. Ketibaan Y.B. Exco

2. Pembentangan rumusan wacana ilmu

3. Ucapan perasmian penutup oleh Y.B. Exco

4. Persembahan silat khas oleh MAGMA Melaka

5. Penyampaian cenderahati kepada Y.B. Exco dan VIP



No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.